Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, 18 December 2014

Cuti-Cuti Pantai Timur ~ Kota Bharu Part 4 ~ Pantai Cahaya Bulan & Maggi Ketam Rabak Poket


As I said in yesterday's post, we were supposed to leave KB after 1 night stay. Tapi kerana mr hubby masih kepenatan, maka selepas ronda-ronda muzium kami balik hotel dan baring-baring sahaja. Atau lebih tepatnya melakukan aktiviti 'recharge'. Yelah ingat handphone je ke nak ke charge energy? Kot smartphones tu ok lagi ada powerbank... ni manusia dik oiiii mana ada powerbank. 


Selesai 'recharge' dan solat Asar kami keluar. Destinasi dituju adalah Pantai Cahaya Bulan. Kawan-kawan mr hubby ada yang nasihat tak payah lah pergi PCB, dah tercemar kata mereka. Kalau nak pergi pantai carilah pantai yang kat kampung-kampung. Tapi masalahnya mereka tak nak pulak be specific by naming the beaches. Cakaplah Pantai Bisikan Bayu ke, Pantai Irama di Bachok ke, tak pun Pantai Tok Bali yang famous tu kan. Senang sikit nak tuju atau tenyeh kat waze. Dah tak kuasa nak tercari-cari, kita pergi PCB je yang tak jauh pun dari KB.


Bila orang kata PCB dah tercemar saya gambarkan pantai yang kotor atau banyak pemandangan yang kurang manis. Ohhh rupa-rupanya sebab PCB ni pantainya sudah terhakis dan terpaksa ditambak serta dibina benteng pemecah ombak atau lebih mudah saya sebut dalam bahasa mat salih nya 'breakwater'. Ini untuk mengelakkan hakisan yang lebih teruk lagi. Saya tak pasti bagaimana rupa asal pantai ini. Tapi melihatkan binaan 'breakwater' nya yang menggunakan armour rock bersaiz besar berserta unjuran breakwater ke tengah laut hampir setiap 10meter serta panjangnya breakwater ini hingga sayup mata memandang; saya rasa hakisannya tentu sangat  teruk.


Ombak juga tinggi dan ganas ketika kunjungan kami. Waktu ini banjir gelombang pertama sudahpun reda dan cuaca sangat cerah. Pun begitu, ombaknya masih tinggi dan kuat menghempas ke breakwater. Terjerit-jerit suka pengunjung yang terkena percikan air hempasan ombak. Sambil-sambil kami merenung jauh mengamati sifat ombak, sempat saya bercerita kat anak-anak sambil imbas balik pasal teknologi pembinaan breakwater hasil ilmu yang saya sedut masa bekerja dengan syarikat kejuruteraan marin dulu. Bina breakwater dan tambak laut ni memang ruji bagi kami. Fahmi kelihatannya sangat berminat dengan setiap butir bicara saya dan mr hubby.



Fahmi sangat asyik merenung ombak. Lama dia begitu dari berdiri sampai duduk. Entah apa yang dia fikirkan sampai letak tangan atas kepala. Kalau tengok gambar no.2 dari atas belah kanan tu dah macam pasangan kekasih bermasalah je huhu ;-)




My favourite pic. Suka tengok layang-layang berwarna-warni ni. Pic taken by mr hubby.

Anak-anak dah lama minta belikan layang-layang. Sejak mereka melihat orang lain bermain dengannya di Terengganu 3 tahun dulu!!! Akhirnya kini mereka mendapat apa yang mereka cita-citakan!
Angin memang kuat bertiup. Memang sesuai sangat terbangkan layang-layang. Layang-layang Fahmi berbentuk burung helang, agak unik sikit bentuknya. Dan agak payah nak dikawal bila ia terbang di langit. Sangat sukar diramal kerana ada masanya 'dia' terbang macam orang mabuk ketum!!! Tak sesuai untuk orang yang punya kesabaran tipis :-P




Another favourite pic taken by myself, of course. Cuba klik dan besarkan gambar ni. Saya suka langit dalam  gambar ni kerana ia mengingatkan saya kepada hasil lukisan cat air  - satu teknik di mana air disapu pada permukaan kertas lukisan dan cat air warna biru dicalit dengan berus sedikit demi sedikit kemudian kita pegang kertas lukisan secara menegak untuk menghasilkan corak langit dan awan yang lebih semulajadi. Satu teknik yang saya pelajari hasil pengamatan melihat seorang rakan sekelas berbangsa Tionghua bernama Liew Tze Hong melakukannya. Oh my... saya masih ingat nama dia!


Keseronokan bermain layang-layang terpaksa kami hentikan. Hari makin petang. Perut bergelora minta diisi kerana skip lunch tengahari tadi. Tak sangka saya berasa begitu lapar. Berhasil juga godaan daripada deretan warung di PCB. Goreng-gorengannya seperti melambai-lambai.



Maggi ketam perisa tom yam. Ketamnya memang besar penuh mangkuk. Tapi bersedia ajalah untuk membayar harga RM25 semangkuk. Memang terasa kena ketuk. Ini harga untuk ketam laut. Biasanya orang buat maggi ketam guna ketam nipah. Entah lah. Tapi saya difahamkan kalau makan maggi ketam di sekitar PCB atau KB memang lebih kurang RM23-25 harganya. Kalau nak maggi ketam nipah yang murah dengan ketam nipahnya 2 ekor semangkuk lebih baik cari warung di Cherang Ruku, Pasir Puteh atau sekitar Pantai Tok Bali. Jauh lebih murah dan berbaloi dengan rasanya.


Kami tinggalkan PCB setelah jam menghampiri pukul 7 petang. Sebaik menghampiri hotel, azan maghrib sudah berkumandang. Kami singgah berjemaah lagi di Masjid Muhammadiah sebelum balik ke hotel. Alhamdulillah perut sudah kenyang. Mata pun berat je. Rasa macam nak tidur awal malam ni. ;-)



Monday, 20 May 2013

Restoran 'Bumbung Hijau' di Rusila, Marang

Sekarang ini kalau kami balik ke Kuala Terengganu, dalam perjalanan balik ke KL semula, singgah sarapan di 'restoran bumbung hijau' di Rusila, Marang jadi sebahagian agenda wajib. Sebab apa? Sebab nasi dagangnya tersangatlah sedap!

Kali pertama singgah di sini was 2 years ago. Masa percutian kami yang ini. Masa tu kami tak bermalam pun kat rumah arwah atuk saya. Kami bantai lepak hotel di Teluk Ibai je. Kat hotel takde langsung hidangan tradisi Ganu. Selama 2 hari itulah kami jadi kemaruk nak makan nasi dagang. Balik ganu haruslah makan nasi dagang. Kalau tidak, serupa tak balik langsung lah. Pagi akhir di sana, kami check out sekitar jam 10pagi. Itupun sesudah breakfast. Dalam kereta mr hubby masih mengomel, tak puas hati. Dah nak balik sebutir nasi dagang pun tak merasa lagi ni. Dari Teluk Ibai kami pandu kereta perlahan sambil mata mengintai-intai kalau ada tempat makan yang masih beroperasi. Almaklum jam 10pagi tu sudah kira siang benar, banyak menu sarapan pagi yang dah habis. Akhirnya saya ternampak sebuah restoran berbumbung hijau ini. Alhamdulillah dapat nasi dagang 2 pinggan, one for me one for mr hubby. Itu je pun baki yang tinggal. Gulai ikan aye dia masyaAllah... memang world sangat. Hahaha... itu komen orang kemaruk. 


Nasinya sebutir-sebutir tapi lembut.


Kerana masih terimbau-imbau gulai ikan aye yang  world itu, masa balik kenduri kahwin sepupu saya bulam Mac lepas, kami selitkan agenda singgah sarapan di restoran bumbung hijau dalam perjalanan balik. Dek kerana nak sempatkan makan nasi dagang ni, sanggup bersiap terus lepas subuh tu. Bajet nak keluar awal. Takut terlambat nanti habis you! Ha ha ha.

Berbekalkan memori saya semata-mata, sebaik tiba di Teluk Ibai kami mula pandu perlahan menyusuri Rusila. Hati berdebar-debar takut terlepas. Yang saya ingat mesti jumpa 1 traffic light simpang 4, kemudian ada pondok bas diikuti papan tanda sebuah kampung pesisir pantai diperbuat dari tayar lori. Traffic light dah jumpa, pondok bas banyak dah lepas... ehhh tayar lori pun dah 2 kunampak... tapi bumbung hijau belum ketemu. Rasa macam dah jauh je ni. Aduhaiii janganlah terlepas.


Dalam cuak akhirnya tu diaaa...


Alhamdulillah tepat gambaran visual yang terpahat dalam ram memori saya - 'restoran bumbung hijau'. Hanya satu ini saja di Rusila. Di tepi jalan utama, Jalan Pantai Rhu Dua.


Tempat parking kereta cukup luas. Tak susah nak berhenti makan. Restorannya adalah lot kedai bina sendiri 1 tingkat yang dibina di atas tanah persendirian. Berkeluasan yang sangat selesa. Kali kedua ini barulah saya tau, nama sebenar restoran adalah Warung Rusila 2. 




Pemiliknya seorang lelaki dari lesen perniagaan yang terpampang. Menariknya restoran ini dikendalikan oleh pekerja-pekerja 100% wanita. Dari dapur hingga ke depan. Pembancuh air, pelayan dan cashier semuanya perempuan. Muda-muda pulak tu. Berbaju kurung dan bertudung kemas siap berapron. Sangat tertib, sopan tingkah laku dan butir bicara. Pelanggan masuk terus dilayan. Dan pelayan yang sama akan pastikan hidangan tiba lengkap dengan sudu garfu dari nasi, air hingga ke tisu. Takdelah dibiarkan kita cari sendiri sudu garfu dan tisu biarpun semuanya ada di meja sebelah saja. Nampak sangat komited. Hingga mr hubby kata barangkali restoran ini dari owner hingga ke pekerja adalah dari kalangan adik beradik atau ada pertalian saudara. Masing-masing cukup menjaga. Hmmm mungkin ada benarnya teori mr hubby tu. Ada tempat makan yang kita pergi sungguhpun pelayan ramai tapi nak kena lambai berulang kali baru pelayan mampir. Itu belum dapat jenis yang kita duduk dekat 15minit jangankan layan pandang pun buat derk aja. Kat sini pula jangan haraplah nak dengar suara orang menjerit memanggil pelayan, jerit pekik antara pelayan jauh sekali. Aman!

Restoran juga bersih hingga kita rasa tenang dan lapang dada di sini. Bila saya kata bersih bukan bersih pandangan mata kasar saja, bau yang tak menyenangkan pun tiada. Tidak menghairankan kalau restoran ini diberi tahap A untuk kebersihannya!



Air milo ais yang sedap. Pekat dan cukup rasa. Tersenyum senang dapat minum air sejuk di pagi hari!

Makan? Untuk sarapan gaya pantai timur boleh pilih nasi dagang, nasi minyak, nasi kuning ataupun 'nasi kunyit' (istilah pulut kuning bagi pantai timur). Pilihan lauk gulai ikan aye, gulai ayam, kurma ayam atau ayam goreng. Roti canai pun ada. 


Sekian saja review saya. Bukan setakat review makanan, habis dengan pekerja-pekerjanya sekali saya kasi review. Itu tanda hati sudah tangkap pesona... Ha ha ha. 






Sunday, 31 October 2010

Tutorial Cara Nak Makan Cupcake

Masa majlis malam penutup aidilfitri kat rumah saya tempohari, saya noticed masih ada orang terkial-kial nak makan cupcake bersarung souffle cup yang saya buat tu. Kalau cupcake tu jatuh ke tangan kanak-kanak alamatnya akan terbuang begitu sahaja sebab mereka cuba makan dari permukaan kek which means they'll only reach as far as the first top quarter of the cupcake or in worst case, the cream sahaja! Sementara the adults pula saya perasan ada yang mencari-cari sudu untuk korek the tiny cake out. Kesian! Dan sedih bila tengok cupcakes tu akhirnya terbuang begitu sahaja sebab si pemakan tak tahu macam mana nak keluarkan the cake.

Sebenarnya bukan susah pun nak makan cupcake in souffle cup tu. I'm sure many of you yang tahu tapi masih ramai yang tak tahu. You don't need a spoon to eat the whole tiny cake. The souffle cup is user friendly enough you can peel the sarung off and pop the whole tiny cake into your mouth at one go. Easy peasy no messy. But just in case ada yang tak tau, saya buat entry khusus tentang cara-cara nak makan cupcake. No pun intended, I don't mean to undermine sesiapa, sharing is caring.

Pertama, mestilah ada cupcake kan?

Ignore rupa cupcake yang comot tu, ini adalah baki cupcake malam itu yang saya tak larat dah nak deco. Sebab itu dia togel.
Pegang cupcake pada sebelah tangan - ikutlah tangan kiri or kanan. Tangan kanan saya pegang kamera. Ok so now anda nampak kat kelim pada keliling bibir souffle cup itu? Next you need to work on that :-)

Gunakan jari anda untuk tarik keluar kelim pada bibir souffle cup. Then move to the next kelim sampai habis.
aduh tak comelnya jari saya, banyak kesan kulit menggelupas sebab terlalu kering dek bermain sabun, tak sempat nak sapu loseyn untuk photoshoot ni. heeee :-)
tapi yang penting kuku mesti pendek!


Bila semua kelim sudah ditarik keluar, you'll note the cup dah loosened itself from the cake.Flattened the cup and remove the cake dari kurungan.

Now, you can take a bit and savour the chocolatey richness in the cake. Wallah! ;-) Cantiklah pulak ambil gambar close up macam ni heee ;-)

Sekarang, barulah terasa nikmat makan cupcake kan? Your hand pun tak kotor, bibir pun tak comot dek cream, tak perlu touch up lipstik lepas makan cupcake ;-) ;-) Gadis-gadis pingitan tak perlu nak control ayu makan cupcake lagi dah ;-).

Most importantly, tiada pembaziran!

Monday, 2 July 2007

Big Plate

I don’t know for how long the big plate restaurant has been standing proudly in subang permai, but ever since I reside in this neighbourhood 5 years ago, the name has become a household name. some of my officemates who resides in neighbouring area has been telling me that i should try the big plate, they serve delicious western cuisine. tak pernah lagi rasa terpanggil to try out this restaurant but kebelakangan ni rasa terpanggil untuk mencuba. sangat2 terpanggil… another sign of pms syndrome?

last Friday was my pay day so ajak hubby to have dinner at big plate. except that it turns out hubby had to foot the bill instead coz my pay is on 1 day float…hehehe… ;-) we arrive at almost 9pm, the restaurant that’s occupying 3 rows of shoplots is almost full! i’m a big fan of dory fish so I chose to try out their Pan Fried Dory Fillet serve with potato salad and fresh vegetables. Hubby chose his all time favourite lamb chop or famously known at the restaurant as Kambing Banting serve with black pepper sauce, potato wedges, veggies & corn on cob. hubby had the gut to ask why banting not klang? I dunno whether it means they get their supply from banting but most of their poultry dishes accompanied with the word banting. we ordered kiddies spaghetti in creamy sauce for my kids and sautéed chicken serve with potato wedges & corn for bibik.

luckily before we left home my kids already had some light meal & I managed to duck into a few pieces of pegedil kentang at home. if not I think I wud be screaming at them coz the serving time was far beyond the tolerable time limit. we had to wait for 1 hour for our food to be served! hubby who came empty stomach had to chew on his patient, and the kids start throwing their tantrums not because they were hungry for food, i guess they were bored. me & hubby plak keep on scolding them from crawling under the table. from the minutes the waiter took our order, the drinks were only served to us after 30mins.

okay maybe I’m not a professional food critic from a reputable mags etc but this is based from my own personal experience eating there. mejanya kotor, I ask for a wet cloth from the waiter but she didn’t came back, I had to ask from another waiter. the ambience was far from cosy, it was a typical malay restaurant, they serve food so the interior deco was not given much detail, lighting was very bad you can see burnt light bulbs tak berganti, the floor was dirty, tables tak tersusun dengan baik. although you go there just for makan2 but the atmosphere and cleanliness does count, for me at least.

apart from that, the food was very very delicious. I like the way my pan fried dory presented, and am surprised to see a dash of red & black caviar on top of the fish. the fish was juicy… ummm yummy. hubby’s large portion of kambing banting was not bad. same goes to bibik’s sautéed chicken & the kids spaghetti. all in all the 1 hour waiting in agony worth it.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

we wud frequent the place if they’d upgrade their service and tidy up the place. they should employ more waiter/attendant considering what a big name they are in town. I heard they had 5 branches in klang valley. it seems they are doing well.

i'd go again next time, maybe berdua lebih baik :-)

p/s: pics will be upload later... err much much later coz hubby is away for the whole week. snapshots taken using his hp camera