Wednesday 30 January 2013

Janji Ditepati


Janji mesti ditepati tau. Bukan diCapati. Ok?

Ini semua hasil janji ditepati. Walaupun janji itu sudah 1 tahun terlewat. Tapi itu pun kira masih selamat lagi sebab mendapat jugak kan. Kalau macam MLTR, 25 minutes too late... memang bye bye lah kau tak merasa.




Janji dengan Fahmi sejak tahun lepas nak masukkan dia ke kelas taekwondo. Tapi mama dia kan sibuk takde PA nak uruskan. Dari sehari ke sehari terus lupa. Padahal kelas bukannya jauh pun. Kat kedai-kedai depan rumah tu aja pun. Tapi sebab rasa dah terlewat sangatkan, malu lah nak pergi.



Tahun ni, awal-awal lagi dah pergi register. Masukkan cik Yaya sekali. Walaupun dia tak nak sebenarnya. Eh? Apa kes tak nak? Kata nak jadi tomboy kan? Haruslah tough gitu. Harap kuat menjerit je. Tapi memang suara dia kuat pun bila jerit "Hetz.... hetzzzz..." bagi setiap pergerakan. Sampaikan time buat demo depan nenek pun nenek dia boleh tersentak terperanjat boboiiii!!! "Alah... kuatnya suara adik..." Selalu kan kalau menjerit kat rumah pun halus nyaring je suara... ni keras you seketul-seketul bunyi dia.

Time malam hari Jumaat jam 8 kerja saya hantar diaorang ke kelas taekwondo. Sementara tunggu depa habis kita lepak dengar tazkirah kat surau jap. Ada sekali dapat ustaz yang bagi tazkirah tak tengok jam... terlajak! Habislah tak senang duduk ahkak macam orang kena buasir je. Kalau time lain ok juga terlajak pun tak kisah. Tapi kali ini takut tak sempat ambil budak-budak tu kang meraung pulak tinggal berdua aja.


Dengar cerita dari ma saya, anak kakak saya yang baru masuk darjah 1 pun dah mula kelas taekwondo. Ahaaaaa... ku takut bila semua dapat berkumpul nanti jangan laman rumah nenek jadi medan pertarungan antara Goku, Gohan dan Naruto sudah.