yang hilang dah tentu hilang, kalau dikenang2 sangat pun tak jadi kerja sudahnya. life must go on.
jumaat malam yang lepas kuhantar hubby collect kereta kawan dia; sewa untuk buat pergi kerja sebulan dua ni. kereta iswara lama tapi okaylah asalkan boleh jalan and boleh bawa pergi kerja, daripada takde langsung payah juga. tulah dulu ada motor dijual... betullah kata hubby, kami ni kalau pernah at one time ada banyak kereta & motor (ni bukan statement nak berlagak ye), ada kancil, ada honda civic, ada beemer merah tu & ada motor. lepas tu kami jual kancil, maintain civic & beemer & motor je. setahun lepas jual pulak civic sebab masa tu nak kurangkan hutang coz nak commit loan rumah. ambiklah myvi tu & jual jugak motor honda hubby. tinggal kereta je dua biji. dah elok2 macam tu datang pulak kereta perdana lama hubby yang dah 4 tahun kami jual (tak tukar nama)sebab pembeli tu tak settlekan hutang bank. jenuh juga nak jual balik perdana tu coz dah teruk dikerjakan pembeli; aku tak sampai hati tengok rupa kereta tu yang satu masa dulu pernah berjasa. akhirnya terjual jugak. sekarang ni terfikir, kalau tak jual pun ada juga manfaatnya... hehe dah lah tak payah fikir2 lagi.
life must go on kan? so does my passion for decorating cakes yang masih lagi membara walaupun for the past few weeks agak suam2 kuku gitu. dek kerana dah bosan asyik berulang alik ke bake with yen & bagus in search for icing nozzle tapi semuanya hampeh, akhirnya i decided to go to International Centre of Cake Artistry kat seksyen 14 pj yang jadi pengedar for all wilton products. Rasa amazed sangat2 tengok barang2 dia semuanya wilton! macam alice in wonderland kejap aku. tapi sebab pergi dengan hubby (aku manalah tau jalan area PJ ni) maka aku cuma diberi masa 30mins jer untuk bershopping. macam lipas kudunglah aku... akhirnya dapatlah aku beli set icing nozzle 29pieces ni. mahal sehh... tapi dah suka punya pasal rembat jelah, kalau tak nanti ada pulak orang yang tak lena tidur!
sebelum keluar ke pj tu sempat siapkan mee kari for lunch. ni hidangan orang kurang rajin aka rajin dah beralih ke tempat lain.
lepas ke pj, kami terus ke alam budiman for house inspection. ermmm ada jugaklah defect kat rumah tu. kesan crack sikit, tiles pecah, simen melekat kat cermin tingkap, parquet dented hatta dented pada dinding nun sayup kat tingkat loteng pun aku suruh dia repair (yang ni seriously orang tak nampak kalau tak dongak ke atas. harap maaf ye incik maintenance, dengan shl (developer) ni memang aku takkan kasi chance sikit pun, marah lagi tau.
pic rumah? nanti2 lah ye ;-)
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago