Friday 23 March 2012

Cucur Badak

Minggu ini tidak lengkap tanpa penutup kepada saki baki doh keledek kecut (*_^)
saya beli seketul lagi keledek ... yang segar :-) kali ini dari kedai Acheh
jadi bolehlah buat cucur badak dan kuih keria (lagi) untuk anak-anak


Pertama kali buat cucur badak, elok menjadi tak complicated pun
nak bentukkan kuih bulat leper pun mudah je, cuma perlu sapu minyak pada tapak tangan
intinya terasa hampir menyamai kesedapan cucur badak segera jenama Nani's kegemaran kami sekeluarga... chewahhhh
saya kata hampir... taklah sehebat dan sesedap Nani's punya



Untuk intinya saya manfaatkan baki kelapa parut beku hasil tinggalan mak mentua masa berkunjung ke rumah kami bulan lepas
mungkin orang kata kedekut pahit kelapa parut baki makan dengan kuih apam pun nak simpan sampai sebulan
tapi daripada dibuang macam tu saja eloklah simpan mana tau ada kegunaan
macam sekarang ;-)

Resipi inti main agak-agak je

4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 batang serai
5 biji cili kering (kalau suka pedas tambah sampai 7-8 biji)
2 sudu besar udang kering (direndam)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan halus
2 cawan kelapa parut muda (putih sahaja)
garam & gula

Blend je semua bahan kecuali kelapa parut. Tumiskan sampai pecah minyak. Perasakan garam dan gula, biar manis sedikit kemudian baru masukkan kelapa parut. Gaul sebati dan keringkan sedikit dengan api kecil.





Puas hati berturut-turut hari makan kuih berasaskan keledek
dah macam tema masakan masterchef pulak he he

Errr... lepas tu baki sambal kelapa tu nak diapakan pulak ye?
emmm... buat pulut sambal lah! Tak pun pulut panggang!
isyyy camni bila nak habis bersambung-sambung pulak he he