Monday 8 November 2010

Rudolph The Red Nose Reindeer & Etc

The rehat-rehat kat rumah my mum over the weekend tidak berjaya mengelakkan badan saya daripada dijangkiti selsema. I'm having full blown of selsema right now. As a result, my nose pun dah naik merah macam hidung rudolph the famous reindeer.


And all this happen in a matter of days approaching our maid leaving us for 2 weeks overdue holiday to her hometown di Medan! Talk about bad timing. Malam tadi lepas fetch kakak dari rumah mak cik dia di ara damansara, saya ajak hubby singgah klinik ambil ubat selsema yang paling kuat dan tak mengantuk.

Mula-mula I sincerely thought that the batuk-batuk will remain just batuk-batuk and sorethroat sajalah. I can deal with that tapi janganlah batuk-batuk yang teruk sampai short breath dan tak boleh tidur, makan dan minum macam bulan ramadhan tempohari. Aduhai, Allah swt bagi sakit untuk hapus dosa-dosa kecil pun saya nak pilih sakit macam mana. Tapi kalau selsema dengan kepala bingung, mandi menggigil-gigil, sakit sendi-sendi semua rasanya tak mampu saya tanggung dalam keadaan saya perlu alert sentiasa nak take over urusan rumah dan anak-anak without a helper. Tambahan, I can't afford to take leave from work, not this week. I have to stay strong this week sebab next week cabarannya lebih besar.

They are loads of things yang perlu dibuat before our maid leave on Thursday. Tapi masalahnya dengan keadaan saya yang tak berapa sihat ni, semua benda saya tak ingat dah. I'm supposed to prepare frozen sambal dan rencah masakan for use masa kakak tak ada nanti. Tapi weekend saya terbuang begitu saja. Semalam saya angkut anak-anak ikut saya shopping for baking supplies sebab hubby jadi urusetia golf amal. Dalam tak sihat pun masih boleh berjalan? Eh bukan suka suki berjalan kalau tak kerana ada barang perlu dibeli. I covered 3 places from sunway damansara - subang jaya - sect 13 shah alam, sejak keluar jam 10.30 pagi sampai jam 2.30 petang. Balik rumah semalam saya terus baring dalam bilik sebab sakit kaki dan sakit badan. Bukannya tidur pun tapi bergolek-golek saja atas tilam. Nak bangun menumis sambal pun malas sebab nanti batuk teruk pula sebab bau sambal menusuk. Aduhai lemah betul kalau macam ni semua kerja tak menjadi.

We have already make plans for the kids sementara kakak tak ada. They'll have to stay kat daycare sekolah masing-masing. Statement "daycare kat sekolah masing-masing" pun dah cukup buat saya rasa sebak. Bukan sebak sebab anak-anak saya kena duduk daycare sebab berjuta anak orang kat Malaysia ni duduk daycare tapi sebab kena duduk daycare asing2! Kesianlah pulak diaorang terpisah padahal tiap-tiap hari dapat jumpa dan main sama-sama. Tapi diaorang bernasib baik sebab sekolah masing-masing ada daycare. Kalau tidak terpaksalah di transport kedua-duanya ke tempat lain, lagi leceh.

Cuma saya sedikit bimbangkan Yaya bila duduk daycare. Tau jelah dia ni cerewet bab makan. Kalau lauk yang dihidang dia tak berkenan dia sanggup tak makan. Mau kebulur anak saya. Kenalah saya rajin-rajinkan diri bekalkan dia makanan i.e. nasi lemak ke yang jadi all time favourite dia dan abangnya. Lagi satu, Yaya ni penakut ya rabbi hatta nak ke bilik air pun perlu berteman, kalau tak berteman dia sanggup tak wee wee or doo doo sampailah terkucil sudahnya nanti. Adoii pengsan!

Itulah dia dugaan kecil buat kami November ini. Mungkin ada yang kata tulah dah terbiasa sangat bergantung pada pembantu bila pembantu tak ada barulah tau huru hara. Ya betul, saya takkan nafikan yang saya bergantung banyak perkara pada pembantu terutama dalam menguruskan anak. Bagusnya anak-anak saya yang bersekolah asing itu ada satu tempat yang sama untuk dituju setiap hari habis sekolah iaitu our own house sebab ada pembantu. Setidak-tidaknya mereka membesar dalam keadaan selesa di rumah sendiri. Kalau tak ambil pembantu pada siapa kami nak bergantung harap terutama bila hubby kena outstation or in emergency cases sebab kami punya support system yang sangat lemah. Maksud saya support system yang lemah ialah we both (me & hubby) takde adik beradik terdekat yang boleh kami tumpang bergantung. Abang & kakak hubby yang ada kat kl/selangor ni dua-dua single parents takkanlah nak bebankan mereka. InsyaAllah we'll manage, cuma perlu beri sedikit masa untuk penyesuaian dalam masa yang sama kena be prepare if the 2 weeks prolonged becomes longer, siapalah tahu?

Jadi, kenalah saya bersungguh-sungguh pulihkan diri segera. Buat masa ini hidung merah rudolph tidak dialu-alukan!