Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Sunday, 10 January 2016

Creamy (Carbonara) Seafood Pasta



 Me and the kids are mad about pasta. Kami boleh makan pasta hari-hari. Realitinya tidak mungkin boleh berbuat demikian. Sebab mr hubby tekak Melayu jawa sejati ;-).


Creamy Seafood (carbonara) dengan Udang Tempura dan serbuk paprika untuk kurangkan muak bagi yang tak berapa gemar sos lemak berkrim.
 

Saya selalu buat creamy seafood pasta ni. Yang nama lainnya adalah carbonara. Kalau buat carbonara saya akan ikut resipi sebenar carbonara iaitu menggunakan krim dan telur. Sukar nak dapat carbonara resipi tradisi di restoran-restoran Malaysia melainkan kalau ke hotel atau authentic Italian restaurant. Sebab nak guna krim dan telur dalam sos adalah agak mahal. Dan ada risiko jangkitan bakteria Salmonella kerana telur dalam sos dimasak secara kacau gaul pantas dengan api perlahan. Kebiasaannya saya guna telur yang sudah dipastuerkan. Telur pasteur pun mahal. Kadang saya buat telur pastuer sendiri je. Tapi mesti tahu teknik dan ada termometer dapur.

Resipi lain kali lah ye saya update. ;-)

Friday, 13 June 2014

My #1 Homemade Four Cheese Ravioli

Musim-musim panas ni kan memang malas nak berkubang lama-lama kat dapur. Tapi entah macam mana semalam naik syeikh juga. Menguli tepung, mencanai dan melapis. Menjadikannya ravioli. 
Sejenis pasta berinti daripada pelbagai jenis pasta Italy. It was my first attempt. Never made one myself before. And never had them before at any restaurant or anyone cook for me.
I've been drooling over this pasta dish for so long. Dulu kalau pergi Cold Storage mesti pegang letak, pegang letak peket frozen ravioli ni. Hati teringin cuba masak the readymade frozen ones tapi bila kenang-kenangkan bahan yang digunakan diluar kawalan saya, tambahan tak pasti keju yang digunakan dihasilkan dengan rennet babi atau haiwan lain yang halal bagi Muslim, maka saya tangguhkan hajat mencubanya.


Maka terpendamlah hajat merasa satu jenis lagi pasta. Saya memang suka makan pasta. Tekak setuju je. Omputih celup kata ma saya. Tempohari kami ada berkunjung ke restoran Chef Zubir, Laman Grill di Seksyen 13 Shah Alam. Sebab utama adalah ternampak menu ravioli ni. Tapi bila sampai tengok-tengok menu tu dah takde. Hampa.





Selama ni dok tonto My Kitchen Rules tu kan. Rasa geram je tengok depa kejap-kejap uli pasta. Eh macam senang je kan. Mak nak uli doh karipap pun berzaman baru berhasil dengan resipi yang fool-proof. Tu yang rasa tercabar je. Dalam hati isyyyy ada juga aku kerjakan ravioli sendiri ni.


Ada sekali tu a couple of months back saya buat 'cheat's ravioli'. Kenapa panggil cheat's ravioli? Dah sah-sah lah main tipu kan. Kulit dia instead of pasta dough, kita ganti dengan kulit wantan. Mana dapat idea membongak ni? Ehhh ... tengok mat salleh punya kerja lah... bajet nak makan cepat kan dan agak-agak tak kuasa nak membanting tulang berendam peluh bagai. Janji sodap. Sapa kata tak sedap? ;-)


To make the pasta dough you need '00' flour. Tu kalau kat market kat negara mat salleh memang khas untuk buat pasta. Tepungnya super halus. Tapi kat negara kita mana nak jumpa kan. Bukan makanan ruji pun. 
Tapi kot takde double '0' flour tu boleh je guna all-purpose flour. Apa bezanya ahkak tak tau, ahkak tak cuba lagi. Ada je standby tepung superfine tapi untuk first attempt ni jangan bazirkan tepung superfine yang mahal tu. Saya tak confident pun menjadi. Resipi dohnya adalah hasil mengkaji beberapa resipi di internet. Maaf saya betul-betul lupa simpan jejak. Cuma saya membuat kesimpulan untuk half kan resipi asal supaya dapat kurangkan pembaziran. Yang tekak super Italian cuma ahkak sorang jer. Yang lain ikut-ikutan.





Pasta Dough:

300gm all purpose flour
1/4 teaspoon fine salt
3 eggs
1 tablespoon extra virgin olive oil
1-2 tablespoon water (as and when needed)

Work on a clean kitchen top is ideal. Kalau tak tuang je tepung dalam mangkuk besar. Make a well, gaul garam, letak telur, olive oil dan gaul guna garfu bermula dari tengah hingga habis. Kalau doh dry baru letak air. Bila dah boleh bulatkan mulakan menguli doh hingga kenyal (elastic) dan tidak melekat. Balut dengan plastic wrap dan rehatkan dalam fridge for at least 30mins.

Selepas 30mins bahagikan doh kepada 3 bahagian. Untuk mencanai gunakan lah mesin pencanai pasta tu ye. Pasta rolling machine. Kalau tak memang jangan harap nak dapat kulit pasta yang cukup nipis dan sekata ketebalannya.

Mulakan dengan setting #1. Ulang 2 kali kemudian lipat doh kepada 3. Ubah setting #2 dah roll again beberapa kali. Sambil-sambil tu bedakkan doh dengan tepung kot tak melekat nanti. Akhir sekali setting #3. Kalau nak nipis lahi setting #4 tapi ahkak tak berani takut koyak. Maklum tahap beginner lagi. Potong dua pasta sheet tu dan mula picit inti buat 2 baris with 5cm intervals dan lebihkan at least 2cm border belah tepi.

Dah letak inti sapu eggwash keliling inti. Eggwash ni pecahkan telur sebiji dan pukul dengan air sikit. Tujuan nak mudah lekat. Pastu ambil sekeping lagi pasta sheet dan tutup atas inti. Buat perlahan-lahan, keluarkan semua air bubbles. Dan siap boleh potong. Saya guna acuan tart bahagian luar nya saja. Kalau nak rebus terus pun boleh. Kalau nak simpan boleh frozen kan.


Ravioli Filling:

1 cup cottage cheese (pengganti ricotta cheese)
1/2 cup parmesan cheese
1/4 cup mascarpone cheese
1/4 cup mozzarella cheese
2 cups spinash - wilted and chopped
1 egg
1 tbs pepper
salt to taste

Gaulkan je semua di atas. Cottage cheese ni kena tapis dulu untuk buang lebihan air dia. Kalau tak nanti inti jadi berair sangat. Ambil masa berjam-jam juga nak tapis. Saya buat sehari awal. Mascarpone cheese tu boleh guna jenama TATUA dari New Zealand. Tiada enzim dari haiwan yang haram untuk kita. Mozzarella saya guna jenama Floridia. Begitu juga dengan parmesan tu. Ada juga resipi yang tambah cream cheese. Menjadikannya a Five Cheese Ravioli.





Bila nak makan didihkan air untuk merebus ravioli tadi. Berapa lama bergantung kepada ketebalan doh. Sambil-sambil tu siapkan sos tomato kat sebelah. kali ni saya malas nak buat sos pasta sendiri. Saya guna jenama prego yang dalam tin tu. Penat dah membanting tulang buat pasta. bayangkan dalam cuaca panas ni, menjejeh peluh dari pelipis mata ibaratkan paip bomba pecah. Kalau time kemarau aci tak kita buat tadahan? Huhu. 

Prego ready made pilih je nak yang basil ke, mushroom ke or plain tomatoes. Siap rebus ravioli terus campak dalam saucepan kat sebelah. Gaul bagi pekat dan hidangkan dengan parutan keju cheddar. Patutnya parmesan tapi cheq takdak parmesan block. 

Verdict? Kalau saya kata perfecto memang bungkus lah Italian restoran kat Malaysia ni kan. I still need to work on the dough. Should try with the superfine flour or a different portion of flour and egg. Itu most important ingredients. Until next time. Setakat yang buat kali ini saya berpuas hati. Sebab inti dia sedap yang amat. Cheh!

Wednesday, 12 December 2012

12.12.12 - Ada Apa Dengan Tarikh?

Ya, ada apa dengan tarikh 12.12.12? Susunan angkanya memang cantik dan menarik. Tapi selain dari itu tidak ada yang signifikan bagi saya.
Ramai yang obses dengan tarikh-tarikh yang cantik. Sehingga ada yang memilih susunan angka seperti 12.12.12, 11.11.11, 10.10.10 sebagai tarikh pernikahan. Tak kurang yang pilih tarikh tersebut untuk melahirkan anak secara pembedahan! Obses.
Senang nak ingat? Pada saya kalau pilih sebarang tarikh secara random dan kemudiannya after 20-30 years masih boleh ingat itu lebih amazing!
Berkat? Keberkatan tidak ada pada tarikh. Keberkatan itu apabila kita memohon padaNya, patuh beribadat kepadaNya, meninggalkan laranganNya.

Saya suka mengingat tarikh. Kadang bukan sengaja mengingat pun tapi dah kecenderungan begitu. Tapi tarikh 12.12.12 ini bukan sesuatu yang akan jadi ingatan pada saya. Tiada yang signifikan melainkan kami sekeluarga makan pasta carbonara yang saya buat for dinner kot? Hehe ;-)


Spaghetti Carbonara dengan brokoli dan beef jerky... yummms





Resipi campur adun sendiri saja.

300gm spaghetti - rebus al dente (saya suka guna no.5 agak halus sedikit)
1 cawan whipped cream
1 cawan thickened cream
2 biji telur
1/2 cawan serbuk keju parmesan
2 sudu besar serbuk lada hitam (tumbuk sendiri)
garam secukup rasa
1 cawan brokoli potong kecil - direbus sekejap
1 peket beef jerky (jenama gourmessa) - dipotong kecil
6-7 biji cendawan shiitake - dihiris

Panaskan sauce pan. Cairkan mentega 2 sudu besar, tumis beef jerky. Kemudian masukkan cendawan shiitake dan tumis hingga sedikit layu.
Dalam bekas lain campurkan whip cread, thickened cream, telur, keju dan garam. Pukul sedikit untuk larutkan telur.
Masukkan spaghetti ke dalam sauce pan. Gaul rata. Diikuti campuran cream tadi berserta serbuk lada hitam dan brokoli. Dengan api perlahan gaul rata semua bahan. Saya tambah sedikit air supaya ia kelihatan basah. Bila kuah memekat, boleh padamkan api dan hidangkan.

P/s: beef jerky sudah sedia masin jadi tak perlu garam banyak sangat. Ikut selera. Cendawan shiitake boleh ganti dengan cendawan lain.


Selamat mencuba!




Wednesday, 5 October 2011

Pasta Goreng Sardin

I was so occupied with baking sejak last week kemudiannya sibuk attending a wedding, I didn't get the time to cook.
I haven't been cooking for more than a week now! And dying to do so!
Jadi malam ini saya bulatkan tekad nak masak juga something. Gila gatal tangan ni tak senang hati tak dapat masak.
Nak masak mewah-mewah memang jangan haraplah, kena tunggu weekend bila masa panjang
Tapi dapat masak Pasta Goreng Pedas ni pun dah puas hati.



terpedas sikit, tak dapat Fahmi buat bekal esok ;-(

Note: PC kat rumah meletup kena sambar petir Ahad lepas. Susahnya nak berblogging, edit gambar etc. Have to pinjam hubby's laptop when he's not using it.

Tuesday, 16 August 2011

16 Ramadhan 1432H - Laksa Johor

Finally saya dapat balik dapur saya! I can do what I want, I can cook what I like. I am back in control! Yeayy!

So no more masak-masak berlebihan lauk berbagai-bagai. Saya dah terbiasa kalau masak sekadar 2 jenis lauk je, satu jenis protein satu lagi veggies. Memang nampak macam kedekut, rumah besar kereta besar tapi makannya ciput. Weyy heyyy nak hidup lama kan kenalah jaga perut sebab perutlah punca segala penyakit. Saya cuma masak laksa johor untuk mak budak dan bapak budak while the kids makan spaghetti or elbow pasta (whichever they like) with homemade bolognese sauce.


Sementara kuih muih pembuka selera pula I made kuih cara manis, kakak buat roti john dan tambah dengan baki karipap semalam. Hmmm inti karipap tu sebenarnya saya nak buat inti kuih dadar tapi bila balik kerja semalam tengok dah jadi karipap! Rosak plan tapi makan jelah labu.

Wednesday, 20 July 2011

Shrimp Aglio Olio Spaghetti

To be honest, I have a very conservative tongue. Despite being adventurous in the kitchen sometimes trying out new recipe (sometimes!) most of the times you see the same dishes over and over again, I am downright conservative in a lot of ways. Susah nak mencuba sesuatu rasa yang baru kalau dah hooked with one flavour or dishes tu selagi tak jemu selagi itulah saya tak bertukar ke rasa baru termasuklah variasi pasta - makanan kegemaran kami anak beranak.

That's the reason why saya selalu teruja dan bernafsu tengok pelbagai menu or serving style for pasta but most of the time akan end up ordering the same dishes - bolognese... bolognese... bolognese dan sesekali creamy carbonara. Takut nak mencuba sesuatu yang baru in case tak menepati selera kan rugi. Pasal tu walau dah berkali-kali terasa nak cuba spaghetti aglio olio kat manhanttan fish market tapi tak pernah order sehinggalah awal bulan baru-baru ini. And I'm glad I finally come around to ordering it because the menu turns out a yumm! Ataupun the one served kat sana yang menepati selera saya yang kat tempat lain tak tahulah lagi kan?

Well, my experience at manhattan fish market prompts me to try out this recipe at home. Spicy Shrimp and Aglio Olio Spaghetti by Rachel Ray. Saya suka recipe ini sebab nampak ada flavour di situ dari penggunaan chili flake, coriander leaves yang saya guna untuk ganti parsley dan anchovies. Other recipes nampak agak bland in comparison.

My aglio olio. Saya suka guna spaghetti no.3 yang lebih halus macam lidi but tak sehalus angel hair pasta. My maid dah overcooked the spaghetti pasal tu nampak meliuk lentuk bebenar. Ok come let's give this recipe a try.


Spicy Shrimp Aglio Olio Spaghetti (courtesy of Rachel Ray via foodnetwork.com)
Ingredients
Spicy Shrimp:
2 pounds jumbo shrimp, peeled and deveined
1 lemon, juiced
1/4 cup chopped flat-leaf parsley (a couple of handfuls)
1 teaspoon crushed red pepper flakes
4 cloves garlic, crushed and peeled
Coarse salt, about 1 teaspoon
2 tablespoons (a couple of generous drizzles) extra-virgin olive oil
Aglio Olio:
1/4 cup (4 turns around the pan in a light stream) extra-virgin olive oil
1 (2-ounce) tin anchovy fillets
6 to 8 large cloves garlic, crushed and minced
1/2 teaspoon crushed red pepper flakes
1/4 cup finely chopped flat leaf parsley, a couple of handfuls
Coarse salt
1 pound spaghetti, cooked to al dente
Directions
Combine shrimp with next 6 ingredients and toss to coat shrimp evenly.

Heat a large, nonstick skillet over medium high heat, then add half of the shrimp. Cook shrimp 3 minutes until pink and just firm. Remove shrimp to a warm platter and repeat process with remaining shrimp.

Return pan to heat and reduce heat to medium low. Add 1/4 cup extra-virgin olive oil. Add anchovies, garlic, and pepper flakes to oil. Break up anchovies with a wooden spoon until they melt away into the oil and garlic mixture.

Toss spaghetti in the pan with parsley and the garlic oil, then season with a little coarse salt, to your taste. Top servings of garlic and oil spaghetti with spicy shrimp.

Cook's Notes: Prepare the shrimp while the pasta is cooking.

Prep your garlic and parsley for aglio olio and set them, as well as drained pasta and remaining ingredients all within arm's reach of your stove top.

The aroma will be intense! Cooked anchovies have a salted-nutty (rather than fishy) taste that compliments the garlic as it sweetens and softens.

Seperti biasa memang tak sah kalau tak improvise recipe. instead of flat leaf parsley as required in the recipe saya gantikan dengan coriander leaves atau juga dikenali by its American name cilantro or another name for it is chinese parsley. Saya lebih sukakan rasa coriander dalam recipe ni and guys please be generous with the amount of coriander you use and be generous with EVOO - extra virgin olive oil too. Saya juga sprinkle a dash or two white pepper to taste. The rest ikut jelah recipe.
The shrimp coated with all its marinated ingredients memang sedap!

Sunday, 20 February 2011

Canelloni

Setelah puas mencari dan setelah cuba membuatnya menggunakan lasagna sheets barulah kini saya temui canelloni shell yang sebenar-benarnya. Jenama Buittoni, di cold storage subang parade. Itupun saya rasa memang recently saja canelloni dijual di pasaraya, barangkali sebab hidangan canelloni ni agak kurang popular di dapur-dapur di rumah kita compared to other pasta dish i.e spaghetti, lasagna, macaroni.

Canelloni shell saya kurang padat dengan inti, sebab tu bentuknya jadi leper bila dah masak. Saya bikin untuk dinner malam sabtu lepas.

Monday, 13 December 2010

Milksheep Anyone?

Haruslah men'ngembek' dulu kalau nak minum milksheep. Dan kalau dah namanya milk sheep haruslah dibuat daripada susu kambing juga kan? Hihihi. Takdelah tu semua benda mengarut dan cerita lawak anak-anak saya terutamanya Yaya yang tak reti sebut milkshake. Dia cuma pandai order minuman yang sedap-sedap je, tapi bila saya beritahu benda yang dia minum adalah milkshake dia tersilap sebut milksheep. Pertama kali dengar dia minta saya orderkan milksheep dahi saya berkerut tapi bila saya figure out apa sebenarnya yang dia maksudkan terus kami gelak sakan. Walaupun dah berkali-kali saya perbetulkan sebutan dia, tapi tetap juga dia sebut milksheep. Jadi setiap kali pergi minum kat secret recipe, belumpun sempat yaya order milksheep saya dengan hubby dah senyum dulu sambil mengajuk dia sebut milksheep. How little things can make you smile ;-)

Yang ini adalah strawberry milkshake yang saya buat for the children hari sabtu lepas.Fahmi tak percaya bila saya kata saya boleh buat milkshake sendiri di rumah. Yaya pula cepat angguk kepala kata dia percaya sebab reward untuk orang yang percaya ialah dia akan dapat minum milkshake buatan mama.

Masa the children kecil dan belum pandai minum yang sedap-sedap saya dah biasa buat milkshake untuk minum sendiri. Bukannya susah pun nak buat susu kocak. Ada susu segar sebotol kat dalam fridge saya bekukan sedikit. Lepas tu letak beberapa sudu strawberry sauce. Sos strawberry ni saya buat sendiri guna fresh strawberries yang dah hampir kecut dalam fridge tu. Asalnya strawberry tu saya nak buat hiasan atas kek tapi last week memang saya gantung apron tak baking langsung. Jadi daripada kecut berut baik buat sos! Kocak susu dan tuang dalam gelas.Ummm yumm. Kalau nak tekstur milkshake macam aiskrim sumbat je milkshake dalam freezer semula biar betul-betul keras. Lepas tu masukkan dalam food processor dan kisar.

Lunch kami tengahari sabtu tu ialah spaghetti carbonara. Saya melayan tekak yang teringin makan something creamy. Jadi semua orang kena makan ini :-)

Tapi spaghetti ni kekurangan kawan-kawan laut dia. Ada udang 7 ekor je yang dikerat dua each untuk dikongsi oleh 3 orang dewasa. Kanak-kanak makan spiral pasta with alfredo sauce

Tuesday, 17 August 2010

7 Ramadhan 1431H - Baked Mix Pasta

Alhamdulillah sudah genap seminggu kita berada di bulan ramadhan. semalam ada orang merungut sebab saya buat sosej puff cuma 3 ketul saja, tak cukup sampai berebut mereka 3 beranak (faham2 ajalah siapa 3 beranak tu ye). jadi untuk iftar hari ini saya pun buat baked mix pasta saiz gergasi biar semua orang puas hati makan tak berebut. serius memang portion saiz buffet kat hotel lagaknya. plan asal nak buat lasagna, tapi bila balik rumah lasagna sheet cuma tinggal separuh kotak aja. kalau saya buat lasagna dan baki sauce dimakan dengan spaghetti nanti ada pulak yang berebut lasagna yang cuma sedikit. daripada saya kena bebel 2 hari berturut-turut eloklah saya buat satu jenis pasta dishes saja. tak payah gaduh2 kan.

jadi saya campur lasagna dengan penne. penne yang digaul dengan sauce bolognese pekat saya padatkan di bahagian bawah chafing dish (iye, saya guna chafing dish yang sedang elok lebar serta deep). bahagian atas saya tutup dengan lasagna sheet, baki sauce bolognese dan bechamel sauce serta parutan mozzarella. masih berbaki separuh lagi baked pasta saya, boleh buat sahur.

ingatkan tak kena bebel lah malam ni. rupa2nya kena juga. saya kena marah (bukan marah benci tapi marah2 sayang) sebab buat roti john sekadar 2 keping, sekeping diletak sos tomato untuk anak2 dan sekeping lagi diletak sos cili untuk orang dewasa. pun masih berebut juga. aduhaiii sedap sangat air tangan saya ni agaknya :-P. takpelah lain kali saya buat sekeping sorang ye?roti john yang saya buat guna roti sosej aja

buah melaka pemanis mulut

Sunday, 4 July 2010

Spaghetti Seafood Carbonara

sungguhpun kami sefamily ni penggemar pasta tapi jarang sekali makan spaghetti or any other type of pasta noodles dengan sos lain melainkan bolognese. rasanya sebab bolognese memeang sesuai sangat dengan tekak kami. tapi pernah juga bagi my kids cuba spaghetti with alfredo sauce, which they like tapi tidak seperti mana they love bolognese sauce. cuma semalam saya teringin nak cuba buat sos carbonara pulak.

kan saya sepatutnya masak mee rebus semalam? tak jadi sebab tak ada keledek merah. penat cari sampai ke mydin bukit jelutong. owh bukan maksud saya kat mydin takde, ye ada tapi incik mydin perli saya, dia jual keledek sebesar betis gajah! serius saya tak tipu, tak caya sila pergi mydin bukit jelutong sekarang. harga seketul sekitar rm16-rm18 sebiji. perli saya lah tu! saya cuma nak keledek comel lote barang sebiji dua pun jadilah. kedai runcit depan rumah memang tak jual.

disebabkan takde keledek maka saya yang dah mati kutu tak tau nak masak apa saya bantai lah buat spaghetti seafood dengan carbonara sauce. so easy peasy. ada telur, ada cream, ada parmesan cheese, ada lada hitam jadilah dia. ummm yummm yummm ;-)