Wednesday 17 September 2008

17 Ramadhan 1429H - Berbuka Ala Kadar

menu berbuka nanti- strawberry sourcream cake with butterscotch sauce for starter & fish 'n chips.our starter sebenarnya lebih sesuai sebagai hidangan dessert. memandangkan kalau goreng awal2 dory fillet tu nanti by the time berbuka sure tak rangup batter dia. lagipun hubby selalu berbuka ringan kat rumah pastu terus pegi solat maghrib berjemaah kat masjid. so sementara tunggu dia balik tu naik lemau pulak batter nanti. jadinya kami akan berbuka dengan strawberry sourcream cake dulu. since pakai sourcream so kek tu takdelah manis sangat, sebab tu buat butterscotch sauce.
lepas je solat maghrib nanti terus goreng dory fillet. siap goreng terus hidang, makan panas2 masa tengah rangup barulah syiok kan?

dah siap pun lepas maghrib tadi... bersepah ;-)

oh ya, semalam bawa yaya pegi klinik since batuk dia menjadi2. alang2 jumpa doktor tu mama yaya pun mintak ubat selsema dengan doktor, dapat 2 jenis, untuk malam ubat yang mengantuk, untuk sahur ubat tak mengantuk. sementara tunggu giliran tu sempatlah aku menimbangkan diri, yelah kat klinik tu ada scale kan takkan tak cuba kot? dah turun 2.5kg... wahhh baguslah, sukanya hati... tapi petang tadi tak puas hati masa ambil seluar kat tailor di care4 sempat timbang lagi... nasib sama result dia. ni berkat puasa sepanjang bulan rejab sampai syaaban dan terus sambung ramadhan. uisyyy... kena kerja keras juga baru nampak hasil sikit.

Baking Project

since today is off day for Selangor sempena Nuzul Al-Quran, maka bolehlah mulakan projek membuat kuih raya. walaupun badan rasa dedar & tekak serta sendi2 semua sakit, tapi awal2 pagi lagi dah bangun. memang suka buat kuih awal2, cepat siap lepas tu bolehlah berehat sementara tunggu nak memasak untuk berbuka petang nanti.

buat kuih tat nenas je hari ni... pakai dua jenis acuan pasal tu pattern dia lain skit. tak larat dah nak sambung kuih lain. tunggu weekend pulak. harap2 tat ni tahan sampai raya, bukan takut berkulat tapi takut 'tikus kepala hitam' bedal. fahmi & yaya dah terjerit2 nak makan, tapi kubuat tak tau je... isyyy kejam mama.

berbuka petang nanti nak masak fish 'n chips jer. ringan2 sudahlah... tak daya.