Bila saya balik dari hantar Fahmi, seperti biasa Yaya pun dah siap beruniform.

Ralat pula tak pesan kat kakak tadi. Bila saya pujuk dia supaya tak ke sekolah terus masam mencuka muka dia. Dia nak juga pergi sekolah. Malas nak bertekak, nanti berendam air mata pula dia seharian. Saya hantar juga, itupun lepas beri dia ubat sekali lagi. Saya pesan kat Ustazah Dhiya, kalau dia tak larat, minta hantarkan balik tak perlu sambung kelas agama. Saya punyalah risau kat dia, rupa-rupanya dia sambung terus sampai habis kelas agama. Bila saya tanya "teacher tak tanya adik larat ke nak sambung kelas?". Tau dia kata apa? "kalau teacher nak hantar pun adik tak nak". Amboii bukan main seronok dia kat sekolah baru. Kalau kat sekolah lama pantang panas badan sikit, dia yang dulu cakap tak nak pergi sekolah!
Tapi memang Yaya enjoy di sekolah baru. Dia seronok sebab kat tadika ni banyak aktiviti, lebih banyak belajar compared to her old school yang asyik main je. Lega juga lah saya sebab dia takde masalah nak fit in walaupun dia seorang saja student baru kat situ. Yang lain-lain semua dah been in the same school and class since they were 4 or 5.