Monday 19 November 2012

Kawan : Walau Jauh Tapi Dekat...

Kawan ketawa ramai, kawan menangis sukar dicari. Kalau diberi pilihan saya mahu jadi kedua-duanya, kawan ketika suka dan duka. Dan saya juga mahu kedua-duanya.

Saya masih ingat, hari pertama saya di darjah 1 di sebuah sekolah yang terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Sebuah sekolah mubaligh yang punya gereja tersergam di pintu masuknya. Ketika itu waktu rehat, saya sedang bermain kejar-kejar dan berlari dalam bulatan sambil ketawa riang dengan seorang kawan yang saya kenali semasa di tabika (taman bimbingan kanak-kanak) polis Jalan Butler. Kebetulan kami sama kelas, the one and only friend yang saya connect with instantly pada hari pertama kerana kami saling mengenali. Sedang asyik berkejaran dalam bulatan itu tiba-tiba tangan saya dipaut seseorang. Larian saya terhenti. Seorang mak cik dengan anak perempuannya yang bertubuh kecil menarik saya dekat kepadanya. Dalam terpinga-pinga saya dihadapkan dengan budak perempuan itu. Nama saya ditanya, kemudian diperkenalkan dengan anaknya. Rupanya-rupanya kami berada dalam kelas yang sama. Dalam samar-samar ingatan yang masih saya ingat adalah pesanan dia "... kawan dengan anak mak cik ye. Kawan baik-baik..."

Kawan baik-baik.

Orang kata kalau jodoh pilihan ibu/bapa insyaAllah berkekalan. Dalam persahabatan boleh diterima pakai kah? Saya sering menganggap perkenalan yang dicetuskan oleh ibunya sangat membawa berkat dalam perhubungan kami. Chewahhh ... umpama perkahwinan yang mendapat restu keluarga pula bunyinya! Haha. Kerana hari itu saya mendapat seorang sahabat. Teman ketawa dan menangis. Yang bersama-samanya saya lalui pelbagai fasa, pahit dan manis sehingga saat persahabatan itu teruji dengan perubahan zaman dan keadaan.

Saya suka mempercayai yang kami sangat berjodoh sebenarnya.

Pangkal nama kami bermula huruf 'S'. Kami sama-sama punya 2 nama. Dan nama kedua kami juga bermula huruf 'S'! Kami terlalu akrab. Kerana di mana saya berada di situ dia ada. Ke mana saya pergi, kawan-kawan lain akan bertanyakan dia. Dan begitulah sebaliknya. Inseparable. Kami macam kembar siam yang tidak seiras dan ketinggian juga tidak separas. Terlalu rapat macam belangkas sehinggakan cikgu-cikgu sering keliru. Siapa 'SS' yang tinggi dan siapa 'SS' yang kecil molek. Kerapkali cikgu-cikgu tersasul memanggil nama kami. Paling haru bila dipanggil nama 'Siti Salwa', kami sama-sama diam, tak tahu siapa yang perlu menyahut kerana nama pangkal yang disebut adalah nama si dia, sementara nama kedua adalah nama saya! Semasa di darjah 3 saya pernah dicalonkan menjadi pengawas. Cikgu lelaki yang gemar tersasul memanggil nama kami berdua tersilap tulis nama atas borang pencalonan. Pada hari pencalonan, nama si dia yang dipanggil maka bangunlah dia dengan terkejut keluar mengikut guru HEP. Masuk si cikgu lelaki ini, giliran dia pulak terkejut kerana saya yang tinggal dalam kelas bukan si dia. Jawapan saya kepada soalannya "Kenapa awak tak pergi?" buat si cikgu diam tak terkata, baru tersedar kesilapannya barangkali. Terlepas peluang ini tidak pernah saya kesalkan. Bila naik darjah 6 giliran saya pula menyarung baju biru menjadi pengawas sementara dia biasa saja. Adil kan?

Kami kekal dalam kelas yang sama sehingga darjah 6. Walau tidak duduk bersebelahan tapi setiap kali kedudukan dalam kelas selepas keputusan peperiksaan akhir disemak, kedudukan kami sangat rapat. Saya nombor 3, dia dapat nombor 4. Tahun seterusnya bila dia nombor 5, saya pula nombor 6. Kami tak pernah bersaing sesama sendiri, tidak pernah ada perasaan mahu menyaingi sesama sendiri. Tak pernah ada rasa dengki bila dia di depan saya atau sesekali saya mendahului dia. Kerana saya sedia akui dan sudah lama menerima, Siti memang lebih bijak dari saya. Tapi tulah... macam mana pun memang tak pernah terpisah jauh. Dan keadaan ini berterusan sehingga ke SPM! Waktu percubaan SPM saya dapat 10, dia right after me dengan 11. Kemudian bila result sebenar keluar, dia pulak di depan saya dan saya 1 mata dibelakang dia!!! Sangat berjodoh kan?

Lepas SPM kami sama-sama dapat tawaran ke universiti. Universiti yang sama. Kursus yang sama! Kursus yang sama-sama bukan pilihan kami sama sekali!!! Yang peliknya, masa isi borang UPU kami berdua sudah berbincang dan sama-sama sedar bahawa masanya sudah tiba untuk kami bersikap realistik. Memilih haluan sendiri yang lebih bertepatan dengan jiwa masing-masing. Kami tidak boleh selamanya bersama. Masa tu rasa pahit sangat nak mengakui hakikat kami sudah semakin dewasa, lambat laun akan terpisah jua atas desakan keadaan. Tapi tulah, yang peliknya pilihan kami yang pertama, kedua dan seterusnya tidak sama langsung. Tup tup end up di universiti yang sama dengan kursus yang sama. Pun begitu, sudah mula timbul rasa was-was dalam hati.

Adakah ini petanda kami masih berjodoh lagi?