Wednesday 19 June 2013

Sepetang Di City Park, S2


Macam mana nak cakap ye? Saya ada 2 kampung. Yang pertama negeri kelahiran dan asal usul saya, Terengganu. Kedua, tempat saya dibesarkan dan di mana kedua orang tua saya menetap kini. Jadi kalau cakap balik kampung dan orang tanya kampung kat mana, kadang saya sendiri keliru nak jawab. Pertamanya, sebab saya tak anggap tempat saya dibesarkan dan kedua orang tua menetap sebagai 'kampung' kerana ianya sebuah bandar dan rumah orang tua saya juga adalah rumah bandar. Kedua, sebab istilah 'balik kampung' pada saya bermaksud tempat asal usul kita where our roots begin dengan seluruh kaum kerabatnya. Jadi kebiasaannya kalau orang tanya "Pergi mana hujung minggu?", saya lebih selesa jawab "Balik rumah mak ayah". Tapi kalau balik Terengganu,  atau balik rumah mentua, laju je saya jawab "...Balik kampung". 


Dan sungguhpun saya dibesarkan selama lebih 20 tahun di bandar Seremban, kadang saya segan nak mengaku saya 'orang' Seremban. Sebabnya saya sendiri tak tahu banyak selok belok tempat-tempat di Seremban apatah lagi Negeri Sembilan melainkan tempat-tempat yang saya familiar with masa saya kecil. Sebenarnya saya nak cakap, Seremban sudah banyak berubah sejak saya tinggalkan bandar ini 10 tahun yang lepas untuk membina kehidupan sendiri di Selangor. Tapi sungguhpun perubahan yang pesat dengan pembinaan banyak taman-taman dan perbandaran baru - Seremban 2 dan Senawang contohnya, pintu masuk ke ibu Negeri Sembilan ini tetaplah serupa itu juga sejak zaman tok kaduk tol exit Seremban tetaplah sempit itu juga. Tak bertambah tak membesar atau mengembang. Tak kiralah sapa MBnya, dari yang dulu sampai yang la ni, serupa itu juga. Nyata tak berkembang sejajar dengan pembangunan yang lain. 


Okay balik pada 'saya segan nak mengaku saya orang Seremban' sebab sesungguhnya saya tak tau kewujudan taman rekreasi yang terkenal dengan nama City Park. Terletak di Seremban 2, menjadi lokasi riadah keluarga yang meriah dengan aktiviti bermain layang-layang dan melayan ikan-ikan makan - tempat ini tak jauh dari pusat membeli-belah Jaya Jusco S2.





Lepas makan berdedai kami dekat 30 orang anak-beranak dengan family Pak Anjang saya bagi ikan makan pulak. Budak-budak sukalah bagi makan ikan sambil lepas bebas berlari ke sana ke mari. Cuaca berjerebu hari itu, cahaya matahari agak terlindung dek jerebu. Tidak terlalu panas sungguhpun baru jam 4.00 petang, maka agak selesa kami bergerak dan lepaskan anak-anak bermain.





Tepi jalan ke tasik ini banyak gerai bergerak yang menjual roti-roti (entahkan kulit roti) untuk diberi makan ikan. Sebungkus RM3. Lebih mahal dari harga sebuku roti gardenia yang berharga RM2.40 itu.





Rasanya kalau tak kerana adik lelaki saya buat sambutan harijadi anak bongsunya di restoran nasi Arab menghadap City Park ni, memang haram sampai kesudah saya tak mai sini. Serius cakap kawan-kawan ada yang bengang sebab saya tak tau nak pergi rumah mereka di Seremban 2. Janganlah sebut Grand Avenue ke Garden City Homes ke. Hatta Ma saya bagi direction pergi ke City Park lalu ikut Balai Polis S2 pun saya terpinga-pinga. Tak terkedu ke bila saya jawab "Balai Polis S2 tu tang mana?". Alasan saya, "Maafkanlah saya, saya bukan orang sini". Boleh?  Hehehehe...