Monday 16 November 2009

Fahmi's 1st Concert

Debar sambut menantu dan menyiapkan my 1st wedding cake sudahpun berakhir. Alhamdulillah kedua2 menemui kesudahan yang sangat menggembirakan. Entry ini dedicated untuk konsert pertama fahmi.

We were so excited about fahmi’s 1st concert. Walaupun dia tak graduate this year, tapi dia participate dalam banyak acara. Fahmi ni jenis yang reserved, he tends to keep things to himself, kalau kita tanya sepatah, sepatahlah yang dia jawab. I got to know yang dia masuk banyak persembahan pun daripada cikgu dia. Kalau tak kerana terserempak dengan cikgu dia last week memang sampai kesudahlah kami tak tau apa2. until the day before the concert he keeps his lips sealed, paling tidak dia kata tunggulah nanti tengok sendiri.
Setibanya kat dewan warisan warga emas seksyen 24 shah alam tengahari ahad lalu kami grabbed tempat duduk di barisan belakang, rasa frust juga sebab agak jauh dengan pentas. Sempat aku mengintai ke belakang pentas, nampak fahmi & friends sedang bersiap, comelnya dia dipakaikan kemeja lengan panjang dengan bow dari riben hitam terikat di kolar kemeja. He looked happy macam tak takut apa2 pun. Mama dia je yang risau kalau2 dia ada stage fright.jenguk2 ke belakang pentas, fahmi and friends dah siap sedia tunggu giliran

Dia kumpulan pertama yang buat persembahan. Cepat2 aku lari cari tempat kosong di barisan hadapan duduk sebaris dengan pengetua. Hubby, yaya dan kakak kutinggalkan di belakang. Fahmi sikit pun tak nampak takut atau gementar, dia nampak excited nak buat persembahan pertama tarian moden berpasangan dengan Diana, si gadis bertubuh kecil berusia 6 tahun. Bila lagu berkemundang pantas aja fahmi & pasangannya mulakan langkah tarian. Masa tu rasa kagum sangat, pandai anak mama menari, tersenyum je dia.1st performance slow dance berpasangan dengan diana. masa ni rambut tak letak gel lagi, maklum lah tak sesuai dengan tema tarian

Selang beberapa persembahan lain, tiba giliran kumpulan dia sekali lagi buat persembahan tarian rock n roll. Aduh rangginya pakaian dia kali ni. Dengan kaca mata merah, baju kotak2 yang dilipat lengan ke atas dan ‘key’ yang terikat di leher Nampak macam cowboy pulak. Cekap pulak tu langkah tari rancak dia. Ughhh patutlah cikgu dia bagi review yang sangat bagus tempohari, rupa2nya dia memang kaki joget. Dalam hati aku berkata, patutlah dia diletakkan barisan hadapan tiap kali buat persembahan, memang hidup gerak tari dia.

raja rock n roll dengan rambut terpacak. bukan main lagi dia pegang tangan pasangan tak mau lepas. pasangan kali ni pun 1 year older than him.

His third appearance sekadar jadi pak pacak pegang layang2 untuk tari muzikal lagu desa tercinta nyanyian nora. And his fourth and last appearance adalah kejutan yang ditunggu2 iaitu perarakan 3 pasang pengantin masuk ke dewan. Fahmi jadi pengantin India! Last minute rancangan bertukar sebab tadika cawangan lain dah book student dia jadi pengantin melayu. No big deal… yang penting anak mama dah jadi penghibur terkenal hari konsert tu, masakan tidak 4 kali asyik keluar pentas. Glamer nye anak mama hihi
surprise... surprise. anakku berpakaian pengantin india... huhu mentang2lah anak aku gelap, pasangan dia pun sedondon warna kulit sawo matang dengan dia. cool je fahmi jadi pengantin takde rasa malu2 pun. kualiti gambar agak kurang menarik, i had problems with the camera setting. i tried to upload video persembahan dia tapi failed, agaknya file besar sangat *sigh*

a very big applause kat tadika fahmi, his teachers and principal sebab berjaya organise satu persembahan yang buat parents semua terhibur. for me personally sebagai parents rasa terkejut pun ada sebab this konsert shows another side of my son, he's so talented dan ternyatalah kerisauan aku dia yang dia mungkin akan jadi kaku atas pentas memang tak berasas. kat rumah dia lain, kat sekolah dia lain. hmm i'm glad i was at the concert for at least i discovered a few new things about him. i wonder apa lagi surprise yang dia ada for mama in the years to come?

i took the day off today, badan sakit... demam yang jadi tak jadi sejak dua tiga hari lepas betul2 menjadi akhirnya. sakit sendi2 ku satu badan. better rest, esok kerja!