Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Friday, 16 January 2015

Nasi Ulam Berlauk


Kalau sebut Nasi Ulam, memang beginilah rupa nasi ulam yang kami bayangkan. Sebab itu masa bercuti ke Kota Bharu tempohari kami kecewa kerana nasi ulam tersohor bersebelahan Kompleks Kraftangan nya adalah nasi putih yang dimakan dengan pelbagai pilihan ulam-ulaman dan pencicah. Oh... kalau yang itu banyak boleh didapati di KL/Selangor saja. 





Nasi Ulam kata orang sangat terkenal di Utara. Ada juga versi Nasi Ulam peranakan (nyonya). Saya tak kisah versi apapun, yang penting mesti mau mewah dengan ulam-ulamannya dan diperisakan dengan baik sebab nasi ulam ni jenis makan begitu saja takde kuah.




Nasi Ulam versi saya:

6 cawan nasi putih suam sejuk (saya guna beras basmathi letak daun pandan kasi wangi)
1/2 cawan udang kering (sangai dan tumbuk halus)
3 ekor ikan kembung (bakar dan tumbuk dengan kelapa parut goreng)
1 1/2 cawan kelapa parut - goreng keperangan
1 sudu teh lada hitam - sangai dan tumbuk halus
3 biji limau kasturi (perah jus nya)
1 sudu besar sos ikan
garam dan gula secukup rasa

*Gaul kesemua 4 bahan diatas

Bahan-bahan Ulam (semuanya dihiris)

1 1/2 inci kunyit hidup
6 ulas bawang merah
2 batang serai
1 tangkai bunga kantan
3 helai daun kaduk
3 helai daun limau purut
1 tangkai daun kunyit
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesum
1 genggam daun selasih (saya tak guna sebab takde)
1 genggam daun selom

*ulam-ulaman boleh tambah daun pegaga kalau suka


Penyediaan:

1. Nasi putih suam digaul dengan bahan-bahan kerisik serta perahan jus limau kasturi. Rasakan garam dan gulanya juga.
2. Gaulkan bahan-bahan ulam dengan nasi. Tambah sos ikan. Boleh tambah garam jika perlu.
Sedia untuk dihidang.









Saya hidang nasi ulam dengan ikan kembung goreng dan udang goreng kunyit dan cili kisar. Kalau suka boleh letak sambal belacan atau budu. Saya tak galakkan penggunaan daun kaduk melebihi 3 helai sebab ianya bersifat panas dan dalam kuantiti yang berlebihan boleh mengganggu rasa keseluruhan hidangan. Daun limau purut juga pilih yang berwarna hijau cerah yang tidak terlalu pucuk ataupun terlalu tua. Kalau daun sudah keras atau berwarna hijau gelap itu dah tua benar. Rasanya juga agak bitter. Kalau tak suka guna lada hitam boleh ganti dengan cili api hiris halus. Saya prefer lada hitam sebab rasa pedasnya yang agak subtle, tidak menyengat tetapi tau-tau je lepas makan badam rasa suam-suam gitu. Lagipun saya makan dengan anak-anak memang hidangan mesti bersifat kid's friendly ;-).


Saya sangat suka hidangan sebegini. Terasa segar dimulut bila mengunyahnya. Dan tambah segar lagi untuk tubuh badan kerana setiap satu ulaman ini mempunyai khasiat tersendiri untuk tubuh. Kunyit misalnya membantu meningkatkan ketahanan tubuh, mengandungi antioksidan dan mampu merawat kanser selain menaikkan seri wajah. Jadi apa lagi? Moh le kita pakat makan ulam saja sampai kambin pun tak tau nak makan apa ;-).

Friday, 5 December 2014

Nasi Tomato Arab ala Zam Zam


Kalau nak makan masakan Arab kami suka ke Restoran Zam Zam di Oasis, Seksyen 9 Shah Alam. Dalam banyak-banyak restoran masakan Arab yang pernah kami kunjungi, kami dapati hidangan Arab di sini adalah antara yang paling sedap dan cukup dengan rasa Arab nya serta paling murah. Setalam hidangan 1/2 kilogram chicken atau lamb madghut (hidangan kegemaran kami) bersama nasi tomato versi Arab nya cuma berharga RM20. Dan ianya boleh dikongsi oleh 3 orang pemakan nasi (1 dewasa dan 2 kanak-kanak) atau 2 orang lelaki dewasa!!! Bermakna seorang kosnya cuma RM6.50 (dikongsi 3) atau RM10 (dikongsi 2) sahaja! Murah bukan? Sebab itu Restoran Zam Zam jadi pilihan utama kami. Selain tarikan baklava nya yang sedap itu ;-).


Namun, nak pergi selalu (setiap kali rasa teringin itu datang) tak mungkin lah. Segan kot dengan tokey dan waiter nya... macam kat dahi dah ada cop 'Zam Zam fan-a-tic' gitu. Jadi saya berusahalah membuatnya sendiri. Walau tiada resipi ditangan. Again, segan kot nak minta resipi dengan orang meniaga ni. Rasa macam tak sesuai sangat. Orang cari makan dengan resipi tu kita sedap-sedap nak ushar.


Untuk nasi nya saya menggunakan resipi asas nasi arab. Perbezaannya saya tambahkan buah tomato dalam tin. Bukan puri ye puan-puan. Dan juga air rendaman secubit saffron atau za'faran yang saya rendam selama 6 jam. Sebab itu warna nasinya kuning kejinggaan dan bukan merah pucat sebagaimana warna nasi tomato umumnya. 




Ayam Madghut adalah ayam yang dimasak secara pressure cooked. Jangan pelik tengok paha ayam saya kurus keding. Saya guna ayam kampung @ organik. Dah tak kuasa nak makan ayam cucuk hormon ni. Very health concious sekarang ni (konon). Dulu masa anak-anak kecil memang kami makan ayam organik saja. Tapi bila lama-lama susah sikit nak dapat bekalan, beralih balik makan ayam cucuk hormon. Sekarang insaf balik. Moga berterusan istiqamah menyediakan makanan yang lebih sihat untuk keluarga. Amin.


Resipi Persediaan Ayam Madghut


1 ekor ayam kampung/organik potong 4 (diperap dengan serbuk kunyit)
5 cawan air
2 helai daun salam
2 biji bawang besar belah 4
1 batang kulit kayu manis
bunga lawang
lada hitam
garam

*tambahan - setengah biji lobak merah & ubi kentang potong dadu

Cara-cara:
Rebus semua bahan hingga ayam empuk. Air rebusan disimpan untuk masak nasi.






Cara Penyediaan Nasi Saffron Tomato


2 cawan beras basmathi (gaul dengan serbuk kayu manis/serbuk ketumbar/serbuk buah pala)
2 biji bawang merah cincang
1 tin tomato cincang (dengan kuahnya sekali)
1 sudu besar serbuk kayu manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk buah pala
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 cawan air rebusan
1 cawan air rendaman saffron
garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Tumis bawang dan rempah tumisan dengan 2 sudu mentega dan 1 senduk minyak hingga layu.
3. Masukkan beras yang sudah digaul dengan semua jenis rempah serbuk. Kacau hingga mesra dan biarkan sekejap.
4. Masukkan tomato cincang. Gaul sebati.
5. Bila agak kering masukkan air rendaman saffron dan air rebusan ayam bersama lobak merah dan ubi kentang didalamnya. Masukkan garam. Biarkan merenih dengan api sederhana.
6. Bila air sudah separuh kering, perlahan kan api. Susun ayam yang siap direbus di atasnya dan tutup periuk dengan aluminium foil. Kemudian tutup dengan tutup periuk dan biar hingga nasi masak sempurna.
7. Boleh hias dengan taburan badam keping yang digoreng dan daun pudina.


Saya juga hidangkan nasi dengan sambal tomato Arab serta sup daripada rebusan ayam tadi. Maklumlah orang Melayu tercekik kalau makan kering tak berkuah. Nasi ni sebenarnya jenis moist. Makan tanpa kuah pun sudah cukup. Tambahan ia telah diperisakan dengan tomato, saffron dan rempah ratus dengan sempurna. Tak perlu apa-apa condiments. Melainkan bagi yang suka pedas sikit makanlah dengan sambal tomato yang dikisar dengan cili api tu ye.









Wednesday, 11 September 2013

Nasi Kelantan... Gulai Terengganu


Bukan tajuk novel terbaru di pasaran ye - maaf saya tak rajin buat review novel, sebab kalau saya review confirm panjang mukasuratnya hampir separuh novel tersebut! Kihkihkih...
Apa kes saya samakan tajuk entry macam tajuk novel? 
Maklumlah zaman sekarang tajuk novel semua ringkas. Kadang sekali imbas baca macam tajuk komik alih bahasa Korea - komik sains kitar hidup kesukaan anak-anak pun ada. 
Tajuk entry merujuk kepada menu nasi dagang yang saya buat untuk berbuka puasa Khamis lepas.
Memang dah selalu sangat buat nasi dagang. Tapi kali ini rasa diseru-seru pula nak cuba masak nasi dagang style Kelantan. Guna beras merah tu. Tapi gulai ikan aye nya tetap jua mengekalkan gaya masakan Terengganu. Maka terbitlah tajuk entry di atas (*_^)





Saya beli beras nasi dagang dalam kampit jenama Faiza. Silapnya saya rendam tak cukup lama, cuma 3 jam saja sebab itu beras saya memakan masa mengukus yang paling lama dalam sejarah buat nasi dagang. 1 1/2 jam mengukus baru masak. Itupun ada butiran beras yang bega (degil dalam dialek Nogori) tak masak-masak sampai ke sudah. 


Nasi dagang standard lah makan dengan gulai ikan aye. Kalau makan dengan gulai ayam tu tersangatttt lah tak original. Saya celik mata je kenal nasi dagang dengan gulai ikan aye. Tetiba bila dah besar jumpa orang makan nasi dagang dengan gulai ayam. Saya rasa "tok leh gi" sesangat. Sebab gulai ikan aye ni berbeza daripada kari atau gulai ikan lain. Rasa dia complement rasa nasi dagang berherba tu. Rasa gulai/kari ayam tak jive sesangat dengan aroma nasi dagang. 







Selain gulai ikan aye, makan nasi dagang mesti ada acar timun (kalau nasi dagang Kelantan ada tambahan  serunding kelapa). 
Kalau buat acar timun ni mesti lebihkan portion sebab Fahmi suka makan acar. Kalau buat sikit-sikit alamat orang belakang dapat biji lada jelah. Dia bantai makan acar macam omputih makan salad gitu!


Sedap juga makan nasi dagang beras merah ni rupanya. Sekali rasa macam makan bubur pulut hitam gitu, sebab berasnya 'berkulit'.  Nasi dagang saya overcooked, sebab nak bagi beras 'bega' masak. Overcooked punya pasal ada yang terlembik sedikit. Saya makan begitu saja tak payah lauk pun sedap. Janji hirisan bawang merah, halia dan halba tu mesti cukup mewah, baru terbangkit aroma dan rasa.
Ada baki banyak lagi beras nasi dagang merah ni. Inshaa Allah next time boleh buat lagi. Tapi next time tu kena ingat-ingat sendiri lah ye, sila rendam beras 5-6jam untuk menjamin beras masak sekata he he he.

Wednesday, 23 January 2013

Nasi Pesto Chef Adu


Badan masih panas dengan peluh melekit tapi malas nak mandi semula. Berblog lah dulu. Baru lepas yoga dan bersenam dalam rumah je. Ingat nak jogging kat tasik tapi pagi tadi masa hantar anak-anak ke sekolah saya perasan jerebu tebal. Tak jadi jogging. Bau rentung semacam. Kalau dekat sekolah anak-anak lagilah teruk. Kawasan kampung kan, mereka masih lagi mengamalkan pembakaran terbuka ni. Kadang saya tak faham. Sekolah dikelilingi kawasan rumah-rumah kampung, kalau awak membakar petang semalam sampai ke pagi esoknya masih tercium bau rentung dan asap tebal merebak ke sekolah. Budak-budak ada pendidikan jasmani pula. Yang merasa kesannya anak-anak dan cucu-cucu awak juga. Tak kesian ke? 


Kadang saya rasa frust tak semena-mena. Barangkali kerana saya dibesarkan di bandar, masa kecil duduk rumah flat mana ada daun bersepah nak kubakar. Sampah pun dikutip orang perbandaran. Bila abah beli rumah pun kami tak amal bakar sampah. Dah terbiasa kumpul daun kering masuk plastik. Biar orang perbandaran juga uruskan.


Saya terfikir, apalah salahnya kita ubah minda dan pemikiran. Dah berzaman media dok gebang pasal penipisan ozon, pasal mejaga kualiti alam sekitar. Tak terkesan sedikit pun ke? Kalaupun kawasan awak tak diservis oleh orang perbandaran apa salahnya kita be creative. Think creative. Daripada dibakar daun-daun kering tu kumpul dan jadikan baja kompos. Esok-esok awak tabur kat pokok mangga, pokok cili, pokok sawi ke hatta pokok bunga sekalipun. Kitar semula kan ada hasil nya? Sudahlah cuaca tersangatlah panas sekarang ini kan? Panas dan kering. Janganlah kita pun sama kering dengan kasih sayang. Itu yang kitar semula, buat baja kompos, hentikan kebiasaan membakar sampah, hentikan menyumbang kepada jerebu tu semua berkasih-sayang lah tu. Time macam ni yang tak semena-mena rasa nak sign up jadi member sahabat alam sekitar ni. Ternyata lah masyarakat kita masih terlalu jauh dari menghayati isu-isu alam sekitar. Padahal yang saya nampak isu pokoknya adalah BERKASIH-SAYANG je sebenarnya. Kasih-sayang yang global.


Bila cuaca kering, panas dan berjerebu begini my daughter paling cepat bereaksi. Yaya dah mula sakit tekak dan dedar badannya. Sekejap panas, sekejap ok. Sekejap lembik, sekejap bersemangat semula. Saya suspect tonsil dia bengkak, biasalah bila cuaca panas begini, temperature badan akan naik, maka tak mustahil bila dia kurang minum air to flush body heat kemungkinan terkena infection pada tonsil boleh berlaku. Ternyata antibiotik yang dia ambil penghujung Disember lalu berjaya protect her dari terkena infection pada tonsil. She was given antibiotik untuk cure her dari infection kuman pada gigi yang berlubang serta bernanah teruk. According to her doctor antibiotik yang dia ambil tu cukup untuk lindungi tubuh dia dari sebarang infection selepas itu. 


Bangun pagi paling mencabar untuk cik Yaya in these few days. Yelah dengan tak sedap badan tu kan. Alangkan saya yang mula kena tempias dedar ni pun rasa payah je nak bangun. Dah 3 hari tidur tak berapa lena, asyik terjaga 3 kali setiap malam. Paling best terjaga jam 2 pagi lebih, niat dalam hati mau juga solat tahajud... tapi tak larat sungguh nak bangun! Itu nak bagi alasan tak sedap badan atau sebenarnya iman yang kurang mantap? Tepuk dada sendiri tanya lah...


Saya tak cuti kan cik Yaya dari sekolah. Selagi dia masih larat biarlah. Kesian ada juga... tapi saya lagi kesian dia ketinggalan pelajaran. Sebab saya tahu kelemahan tubuh badan dia. Dengan tonsil yang kerap kena infection jawabnya memang keraplah dia terpaksa dicutikan. Jadi kalau sakit sikit-sikit biarlah ke sekolah aja. Esok pun dah nak cuti kan? Sempena Maulidur Rasul. Biar dia berehat sepuasnya esok.


Tamatkan kisah membebel dan kasih sayang global itu. Jom jenguk Nasi Pesto yang saya buat berpandukan resipi Chef Adu. Satu Malaya kenal dia kan? Tak payah nak intro lagi.  Resipi nasi pesto ini disiarkan dalam majalah Saji bulan ini, Januari 2013. Saya bukan pembaca tegar majalah Saji, beli satu keluaran itu saja sebab terpampang gah wajah Chef Adu bergaya dengan hasil air tangannya. Nampak menarik resipi-resipi yang dia buat. Terpanggil untuk mencuba 2 resipi beliau. Yang pertama, inilah Nasi Pesto.





Kalau biasa mendengar pesto tentu tahu pesto adalah sejenis pes hijau yang biasa digunakan sebagai sos pasta. Gaya penyediaan sos pasta kan ada banyak jenis. Ada sos bolognaise, marinara, carbonara, alfredo, sos minyak zaitun semata (olio), sekadar menyebut beberapa. Pesto atau pes hijau ni dibuat dari campuran daun basil (selasih), kacang pine atau lain-lain jenis kekacang dan minyak zaitun yang diblend kesemuanya menjadi pes yang likat. Kalau nak makan dengan pasta just gaulkan aja pesto tadi. Rasa dia lemak-lemak gitu. Sedap.


Untuk nasi pesto ni, Chef Adu ada resipi khas. Chef Adu masih kekalkan bahan utama pesto iaitu daun basil dan minyak zaitun. Kelainannya ialah ditambah cili api hijau dalam adunan. Jadi ada rasa pedas sedikit sesuai dengan tekak orang Melayu. 


NASI PESTO DAUN SELASIH 
by Chef Adu Amran (Majalah Saji Januari 2013)


4 mangkuk nasi putih
1 sudu besar mentega

Bahan Pesto
20gm daun selasih
10gm daun basil (saya berpendapat Chef maksudkan English basil)
3 tangkai cili padi hijau
3 batang serai - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang
500ml minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa

Kisar semua bahan pesto di dalm pengisar hingga lumat. Campurkan nasi dengan pesto dan mentega. Gaul hingga sebati. Pastikan minyak dalam pesto tidak terlalu banyak supaya nasi tidak jadi berminyak.

Nota:
Saya kurangkan sukatan minyak zaitun kepada 200-250ml sahaja. Asalkan bahan-bahan dikisar boleh lumat cukup. Pengsan kalau pakai 500ml minyak zaitun. Mahal tu! 500ml tu stok saya pakai 2 bulan... hehehe




Portion yang agak kecil ini milik cik Yaya. She likes the kerepek Lotus Root, memang buat khas untuk dia je.


Nasi dimasak seperti biasa kemudian digaul dengan mentega semasa masih panas sebelum digaul dengan pesto. Dapatlah warna kehijauan pada nasi. Sedap. Memang best resipi Chef Adu ni.





Saturday, 8 December 2012

Disapa Blogger Silent Reader & Nasi Goreng Kampung Ala Holiday

Taking a break from writing about my holiday in KK.
Sekarang dah kurang post gambar-gambar masakan kan? Kita post gambar masakan pula. Ehhh sebut pasal 'kita', kalau di Sabah 'kita' bermaksud awak berbeza dengan 'kita' di sini ;-).


A couple of weeks ago saya bawa anak-anak dan my nieces jalan-jalan di i-City, Shah Alam. Anak-anak buah saya tak pernah pergi lagi dan mereka teringin sangat nak masuk rumah snow di situ. Lepas masuk snowwalk mereka sambung menabur zakat di taman-taman permainan yang lain pula ditemani maid saya.  Saya dan mr hubby lepak di restoran al-Rawsha sambil mencuba menu arabic food mereka. Tak lama kemudian anak-anak yang dah puas bermain datang ke meja kami. Terpaksa tambah kerusi meja sebab jemaah ramai you!. Nak ambil kerusi dari meja depan tiba-tiba sudah ada pelanggan duduk.


Meja kami agak gamat. Gamat dengan keletah dan kerenah anak-anak yang macam-macam. Memang tak perasan orang keliling. Tiba-tiba saya ditegur, seseorang menghampiri sambil memberi salam. Saya antara percaya dengan tidak sebab tak kenal tuan punya yang beri salam, saya takut juga kalau saya yang perasan, manalah tau yang ditegur orang lain ke. Bila saya lihat ada tangan dihulur sambil tersenyum, oh confirmlah saya. Siapa saya bertanya? Orangnya berbaju kuning kalau tak silap saya, maaflah kalau tersilap sebab simbahan cahaya tidak begitu terang. Rupa-rupanya dialah yang duduk di meja depan saya! She introduces herself, seorang blogger juga dari Johor. Datang ke Shah Alam kerana ada seminar, lalu singgah ke i-City. Seorang silent reader blog saya yang mengecam saya bukan kerana saya tapi kerana wajah my boy, Fahmi yang lebih glamor di blog ini hehehe. Bangga lah anakku itu kalau dia tau! Sayangnya saya tak dapat tangkap nama beliau... Rodiah kah? Ya ampun sekali lagi. Sayang juga beliau tidak meninggalkan jejak... bila saya minta nama blog beliau segan nak beri. Blogger kecil katanya. Ehhh sama lah kita pun blogger kecil, trafik pun ciput. Saya pun malu sebenarnya, rasa macam nak sorok muka dalam baju. Saya terharu dan sangat hargai kesudian beliau menegur saya. You light up my day. Terima kasih.


Okay, blogger yang malas upload gambar masak sekarang masih mood holiday. Lunch di hujung minggu pun cuma nasi goreng kampung saja. Tapi plating haruslah vogue lebih supaya tertambat hati para juri. Kalau tak kena smash malas masak nanti.







Nasi goreng kampung kurang pedas mesti bertemankan sambal belacan untuk yang suka lebih pedas. Takde stok ulam kita tenyeh dengan carrot, daun salad dan timun jelah. Fahmi pelik, dari mana datangnya gelas kecil comel tu dia tak pernah tengok. Alahai anakku dah berkurun dalam lemari mama. Cemana awak nak perasan memang mama jarang guna!




Hubby tanya, nak makan macam mana ni? Pinggan berkaki! Hahaha turunkan sajalah pinggan tu my dear



What's with the hat tanya mr hubby? Hehe saja amik mood resort! sabar jelah dengan isterimu ini.








Wednesday, 8 August 2012

19 Ramadan 1433H - Nasi Ayam Hainan

Ringkas saja iftar semalam
dapat menu sepinggan hidang - Nasi Ayam Hainan
tak payah basuh pinggan mangkuk banyak-banyak ;-)

Dalam banyak-banyak nasi ayam saya sememangnya lebih gemarkan nasi ayam hainan
sebab ayamnya hanya dikukus atau boil dan ditutup dengan ketulan ais batu supaya
proses memasak dapat dihentikan dengan serta merta menyebabkan all the moisture locked inside the chicken
dan ayamnya pun lembut sangat
pinjam ayat famous Chef Manu Fiedel "melt in my mouth"






Selepas di kukus ayamnya boleh digrill atau curah dengan minyak panas berulang-ulang kali untuk dapatkan kulit yang tanned sikit (amvoiii bukan orang je suka kulit tan) dan crispy (part crispy ni ikut nasiblah saya tak habis menunutut ilmu lagi)
teringat pulak iklan pensonic masterchef yang ada chef mat salleh ni cakap Melayu dah slang nogori "Ayam pulo... dikukus grill panggang kukus"
Fahmi kalau tengok iklan ni the most look forward part adalah part chef mat salleh cakap "kukus grill panggang kukus" lah... dia akan ketawa mengekek - his unique trademark yang very infectious
we would laugh with him not because chef tu lawak tapi kelakar dengar bunyi kekekkan Fahmi


Rasa nasi ayam hainan juga tak sama dengan nasi ayam biasa
saya rasa barangkali disebabkan penggunaan minyak bijan
semalam terpaksa pergi beli minyak bijan yang baru sebab the old one dah expired
sempat pakai 2 kali je itupun saya rasa dah lama sangat duk dalam pantry
saya mengaku memang jarang sangat buat nasi ayam
so next time kena kerap guna minyak bijan ni, kalau tidak rugi ler :-P


Hari ini sudah hari ke 19 kita berpuasa
dan malam ini adalah malam ke 20 berterawih
bermakna kita sudah tiba di 1/3 Ramadan yang terakhir
sob... sob... sob...
cepat sungguh masa berlalu
10 Ramadan teakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka
jadi kena lipatgandakan lagi amal ibadat
hajat di hati mau berterawih hingga malam terakhir
kalau boleh mau di surau saya ini juga
sebab sayang nak dengar tazkirah
surau di kampung saya takde tazkirah
agak-agak tercapai ke hajat tu?
knowing that hujung-hujung puasa selalunya kita berlumba balik kampung
hmmm... well see

Monday, 20 February 2012

Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

Edisi memasak lepas geram
tempohari memang tekak teringin sangat makan nasi dagang
belilah sebungkus kat gerai di giant sect 13, shah alam
tekak dah biasa makan gulai ikan tongkol yang marem punya sedap
maka gulai tongkol yang kubeli itu rasa so-so je in comparison
sedap lagi gulai yang dimasak sendiri
ouch! masuk lift tekan sendiri lah, mana ada lift yang ada tukang tekan iye tak?
sabar jelah dik non

Gulai ikan tongkol with belimbing buluh, slurrppp!

Bila memasak sepenuh hati jiwa dan raga, memang terasa cukup segala rencah perisa
mak mentua pula datang bawa belimbing buluh seplastik
kuah gulai yang dah siap masak tu saya didihkan semula, campak belimbing buluh dalam 4 biji
termasam sedikit kuah sebab gulai memang dah letak asam gelugor, tapi takpelah adjust sikit lagi masin dan manisnya dah sedang elok cun
makan malam tadi, tapi sampai hari ni terbau-bau keenakan rempah ratusnya melekat di jari!!!

Sunday, 12 February 2012

Nasi Goreng Kantan

Incik hubby kata ikut suka saya je bubuh nama nasi goreng kantan
habis tu memang selambak kantan kububuh dalam nasi goreng ni
jadilah nasi goreng kantan
ini menu breakfast pagi ni
gambar gelap gelita sebab matahari masih malu-malu menonjolkan diri
dah jam 9 pagi tapi belum memancar lagi sinar matahari
berjogging pagi pun redup je, tapi peluh tetap melencun

Hidangan ringkas tapi plating mesti mau menarik barulah berselera 'pelanggan'! hehe

Friday, 10 February 2012

Mati Hidup Semula

Pernah kan tak lama dulu saya post entry gambar pokok bunga telang yang punyalah bercinta saya mencari akhirnya dapat juga dengan harga RM18 sepokok
Mahal kan? Tapi cinta punya pasal saya sebat jelah
dah lah susah nak dapat, ikut hati memang tak mau beli
sebab pokok ni hidup melata kadang ada dalam semak
tapi saya pejam mata je terbang RM18, asal tidur malamku lena!

Tau tak sebenarnya pokok bunga telang saya tu dah mati dalam lepas raya tahun lepas
tak tau kenapa... cesss jawapan orang bersalah yang buat-buat tak salah
dah pokok tu tak terbela mana dia tak merajuk, pokok pun ada hati dan perasaan
kalau tak dibaja, tak dibelai lama-lama kecut hati dia
daun-daunnya jadi kuning, batang pokok jadi kering sangat
mula-mula saya ingat akarnya dimakan semut, tapi tidak
sebab saya terlalu sibuk nak ambil tahu maka pokok telang itu menamatkan riwayatnya mengikut hukum alam

Bila pokok dah mati rasa ralat pulak kan
beli dengan harga mahal tapi dibiarkan macam tu saja
saya usaha juga nak selamatkan, tapi dah too late
pasang life support machine pun dia tak mau dah
merajuk dengan saya kot, maka sejak itu wujudlah 'beribu sesalan' di hati
dah mati baru ko nak menyesal kan? biasalah manusia
Aduhaiii sayangnya pokok telang tu dah mati, tak sempat lagi saya nak gunakan bunganya sebagai pewarna nasi kerabu dan kuih nyonya pulut tai tai
Terbiarlah pasu kosong begitu saja, saya tak kasi alih pokok lain ke situ
dalam hati masih mengharap manalah tau di masa akan datang saya terjumpa lagi anak pokok telang boleh tanam semula

Lepas tu kan dalam awal bulan 12 tempohari tiba-tiba saya dikejutkan suara jeritan kakak
dalam keterujaan dia bagi tau pokok telang tu tumbuh balik!
bukan 1 tapi 2! di tempat yang berlainan!
ajaib!
satu pokok tumbuh dalam pasu yang dibiarkan kosong tu, satu lagi tumbuh atas tanah dan memanjat di pagar rumah
aduhaiii sejuk hati saya macam ada salji yang turun masa tu
seronoknya! :-)

Tapi macam mana pokok ni boleh tumbuh semula?
setahu saya pokok telang ni cuma boleh tumbuh dari biji benih (biji kacang) dan batang pokok je
saya kira mesti kekacangnya di bawa angin lalu jatuh atas tanah di tepi pagar
dan the same thing juga berlaku dengan pokok yang tumbuh dalam pasu
TETAPI... ada lagi tetapi nya... setahu saya juga biji benihnya hanya boleh tumbuh dalam tempoh 7-14 hari selepas disemai!
pokok tu mati lepas raya which is hujung bulan 9 - awal bulan 10 lah
saya perasan pokok tumbuh semula dalam awal bulan 12... hmmm ada gap 2 bulan di situ
hmmm... apakah keajaiban yang berlaku di sini?
saya pernah terbaca ada orang tanam pkok telang di rumahnya di Jepun kemudian pokok tu mati masa musim sejuk... tapi hidup semula lepas musim sejuk berakhir!
hmmm... sudah, tak payah fikir lagi, saya dah seronok sangat dapat kembali pokok kesayangan saya
dan alangkah seronok berganda-ganda sebab kali ini ia berbunga lebat!
setiap pagi saya harvest bunganya sebab waktu pagi lah ia berkembang
kalau masuk tengahari ia menguncup balik
bunga yang dipetik saya simpan dalam bekas berisi air dan masukkan dalam fridge
lama-lama makin banyak hasil tuaian saya ... ada dalam 30 kuntum
apalagi, saya mulakanlah operasi nasi kerabu saya untuk kali kedua
kali ini memang 100% guna bunga telang untuk mewarnakan nasi

Bunga telang saya berwarna biru nila, ada spesis yang berwarna violet.

Pokok telang ni dinamakan 'clitoria ternatea' dalam bahasa Latin kerana bentuk bunga ini yang dikatakan menyamai clitoris. Lucah kan? Mentang-mentanglah bunga ni berwarna biru, otak mereka pun biru juga. Mesti lelaki yang bagi nama pokok/bunga ni! Huh!


Kerana jumlahnya yang banyak maka syoklah saya kisar bunga ni dengan grinder tangan, kalau setakat 5 kuntum masuk grinder pun tak cecah mata pengisarnya, sia-sia saja. Punyalah halur saya kisar bila dah jadi lumat tak sangkat ianya adalah puri bunga!


Biru nila warna jusnya. Hoyyehhhh!!! Banyak macam ni baru best nak buat pewarna


Saya tau dah banyak gambar nasi kerabu yang saya post. Tapi yang ni lain, ni nak tunjuk warna nasi kerabu yang menggunakan 100% pewarna semulajadi dari bunga telang. Memang pucat tapi bila makan rasa 'organik' sangat kan? He he he...

Monday, 23 January 2012

Daging Bakar & Sos Cili Ala Thai Istimewa

Yang menjadi watak utama sebenarnya bukanlah daging bakar, tetapi sos cili pencicah daging bakar itu

West meets East. Daging bakar tu diperap dengan bahan perapan gaya barat.
While the sauce is definitely an Asian concoctions.
Sos cili ini dah berminggu-minggu saya idamkan
sampai kecur liur tapi sebab tak tau nak diregukan dengan hidangan apa
nak jadikan pencicah seafood kami tengah kawal seafood intake
maka saya pendamkan dulu keinginan
sos cili resipi ala thai ini sebenarnya sesuai dijadikan pencicah apa saja sama ada udang goreng tepung, sotong grill atau goreng tepung juga, ikan bakar atau daging bakar
tempohari saya goreng rangup ikan siakap tapi tiba-tiba mati kutu nak diapakan siakap tu maka saya ambil jalan ringkas cicah dengan sos cili ini
ummphhh sedap juga

Incik hubby tanya kat mana saya dapat resipi sos cili ni? Saya senyum je... rahsia. Berkali-kali juga dia tanya, maklumlah dia kan memang suka makan pedas, berkenanlah tu maknanya.
Saya tak mau bagitau coz I know what will be his reaction... siaplah saya kena perli.
Nak tau kat mana saya dapat resipi sos cili thai istimewa ini? Hahaha nak gelak dulu sebelum cakap, sebab tempat saya jumpa resipi ini is a very unlikely place... di dalam novel ASST!!!
Hahaha... first time dalam novel ada resipi masakan. Itulah istimewanya ASST.
Ada bermacam resipi di dalamnya... resipi berkasih sayang secara bersyariat, resipi menjaga keselamatan wanita, resipi mengubati kekecewaan, resipi meningkatkan ketakwaan, resipi menjaga kerukunan rumahtangga dan bermacam resipi lagi termasuk resipi masakan!
All you have to do is membaca dengan mata hati and be prepared to unveil the mistery!
Hahaha habislah saya kena perli lepas incik hubby baca entry ni.

Ok, let's share rahsia sos cili ala thai ni (saya pandai2 bagi nama) yang diperturunkan oleh Intan Zulaikha ;-).

1 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
5 biji cili api (kalau guna cili akar sila kurangkan dos (*_^)
5 sudu besar sos ikan (kalau sos ikan agak masin sila kurangkan dos ikut rasa masing2)
perahan limau nipis (tiada sukatan saya cuma perahkan 1 sudu besar sahaja)

Tumbuk bawang putih bersama gula hingga lumat. Masukkan cili api dan lumatkan lagi. Kemudian gaulkan dengan sos ikan dan jus limau nipis. Kalau suka boleh taburkan sedikit kacang tanah tumbuk kasar atau halus (ikut suka).

Daging bakar bersama sos cili ala thai ini sedap sangat dimakan bersama nasi kerabu.
Boleh juga sebagai ganti kuah lada budu yang biasa ada dalam hidangan nasi kerabu sebab sos ikan dan budu kedua-duanya made of ikan bilis.
Memang terangkat selera!
Bukan nak puji diri sendiri tapi pujian untuk sos cili itu. MasyaAllah memang rezeki Allah bagi makan sedap sangat malam raya cina tu.
Orang Cina ber yee sang, kami berkerabu!
Anak-anak pun tumpang sekaki tapi mereka cicah sikit jelah sebab sos cili tu uisyyy memang berapi kepedasannya!
Pedas tapi sedap! ;-)
Kalau tak tahan pedas sila kurangkan dos ye, jangan salahkan saya kalau ada yang masuk hospital lepas makan sos cili ni. I've warned you hehehe

Friday, 20 January 2012

Nasi Goreng Cendawan

Entah angin apa kemaruk sangat nak makan nasi goreng untuk berbuka puasa sunat semalam
ni kesan penangan nasi goreng jeti nelayan sungai kembong lah ni
belum nak reda lagi
kena pulak saya geram pasal geng gosip dan geng makan saya pergi makan kat jeti tu hari rabu tanpa mengajak saya
berbau-bau dan terbayang-bayang keenakan nasi goreng pak salleh tu
isyyy sampai hati dia... bukan dia tak tau nasi goreng jeti adalah kegemaran saya!

Nasi goreng cendawan campak-campak

Ada terniat dalam hati nak call je pak salleh order siap-siap petang semalam
on the way balik boleh singgah collect
tapi entah kenapa datang rasa malu lah pulak
segan you... tiap minggu membedal nasi goreng dia
sampai anak dia pun boleh cam dah saya walaupun saya order di telefon je tempohari
Jadi saya keraskan hati, batalkan niat
on the way balik singgah petronas, beli sandwich telur dan sandwich sardin
bajet nak pujuk hati, tenangkan nafsu
tapi.... FAIL!

mundar mandir kat dapur sambil tunggu butter cake masak
sudahnya kukerjakan jugak memasak nasi goreng
saya campak je apa yang ada dalam fridge
mujur ada isi ayam yang dah siap masak, capsicum siap hiris dan cendawan butang baki buat topping pizza tempohari
apa lagi... wallahhh masuk je dalam kuali
bubuh sos ikan sikit, cili akar diketuk 3 biji, telur dan nasi... siapppp!

Portion ekonomi untuk orang yang kawal makan! Kalau kat kedai hidang cinonet macam ni harus kena sembur sebab kedekut! ;-)

Sunday, 18 September 2011

Nasi Biryani

Nasi biryani ni saya buat sebagai 'teman' makan dengan kurma kambing.
Bila kurma ayam chef wan that I tried the other day turns out marvelous, I decided to give his nasi biryani recipe a go.
Terpikat sungguh dengan cara dia masak nasi ni kat tv. He makes everything looks so simple.
Dan bila dah siap, dah makan, hats off to Chef Wan.
Dahlah nak membuatnya mudah, nasi biryani ni masak sekata dan lembut sampai ke malam.
Memang saya dah biasa masak nasi biryani tapi selalunya pakai rempah ready made.
Selalu masak dalam rice cooker je, tapi nasi mesti kering bila dah masuk petang, malam lagilah kering dan sedikit keras.
Nak masak atas dapur tak berani sebab selalunya mesti bahagian atas jelantah.
Dasar tak pandai masak!


Nak dapat nasi biryani yang cantik sebiji-sebiji butir nasinya tak mudah.
Jangan terlebih sukat air kalau tak nasi jadi mushy, melekat-lekatlah ia tak relai.
Ada orang cakap kalau nasi bahagian atas masih mentah, letak cawan berisi air di tengah nasi. Nanti masaklah nasi tu. Saya dah cuba tapi tak berapa berkesan.
Tu lah dia, masak ni mesti ada teknik juga.
Pada saya resipi nasi biryani chef wan ni lengkap dengan teknik memasak yang tersirat.
Mesti ada kesabaran.
Tak boleh nak cepat siap, tak boleh main cincai. Hasilnya cincai jugalah nanti.
Pasal tu kalau saya masuk dapur yang cuma 1 kali dalam seminggu, mesti hidangan saya istimewa sedikit.

Nasi biryani chef wan ni sangat ringan dari segi tekstur dan rasa.
Nasi biryani orang Melayu memang macam tu, tak banyak rempah ratusnya. Unlike nasi biryani Indian yang banyak guna rempah serbuk.
Incik hubby kata sedap sangat nasi biryani kali ni, warna pun cantik kata dia. Walaupun nampak plain tapi sebenarnya untuk nasi biryani melayu ni all the daun-daun i.e. pudina, pandan dan ketumbar jangan skip.
Nampak macam eleh daun ni kalau tak letak pun tak apa. Tapi sebenarnya all the dauns lah yang memberi rasa dan aroma kepada nasi biryani.

The nasi gets its rosy colour daripada buah tomato. I didin't have that many cuma a quarter leftover sahaja dan letak cuma 1 sudu besar tomato puree unlike 4 tablespoons as indicated dalam resipi asal.
Tapi sudah cukup to achieved the desired colour and flavour. Warna kuning tu saya tambah pewarna egg yellow kemudian ;-)

Nak cuba? Rujuk di sini ye. ;-) ;-)

Monday, 21 February 2011

Segalanya Kelapa

Kalaulah saya diberi pilihan untuk masuk rancangan iron chef (alah rancangan bertanding memasak melawan tukang masak terhandal Jepun tu) yang mana jika cabaran pada hari tersebut adalah kelapa, maka sudah tentu saya akan sediakan hidangan terkenal pantai timur ini - Nasi Kerabu ;-).

Oh ya, saya pasti anda kata saya ni tak sudah-sudah dengan kerabu. Memang tengah kemaruk kerabu lah katakan. Bukan saya seorang kemaruk kerabu, kakak juga yang sudah kehabisan idea nak masak hidangan sayur selesa menyediakan kerabu sebagai lauk dinner kami malam ini. Alahhh dah berjangkit kat dia lah pulak, sah lepas ni menu kerabu top dalam list masakan dia sampai incik hubby mengomel muak nanti. Macam tulah style lauk kat rumah kami ni, kalau asam pedas tu seingat saya yang saya ajar sejak dia datang dari kampung sampailah sekarang dah jadi menu mingguan. Takdelah menu lain asyik asam pedas, ayam masak merah, tom yam dan sup yang dia ulang tayang setiap minggu. Sebab itu jelah yang sempat saya ajar pun :-).



Kenapa saya pilih Nasi Kerabu andaikata lah saya masuk iron chef? Wehh perasan tinggi benar! Sebab masa saya buat hidangan ini kali pertama semalam, barulah saya sedar bahawa hampir setiap condiments nya dibuat menggunakan kelapa ataupun santan sebagai bahan utama mahupun sampingan. Nak buat sambal ikan pun pakai kelapa yang disangai sedikit garing. Nak buat kuah atau sambal cilinya pula letak santan. Nak buat solok lada pun guna kelapa parut yang digaul bersama isi ikan. Dan dalam hidangan kerabu ulam saya pula, juga saya gaulkan bersama kelapa sangai kering. Dah gitu, tak semuanya kelapa? Cukuplah tu nak lawan iron chef hehe.

Serius cakap, saya tak pernah makan nasi kerabu. Untuk kali pertama ini memang lengkap dengan solok ladanya sekali - memang marvelous. Bersemangat sikit nak buat nasi kerabu ni sebab incik hubby memang suka makan nasi kerabu. Saya pula, cuma mula teringin nak makan nasi kerabu sejak saya belajar makan kerabu ulam! Terus datang kemaruk nak buat nasi kerabu sendiri. Tau tak saya berkelentung kelentang di dapur sejak jam 9 pagi membakar ikan nak dibuat sambal ikan hinggalah kepada menggoreng ikan jam 1.30 tengahari baru kami dapat makan. Tapi kena ambil kira waktu break 1 jam sebab kalau siap awal sangat takut lauk dah sejuk sementara tunggu incik hubby balik. Agak renyah juga, tapi saya puas hati sebab sedap! Aduhh kalau dah duduk berjam-jam kat dapur tapi hasilnya tak sedap maunya panjang sedepa muncung tukang masak.

Monday, 30 August 2010

20 Ramadhan 1431H - Semai Hari Ini Petik Di Akhirat

sudah 20 hari kita berpuasa. staying awake longer hours than usual has finally taken its toll on fahmi and yaya. mereka berdua sudah semakin liat bangun sahur. awal pagi semalam rasa kesian dan lucu bercampur baur melihat anak-anak saya bersahur dengan mata terpejam rapat. mereka kepenatan, sebab banyak aktiviti di siang hari tanpa makan dan minum, waktu malam ikut ke surau berterawih dan tidur lewat. jadi penat berkumpul sedikit demi sedikit, bila hari berganti hari meninggalkan kesan juga pada tubuh kita. saya sendiri pun cepat mengantuk sekarang.

cuma tinggal 9 hari saja lagi kita berpuasa. cepatnya masa berlalu, banyaknya masa yang telah saya bazirkan. belum dapat ambil kesempatan melipatgandakan ibadah sepuasnya lagi, masih sibuk dengan hal-hal lagho. bila difikirkan terasa macam nak gantung apron dan seal oven 100% di bulan puasa ini, lebih-lebih lagi bila dah tiba ke 10 malam terakhir. tapi kalau saya buat sombong tolak order saya bimbang rezeki makin liat. bila dah fikir sampai ke situ, saya cepat-cepat ingatkan diri, sekarang saya takut kering duit ringgit yang nampak dengan mata kasar tapi saya lupa untuk takut kering dengan pahala yang akan dikutip sebagai bekalan di akhirat nanti jika saya kurang lipatgandakan ibadat.

kalau cakap pasal nak kumpul duit, bulan puasa ni banyak peluang untuk kumpul duit dengan berniaga. yelah, kalau kat negara kita bulan puasa ni rata-rata orang lebih banyak berbelanja. agaknya kalau tengok statistik tentu terkeluar biji mata. jadi peluang berniaga dan kumpul duit sangat lah luas. Lebih-lebih lagi di penghujung ramadhan, lagi dekat nak raya lagi sakan orang bershopping, lagi ligatlah peniaga semusim bekerja. saya dengar ada yang buka gerai di bazar ramadhan sampai jam 4 pagi. hebatnya orang kita bershopping, tak reti tidur ke? atau bajet masa terus bersahur aja.

teringat juga komen seseorang tempohari, kita semua sedar beribadat pada 10malam terakhir ganjaran pahalanya bersamaan dengan beribadat 1000 bulan. lumayan bukan? jadi rugilah orang-orang yang sibuk berniaga tak dapat kejar pahala qiamulail, terawih dan lain-lain. secara berjenaka juga dia berkata, kalau berniaga 10 malam terakhir sampai ke subuh bersamaanlah dengan kita berniaga 1000 bulan. wow penat 1000 bulan dimampatkan dalam 10 malam? penat sungguh.

i was thinking more in the line of 'berniaga 10 malam terakhir, pendapatannya sama lumayan dengan hasil berniaga 1000 bulan!'. wow! tinggi sungguh elemen motivasi dalam statement ini. nak counter balik komen seseorang secara bergurau tu, saya rasa kalau kita bersikap tamak (ini tamak yang baik) sedikit dalam bulan ramadhan ini saya tak nampak halangan kenapa sambil berniaga tak boleh ambil peluang lipatgandakan pahala. berterawih misalnya, tidak semestinya di surau atau secara berjemaah sahaja. sambil menjaga kedai bergilir-gilir lah untuk perform terawih bersendirian. insyaAllah, $$$ dapat, pahala pun dapat. jadi tak ada siapa yang rugi ;-).


hari ini saya masak simple for iftar. kerutuk ayam yang boleh dimakan dengan nasi gemuk atau roti naan, again. tapi tak lengkap kalau tak ada sayur, seringkas-ringkas sayur adalah brokoli, lobak merah dan cauliflower goreng.

Wednesday, 18 August 2010

8 Ramadhan 1431H - Teringat Guru Lama

hari ni masa saya sedang mengemaskini contact list untuk penerima kad hari raya, secara tak sengaja saya find out pensyarah kuliah "isu-isu kekeluargaan" satu subjek elektif agama yang saya ambil di U dulu, iaitu prof madya dr mohamad sabri haron juga adalah seorang penasihat syariah di bank muamalat. orangnya rendah dan kecil aja, tutur katanya lembut. saya terkenang balik waktu saya menghadiri kuliah dia, walaupun kuliah itu terbuka kepada semua tanpa mengira kaum atau agama, tapi majoriti yang hadir adalah pelajar2 pengajian Islam, yang lelaki berbaju melayu atau kemeja lengkap berkopiah, yang perempuan bertudung labuh. dan saya ketika itu satu2nya pelajar yang free hair. terasa agak canggung menjadi satu-satunya orang yang menongkah arus.
apapun, saya suka kuliah dia padat dan sangat informatif, sungguhpun bila dengar tajuk kuliah bunyinya ala-ala kursus pra-perkahwinan.

hari ini hidangan iftar sangat ringkas. nasi goreng sardin dengan barbeku udang. roti john jadi entree sekali lagi. itu saja :-)