Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

SJMC Run 2014 - Impian 4 Tahun


Ahad, 2 November baru ni kami sekeluarga masuk larian SJMC Run 2014, anjuran Ramsay Simedarby Medical Centre. 
Dulu lebih dikenali sebagai SJMC. La ni depa tukar management kot. Sinilah tempat saya melahirkan Fahmi. Sini juga tempat saya buat pembedahan buang tonsil. Sini tempat mr hubby buat laser opt untuk batu karangnya. Sini juga tempat mr hubby was hospitalised due to dengue fever. Sini tempat anak-anak ulang alik dapatkan rujukan pakar. Saya pun begitu juga. Jadi bila pusat perubatan ni dah jadi macam rumah kedua, mestilah secara tak sengaja bila depa anjurkan program larian sempena World Diabetes day ni kami TER tahu. Yelah, kalau tak mai sini time depa tepek poster keliling hospital bagai tentu tak menjadi sebab kami masuk larian ni.


Penyertaan kami dalam larian ini bermula dengan impian peribadi saya. Saya mempunyai suatu impian yang saya simpan sejak 4 tahun yang lalu. Impian saya suatu hari nanti saya mahu berlari dalam satu acara bersama-sama mr hubby dan anak-anak. Masa saya tanam impian ini, saya baru mula aktif berlari/jogging. Selepas berbelas tahun meninggalkan zaman persekolahan tiba-tiba saya terasa betapa ruginya saya tak pernah bersenam/beriadah menjaga kesihatan tubuh badan. Padahal masa zaman sekolah saya seorang atlet yang sangat aktif bersukan. Saya rasa malu sendiri kerana menjadikan kesibukan dan kepenatan bekerja sebagai alasan untuk bermalas-malasan di hujung minggu. Saya juga berasa malu pada Ma saya kerana Ma seorang ibu yang aktif beriadah malah aktif bermain bola jaring sehingga usia beliau 40 tahun. Malah kami (saya, Ma dan kakak) pernah mewakili pasukan yang sama! Rare sangat nak cari pasukan yang ada ibu serta 2 anak perempuan bermain bersama!


Empat tahun dulu saya rasa anak-anak saya too young untuk berlari bersama saya dalam apa-apa acara. Atau barangkali saya tidak explore enough. Padahal ada je acara fun run. Saya je yang tak tahu. Jadi, sejak sebelum bulan puasa tahun ini, saya dan mr hubby dah sibuk duk mencari acara-acara larian i.e. half marathon, marathon atau jogathan untuk kami sertai. Sayangnya, kebanyakan acara yang sesuai untuk kami yang baru tahap pelari novice ni dah pun ditutup! Dang! Kalau ada pun yang tinggal acara di Terengganu atau larian di Penang. Mak aii... takkanlah merentas negeri tu. Rasa kecewa kat situ. Kami terlewat. Rupa-rupanya ada je blog yang senaraikan acara larian sepanjang tahun di serata Malaysia. Kami je yang tak tahu. Ok sekarang baru tahu.


Tapi... kalau sudah tersurat kami akan mula berlari bersama tahun ini juga, memang akan terjadi juga kan? SJMC Run ini takde pun dalam senarai yang kami tengok dulu. Sebab ianya cuma acara berskala kecil. Tak kisah. Janji ada. Alhamdulillah, impian saya jadi nyata!




Ikutkan penganjur tetapkan peserta cuma 1500 orang saja. Tapi pada hari langsung acara saya rasa ada lebih 2000 orang peserta. Dan ramai sekali yang berlari bersama anak-anak kecil dalam acara fun run 3km!!! Malah ada yang berlari sambil sorong baby dalam stroller!!! Wahhh saya kagum!


Saya dan mr hubby daftar untuk larian 7km (dewasa). Bajet nak uji kemampuan. Sebab setiap minggu kami biasa berjogging sekali atau bonus 2-3 kali seminggu sejauh 3.5km (je!). Lari/jogging tanpa henti tau. Bukan lari campur jalan, tu tak aci lah. Ada orang berlagak dengan kami, cakap dia berjogging 10 pusingan padahal dia selang seli dengan jalan, lari sikit jalan lari jalan. Mana aci nak berlagak. Kami 'perasan' sangat 7km tu takde apa. Paling teruk pun maybe the remaining 3.5km tu kami terpaksa jalan. Nak jadi cerita, pagi tu kerana overexcited sangat dan juga kerana otak saya terlalu penat sebab that week banyak tugasan kek, saya lupa pasal bib nombor. 


Tanpa bib nombor kami tak boleh berlari dalam kategori sebenar!!! Adoiii lahhh... fail sangat kamu ni.
Makanya, berlarilah kami dalam kategori yang sama dengan anak-anak.
Sesungguhnya memang ketentuan Tuhan. Kami memang berlari bersama akhirnya!!!
Owh... bermula je bersama... bila sampai half tu dah start berpecah. Anak-anak mula dengan pecutan laju, kami suami isteri terpaksa pecut juga untuk rapat dengan mereka. Bukan berlumba dengan anak, tapi nak perhatikan mereka. Saya dah cakap, kalau pecut laju ni senak abdomen nanti. 
Akhirnya cik Yaya berhenti lari, berjalan pula. Saya tak boleh nak berhenti, Fahmi take over tunggu Yaya. Mr Hubby sudah tinggalkan kami. Eh... bukan main laju pulak dia kali ni ye? Selalu jogging dengan saya dia slow motion je. Saya dan mr hubby tiba di garisan penamat bersama. Diikuti Fahmi. Yaya jauh ketinggalan sebab dia berjalan je.





Mana satu kaki anak, mana satu kaki emak? Kecuali yang merah menyala tu , lain-lain hampir sama je kan?
Tapak kaki macam gajah!!!

Sunday, 17 November 2013

Emo Pun Lawak Ker?


Mood tengah down sangat-sangat.
Tetiba masa teman Fahmi lunch kat dapur boleh dia tanya, "Kenapa Abang tengok Mama macam tak bersemangat je"
Terus rasa nak meraung time tu jugak... huwaaaaaaa
Countdown... 17hours before we say goodbye!
Lawak giler... ada ke orang emo macam ni nak hantar maid balik? *lol*
isk... sob... sob...

Saturday, 16 November 2013

School Holidays Officially Begins Today *Sigh*

Ok, school holiday officially begins today!
Hoorayy!! for the kids... urghh for mommies especially WAHM (Working At Home Mothers) like me
I'm scratching my head nak diapakan budak-budak ni
Hantar to nenek's house is a big NO-NO for me... but looking at my baking schedule and with my personal assistant (read: maid) going home for good this monday, I'd probably have to entertain the idea for a couple of days 
Or else they'll drive me nuts with their antics *lol*
Ini pun baru 1st day dah macam-macam ragam *sigh*


I'd like to send my kids to any school holiday programmes... kalau ada kem ke kan bagus. Actually ada, banyak ditawarkan but usia menjadi halangan. Most programmes are for children age 10 and above.
Kalau ada pun yang below 10 years tak boleh lepas juga budak berdua ni yang tak berapa nak independent.
Silap-silap Mama kena masuk kem sekali!!!
Apapun rasa lega sikit... sikit je tau coz kelas agama tambahan akan bermula Disember ini for 3 weeks.
Walaupun cuma untuk two and a half hours daily, cukuplah masa for me to clean the house wash clothes in the morning


On other note, school holiday means Hoorayy juga for Mama - one and a half month tak yah basuh school uniform, less ironing except baju kerja Daddy, kasut tak yah kapur yeayyy!!!
Next year uniform kaler biru akan masuk wardrobe Fahmi - another yeayyy sebab tak sakit lah mata dan tangan nak sental kotoran nanti!
Kadang pelik tengok baju sekolah budak-budak ni kotor yang amat macam ke bendang pun ada!
Kasut hitam for Fahmi - double yeayyyy!!! tak yah kapur! (*_^)
So all his old uniforms and shoes dah boleh stuffed away. Except for one pair bertali yang dia kata nak bagi kat Yaya... ouiii baiknya hati but they probably don't fit Yaya's delicate feet
Kemeja lengan panjang with long skirt for her sebab dia dilantik jadi pengawas pelatih ... another sigh for me
I'm not fond of my kids becoming pengawas because I feel they are too young
to carry extra responsibility. And I'm not sure about being a pengawas boleh membentuk mereka lebih berdisiplin coz I've observed my eldest, I don't see any improvements. Baju masih kotor berkerak... kuku tak potong kalau Mama dia tak bising... how la nak jadi pengawas.
But since the school dah lantik without consulting parents dan budak0budak pun dah kembang dada apa yang mampu saya buat. Nak tolak? Ye boleh saja tapi itu akan buat anak-anak saya upset and that's the last thing I'd want. So, there you go... 2 orang pengawas dalam rumah ini next year.


The least I can do is, make a MoU with them. Nak jadi pengawas boleh but they'll have to pledge :

1. Kekemasan tubuh badan from top to toe- jaga sendiri tak payah tunggu Mama bising
2. Kekemasan pakaian sekolah dan kasut
3. Disiplin - atur masa ikut aktiviti seharian Mama dont need to use luodspeaker
4. Sikap dan minat terhadap pelajaran
5. Kekalkan atau tingkatkan prestasi pelajaran - no slacking is allowed


Break any one of the above Mama is allowed to see the teacher in-charge and serah balik your jacket pengawas. How's that? Keras kan Mama dia?
Kijam ke? Takkkk... This is for their own good.
Saya kenal anak-anak saya. Mereka anak-anak yang baik tetapi too young untuk nilai baik buruk, they have their weaknessess... I am here to help them. I'll take whatever opportunity that come across untuk shape them to become a better person.


All in all 2013 have been a good year for them at school.
Alhamdulillah I'm happy they did well in their exams. Their academic achievement so far so good.
Both of them naik pentas untuk anugerah kecemerlangan pelajaran hari Khamis lalu. The 3rd year for Fahmi, and the 1st one for Yaya. Thumbs up for her for making a leap this year.
Fahmi masih kekal dengan sikap berdaya saingnya. While Yaya perlahan-lahan belajar apa erti berdaya saing. Tempat ke berapa sebenarnya bukan ukuran buat saya tetapi markah yang diperolehi melambangkan pemahaman mereka.
Saya akui kejayaan mereka sebenarnya lebih penting buat saya. Kerana menjadi kayu ukuran kepada decision saya tinggalkan kerjaya menjadi a WAHM.


So, the school holiday begins juga menandakan permulaan hidup baru buat saya tanpa PA.
It is a test for me comes January 2014. Sekarang masih boleh slow and steady lagi.
ok I don't want to get stressed about this
for time being kena belajar teknik kawal jurus pernafasan 


Thursday, 15 August 2013

Jalan Raya... Bukan Jalanraya


I've never had so much fun celebrating Syawal like the one we had this year around. Sungguhpun saya demam selsema. Sungguhpun Mr Hubby were missing during the hype of Syawal eve. Sungguhpun dia cuma join kami semula pagi nak bersolat sunat hari raya bersama due to his work commitment. Sugguhpun tayar kereta saya pancit dalam kekalutan hari akhir Ramadhan. But all in all I had a blast hari raya.


Raya has always been a quiet celebration for me and family. Sejak kecil lagi our Raya celebration was a low key one. Saya tak pernah merasa balik kampung for Raya. Tak pernah merasa berkumpul beramai-ramai kerana my family tinggal jauh dari keluarga besar my mum di Terengganu. Nak balik beraya di kampung makan belanja besar, nak berebut book tiket bas lagi. Diluar kemampuan kami. Bila dah dewasa dan berkerja sendiri barulah merasa bawa my parents balik beraya kat sana sekali dua. Tapi sejak Mok dan Bak (grandpa and grandpa) meninggal, takde lagi dah berkumpul ramai-ramai raya di sana.


But this year thanks to my uncle dari Kelantan yang decided to celebrate Syawal with us in Seremban and another uncle yang dah balik dari Shanghai dan menetap di Seremban 2 tak jauh dari rumah my parents, merasa juga menyambut Syawal dengan lebih meriah. Saya tak jangka pun sebenarnya. Bila balik je rumah my mum tengok dah ada my uncle with his family. Ok, my mum nak buat surprise lah tu. Lebih meriah lagi kali ini my sister and dua adik lelaki saya dapat beraya bersama. Bukan senang nak dapat berkumpul adik beradik begini. Padahal kami bukan ramai pun, cuma 4 beradik je. Tapi komitmen kerja my sister dan my youngest brother yang kerja ikut shift buat kami sukar nak berkumpul serentak waktu raya. Memang Allah nak bagi berkumpul, both of them dapat cuti raya. Bukan cuti sekejap, lama pulak tu. Sesuatu yang jarang berlaku.




Berjalan Raya @ Beraya adalah satu tradisi yang masih diamalkan sehingga kini. For me, beraya bersama kaum kerabat sebelah my mum tidak pernah membosankan. Ada saja gelagat mereka hingga tak kering gusi dibuatnya. Dulu masa baru kahwin, Mr Hubby berasa canggung dan kadang tercengang juga dengan gelagat 'gila-gila' my paks and maks sedara. Sekarang, dia pun sama!





Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri sudah menjadi satu kemestian. Apalah ertinya raya tanpa solat sunat, kan? Syawal tidak lengkap tanpa nya.



 Alhamdulillah syukur. Saya rasa senang sekali lihat wajah my mum berseri sikit. Penat memasak untuk jumlah yang bertambah bagai tak terasa. Tambah seronok bila anak-anak dan menantu berebut ambil giliran memasak juadah Raya.  My mum wajib masak her rendang daging, kari ayam, ayam merah dan nasi minyak. Bukanlah masak seorang, dengan bantuan saya dan isteri pak cik of course. Wife adik-adik saya memasak di rumah masing-masing. Alah diaorang pun duduk dekat-dekat dengan my mum, kang kejap-kejap mari menjenguk. Tak cukup bahan saling pinjam meminjam. Isteri adik yang tengah dah chop masak her signature rendang hijau. Isteri adik yang bongsu masak kuah lodeh dan rebus ketupat segera. Memang sesuai benarlah dengan dia sebab kuah lodeh memang hidangan wajib orang Johor. Saya sendiri tak mau ketinggalan. My mum minta masakkan nasi minyak guna beras basmathi - tiba-tiba my abah berhajat nak makan beras basmathi pulak kali ini. Saya juga berjaya potong jalan adik ipar - masak kuah kacang singature saya. Mula-mula dia yang nak buat, tapi sebab saya balik berbekalkan kacang tanah siap bergoreng dan semua bahan i.e serai, udang kering etc jadi dia pun surrender lah. Ha ha ha... masak pun berebut!
Mana tak seronok?


And my sister? Dia memang kurang pegang sudip. Bukan tak pandai or malas masak tapi selalunya dia berada di rumah dalam keadaan penat baru habis shift malam tak sempat berehat, tidur apatah lagi. Dia ambil bahagian kupas mengupas saja dan dia juga dipertanggungjawabkan untuk pergi ke kedai top up bahan basah dan kering yang kehabisan. Adil bukan? Yang lelaki? Sila mind your children ye (*_^).


Usai menunaikan solat sunat Aidilfitri di surau berdekatan, kami pulang ke rumah untuk sesi bermaaf-maafan pula. Gamat sungguh kali ini dengan gelagat cucu-cucu yang ramai. Maklumlah kali pertama benar-benar dapat berkumpul kesemuanya. Bila dah selesai sesi bermaafan barulah mula merencanakan aktiviti Jalan Raya. Rumah yang wajib diserang semestinya rumah my pak sedara sebelah Abah.





Hidangan wajib untuk tetamu ini adalah hasil air tangan my pak sedara sebelah Abah saya anak beranak. Memang superb! Dia sekeluarga memang suka menjamu tetamu dengan hidangan yang enak-enak belaka sampaikan tak sempat berjalan raya. Dan memang menjadi kemestian untuk kami berkunjung ke rumah mereka pada hari raya pertama.





Peminat sate No.1!




Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut sukahati!
Panjang umur jumpa lagi...



Friday, 24 May 2013

Sahur Berdua, Berbuka Seorang Nampak Gayanya...


Pagi tadi punyalah rajin. Terbangun sahur jam 5.30 pagi. 14 minit je lagi nak azan Subuh. Tapi demi nak menunaikan hajat cik Yaya berpuasa sunat Rejab saya kejutkan juga cek mek tu bangun. Mudah pula. Badan dia masih suam-suam. Tapi nampak better sikit. Since hari ni last saya puasa sunat untuk minggu ini, sabtu ahad for sure lah tak puasa kan hehe. Layankan aja hajat cik Yaya. At least ada juga peneman saya berpuasa hari ini since mr hubby cuti puasa coz dia banyak keje kat luar today.

Saya panaskan nasi goreng kampung dinner cik Yaya malam tadi yang tak sempat dia makan sebab dah kenyang katanya. Mama dia minum air suam je. Sempat juga bagi Yaya minum ubat demam. Punyalah gigih kan bangun sahur. Lepas sahur dia tidur balik bangun pun lewat. Takpelah biar kurang penat. Tapi tau tak apa jadi tengah hari tadi?

Yaya : Mama adik lapar lah...
Mama : Aikkkk... baru tengahari dah lapar. Emmm... makanlah dik...

Saya saja je pelawa dia makan. Bukan saya maksudkan secara serius pun. Ajak-ajak ayam je. Tup tup saya tengok laju je dia buka peti ais dan terus teguk air oren, minum. Aiyarkkk!!!

Amboiii punyalah gigih bangun sahur, sekali pelawa laju je dia batalkan puasa. Grrrr..... 
Ingatkan berbuka berdua kita ri ni ye? Rupa-rupanya non-ado.

Thursday, 9 May 2013

Perjalanan Terakhir

Salam semua

Sesungguhnya saya teringin sekali nak post entry ini lebih awal. Tapi baru taip halfway tiba-tiba datang sebak. Saya berhenti. Bila dah berhenti terus susah nak mari mood menyambung.

Terlalu lama blog ini terabai. Bukan disengajakan. Sejujurnya ada entry yang saya rancang keluar berturut-turut hari sebelum kejadian 20 hari yang lepas. Tapi kerana berlaku kejadian yang tidak dijangkakan maka saya terpaksa padam terus entry-entry tersebut. Rasa 'tak kena' dengan suasana suram yang menyusul.

Sesungguhnya mati itu pasti.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati" - surah Al Imran ayat 185

Itu janji Allah. Kalau sudah sampai masa, tidak cepat walau sesaat, tidak lewat walau sedetik. Dan begitulah kalau sudah tertulis sekian haribulan, sekian jam, sekian detik, di sekian tempat tak kiralah walau sekian cara sudah kita berusaha berubat, berdoa dan sebagainya, bila tiba ajal tidak dapat tidak mengelak. Maka bagi yang hidup terimalah dengan lapang dada. Redha.


Kami redha dengan pemergian ibu mertua menyahut panggilan Ilahi pada tanggal 20 April 2013. Cukup 1 bulan sejak arwah mula sakit kaki hingga tak mampu berjalan. Cukup 1 bulan sejak arwah dimasukkan ke HUKM pada 22 Mac 2013 (arwah mula sakit kaki dari paras lutut ke bawah 1 minggu sebelum dibawa ke HUKM). Pada saat doktor HUKM habis daya untuk memulihkan beliau - untuk membolehkan beliau berjalan semula kerana arwah cuma sakit bahagian kaki sahaja lain-lain ok, sehingga mau discaj begitu saja; kami 'gagal' mengesan atau menebak sesuatu just don't seems right. Should have asked the doctor apa maksud dia mau discaj begitu saja masa pesakit masih belum pulih. But we didn't. Kami masih tak putus harap, kerana arwah mak apart from sakit kaki (in constant pain) she looks ok. Masa tak sakit, arwah bercakap berborak dan makan macam biasa. Bergurau senda macam biasa. Emm... dah tetiba tekak terasa masin (dek air mata).


Kerana tak puas hati, tak sampai hati tengok arwah begitu dan juga kerana kami belum putus usaha sebenarnya, hari Rabu 17 April 2013 kami transferkan arwah ke SDMC (dulu SJMC). Saya carikan pakar reumatologi dan jumpa antara yang terbaik di situ. Tapi saat Dr Raveen sendiri berkata, "... saya belum pernah jumpa kes yang macam ini"... we should have smell something right? Subconciously saya sudah beberapa kali terbayang-bayang tanda-tanda (kematian) itu tapi tidak tergamak memikirkannya. Tambahan arwah bukan terlantar tak sedarkan diri, itu menyebabkan kami tak putus harap juga lagi.


Jumaat 19 April 2013, saya ziarah arwah di SDMC. Gembira saya lihat arwah ceria hari itu. Makan berselera, siap ada sepcial request. Riuh arwah ajak saya berborak hingga saya pula yang rasa penat. Rasa aneh tapi rasa gembira itu mengatasi segalanya. She was in much better state from what i've seen before. Way much better. Her legs doesn't hurt that much except masih tak boleh bengkok atau jalan. Kebetulan doktor baru buat MRI scan untuk cari punca kenapa arwah mak masih tak boleh berjalan after all treatment given, ubat jangan cakaplah. MRI result shows that ada collection of fluid dekat dengan tulang belakang mak. Kata doktor kemungkinan tinggi, kumpulan air itu yang menekan tulang belakang hingga arwah mak tak mampu berjalan mahupun bengkokkan kaki. Wallahu'alam. Sehingga hari ini tidak dapat dipastikan penyebab sebenar dari sudut perubatan, kerana prosedur pembedahan mengeluarkan collection of fluid itu yang dijadualkan dijalankan oleh doktor pakar di Hospital Putrajaya tidak sempat dilaksanakan kerana mak menghembuskan nafas terakhir secara tiba-tiba pada malam 20 April 2013, Sabtu di wad hospital putrajaya.


19 April itulah kali terakhir saya berjumpa arwah. Sudah agak lewat petang masa saya tinggalkan wad iaitu selepas habis berbincang dengan Dr Raveen. Saya tunduk ambil beg di tepi katil mak. Pesanan terakhir arwah mak masa saya minta izin balik buat saya terlepas beg ke lantai, "... balik nanti kirim salam dengan budak-budak ye..." Saya terpegun kejap, pandang kakak ipar. Sebab saya rasa itu kata-kata paling pelik yang pernah saya dengar. Arwah tak pernah berkirim salam pada budak-budak. Saya pulak gelisah tak tau nak respon macam mana, "... erm seronoklah budak-budak nenek kirim salam" was the most awkward response. Lepas tu rasa nak ketuk kepala. Kenapa tak aku iyakan je. A simple 'Ya' will do.


Hari 20 April itu awal-awal pagi mr hubby dah keluar ke hospital. Nak uruskan pemindahan mak ke hospital Putrajaya by ambulance. Operation to remove the fluid dijadualkan Isnin 22 April. Petang tu mr hubby sms bagitau dia tak balik sebab sambung jaga mak (bermalam) since my SIL nak balik berehat. Malam masa saya beri salam solat isyak handphone berbunyi. Saya tak boleh angkatlah kan. Sat lagi telefon rumah pulak berdering-dering. Aihhhhh macam hal penting je. Saya tau siapa yang call sebab nombor telefon baru hanya saya dan mr hubby je yang tau. Bila sayang angkat, "... Yanggg, mak collapsed". Terkejut saya tapi cuba bertenang. Rupa-rupanya masa mr hubby bersendirian menjaga mak sebaik SIL beredar dari hospital secara tiba-tiba mak terkulai. Mr Hubby cuba sedarkan mak. Lama juga katanya digoncang-goncang badan. Kata-kata terakhir arwah "... dah lah... mak nak tidur lama-lama". Ya Tuhan tak dapat saya bayangkan macam mana perasaan hubby waktu itu. Kasihannya dia. Tentu dia tak keruan. Kasihannya.


Enam kali jantung mak berhenti berdegup. Doktor pun dah ambil alih. Pun begitu, hubby masih beriak tenang. Saya dirumah sudah bersiap nak ke hospital. Jam sudah 10 lebih. Lantaklah walau saya tak tau mana letaknya hospital tapi saya tak sampai hati biarkan hubby sendirian hadapi detik cemas. Kemudian masuk sms berbunyi, "... mak dah tak ada". Allahuakbar.


Saya tinggalkan anak-anak dengan maid. Bergegas ke hospital. Subhanallah mudah pula jumpa tak sesat sikit habuk pun dalam gelap malam. Mata saya bukan terang sangat driving waktu malam. Saya berdebar nak jumpa hubby... SIL, abang ipar and his wife dah sampai. Saya tengok mr hubby OK. Sibuk bertelefon dan bersms dengan orang kampung - uruskan pengebumian di kampung sementara kami menunggu ustazah datang untuk mandi dan kafankan jenazah. Hati saya tak senang. Sesekali jenguk mr hubby, asyik sibuk dengan telefon. He looks OK tapi suram. Saya risau. Sebab abang ipar nampak juga berair sesekali dan merah sedikit matanya. Yang ini (hubby) langsung kering. Ahhh sudahhhh. Saya tambah risau. Kenapa? Sebab saya tau dia bukan tak sedih, cuma tak sempat melayan kesedihan. Dia terlalu sibuk uruskan itu ini. Malah dialah yang paling sibuk uruskan banyak perkara sejak dari mak masuk hospital dulu lagi. Beban keputusan banyak dipikul di bahunya. Dia juga antara yang paling rapat menjaga mak dan jagaan serta layanannya yang paling disenangi arwah. Saya risau kerana saya tau orang yang macam ini, bila sudah selesai semuanya nanti, bila orang lain sudah kering mata, barulah dia mula terasa. Apa? ... Kehilangan. Poor him.


Alhamdulillah urusan pengebumi di Batu Anam, Segamat berjalan lancar dan sangat dipermudahkan. AlFatihah buat allahyarham Aminah bt Kosnan, seorang isteri, ibu dan nenek yang menyentuh hati kami dengan caranya tersendiri.




Monday, 1 April 2013

Allah Sebaik-baik Perancang...

Lamanya tak berblogging kan? Sampai sudah berganti bulan. Pejam celik pejam celik sudahpun masuk bulan April. I intented to write more frequent in March. March being the anniversary month of my blog. Tapi sayangnya keadaan tidak mengizinkan.

Dalam kesibukan baking saya dapat sedikit masa senggang yang saya fikir boleh diisi dengan updating my blog dan blog baking saya. Tapi kesihatan pula merudum. Seminggu terbuang begitu saja kerana melayan sakit akibat jangkitan pada telinga kiri yang menyebabkan kelenjar pada tengkuk saya membengkak termasuk sakit kepala yang tak mau hilang sepanjang masa itu. Macam-macam rancangan nak dibuat sementara dapat break from baking tapi satu pun tak kesampaian. Frust.

Kita hanya merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang...

Entry terakhir bulan Mac bertarikh 20/3/2013 pun saya buat dalam kelam kabut. Kerana dalam minggu itu saya terpaksa pulun bekerja 16jam sehari menyiapkan bahan-bahan untuk pameran di Dessert Fair, Campus Festival 2013 di MMU, Cyberjaya pada 26-27 Mac 2013. Terpaksa buat preparation in advance kerana saya berpergian dan hanya pulang sehari sebelum festival tersebut. Berpergian ke mana? Terengganu. Ingat tak kenduri kahwin sepupu saya yang pernah saya sebut dulu? Saya janji dengan dia saya akan hadiahkan sebiji kek hantaran.

Saya sepatutnya bertolak ke Terengganu pada awal pagi Jumaat 22 Mac. Tapi tertunda ke tengahari kerana ada kecemasan. Mil dimasukkan ke wad di HUKM kerana kedua-dua belah kakinya tak boleh bergerak. Fikirkan statusnya as a cancer patient yang belum declare cleared from cancer adik beradik mr hubby sepakat rujuk ke HUKM saja. Tambahan servis dan rawatan yang dibuat oleh hospital segamat sangat-sangat mengecewakan.

Kita boleh merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang...


Booth di Dessert Fair, Campus Festival 2013, MMU Cyberjaya


Trip balik ke Terengganu pun singkat saja. Tiba Jumaat malam. Kenduri Sabtu. Ahad pagi sudah merempit balik ke Shah Alam semula. Semuanya kerana komitmen untuk festival itu. Dan buat sementara waktu saya tidak dapat menjenguk mil di hospital. Rancangan nak ambil giliran menjaga mil pada malam hari Khamis minggu lepas juga tidak kesampaian kerana kakak ipar nak take over. Saya redha sebab sebaik selesai 2 hari menjaga booth di MMU saya terus tak boleh bangun. Keras kejung urat-urat badan, tak pernah rasa sakit sebegini. Letih lesu biasa. Inilah bahana bekerja 16jam sehari selama beberapa hari berturut-turut sampai hilang 3kg! Dalam keadaan saya sendiri sakit bagaimana mampu saya menjaga orang sakit?

Kita hanya merancang...

Buat masa ini mil masih warded di HUKM. Test after test done. Belum dapat dipastikan penyakitnya. Belum dapat disembuhkan. Hanya pada Allah kami berserah, moga dipermudahkan urusan. Moga dipermudahkan dugaan buat mil. Moga cepat sembuh. Amin.






Wednesday, 6 March 2013

Toll Gate Girl

Tak pernah terfikir jadi toll gate girl
walau saya boleh terperuk berjam-jam dalam bilik seorang diri tapi saya tidak mampu duduk dalam ruang sempit
saya respect pekerja toll yang hari-hari mengadap benda yang sama, duduk je boleh kematu punggung

Jadi, masa majlis persandingan anak saudara mr hubby di Muar hari Sabtu lepas saat kompang sudah bergema sayup-sayup
bila mana kakak ipar tarik tangan saya suruh pergi pagar tangga rumah saya jadi blur... "...tol... tol..." kata dia dalam kelam kabut

TOL?

saya pergi dekat biras saya yang sedang susun doorgift untuk tetamu saya bisikkan pada dia, "... kak nah suruh buat pagar... tol..." sambil berkerut dahi saya
bila bersinar mata biras saya dan dengan terujanya dia tarik tangan dan ajak kakak ipar yang seorang lagi buat pagar barulah saya tersedar... owhhhh kutip tol! dari pengantin rupanya...
alahaiiiiiiiii... buta adat sungguh awak ni
manalah saya biasa adat kutip tol ni.... sebab sebelah saya di pantai timur tak ada adat ini
apatah lagi sebelah mr hubby di Johor juga tak pernah saya lihat
tapi saya teringat juga masa kecil dulu di berek polis ada adat kutip tol
yang setahu saya amalan orang Melaka kalau tak silap?
eh... abis tu Muar pun ada tol juga ye?
entahlah labuuu... hentam sajalah... saya ikut-ikut aja buat seronok mengusik pengantin
bukan duit tu yang kami hendak sangat...
tapi sekeping sampul duit raya jatuh juga ke tangan cik Yaya

*pic*
toll gate girls... walau tiada kutipan tetap senyum senang



Tengok kocek baju Melayu si pengapit penuh dengan sampul duit... si Pengantin maintain mood jovial, sporting sangat


Pengantin perempuan (anak saudara mr hubby) adalah anak tunggal. Jadi majlis memang meriah walau khemah cuma 5 buah saja sebab perkarangan rumah pun terhad. Almaklum, kawasan kampung rumah lot rapat-rapat pulak tu. Saya enjoy the food walau tak sempat merasa hidangan laksa johor dan lontong. Guna katering je pun tapi RM10 sekepala untuk nasi minyak beras basmathi pakistan yang gemuk-gemuk butirnya, beriani daging dan kambing, acar tumis, dalca, ayam masak merah, acar buah berserta 3 jenis kuih muih tradisi. Air kordial anggur dan sirap serta buah 2 jenis saya kira sangat mewah dan murah! Dah jadi kebiasaan orang Johor, tetamu balik mesti dibekalkan nasi. Nasi pun disiapkan katerer berbungkus cantik dalam bekas plastik. Aduhhh... murahnya.

Petang kami berangkat pulang. Toll gate girl mendapat saguhati mee bandung Muar di stesen bas Muar. Sedap tapi terlebih pedas!





Friday, 15 February 2013

Berebut Nak Kahwin

Tuan rumah dalam mode busy sekarang.


Sejak balik dari negara bekas jajahan Perancis dan berpaksikan pentadbiran komunis itu sambung menyambung buat kek kahwin.  Rupa-rupanya Minggu raya cina ni memang hebat dengan kenduri kahwinnya. Tambahan sekolah ditutup terus 1 minggu hingga hujung minggu ini. Memang sesuai benarlah nak buat kenduri kendara. Saya tak tahu menahu. Terikut-ikut resam zaman bekerja dulu, tak pernah ambil pot pasal cuti sekolah. Sebab dulu-dulu school holiday atau tidak tak pernah jadi perbezaan. Kerja tetap kerja. Tiada istilah merancang cuti.


Februari kali ini memang melakar dan mengulang sejarah sungguh. Dua orang sepupu saya, kedua-duanya lelaki, bernikah pada tarikh yang sama. Dan kenduri sambut menantu juga pada tarikh yang sama! Seorang sepupu sebelah abah, seorang lagi sebelah my mom. Satu di Shah Alam. Satu di Seremban. Masa nikah dua-dua saya tak pergi. Sebab saya sendiri sibuk dengan kek kahwin orang lain! Nak buat macam mana, tetap tarikh nikah pun selepas saya commit buat kek orang. Sekarang ni kenduri sebelah lelaki buat esok. Harus bagaimana nak ku bagi dua body ku ini? 


Tahun 2010, kenduri kahwin bertembung juga. Kenduri sambut menantu adik lelaki bongsu bertembung dengan kenduri kahwin sepupu perempuan sebelah abah. Sudahnya sedara mara sebelah abah seorang pun tak dapat datang kenduri kami. Sebab kenduri sepupu di Langat, lebih dekat dengan mereka. Tak jadi hal. Nak buat macam mana, masing-masing berebut tarikh! Tapi jadi cerita pertengahan kenduri kat rumah kami abah terpaksa tinggalkan majlis. Pergi ke Langat juga with mr hubby. Sebab ibu kepada sepupu lelaki yang nak kenduri esok (16/2) ni meninggal mengejut. Yatim piatu sepupu saya tu. Mujur pak sedara mak sedara semua berpakat buatkan kenduri untuk dia. Inshaa Allah, memenuhi harapan mak sedara dan tanggungjawab, tahlil malam nanti dapatlah saya pergi. Kemudiannya saya harus berada di rumah my mom untuk kenduri sepupu di Seremban pula. Ralat sebenarnya ni. sedara mara dari pantai timur dah membanjiri rumah saya, tapi batang hidung kita tak kelihatan lagi. Ralat.



Bertuah kan? Tak disuruh tapi masing-masing sukarela angkat penyapu sapu kertas-kertas mercun yang dibakar jiran cina depan rumah masa raya tempohari. Saya sibuk didapur dengan kek. Bila ke depan dengar suara budak berdua ni berserta bunyi penyapu lidi. 



Nak main kat taman tak boleh. Sebab depa kena 'grounded' 1 minggu. Agaknya bosan tak boleh bermain dan sakit mata juga kot habuk-habuk mercun terbang ke laman rumah. Sukalah cik maid kerja dia ada yang tolong lunaskan. Dah dua hari bersepah padan tengok je tak buat apa. Nak marahkan yang tukang buat onar pun tak tau bagaimana harus ditegur. Orang Cina memang pantang sapu rumah time raya ye? Sebab semua yang membakar mercun biar je sampah depan laman tak bersapu.



Syok menyapu tiba-tiba hujan turun. Bertempiaran lari campak penyapu semua. Hahaha...


Kesian budak berdua ni. Masa saya takde si abang demam. Adik tukang telefon bagi repot. Abang nya kesejukan dia tukang selimut. Bila saya sampai si adik pun dah sama ikut demam. Tak sekolah lah 1 hari. Tonsil mereka bengkak juga akhirnya. Kesian demam masa mama dia takde. Now dah ok.

Monday, 1 October 2012

Gantung Apron


Saya sengaja mengusik Yaya, membuat satu permintaan
Saya beritahu dia saya teringin makan kek di hari ulang tahun saya
Kek yang bukan saya sendiri membuatnya, kecil pun tak apa

Jadi tengahari sabtu itu while kami bersiap-siap nak keluar makan (haruslah birthday girl gantung apron kan?), dia beriya-iya ajak ke Subang Parade
Fahmi macam biasa welcomed the idea sebab dia nak makan kat manhattan fish market
Yaya pula berura-ura nak suruh daddy belikan mama icecream kek di baskin 'n' robbins!

Tapi birthday girl ada idea lain
She wants to eat middle eastern cuisine!!!
Birthday girl's other half ON sajaaaaa...

So, off we go to Zam Zam restaurant

Muncung sedepa mulut Yaya hajat dia tak kesampaian
Dia yang nak sangat makan icecream tu, bukan saya tak tau he he
Lepas tu dia duk berzikir lapar, lapar, lapar
Bila makanan sampai, hah ambik ko bertambah-tambah dia makan!
Terkejut saya bila dia masih tak berhenti walaupun Fahmi dah surrender awal-awal lagi.




We ordered chicken madghut untuk saya, anak-anak dan kakak
While mr hubby dah tentu lah lamb madghut

Ambik ko! Sepinggan mumbung. Ayam/bebiri ada tersembunyi disebalik timbunan nasi.
Portion macam ni sesuai kongsi 3 orang, kalau tak memang senak perut Melayu nak habiskan.

Tapi ada orang tu dalam dok geleng kepala dan berzikir ini bukan lamb madghut, ini mengaruttt!!!
Habis juga licin plate dia.

Musykil... musykil...

Tapi saya tak hairan sangat bila Yaya makan bertambah dan mr hubby boleh habiskan
Sebab nasi dia memang sedap, very flavourful
Makan nasi saja pun sedap sebab dia masak dengan carrot dan potato cubes
Ayam atau bebirinya pulak so tender, they fall off the bones easily sebab dimasak secara pressure cook
The word madghut itself represent the method which the meat is cooked

We have been to a few arabic restaurant
Setiap restoran ada hidangan istimewa tersendiri
Kalau ke Zam Zam dan teringin makan nasi we would definitely choose to eat Chicken Madghut serve with nasinya yang sedap tu
Dan tak lupa pesan dessert - Basbousa


Basbousa di sini sangat yummmmm!
Waiter pak Arab di sini terover excited beri penerangan kat saya pasal dessert yang ada
Siap ajar saya pronunciation dan minta saya ulang...
Tapi saya rasa lucu bila nak sebut Basbousa
Sebab dalam kepala terbayangkan Kapten Barbosa - ketua lanun yang mengepalai kapal Black Pearl dalam pirates of the carribean!
Terpaksa saya control senyum depan pak Arab tu


Kalau ke Al-Diafah di Seri Petaling pula kami suka Nasi Kabsah nya
Sangat sedap tak sama dengan nasi kabsah di restoran lain
Tapi baklava kat sini sangat hapak ok!


Kalau ke Sahara Tent their Chicken Beriani is to die for!
Portionnya tidak besar, sesuai untuk perut Melayu
Dan tak lupa mesti cuba kunafa nya, sedap
Tapi saya teringin nak cuba kunafa yang Bobby Chin kata paling sedap di dunia - terdapat di Jordan!
Haha entah bila nak sampai sana


Al-Rawsha dan Hadramaut saya tak pernah cuba lagi
Tapi kalau Saba' pada saya tiada yang menonjol, dari segi rasa biasa saja
Kalau nak makanan arab yang murah boleh cuba di Muhattoh, Saujana Utama Sg Buloh
Restoran ini operates by orang Melayu
Kofta dan kebabnya lebih sedap daripada arabic food restaurant
Makan 5 orang bayar RM50 sahaja!


Friday, 7 September 2012

SEPULUH @ 10

Today, 7 September 2012 marks the 10th year of us (me & mr hubby) been together
mula-mula sebut 10 tu rasa macam banyak - uihhh lamanya, iya ke we've been together for this long?
tapi lama-lama rasa sikit je? - whattt? baru 10 tahun?
feels like I've known him forever! ha ha ha
yup, I know him too well - dia hampir sama dengan saya
barangkali sebab kami berkongsi birth sign?

Tak pernah lupa tarikh ini sebab... ada ke orang lupa tarikh dia menikah? ;-)
Malam tadi ingat tapi sebab mr hubby balik lewat saya dah tertidur lupa nak wish
Pagi ini pula saya sibuk dok hambat anak-anak bersiap cepat ke sekolah, saya terlupa sekejap
Until just before I reversed the car keluar dari porch, mr hubby berlari dapatkan saya
with a kiss on my cheek dia kata "Happy Anniversary..."
Macam blur sekejap lepas tu "Owh..." saya terlupa!
For once he was ahead of me this time... I'm touched :-)

There won't be any celebration, tak perlulah
Cukup doa sahaja
Plus both of us will be extremely busy today sampai weekend
Saya sibuk dengan baking, mr hubby sibuk dengan khemahnya
Bila kami sama-sama dah rileks nanti bolehlah curi masa keluar berdua ;-)



"Ada lima perkara apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu melihat Kaabah, mushaf al-Quran, melihat wajah ibu bapa, orang alim dan memandang wajah suami isteri dengan penuh kasih sayang". Seseorang itu akan mendapat banyak ganjaran pahala daripada Allah walaupun sekadar menatap wajah suami atau isteri masing-masing.( Aluwi)


dan ustaz Azhar Idrus kata,







Wednesday, 15 August 2012

26 Ramadan 1433H - Kerahan Tenaga II & Please Meet Mr Billy B.C

Dah 26 hari kita berpuasa ye?
My goodness tersangaaaattt lah cepatnya masa berlalu
masuk je pertengahan ramadan masa yang 24jam tu terasa macam 12jam je even for SAHM like me

Ini entry tertunggak sebenarnya berlaku pada hari yang sama Fahmi bantu saya basuh pinggan
Dah hujung-hujung ramadan ni tiba-tiba macam banyak pulak things to blog about
Kalau hari sabtu semua orang sibuk menyental dinding sampai licin berkilat dan menciutkan
Hari Ahad pula adalah hari gotong royong membuat kuih raya

Seriously, saya takde mood nak buat kuih raya sebenarnya
menyampah sangat coz it only reminds me ramadan sudah mahu berakhir
Tapi pagi Ahad itu saya bancuh juga 2 adunan kek buah
kerana terkenangkan my dad yang cukup suka kek buah serta Yaya sendiri
Dalam sibuk mengadun datanglah minah kacau pun sibuk nak tolong mengadun juga
I let her sebab mood saya tengah baik, tak kuasa pepagi buta tu bergaduh dengan dia
Habis membantu saya mengadun dia tak puas, ajak saya buat cookies pulak
haduhaiii sudahlah saya ni takde mood
in the end saya mengalah, buatlah choc chip cookies
itupun sebab bahan semua complete memang dah ready tunggu mood je datang



Dah siap bancuh adunan saya serah kat budak berdua ni
biar depan scoop the batter dan susun atas loyang
sambil-sambil tu layan kerenah mereka
Fahmi nak buat cookies bentuk huruf F tapi saya habaq kat dia batter ni cannot be shaped
bentukkan lah macam mana pun, masuk oven nanti jadi rupa dinosour juga seketul

Ada bagus juga bagi budak berdua tu buat cookies
sekejap saja dah siap bakar semua
siap kerja!


Dah siap tu hambat depa sambung buat homework pulak
pagi-pagi tadi depa buat homework kat atas
dulu bentang buku kat ruang tamu habis bersepah dengan habuk eraser
sekarang sejak saya bawa balik Mr Billy B.C. saya relocate meja belajar depa kat family hall tingkat atas
tak sempat habis depa buat kuih raya pulak
tengok tu Yaya pun masih berbaju tidur lagi
Fahmi je disiplin tinggi skit macam mama dia, bangun terus masuk bilik air



Mr Billy B.C?
Alamak skandal baru ke? hehehe
Billy bookcase beli kat ikea
tau jelah ikea kan suka bagi nama orang kat product dia

Buku-buku sekolah pun saya suruh susun kat bookcase tu
senang boleh nampak, lagipun bilik depa takde bookshelf lagi




Ye, ye saya tau... jarang-jarang sangat bukunya
banyak lagi buku belum susun kat situ
saya belum habis mengemas lagi hehehe
time hendak bookshelves time tu juga pi redah ikea, bila dah dapat haremmmmmm...
tapi koleksi-koleksi novel saya dari zaman sekolah sampai sekarang definitely takkan letak kat situ lah
mak kedekut nok... tak suka nanti ada orang usik
nak baca boleh tapi mak cepat panas hati bila tengok koleksi-koleksi mak dicemari
kesan cap jari kaler itam, kuning dan kesan minyak bagai
euwwwww membaca sambil menumis ke hapa?
adehhh bulan-bulan posa ni... ya ampunnnnn

Saturday, 11 August 2012

22 Ramadan 1433H - Kerahan Tenaga I

Kejam je bunyinya kan?
isyyy takdelah... this was our activity today
gotong royong membersihkan dinding rumah yang kotor
nak cat tak kuasa lah kan sebab banyak kerja hampir semua dinding comot
entah berapa hari baru siap mengecat agaknya
bulan puasa pulak tu nak menghidu bau cat, panas letih dan penat
I offered to paint the walls but somebody just don't trust me enough
so, mengelap dinding lah masing-masing tengahari tadi


There are 5 of us in the house so setiap seorang ditugaskan membersihkan 1 dinding seorang
Saya terkejut pada mulanya sebab bangun tidur je Fahmi & Yaya dah bersorak riang
tak sabar nak gotong royong
Uiksss biar benar budak-budak ni
clearly they don't have the faintest idea what's in store for them, hah!


This boy had to do dinding berhampiran dapur
yang paling teruk kotor dek cap jari, tapak tangan dan tapak kaki dia
Sakit mata mak hari-hari tengok dinding tu



Sambil mengelap sambil dia mengomel, "Susah lah, sakit tangan abang tapi tak hilang pun"
Saya balas, "Ohhh sekarang tau sakit ye. Macam tu lah sakitnya mata mama tengok dinding rumah mama ni kena cakar, kena kotor dengan anak-anak. Masa buat tak fikir kan?"

Lepas tu tak berhenti-henti mengeluh lagi.
Dah lah saya lagi penat sebab semua dinding yang dia lap saya kena ikut lap sekali sebab dia tak sental sampai bersih.
Orang suruh perah kain sampai lembap dia bantai lap pakai kain yang lencun dengan air
habis dinding saya banjirrrr!
"Ok that's it, abang banyak merungut sangat you do (cleaning) the wall until I say stop" Hah, lagi giler kejam kalau dah naik syeikh.


Bukannya nak marah dia sangat pun
Fahmi did so well, much better than his adik
saya sebenarnya geram dengan adik dia yang kuat mengelat ni

abaikan dinding yang dah sopak tu, masa baru pindah tukang angkat barang langgar dinding dengan furnitures semua habis sopak


Cik Yaya the diva aka drama queen
buat kerja sikit merungutnya berbakul-bakul
takde satu pun yang dia sental bersih
dia sental ala kadar dalam 2-3 minit dia lari pergi dinding orang lain
lepas tu dia bising kata penat
dia on TV... saya suruh tutup "Takde siapa boleh tengok TV selagi semua orang tak siap kerja"

"Tengok, korang punya pasal habis semua orang kena marah" Mr Hubby membebel kan anak-anak sebab Ketua Pembersihan - gelaran depa bagi kat saya dah makin strict dengan peraturannya


Paling licik Yaya boleh sub kerja dia kat Daddy!!!
"Daddy... marilah sini lap dinding ni. Semua orang buat kerja Daddy tak buat kerja"
Hah, ambik ko, terer tak terer anak dara kuseorang itu
Takde siapa berani kerah Daddy tapi dia nak mengelat punya pasal dengan Daddy sekali dia sound
haha




But I guess after spending a couple of hours helping mr hubby shifting all his barang-barang khemah ke bengkel dia earlier in the morning
it is only fair for him to help me out kat rumah pulak kan


So we spent about 3 hours bergotong royong membersihkan dinding tingkat bawah
I would have continue kalau tak kerana penat tolong hubby earlier on
lagipun weather was so dry and hot
jangan budak-budak, mak budak pun kali pertama after 22 days of fasting rasa haus ya rabbi
Iftar tadi semua orang pulun air bergelas-gelas seorang!
But worth every sweat we shed lah, sebab dinding mak dah bersinar semula ;-)

Friday, 13 April 2012

Last Entry...

... before we fly off to Bandung :-)

The kids are super excited about this trip
probably because it has been sooo looonggg since we last took them on an airplane trip
and because they looovveeee it so much staying in a hotel
Fahmi sukakan kesejukan aircon di bilik hotel, mandi kolam kat hotel
dan having buffet breakfast kat hotel
entah apa-apa mamat tu
malam tadi he stayed up late to finish his homework
surprisingly dia boleh tahan mengantuk, kalau hari lain pukul 9 malam dah layu
mesti dah merengek tak larat siapkan homework nak tidur
but he was in extremely good spirit last night
boleh menyanyi-nyanyi lagi, bukan nyanyi lah sebab dia tak pandai hafal lirik lagu macam adik dia - more like humming gitu
sempat lagi ke dapur teman saya makan vitamin sambil dia buat lawak entah apa-apa
asyik gelak je... lawak betul budak tu
adik dia dah lama dozed off atas sofa

I made them go to school this morning, our flight petang nanti so sempat ke sekolah
I don't want them to miss school banyak sangat, Monday terpaksa skip school 1 hari
i've prepared surat kepada cikgu tapi malangnya pagi tadi terlupa pesan kat mereka yang surat tu saya letak dalam poket beg sekolah
hope they found the letter and pass them to their teachers... harap-haraplah
tapi cikgu Yaya dah tau dah pun... cikgu Fahmi je belum
is it really necessary to write to the school?
saya tak pasti lah tapi saya cuba mengamalkan kaedah berkomunikasi yang betul, at least have courtesy sikit kan

Our travel bag dah siap, we tried to travel light and bring extra bag untuk sumbat hasil tangkapan shopping nanti he he he
duit rupiah sudah ditukar masa cuti pertabalan agong tempohari
kami tak bawa banyak tapi malam tadi hubby's friend dah buat mimik muka bila dengar kami tukar sikit je... owh saya tak tau 5juta rupiah tu tak cukup ke buat shopping dan makan bagai?
hahahaha... maaf lah saya agak naive bab shopping ni sebab bukan kaki shopping sangat masa melancong
saya jenis yang melancong sebab nak menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan saja
seriusss ni!!!
wa ha ha ha uwekkk... pergi tempat yang terkenal dengan shopping boleh caya ke?
adoiii... ini adalah satu ujian untuk melihat adakah saya kaki shopping juga

So that's all for now.
I won't be able to blog live from Bandung, as hubby's lappy will be left behind - sengaja
We won't have enough time between shopping and sight seeing to go on internet ;-)
So why bother to carry the lappy thousand miles away? ;-)
See you when we reached homeland.

Sebelum itu, tataplah gambar cik Yaya yang punya hobi melukis sambil tidur


seingat saya ini adalah gambar melukis sambil tidur Yaya yang ke 3 dalam koleksi saya
memang habit lah budak ni



Okay... i'd better log off now
got to check few things before I fetch the kids from school and leave to the airport
daaaa...

Sunday, 25 March 2012

Berkelana 'Amazing Race'

Jumaat malam saya dan anak-anak bertolak ke seremban dengan memandu kereta kenari my dad
saya pinjam kereta tu 1 minggu sebab cik 'sienna red' saya mogok lagi
maklumlah umur dah banyak, kalau manusia dah mula osteoporosis nya
jadi saya 3 beranak bermalam di rumah my parents
incik hubby tak ikut, saya minta dia fetch kami keesokannya harinya
dari stesen komuter subang jaya saja, tak perlulah 2 biji kereta berkonvoi
lagipun nak puaskan hati anak-anak yang mengidam nak naik komuter sangat

Sabtu lepas zohor my dad hantar kami ke stesen komuter Seremban
mujurlah kebetulan pagi tu my dad balik (he works in Damansara nowadays balik pun jarang)
jadi bolehlah drove us ke stesen komuter, kalau tidak pening juga saya nak heret
budak berdua ni mengejar bas... dah berzaman tak naik bas dari rumah, schedule pun tak tau dah... he he he

Sampai kat stesen komuter pukul 2.15pm, beli tiket dan sedang elok je the 2.30pm komuter sampai
My mum suruh kami cepat-cepat pergi... saya rileks je tapi tau lah orang tua risau kita terlepas tren
sudahnya anak-anak saya pun jadi kalut berlari-lari tarik tangan saya

the kids were so excited selepas mendengar cerita saya pasal koc wanita
Yaya suka sangat, memang dah pakat dengan dia naik koc ni
tak padat dan selesa sangat

Fahmi macam cuak sikit sebab dia malu
in the end we took the ladies coach jugak after I assured Fahmi that it's ok for underaged boys to take the ladies coach bertemankan ibunya


Yaya sibuk 'berkomunikasi' dari dalam tren dengan Atuk dan Nenek yang setia menunggu sehingga tren bergerak


Belum pun 2.30pm tren dah bergerak... bye atuk, bye nenek... terima kasih pinjamkan kereta, lain kali pinjam lagi he he he


Yaya tak putus-putus komen pasal all the signage kat dalam koc ni. Dia tanya kenapa ada bunga ros? Perempuan sinonim dengan bunga kan? Dia tanya pulak kalau lelaki? Err... entah? Rokok kot?! Bad answer! ekeke

Seingat saya dah lama juga koc wanita diperkenalkan, tapi sampai sekarang masih ada lagi penumpang lelaki yang tak sensitif pergi naik juga koc wanita
ada yang ditegur pun buat pekak je, control macho konon
orang sembur kata buta huruf ke apa?
it's really annoying tau... rasa macam orang invade territory kita
ada juga yang tersedar kesilapan, bila sampai stesen seterusnya cepat-cepat turun tukar koc
ada yang baru nak jejak koc tersedar terus tak jadi naik

Cek mek ni mulut tak reti diam.
Sepanjang perjalanan banyak betul pertanyaan, saya ingatkan perjalanan jauh mesti dia penat tertidur
rupa-rupanya saya yang kepenatan kering mulut melayan dia

mula-mula tu seronoklah tunjukkan anak-anak stesen komuter UKM tempat yang menjadi saksi saya turun naik komuter di situ masa zaman belajar dulu
masa kat stesen batang benar teringat kisah seorang pemuda smart ni yang duduk di seat belakang saya
bila hampir ke batang benar tiba-tiba dia menghulur tangan di tepi dinding
terkejut saya, dia jatuhkan business card rupanya!!!
owhhh pesen lama sungguh taktik nak berkenalan...
mengekek ketawa Yaya dengar cerita saya... ha ha ha

bila sampai stesen kajang, makin ramai orang
adalah satu kumpulan minah vietnam ni yang punya gamat macam komuter mak pak dia punya, mentang-mentanglah kita tak faham cakap dia 'prong preng prong preng'
dressing tak cukup kain, saya yang menengok pun rasa malu
apatah lagi ada anak lelaki disebelah...
adehhh takde sivik sungguh mereka-mereka yang berpakaian seksa ni
Yaya sangat curious, tau jelah dia asyik perhatikan orang turun naik
dia tanya orang apakah mereka itu?

Saya : Vietnam
Yaya : owhhh... bukan Islam ye?
Saya : bukan... Buddha, agama Buddha (kalau mereka beragama lah)
Yaya : owhhh... patutlah seksi

Saya tergamam! Statement next dia lagi buat saya terpana

Yaya : Kalau dia nak masuk Islam dia kena taubat kan?
Saya : err... ye, kena mengucap 2 kalimah syahadah
Yaya : tak boleh pakai seksi-seksi kan?
Saya : iye... iye... (sambil buat isyarat mata suruh dia berhenti cakap pasal mereka, kurang sopan)

Adoiii budak kecil pun faham konsep Islam, wanita Islam mestilah menutup aurat dan berpakaian sopan
jadi yang dedah sana sini tu di mata dia adalah bukan Islam???
kena fikir-fikirkan

Tiba di stesen KL Sentral kami kena tukar platform
mujur tiket dah dibeli terus sampai subang jaya jadi tak perlu keluar dan beli tiket baru
masa nak turun tangga tu ternampak tren kami sampai, bila tengok orang berlarian
si Fahmi pun turut ajak saya berlari
dengan langkah panjang saya pujuk dia jangan kejar
kalau tak sempat tak apa, kita naik tren lain
tak kuasa saya nak mengejar, buat peluh ketiak je
dahlah kat belakang saya pikul backpack yang berat dengan buku Juzuk Amma anak-anak
beria-ia Yaya suruh bawa konon nak baca
memang dia selalu baca malam-malam sebelum tidur
tapi sampai kat rumah nenek dia tak sentuh pun! asyik main je!


Naik tren baru seatnya 2 kiri 2 kanan pulak
pilihan utama kami masih lagi koc wanita
kali ini tak padat sangat, bolehlah bernafas
incik hubby sudah diberi maklumat supaya standby di stesen subang jaya


Fahmi sempat baring lelap mata sekejap

Sampai kat subang jaya rupa-rupanya incik hubby tak sampai lagi
saya ajak anak-anak jalan kaki ke subang parade
alah bukannya jauh, lagipun dah lama tak travel on foot macam ni
Fahmi gelakkan saya, dia lucu tengok saya pikul backpack
dah macam orang mengembara kata dia
amboiii sedap je awak gelakkan mama ye
oh ye... anak-anak memang seronok habis, bersorak-sorak riang diaorang
and they dubbed our journey sebagai 'Pengembaraan" ala amazing race
sebab ada adegan kejar-mengejar dan bertukar-tukar tren
depa tak penat malah enjoy lagi ada lah!
mama yang penat okeh!

sampai subang parade kami serbu manhattan fish market
order macam-macam dan semuanya habis licin!
kebulur you! ekeke

Entah apa yang Fahmi sakat sampai Yaya muncung sedepa

So that's it, memenatkan tapi saya enjoy dapat spend time dengan anak-anak
happy tengok their eyes bercahaya melihat sesuatu yang baru
tu yang sampai tak tidur dalam tren tu
Fahmi dah cakap lain kali kita naik komuter lagi... adehhh nanti-nanti lah



Nota:
Juzuk Amma + Al-Quran Pertamaku adalah kumpulan surah-surak Juzuk ke 30 disertai tafsiran dan kisah-kisah disebalik surah-surah tersebut
hasil tulisan Ustaz Haji Arsil Ibrahim terbitan Blue-T Publications
sangat berfaedah untuk memupuk minat anak-anak kita terhadap Al-Quran

Monday, 6 February 2012

Makan Berjemaah

Makan pun boleh berjemaah, you!


Cucu-cucu jantan Wak Dali & Lek Minah dalam acara makan malam berjemaah mengadap setalam nasi ambeng

Laku nasi ambeng Lek Minah you, sekejapan je licin dikerjakan cucu-cucu jantan ni. Siap menambah lauk pauk lagi. Jemaah paling muda yang t-shirt biru berbelang tu ternyata masih baru dan kurang biasa makan berjemaah begini. Terkulat-kulat dan liar mata dia bila portion nasi dia disebat tangan-tangan piranha "Eh... macam mana nak makan ni semua orang berebut"

After a day of hard work preparing nasi ambeng untuk kenduri and cleaning the house, the above sight jadi source of realease tension. Lucu... ;-)

Monday, 2 January 2012

"Adik Nak Balik!"

Baru lepas bertelefon dengan cik Yaya
dia masih belum tidur
my mum kata dia duk main game
Fahmi dah lama berlayar, dan sampai london agaknya
elok je telefon bertukar tangan saya dengar nada suara cik Yaya sudah rendah
"Adik dah kata adik tak boleh tidur kalau takde Mama"
macam mana nak tidur kalau ralit main game? kalau kat rumah pun begitulah dia
ralit main game sampai kita suruh tidur pun dia buat tak tau je
kalau tak tahan dengar saya membebel dia tarik selimut selubung muka
kita pun tutuplah lampu ingat dia tidur
uiksss... nampak cahaya ... cahaya apakah itu
tarik selimut ... tu diaaaaa
sampai memercik peluh kat hidung duk berselubung
dia main game rupanya!!!
akal memang panjang

Saya tanya dia dah makan ubat?
dia batuk... dalam pada batuk tetap degil nak minum air sejuk
dia jawab sudah... uikss terkejut juga saya
sebab selalunya lepas minum ubat batuk sure longlai
takde apa yang boleh buat dia berjaga kalau dah telan ubat batuk
tapi kali ni masih bertahan main game
hmmm... betullah tu dia tak boleh tidur
hati resah... bosan kata dia
bosan dan tak boleh tidur
sebab takde Mama
alahaiiii anak ku
serupa macam Mama juga kerenah awak ni
saya macam tu lah sejak kecil sampai sekarang ni
susah nak lelap mata kalau orang-orang tersayang takde di sisi atau di sekeliling saya
susah!
zaman saya duduk asrama U payah nak lelap mata
resah gelisah
zaman membujang pun tak jauh beza... susah nak lelap mata
asyik duk membilang hari bila nak berjumpa mak dan semua orang
aduhaiiii... sekarang pun saya susah nak lelap mata
duk terkenangkan anak-anak yang jauh
incik hubby sibuk projek khemahnya
aduhaiii menjeruk rasa lah saya seorang diri
nangis kang.... :-(

Wednesday, 28 December 2011

Cuba Mama Bayangkan...

"Cuba Mama bayangkan. Daddy cuti duduk rumah jaga kitaorang kan. Abang dia main-main pastu dia sakitkan hati adik. Dia sakitkan hati adik, adik pun menjeritlah. Adik menjerit lepas tu Daddy marah adik. Daddy kata kalau adik menjerit Daddy nak tampar mulut adik. Sebab tulah adik tak suka Daddy jaga kitaorang..."

"Mama berhentilah kerja..."

"Mama cakaplah kat bos Mama, "Bos bagilah saya berhenti..." ha"

"Bos berhentikanlah saya..."

Mak aiiii siap ajar saya lagi macam mana nak pujuk bos saya. Kuang3x

Aduhai anak dara ku. Kesiannya dia. Nak tau apasal tiba-tiba je bertubi-tubi dia mengasak saya dengan pujukan-pujukannya?

Kakak (maid) saya nak balik kampung. Nak cuti seminggu.
And the time is totally and absoultely wrong!
Tinggal a few days je lagi budak-budak nak naik sekolah
Tiba-tiba lah pulak buat sob stories nak balik kampung
Maaflah, I don't buy the sob stories. Saya bukan buruk sangka, tak perlu cakap kat sini tapi saya ada good reason kenapa saya tak perlu percaya cerita-cerita rekaan ala sinetron itu
I've checked and I've made observation ... it just doesn't make sense
Saya tak kisah kalau dia nak cuti, tapi tak perlu reka cerita saya lebih suka orang cakap terus terang
Whatever it is, itulah penyebab Yaya became so anxious semalam
bila dia dapat tahu berita kakak nak cuti terus dia serbu bilik saya
saya tengah bersiap nak solat, dia bergayut kat pintu almari baju saya
sambil bertubi-tubi memujuk saya suruh berhenti
saya cakap kat dia apa nak risau Daddy nak ambil cuti next week so Daddy boleh jaga
meroyan dia tak mau Daddy yang jaga, dia cakap Daddy garang suka marah adik
Saya cakap kat dia lagi, kalau Mama pun Mama akan marah juga sebab tak tahan dengar adik menjerit
Mama dengan Daddy dua-dua penat balik kerja hari-hari dengar adik menjerit jadi tension tau
diam dia sambil mulut muncung, tak puas hati lah tu
"Habis tu abang suka sangat sakitkan hati adik" "Adik main game dia kacau, dia tunjuk jari nak cucuk mata adik lah, adik menjerit lah"
Aduhai si abang pun satu hal, mulut memang tak berbunyi tapi kaki dan tangan dia laju macam bullet train!
See, anak baru dua tapi rumah saya riuh macam anak sepuluh!

Ok, sekarang memang dilema habis. Nak kena cari day care untuk transit anak-anak, mak mentua pun temporarily stay dengan kami sementara buat rawatan radiotherapy, kena confirmkan van sekolah untuk Yaya - tak dapat-dapat lagi ni.
New year means banyak kerja pulak tu kat ofis
Aduiiiii time kritikal macam ni lah dia buat pasal! Sakit jiwa raga ku.

Cuba Mama bayangkan... ayat Yaya tadi. Aduiii dik, cuba adik bayangkan apa yang bermain dalam kepala Mama sekarang ni, serbaut tau serabut... heee

Monday, 19 December 2011

Apa Yang Penting KERJASAMA!

Alhamdulillah selesai lah sudah kenduri aqiqah dan cukur jambul anak sulung adik saya yang juga anak buah saya yang paling bongsu (setakat ini), Syed Muhammad Syahmi Zidane.
Perghhh nama tak hingattt! Walid & Ummi dia dua2 peminat bolasepak dan hardcore fan Arsenal. Tu yang bila dapat anak terselit juga nama Zidane kat hujung.
Setakat ini anak buah saya yang bongsu ni memegang rekod nama paling panjang.
Kalau dulu anak-anak saya lah, kedua-duanya nama genap 16 aksara - macam dah janji je kan tapi sebenarnya tak terfikir pun masa tu.
Menariknya nama Syahmi sebenarnya pernah saya shortlist masa nak namakan Fahmi dulu. Tapi akhirnya saya settled for Fahmi. Nak simpan untuk anak no 3 ciss entah bila taun kan?. Akhirnya Syahmi saya lahir juga ke dunia ;-) Saya suka mata dia.

I made 150 cuppies untuk majlis aqiqah Syahmi

Yang rupa baby pejam mata sambil hisap pacifier tu, idea datang secara tak sengaja. Ya Allah sungguh saya tak tahu rupa-rupanya si Syahmi pun dah mula hisap pacifier! Kebetulan sungguh.

Malam kenduri tu while orang sibuk membungkus souvenir dan lain-lain kerja, anak-anak dan anak-anak buah saya monkeying around in my room.

They toyed around with my camera, dan inilah hasilnya! Ya rabbi... terkejut saya bila tengok gambar-gambar ni dalam camera. Macam-macam pesen ada! Ni baru sikit tau.

Berendoi? owh tak payah susah2 sewa buaian berhias bagai. Family saya memang jenis simple. Letak atas rocking chair pun jadi. Layu mata Syahmi dengar zanji dan syair dinyanyikan kumpulan berzanji my mom dan her friends.

Look at that! Cucu-cucu perempuan my mom memang boleh diharap. Tak payah disuruh mereka volunteer kutip pinggan tetamu, berlumba-lumba sampaikan tetamu baru letak pinggan terus diaorang sapu... ha ha ha tak jadi pak cik nak menambah!

Tu dia siap bersihkan sisa makanan lagi. First class!

Penat sih tapi masih boleh senyum!

Buat apa tu? Dah penat berkemas depa melayan kucing pulak, bagi kucing makan keropok.

Alhamdulillah lauk pauk semuanya boleh dikatakan sold out. Dapat simpan sedikit je untuk family makan. Ramai yang memuji-muji kari kambing biri-biri masakan mak cik saya. Memang marvelous! Sesuai sangat, tak pedas - takdelah mengetik lidah orang makan or sampai kanak-kanak tak boleh makan, dan lemak manis tapi bukan manis gula. Sedap berempah cukup bahan. Dia memang pandai memasak!

Sekarang ni layan sakit pinggang pulak. He he he adatlah lepas kenduri kan... seminggu tak hilang sakit badan.