Thursday 25 November 2010

He's A Graduate!

Yesterday was Fahmi's graduation day. The event initially scheduled to be held this Saturday tapi terpaksa dipercepatkan sebab the principal had to leave to Kuching joining her husband yang posted ke sana. So, me and hubby had to take half day leave semalam. Hubby sebenarnya kena attend kursus, but for his son's graduation day who would want to miss it? We wouldn't miss it for the world. Fahmi pun asyik dok ingatkan kami supaya datang. And since my mum and nieces pun still around, bertambah meriahlah rombongan cik kiah.
All the pupils berbaris atas pentas kecil to sing their school anthem.

Majlis semalam memanglah so obvious berkonsepkan low key. Pentas kecil je, sama level dengan floor audience. Kerusi for parents pun terhad jadi view agak kurang menarik. Bajet kecil barangkali atau school memang jenis tak suka bazir duit or minta duit dengan parents.

The event started with persembahan pupils ikut peringkat umur - 4 years, 5 years and 6 years. Fahmi and his 6 years fellow buat sketsa bertajuk 3 Little Rabbits. Dalam sketsa ni dia terpilih jadi Straw Boy - budak penjual rumput to one of the rabbit yang nak guna rumput to build her house. Saya rasa sungguh tak percaya yang anak saya ni boleh berlakon and utter dialog in English! If you follow my blog you know that my son ni masa mula-mula masuk this kindy langsung tak boleh speaking or read in English (sebab mama & daddy dia tak guna English at home & the old school tak ajar English). Before the event day banyak kali saya minta dia recite the dialog, tapi dia punyalah secretive tak nak bagitau. All he said was "tunggulah nanti" or "kalau nak tau kenalah datang". Amboi, so confident you.
Fahmi in his costume holding straws. Baju dia ditampal perca kain untuk menggambarkan baju compang camping penjual rumput. Hubby kata topi hitam dia nampak macam topi apek. The girl in front of him wore topeng wolf sebab dia jadi wolf.

Hebat betul budak zaman sekarang kan, kecil-kecil lagi dah pakai jubah, topi dan pegang skrol macam budak U. Padahal baru je complete kindergarten! :-)
Fahmi posing with his teacher and principal of the school, Puan Aqilah. He bags the Best Improvement Award disebabkan prestasi dia yang sangat jauh berbeza berbanding masa dia mula-mula join the class. Aduh, how come saya terasa macam anak saya ni dikategorikan sebagai lemah pula. Yelah, bila diletakkan dengan all other children kat sekolah ni yang dah start converse in English since 4 years old memanglah Fahmi jauh ketinggalan. But he manage to make the leap in 3 months kata Puan Aqilah and that impressed the teachers.

The school were discreet enough dengan performance each children apabila they choose not to rank or number the children by their performance in the exam. For once saya langsung tidak rasa bothered dengan result Fahmi sebab he wasn't well masa dia sit for his exams thus ada 2 paper yang dropped sangat compared to mid year punya result. But there were a few give aways yang saya perasan yesterday. For an instance, those names called first dapat hadiah less than those called last. Yang being called last tu dia punya hadiah tinggi bertimbun sampai parents kena tolong ambilkan.

Di penghujung majlis, all the children dah tak boleh di kawal lagi. Nak ambil group photo in their robes pun susah because everyone tak nak duduk diam, ada yang berjoget ada yang melompat. Kesian kat teachers dia duk menjerit.

Gambar kenangan with all the teachers yang remain. On the left is Ustazah Dhiya, Teacher Aqilah peluk Fahmi, Teacher Ros and yours truly. Owhh macam manalah i look so big in height and in size dalam gambar ni? Padahal saya sendiri pun bukanlah spesis yang tinggi lampai setakat 5ft2 saja. Yet bila saya berdiri dengan teachers yang kecil molek ni saya nampak besar! Ewww must be the white t-shirt yang saya pakai... ewww my hips nampak besar sungguh! Next time, jangan ambil gambar dari sisi.

All in all, saya rasa penganjuran graduation day kat sekolah Fahmi ni tidaklah sehebat atau semeriah convocation day kindy lama dia dulu. Tak enjoy tengok persembahan kanank-kanak sebab semua persembahan terlalu dikawal oleh teachers sampai every step they make mesti ada teacher at the back bagi instruction "wait" "stop" "bow" "turn around" "freeze" "wiggle". Budak-budak tu jadi macam robot pula tertunggu-tunggu instruction baru nak bergerak. The teachers should place some trust in their student to run the show on their own, I mean you dah train them, make them memorise the steps and dialogues, buat rehearsal so bila actual day tu just let them be. Kalau ada mistakes pun tak apa, takde lah nampak cacat ke apa but it will tickle the parents to laugh. Mistakes yang kids buat nampak adorable dan melucukan while mistakes yang adults buat sometimes can annoys you! :-)
Small memento for the teachers. Saya hadiahkan sepasang kain dan coklat. Kain pun biasa-biasa je, tak mampu nak beli yang mewah-mewah sebab kena put aside bajet for teachers Yaya pula.

Perasan tak in all the pictures above, Fahmi senyum tutup mulut? That's because he recently lost his front teeth. Saya terlupa nak pesan dia supaya senyum tutup mulut but apprently Fahmi lebih cekap daripada saya! *lol* :-)