just don't know how to begin my entry malam ni. i'm actually lost for words sebab hati tengah panas. geram sih penat2 hari ni masak sedap-sedap nak sambut kepulangan hubby and anak teruna ku dengan hidangan istimewa tapi rupa2nya diaorang pi makan kat kedai. arghhh geram, geram. patutlah aku dok tertunggu-tunggu dari petang sampai ke lepas isya' tak sampai2 juga.
ok now dah dapat balik my words bila dah lepas geram let's move on to kari laksa lemak ku. amboi tamaknya nama, dah kari, laksa lagi pastu lemak. mana satu ni? alah sebenarnya mee kari tapi entahlah ye, maybe variasi bahan yang digunakan. memang dah banyak posting aku pasal mee kari dan lain-lain hidangan berasaskan mee. yup... aku ni memang suka makan mee dan juga bihun goreng. pasal tu aku sanggup berusaha cuba pelbagai resipi untuk dapatkan rasa mee kari yang paling kena dengan tekak aku ni.
before this aku dah post hidangan laksa lemak based on recipe yang aku dapat kat taste.com.au, yang pada aku terasa kurang kick sebab tak pedas dan kurang berempah (tekak omputih okaylah). macam anak ane pulak tekak aku ni suka yang berempah. so kali ni aku buatlah mee kari laksa lemak. resipi hasil bega sendiri ikut selera.
aku pernah makan mee kari yang sedap and marvellous kat kelab sultan sulaiman. mee kari dia sangat unik, kuah dia cair kalau tengok sekali imbas memang tak menyelerakan tapi bila dah cuba rasa teruja sangat. kuahnya sarat dengan rasa natural herbs seperti serai dan daun kunyit. sesiapa yang pergi ke kl convention centre mesti pernah makan mee kari kat cafe dia kan? two thumbs up. dan lagi satu mee kari yang sedap is the one kat secret recipe - curry seafood laksa.
aku ni jenis yang kalau makan yang sedap2 kat kedai mesti aku cuba nikmati betul2 and cuba figure out apa bahan yang digunakan dalam masakan tu, lepas tu aku balik rumah aku akan cuba reproduce balik. nak minta resipi dengan tokey kedai kang mau dihambatnya aku baliktak minat nak letak sayur sawi macam typical mee kari melayu so aku gantikan dengan kobis purple. pastu kuah kari memang letak ayam saja tak campur dengan fishcake or fish ball sebab pantang larang makanan dalam Islam kan tak boleh campur yang darat dengan dilaut.
kalau tak letak sambal ni masih sedap tapi kalau letak sambal lagi kick, sampai menitik2 peluh.
Cili Serai
5 biji cili merah (dibuang biji)
1 sudu besar cili boh
2 batang serai
secubit belacan
garam 1/2 sudu kecil
gula 2 sudu besar
3 sudu besar minyak masak
blend cili merah dengan serai. gaul semua bahan cili, cili boh, belacan dan minyak dalam kuali. tumis dengan api perlahan sehingga air cili kering dan pecah minyak. rasakan dengan garam & gula, let it simmer for another 10mins.
Kuah Mee Kari Laksa Lemak
Bahan Kisar
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sehiris
3 biji buah keras
1 inci kunyit
2 sudu besar udang kering (direndam dulu)
Bahan Tumis
5 batang serai - ditumbuk halus
1 sudu kecil campuran jintan manis & ketumbar yang dikisar halus (digoreng tanpa minyak dulu)
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar serbuk kari (dibancuh menjadi pes)
Rempah 3 sekawan (kayu manis/bunga lawang/buah pelaga)
1/2 ekor ayam dipotong kecil
400ml santan (200ml santan pekat)
1 helai daun kunyit (potong 5)
2 batang serai diketuk
1/2 kiub pati ayam
tauhu pok (belah 2)
1 keping asam gelugor
1 1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa
Panaskan periuk sederhana besar & minyak. Tumis rempah 3 sekawan, serai yang ditumbuk lumat dan bahan2 kisar. Masukkan cili boh dan serai ketuk, tumis hingga pecah minyak. Gaulkan rempah kari, serbuk jintan & ketumbar. Bila dah naik bau masukkan ayam dan asam gelugor. Bila air ayam dah agak kering tuangkan santan cair (200ml santan dicampur cawan air) serta daun kunyit. Bila ayam dah empuk, masukkan kiub ayam, garam & gula. Masukkan baki santan pekat, biarkan merenih dengan api perlahan. Letak tauhu pok and let simmer for 10mins lepas tu padamkan api.
bila nak makan nanti sediakanlah bahan sampingan ikut selera masing2. For mine i used purple cabbage, daun sup & daun bawang, telur rebus, taugeh dan limau kasturi. No hirisan cili merah sebab dah ada cili serai.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago