Showing posts with label anekdot. Show all posts
Showing posts with label anekdot. Show all posts

Wednesday, 17 September 2014

Anekdot : Sujud Syukur Macam Mana?



Tengahari Rabu yang lepas. Sambil dok tunggu anak-anak siap ambil wuduk untuk solat Zuhur, saya duduk di ruang tamu sambil melipat kain. Yaya dah pun mula angkat takbir. Datang Fahmi tergesa-gesa dengan kesan wuduk yang masih basah.

Fahmi : Mama... sujud syukur macam mana, Mama?

Saya terpana lama. Tak pernah-pernah timbul soal ini. Dari mana datangnya soalan ini ye?
Dalam kepala saya dok proses jawapan bagaimana yang harus saya berikan. Tak semudah itu saya nak beri jawapan tanpa mengetahui tujuan. Sebab dari gerak geri Fahmi nampak gaya macam bersungguh benar. Saya bimbang jawapan saya dan hasrat hati nya tak bertepatan. Kena risik dulu.

Mama : Kenapa?

Fahmi : Mama bagitau jelah dulu...

Eh... boleh macam tu? Kang saya silap jawab atau dia silap aplikasi, macam mana?

Mama : Mesti nak tau kenapa.

Dia mengalah.

Fahmi : Tadi... masa Abang tengah ambil wuduk, tiba-tiba Abang perasan ada benda hitam kat kaki... Abang tengok isyyy... lipan!!! Abang pun tepis lah. Nasib baik...


Allahurabbi! Memang nasib baik sungguh dia tergerak hati nak tengok.
Dan sungguhlah hari itu Allah gerakkan hati dia juga untuk pelajari ilmu baru. Sujud syukur.
Subhanallah. Alhamdulillah.

Sujud syukur dilakukan bila kita mendapat nikmat yang besar daripada Allah swt dan juga ketika terlepas daripada bahaya. Sujud syukur juga mesti dibuat bertepatan dengan maksudnya. Benda-benda yang remeh tak dibolehkan. Pun begitu, saya tak mahu lepaskan peluang ajar anak ilmu baru, saya ajarkan juga. Tak susah mana pun. Niat, takbirratulihram, sujud. Dalam sujud dibolehkan bacaan biasa waktu sujud. Boleh juga baca Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar dan salam. Moga ianya satu permulaan kepada amalannya yang lebih baik di masa akan datang.






Friday, 8 August 2014

Anekdot Syawal : Kenapa Puasa Enam Mencabar?


Saya ter delete entry yang sudah saya taip semalam. Maka saya terpaksa menaipnya semula. Malangnya saya sudah hampir lupa apa yang saya tuliskan. Owh jariiiii... kenapa kau tekan butang delete???


Fahmi pulang dari sekolah tengahari semalam, pada hari pertama dia mula berpuasa enam. Hari Selasa. Sahurnya ala kadar saja. Cuma sempat minum air dan makan kurma. Silap saya kerana agak liat bangun. Pun begitu, he looks amazingly more energetic than when he was performing puasa during Ramadan.
A little tired of course. Sebab jadual sekolahnya untuk Isnin dan Selasa lebih padat berbanding hari lain. Maka saya pun bertanyakan bagaimana rasanya berpuasa enam kali pertama.


Fahmi : Abang rasa ok. Tapi kalau mama bagi Abang berbuka, Abang berbuka lah.


Oitttttt. Hahahaha... begitu mudahnya mau mengalah?
No. No. No. Tidak semudah itu saya memberi laluan. Nama pun mak dia ni hati kering. Ala komando punya style. Kesian kesian sangat di awal waktu tak boleh lah. Ye betul memang puasa sunat cuma. Tapi ini peluang melatih. Maka, marilah kita melatih. Adat melatih anak-anak. Harus ada suntikan perangsang. Motivasi. Kalau tak orang dewasa pun lesu.

Maka saya gunakan cara psikologi. Mula-mula mesti terangkan yang kita faham berpuasa di luar bulan Ramadhan ni sangat mencabar kemampuan. Bukan fizikal, tapi lebih kepada mental. Kenapa? Sebab waktu bulan Ramadhan semua orang berpuasa. Kantin sekolah pun tutup. Orang tak puasa pun segan nak makan terang-terangan. Maka menjadi mudah untuk kita. Dan bila kita berpuasa diluar bulan Ramadhan, semua orang makan, secara terbuka. Kecuali kita seorang dalam ratusan pelajar lain. Dan tentu tercabar rasa. Sebenarnya bukan sebab lapar sangat. Tapi tertengok orang makan, mau nya tak terasa nak makan sama?

Mama : Jadi sekarang, Abang faham tak kenapa ganjaran pahala untuk orang yang mampu sempurnakan puasa sunat Syawal (puasa 6) sama seperti orang yang berpuasa setahun?


Fahmi angguk kepala, "...sebab susah"

Iya sayang. Sebab susah. Maka manis sangat di penghujungnya.
Puas bila lihat dia yang mula nya layu dan bersedia untuk menyerah kalah kembali bersemangat.



Update: Alhamdulillah dia berjaya sempurnakan puasa sunat Syawal enam hari untuk kali pertama.

Tuesday, 5 August 2014

Anekdot Syawal : Umpan Sudah Mengena!



Cuti raya yang panjang, (iye surirumah pun dapat cuti raya) saya dapat merehatkan fikiran dan fizikal. Bila dah rehat minda pun kembali segar. Jadi saya lebih mudah fokus bila berbual dengan anak-anak. Faham-faham sajalah, masa bulan puasa waktu petang bila anak-anak berehat lepas balik dari kelas agama saya pula sibuk di dapur. Malam pula kita dengar tazkirah dan balik berterawih masing-masing pun dah penat. Masa untuk saya melayan mereka berbicara serta meniupkan semangat atau motivasi agak terhad.


Saya suka bila minda dan badan dah segar semula, petang-petang duduk di ruang tamu melayan Fahmi dan Yaya berbual. Entah macam mana di petang Isnin (semalam), perbualan kami terjurus ke arah puasa sunat syawal atau puasa enam (6). Ohhh... ia bermula bila Fahmi beritahu seorang teman sekelasnya yang baru berpindah masuk awal tahun ini sudah mula berpuasa. Fahmi kelihatan seperti mahukan komen saya. Alhamdulillah, walaupun mata saya sedang ligat mengadap rancangan tv kegemaran My Kitchen Rules, tapi saya bagaikan mendapat ilham untuk tiupkan motivasi baru. Takpe, mommies kan very good in multitasking? Hehehe.
Niat saya ingin menarik perhatian Fahmi kepada 'sesuatu' yang tersimpan rapi di rak buku kami di tingkat atas. Saya berharap this conversation will get us 'there'


Saya : Bagus kawan Abang tu puasa. Abang tau tak amalan berpuasa sunat tu amalan Nabi saw. Dan amalan orang-orang bijak pandai?

Fahmi diam. Peluang untuk saya masuk lagi.

Saya : ... Abang tau tak pelajar terbaik SPM tahun 2008, Nik Nur Madihah... dia dapat 20A. Salah satu amalan dia sejak di sekolah rendah adalah berpuasa sunat.


Bulat mata Fahmi. 20A!!!

Saya jelaskan lagi kepada Fahmi, kejayaan seseorang dalam hidup dan apa jua bidang sebenarnya bergantung kepada keredhaan dan rahmat Allah. Kalau kita bijak macam mana sekali pun tapi amalan kita tak pernah pun kita ingat Allah, tak pernah pun kita cari redha Allah dan tak pernah pun kita niatkan satu-satu pekerjaan kerana Allah... belum tentu kita berjaya.


Ya. Barangkali benar juga kalau anda kata kerana kemiskinan memudahkan seseorang berpuasa. Sebab dah biasa kurang makan. Berbanding orang senang macam kita, makanan sentiasa menjadi godaan melemahkan iman tambah lagi musim raya ni kan? ;-). Tapi istimewanya menjadi orang kurang berada ini memudahkan dia mendekatkan diri dengan Allah.


Akhirnya teruja dengan cerita saya tentang rahsia kejayaan Nik Nur Madihah membuatkan Fahmi tertanya-tanya mana saya tahu semua cerita ni. Tu diaaaaa.... umpan sudah mengena. Dan tanpa bersembunyi lagi saya katakan, saya tahu kerana saya sudah baca buku rahsia kejayaan Nik Nur Madihah. Cerah biji mata Fahmi.


Fahmi : Mana buku tu? Ada ke?


Sekejap.
Kadang saya macam tak percaya mudah nak memancing minat dia. Kadang saya rasa ruginya entah berapa banyak peluang yang saya terlepas semata-mata kerana sibuk dengan hal lain. Dan waktu-waktu beginilah saya rasa betapa bersyukurnya saya kerana Allah menggerakkan hati saya untuk berhenti kerja dan didik anak sendiri. Kalaulah saya masih berkerja dah tentu saya tak punya masa untuk terap ilmu pada anak, apatah lagi ke dalam diri saya sendiri.

Saya : Ada. Ada kat atas.

Fahmi : Bagi sini Abang nak baca.

Giliran saya pula terpesona dengan permintaan dia. Sungguh umpan sudah mengena!

Saya: Abang nak baca???

Fahmi angguk.

Saya : Ok kejap mama ambil. Abang bacalah, buku dia tak tebal pun. Ada gambar lagi. Mesti Abang suka. Mama harap banyak inspirasi yang Abang dapat dari buku ni.


Dan saya tak perlu tunggu lama. Sebaik buku bertukar tangan dia terus mula membaca.
Dan saya tak perlu tunggu lama untuk lihat kesan dari membaca buku itu.
Kerana selepas dia sampai ke bab 2, terus Fahmi menghampiri saya di dapur dan berkata,

"Mama, esok Abang nak puasa sunat enam lah..."


Saya rasa darah pantas menyerbu naik ke muka.
Ok. This is very unexpected.


Niat saya mahu dia meminjam sedikit inspirasi daripada kejayaan Nik Nur Madihah. Niat saya mahu dia lebih bersemangat memburu kejayaan. Kalau seorang gadis dari keluarga kurang berkemampuan boleh melakukannya, saya mahu Fahmi fikir dia punya segala kemampuan untuk meraih kejayaan yang sama.
Saya tidak menjangkakan Fahmi akan mahu berpuasa enam.
Saya hanya mampu berkata "Terima kasih ya Allah" di dalam hati.



Tuesday, 14 January 2014

Anekdot : Bantuan Sekolah RM100


Yaya came back from school on Monday and told me that next week parents semua dah boleh datang sekolah collect duit bantuan sekolah RM100. Fahmi yang baru sudah makan tengahari quickly do his maths dan menyampuk.


Fahmi : Kalau seorang RM100, dua orang RM200. Wow! Banyak tu...

Saya diam je. Kemalasan nak komen. Tapi my boy ni sangat teruja tak berhenti lagi mengira. Tak puas hati agaknya I didn't share his excitement.

Fahmi :  Mama, bayangkan kalau Mama ada 20 orang anak... RM100 kali dengan 20... Woww!!! Kaya lah Mama!


Mama : Nak kaya macam mana? Untuk sekolah seorang anak Mama belanja pun dah RM500 seorang, tu belum masuk yuran sekolah agama. Cuba Abang kira RM100 tu tolak dengan belanja seorang... negatif ok?

Owh... dia tetap nampak RM yang masuk tu juga. Kaya katanya. Ha'ah. Ye, kaya sangat kalau kira apa yang masuk (dapat) saja. Belum kira apa yang kena keluar (belanja) dulu sebelum 'mendapat' kansss? 

Lawak betul matematik Fahmi ni. Kalau ikut formula dia memang boleh bisnes buat anak.


Thursday, 21 November 2013

Angkat kening


A snippets of a small family with two young kids while having dinner on a cold Wednesday night.
And no, it was not winter. And no they were not western family, they are Asian. Hence the turn of the conversation cause some raised eyebrows.

Nine-year-old Boy : Mama orang perempuan uzur pakai Kotex kan?

Gulp!!! Terjungkit kening Mama dia. Mana dia tau ni? 
Adakah Mama dia terkantoi di mana-mana?
Berdebar jap.
Tapi masih angguk perlahan.

Nine-year old Boy : Mama masih uzur (period) kan?

Terjungkit kening #2.  Jeling kat Mr Daddy.
Daddy's reaction - masih tunduk makan as if not hearing anything. Ok, fine.
Mrs Mama angguk lagi. Walau sudah mula rasa cuak ni. Takpe bagi dia chance dulu, give him the benefit of the doubt.

Nine-year-old Boy : Habis tu kenapa Mama tak pakai Kotex?

Dah bukan terjungkit kening lagi dah. Terus terbuntang biji mata!!!
Ok, serius saya rasa deja vu sangat-sangat.
Aha!!! Anekdot superman je pakai underwear kat luar dulu.. Tapi belum sempat buka mulut Mr Daddy sudah potong queue.

Mr Daddy : Abang, orang tak pakai Kotex kat luar... macam mana Abang nak nampak!

Si Adik dah ketawa mengekek.


Aiyohhh!!! Ada-ada jelah kejutan dia. Pelik budak lelaki sekarang. Saya tak ingat lah kalau dulu masa adik-adik lelaki saya kecil ada ke tak diaorang tanya macam ni kat my mum. Saya nak marah pun tak boleh sebab dia cuma curious. Dan lebih baik dia tanya direct daripada cari maklumat kat tempat lain.
Plus, I don't find any offence in his questions. Benda yang dia tanya pun is life matter.


I asked him macam mana dia tau pasal Kotex. Bila dia explain saya rasa nak ketawa pun ada. It so happens dalam kelas agama yang di ajar oleh seorang ustaz di sekolah ada sentuh bab larangan dalam ibadah. Timbul bab uzur kot. And there was this one boy dalam kelas dia yang pergi cakap kat ustaz yang dia 'pernah tengok' mak dia pakai Kotex masa uzur. Kalau dengar perkataan 'pernah tengok' tu memang rasa nak luruh jantung lah kan. Tak hairan lah kalau anak lelaki saya cakap ustaz tu macam terkejut. Maunya tak terkejut, mak dia pakai Kotex depan anak kot? Kihkihkih...

Tapi saya yakin apa yang dimaksudkan sebenarnya adalah dia mungkin pernah nampak mak dia beli atau pegang bungkusan Kotex tu. Tapi biasalah budak cakap ringkas je. Dan selepas itu terus ustaz tu tak mau layan lagi budak-budak tu bercakap. Hahaha...


Untung kau nak, mak zaman sekarang open-minded sikit. Agak-agak kalau budak lelaki cakap macam ni depan mak-mak zaman dulu mau kena penampar tak?



Monday, 11 November 2013

Hijrah...





Pooh dan Ms Turtle pun dah pakai tudung sekarang.
Cik Bear bila lagi???

Tumpang senang hati ramai dah artis yang bertudung sekarang.
Dok ingat-ingat kan diri. Hijrah luaran kena seiring dengan hijrah dalaman.
Hijrah luaran lebih mudah.
Hijrah dalaman nak bersihkan hati, tundukkan nafsu, istiqamah dan lain-lain yang lebih mencabar.
Teringat Prof Muhaya pernah cakap, kalau rasa susah nak berubah jadi baik check balik sekeliling kita.
Kalau dikelilingi orang-orang yang tidak baik, tinggalkan.


Monday, 4 November 2013

Prank






Kecik-kecik dah pandai buat prank.
Baru 8 tahun!
Inilah kerja budak-budak perempuan zaman millenium.
Tulis love-letter.
Tapi bukan dikirim kepada lelaki.
Pi selit dalam letterbox rumah kawan perempuan juga.
Motif???
Balas balik sebab kena prank cara yang sama sebelum ini.

"sampai jantungku jatuh ke tanah dan kukutip semula"
ughhh... perumpamaan apa ni?


Monday, 26 August 2013

Anekdot Syawal Lagi : Raya Pun Ada Mainan?!


Sebelum habis musim raya ni eloklah saya post anekdot ini. Kalau tak kena tunggu raya tahun depan pulak baru boleh post he he he.


A couple of days before raya saya hantar maid saya bercuti di rumah mak cik dia, tak jauh dari ofis lama saya di Saujana Resort dulu. Jangan salah baca. Ofis lama saya di saujana resort. Bukan rumah mak cik dia di saujana resort. Dalam perjalanan ditemani anak-anak saya, dalam tekak yang perit dan suara yang serak dengan memakai face mask saya layan Fahmi berborak.


Fahmi : Mama, kenapa mama tak belikan kitaorang hadiah raya? Bagilah kitaorang hadiah...

Erkk!!! Raya pun ada hadiah? Sudahhh... ni fahaman apa ni?

Eh... kejap. Perhatikan di situ, dia guna ganti diri plural - 'kitaorang', bukan singular ye puan-puan. Padahal adik dia langsung tak ambil port pun hal hadiah-hadiah ni. Itu bermakna dia tau soalan dia tu agak kurang masuk akal tapi tetap nak cuba try test Mama dia jugak. Jadi kalau backlash nanti bukan dia sorang kena tempias. Atau kemungkinan dia cuba memancing adiknya untuk turut sama mendesak saya belikan hadiah. Malangnya adik dia buat tak heran!


Mama : Abang, kita ni bukannya raya krismas nak bagi-bagi hadiah. Kita nak sambut Aidilfitri, hari kemenangan umat Islam menahan hawa nafsu. 

Fahmi : Yelah, belikanlah mainan raya kat Abang, sebab Abang puasa penuh kan...

Mama : Mainan? Mama bagi duit raya jelah , macam biasa... tak yah mainan-mainan lah Abang bukannya budak kecik

Fahmi : Alahhh... tak bestlah macam ni...

Mama : Err? Tak nak? Tak nak lagi bagus

Fahmi : Alahhh belikanlah mainan...

Hmmm... he sounds so persistent ni mesti ada lah apa-apa mainan yang dia idamkan sangat ni. Bukan boleh dilayan sangat. Nak kena tackle betul-betul kalau tak alamatnya selagi tak dapat selagi itu dia mengharuk. Kang tak dapat dengan saya dia haruk kat Daddy dia pulak.

Mama : Mainan ye? 

Muka dia dah bercahaya.

Mama : Ok. Bunga api dan mercun.

Fahmi : Alahhhh... itu bukan mainan. Abang nak mainan...

Mama : Yelah, mainan lah tu. Tau sebab apa Mama kata bunga api tu mainan? Sebab bunga api kita main kan? Bukan makan atau pakai kan? Jadilah ia mainan.  

Tengok Fahmi dah layu semula. Ini lah masa nak nail it habis-habis supaya dia tak bersuara lagi.

Mama : Lagi satu, tau sebab apa bunga api dan mercun tu jadi Mainan Raya? Sebab orang tak main bunga api musim lain. Orang main bunga api time raya or dekat nak raya je. Lagipun daripada dulu Abang dok minta nak sangat main bunga api dengan mercun tapi Daddy tak bagi. Sampaikan awak nak main mercun pop-pop tu pun Mama tak berani beli. Tengok tahun ni, jangankan Mama, awak berdua pun langsung tak berani buka mulut nak mercun pop-pop. Tiba-tiba Daddy bawa balik bunga api dan mercun bagi awak main. Tak sempat awak minta. Hah! akhirnya dah dapat kan? Hadiah Mainan Raya!!!


Maid saya kat belakang dah mengekek ketawa. Cik Yaya selamba je baca komik dia macam tak terkesan langsung dengan perbualan kami. Fahmi? Monyok!

Fahmi : ... ok. Kalau macam tu bagilah mainan puasa pulak.


Ehhhh pulak... tak habis lagi? Panjang akal.
Ni betul nak kena ni.


Mama : Mainan Puasa? Mainan puasa pun Mama dah bagi dah...

Fahmi : Mana ada?.

Mama : Ada. Cuba Abang ingat balik. Yang tiap-tiap malam waktu Mama dengar tazkirah (ramadhan) lepas solat Isyak kat surau tu, yang Abang duk bantai main kat luar dengan kawan-kawan sementara tunggu terawih, sampai lencun basah satu badan tu... Ingat tak?

Fahmi angguk-angguk kepala.

Mama : ... itulah M.A.I.N.A.N puasa Abang!

Monyok. Terkena kau Jang!

Mama : Tau kenapa itu mainan puasa?

Fahmi tak bereaksi. Lantak, Mama nak bagi tazkirah cukup-cukup.

Mama : Sebab, benda tu (bermain) Abang tak dapat waktu lain. Abang cuma dapat tiap kali bulan puasa je. Tiap-tiap malam bulan puasa Abang dapat main dengan kawan-kawan sampai puas. Mainan Puasa lah namanya tu!!!!!


Ngeh...ngehh...ngehhh. 
Sambil buat gaya sapu kedua-dua belah tangan, bayangkan dalam minda je sebab in reality tangan tengah pegang stereng kereta. Dah, selesai!!!
Takde hutang. Kihkihkihkih...




Wednesday, 14 August 2013

Anekdot Syawal : Borak


Anak buah Mr Hubby memang ramai. Him being the 3rd last in the family means dia ada ramai older abangs and kakaks with grown up children with a few of them married and have young children of their own. Oh wow! Now only I realised saya bukan setakat mak sedara lagi dah, tapi dah tahap nenek sedara!!! Uarghhh... oh takpe, nenek sedara yang vogue gitu :-P. Ada anak sedara yang hampir sebaya saya itu bukanlah sesuatu yang pelik dalam keluarga sebesar ini. Malah kalau hampir tidak mengenali mereka juga bukanlah sesuatu yang pelik. Dan tidak pelik juga kalau saya lebih tahu siapa abang dan siapa adik di kalangan mereka, siapa bersekolah di mana berbanding Mr Hubby sendiri kerana Mr Hubby pun confused dengan keluarga besar dia. Ngeh ngehh ngehhhh... Mereka sendiri sebenarnya tidaklah begitu rapat dengan anak-anak sedara, nak tengok mereka berborak dengan anak-anak sedara pun susah apatah lagi bergurau senda. Memang lain sikit cara pergaulan antara mak dan pak sedara dengan anak-anak sedara dalam family Mr Hubby ni. Ada protokol yang tidak disedari, mewujudkan satu gap. Lega hal ini tidak wujud sama sekali dalam keluarga sebelah saya!


Dalam ramai-ramai anak sedara Mr Hubby, ada 3 beradik lelaki ini yang bukan hanya fizikal mereka sangat berlainan dengan yang lain kerana mak mereka berketurunan Pakistan Kelantan (while Pak mereka (abang Mr Hubby) tak perlu dicanang lagi memang confim JaWorld). Unlike Mr Hubby's other nieces and nephews, these 3 mewarisi their mother's features with dark skinned and very long and sharp nose. Nama pun pakistan kan. Mereka juga sangat jarang saya jumpa 10 tahun yang lalu kerana mereka tinggal jauh - mengikut Pak mereka yang kerja dalam bidang perladangan menyebabkan mereka sering berpindah randah dan sering tercampak ke kawasan pedalaman. Saya tidak ingat ever seeing them as a kid. Kalaupun jumpa hanya mak pak mereka saja sebab balik kampung tak bawa anak. Except for the eldest saja yang saya jumpa itupun bila dah habis sekolah. The youngest lagilah saya tak pernah tahu macam mana rupa dia, hanya raya baru ini saja dapat bersua muka. Jangan cakap pasal rupalah... nama betul pun tak tahu, tahu Along Angah dan Adik saja.


And these 3 are very quite. Kalau nak kata segan dengan kami sebab jarang berjumpa dan berborak tu understandble lah. Tapi mereka juga very quite among themselves!!! Susah nak tengok mereka bertiga bercakap sesama sendiri. They are close with each other, I assume lah coz the 3 of them can share the same tilam. Bukan senang nak jumpa lelaki yang mau tidur bertepek 3 beradik bila dah besar panjang dan tahap boleh menikah dah! They are very well behaved, they make no fuss about everything - be it sleeping arrangement, food, mak pak ajak ke kiri depa ke kiri, no fuss. Senyap je. Sampai saya pulak naik hairan.


So, one day while we were in the car heading towards my distant uncle's house selepas ketiga-tiga anak sedara hubby dan mak paknya berangkat balik, saya voiced out perkara ini kepada Mr Hubby. Of course, while we were having this conversation, cik Yaya dan Fahmi ada di belakang.


Me : Pelik betul dengan anak-anak Abang El. Saya tak pernah tengok diaorang berborak. Berborak bertiga pun tidak. Diam je.

Mr Hubby : Tulah... Abang pun pelik.

We didn't realised our subject of conversation caught Yaya's attention. I know she has a soft spot for the eldest one sebab adalah sekali Along mengusik dia. So she can't resist to interrupt.

Yaya : Ada lah... Baru je tadi adik dengar diaorang berborak.


Me : Ye ke? Cakap apa?


Myself thinking "Wahhh... menarik ni." Tapi rasa macam tak percaya pun ada. Maklumlah 2 hari duduk kat kampung tak pernah dengar pun!
Cuping telinga dah kembang macam piring astro ni.


Tau apa jawapan Yaya? Apa yang mereka bertiga borak kan?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Yaya : "Angkat beg"



Owh.
Masa nak balik tadi lah tu.
So much for a conversation ye?




Saya pandang Mr Hubby. Mr Hubby pandang saya. Tak tau nak gelak ke nak menangis. Kami pandang cik Yaya kat belakang.
Raya pun sempat awak pekena mak pak awak. 



Kuncup semula cuping telinga mak.


Tuesday, 16 July 2013

7 Ramadhan 1434H - Anekdot Ramadhan... Perjalanan Jauh?


Semalam mr hubby tak kerja. MC, sakit belakang. Dia kerja kuat lately ni. Sibuk dengan projek pemasangan partition gerai jualan di JJ Rawang tak selesai lagi. Muscle sudah bengkak. Jadi berehat dirumah saja sambil layan anak-anak. Alhamdulillah dah 7 hari kita berpuasa. Setakat ini anak-anak ok aja. Nampak jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Lebih cergas dan bertenaga. Tiada rungutan haus, lapar. Tiada lagi soalan bertubi-tubi "lagi berapa jam nak berbuka ni Mama?"... "lagi berapa jam?".... "lama lagi ke?".... "lagi berapa minit?" macam tahun-tahun sebelumnya.


Hari pertama balik sekolah memang depa terus tertidur. Kepenatan dan mengantuk sebab bangun sahur agaknya. Tapi selain dari itu, memang ok je. Sihat walafiat. Takde lah kuyu dan layu. Syukur sangat. In fact petang semalam balik dari sekolah agama terus minta izin nak main kat luar. Aikkkk!!!! Bila tengok dahi saya berkerut cepat-cepat Yaya cakap, " Adik janji adik takkan cakap lapar..."  Oiiii sayang lapar tu tak mungkinlah tapi haus cemana? Dia kata rasa bertenaga sangat, "Kitaorang dah biasa beraktiviti..." Okeh ayat bukan main lagi! So, I allowed them to play outside. Dan lepas bermain memang tiada rungutan. Bagus! 


Dah daddy ada kat rumah, rajinlah Yaya berborak dengan daddy dia. Kalau selalu mesti masuk dapur mengacau saya masak sambil mulut dia pot pet bercerita. Tapi semalam dia layan borak dengan daddy ler. Dia bagitau daddy, kawan dia si A tu tak puasa. Bila daddy dia tanya kenapa? Yaya jawab, "Perjalanan jauh..."  ???? Perjalanan jauh? Apakah?... fikir punya fikir owhhhh musafir!!! Aikkkk jauh ke mana? Yaya bagitau si A balik kampung dia kat Ipoh, jadi perjalanan jauh tak payah puasa.
Daddy dia senyum je. Nak tau apa daddy dia jawab? "Dik, zaman Nabi saw orang musafir naik unta, penat duduk atas unta, panas lagi. Ni zaman sekarang orang naik kereta. Duduk je dalam kereta tu ada aircon (boleh tidur lagi). Musafir apa nya!" Hahaha... 


Betul juga. Zaman sekarang ni segalanya lebih convenient sehinggakan perjalanan berapa jauh pun tidak terasa. Setakat 2-3 jam dalam negara saja. InsyaAllah belum ada yang mati kering. Saya rasa agak sukar nak jumpa orang yang buat perjalanan jauh (dalam negara) di bulan Ramadhan yang tak puasa sekarang ni.Owh jangan salah faham, saya bukan kritik kawan Yaya yang tak puasa tadi. Budak-budak masih berlatih. Cuma mengulas saja secara general. Bagus juga Yaya encounter this 'perjalanan jauh' thingy from her friend. Setidak-tidaknya bertambah ilmu dan pemahaman dia. Ada keringanan untuk orang bermusafir dalam berpuasa. Cuma sejauh mana kita nak ambil ringan kena timbang balik lah dengan keadaan sekarang.


Teringat dulu kami pernah bawa anak-anak ikut perjalanan jauh balik ke Terengganu dalam bulan Ramadhan. Masuk waktu di perjalanan jadi berbuka di RnR yang cuma ada tempat berehat saja. Mujur saya bawa bekal pulut kuning dan rendang ayam. Kami berbuka di pondok dalam keadaan gelap remang maghrib sebab memang tak berlampu langsung tempat tu! Terkial-kial dalam gelap mencubit ayam, ini tulang ke isi? Hahaha... Pun begitu bersyukur kita ni serba serbi ada!



Wednesday, 10 July 2013

Ahlan Ya Ramadhan 1434H - Anekdot Versi Muhasabah Diri




A couple of days ago my 9 year old Fahmi came back from school and announced that he's going to perform Dhuha prayer starting from this Ramadhan (1434H). Saya agak tercengang sekejap. Sebab Fahmi biasa lihat saya perform solat Dhuha dan pernah beberapa kali tanya saya solat apa waktu pagi tapi belum pernah terlintas lagi nak ajar dia buat solat-solat sunat. Amal ibadat yang wajib yang basic je dulu ajar kat anak-anak. 


Jadi bila dia balik sekolah dan tanya saya "Mama, solat Dhuha tu dari waktu bila sampai bila?". Maksud dia tempoh waktu untuk perform Dhuha prayer. Bila saya tanya kenapa? Dia kata, ustazah pesan kalau buat solat Dhuha masa bulan puasa nanti permintaan kita dimakbulkan. Aduiii tertampar mak cik. Mama sendiri tak mau ajar, mujur ada ustazah yang rajin pesan. Bagusnya lah ustazah dia, tidak lepas dari sentiasa mendidik dan menitipkan pesanan yang baik-baik sungguhpun mereka ni masih budak-budak lagi. Rasa malu kejap kat diri sendiri. Saya masa usia sebaya Fahmi baru merangkak-rangkak belajar berpuasa. Dulu-dulu tak pernah cikgu atau ustazah pesan suruh bersolat. Berbeza sangat pendekatan dulu dan kini.


Kadang kita sangka anak-anak kita kecil lagi. Itu tak payah, ini tak perlu. Belum sampai masa lagi, tak cukup umur lagi. Tapi kita silap. Masa anak-anak kecil lah nak dididik dan perlu biasakan beramal ibadat. Solat lima waktu sedari usia 7 tahun. Alhamdulillah sudah. Saya bersyukur mereka bersekolah rendah sesi pagi. Bererti solat Zuhur saya boleh pantau di rumah. Saya juga bersyukur kerana mereka bersekolah agama sebelah petang, maka mereka bersolat Asar di sekolah dengan kawan-kawan sebelum balik rumah. Cuma bila Fahmi ada aktiviti tambahan di sekolah tempohari saya tak pun pesan suruh solat. Saya jangka tentu dia tak solat Zuhur. Tapi rasa bersyukur sangat-sangat sebab dia kata dia solat Zuhur dengan kawan-kawan kat surau. Alhamdulillah. Sejuk sangat rasa hati. Ini bukan nak bangga atau nak riak. Cuma buat saya sedar, kalau kita didik anak-anak ikut syariat jangan dok fikir or bagi alasan budak tu kecil lagi ke apa, inshaa Allah anak-anak akan terbiasa dan teruskan amalan. Memang dah cukup cantiklah tu sabda Rasulullah saw "Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka" (Hadis riwayat Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi)


Berbalik kepada cerita solat Dhuha tadi. Lepas saya bagitau dia tempoh waktu untuk solat Dhuha, terus dia cakap "Mulai bulan puasa ni Abang nak buat solat Dhuha...". Okay, I know my son. The part where the 'ustazah kata kalau kita buat solat Dhuha permintaan kita dimakbulkan', might have motivate him to perform the Dhuha prayer. Agak-agak apa ye 'permintaa' dia? Minta Allah swt lembutkan hati Mama dia pulangkan PSP ke? Lembutkan hati Mama dia bagi dia main game kat facebook ke? Sebab dua-dua benda ni dah kena tarik balik hehe.  Tapi tak kisahlah, at least dia sudah melangkah ke depan setapak lagi. Kalau itu bisa mendidik seorang kanak-kanak meletakkan keyakinannya kepada Allah kenapa tidak.


Sebenarnya ini satu peringatan untuk saya. Jangan culas solat Dhuha! Juga satu tamparan untuk saya, jalankan tugas saya mendidik!


Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua saudara se Islamku. Semoga diberi kesihatan tubuh badan dan mental. Semoga mendapat keberkatan bagi setiap amal ibadah. Maafkan segala kekhilafan saya.


Monday, 10 June 2013

Anekdot: Superman Je Pakai Underwear Kat Luar

Ini kisah seorang budak lelaki bertuah di waktu cuti sekolah. Yang kebosanan menunggu gilirannya untuk main gamnes kat PC. Almaklum PC sebiji je, yang nak main ada 3 orang. Laptop sudah 'kabur' (hilang dicopet orang). Dalam kebosanan dia disuruh main PSP tapi enggan. Jadi mundar mandirlah dia dalam bilik, pulang balik pulang balik disekitar bakul baju yang sudah siap berlipat. Umpama orang sedang tawaf pun ada lagaknya. Dalam ulang alik bertawaf, 'sesuatu' menarik perhatiannya. Sesekali dia menjeling Maknya, terdetik ingin bertanya tapi ada rasa cuak beraja di hati.

Orang bijak pandai kata 'curiosity' is a form of learning, exploring and unveiling new secrets terutama di kalangan kanak-kanak kan? Dan barangkali budak lelaki ini mendapat inspirasi daripada kata-kata si bijak Albert Einstein, "The important thing is not to stop questioning. Curiosity has its own reason for existing", ye good enough reason sangatlah kan sampai tak agak-agak maka dia pun gather his courage dan bertanya kepada Maknya.


Budak lelaki bertuah : Tak pernah tengok pun mak pakai bra yang warna merah ni. Bila masa mak pakai?

Ok. Terima kasih mr Einstein. Merah padam muka mak budak bertuah. Soalan budak lelaki bertuah memang tahap tak agak-agak sangat kan? Mak budak bertuah contemplating between genyeh mulut budak lelaki bertuah dengan berus or beri jawapan yang serius lagi logik. After all, anda tidak boleh membunuh keinginan ingin tahu seorang kanak-kanak yang selalu bersifat tulus dan telus for fear that he/she will find answers dari sumber-sumber yang diragui. Jadi mak budak bertuah cuba menjawab sebaik-baiknya walau dalam menaham geram. Grrrrr...

Mak budak lelaki bertuah: Budak lelaki bertuah!!!(panggilan manja sudah diubah) Apa awak ingat mak awak ni Superman ke pakai spenda merah kat luar. Takkan mak awak nak tayang pakai underwear kat luar juga. Kita (yang bukan Superman) pakai underwear kat dalam memanglah orang tak pernah nampak.

Budak bertuah tersenyum malu. Dia tak perasan pipi maknya juga sudah hampir sama merah dengan 'objek' yang menjadi 'subjek'.

Orang kata, "Curiosity killed the cat". Sebab itu orang tua-tua pesan jangan suka menyibuk. You may be causing yourself problems trying to find out things you don't need to know.

Well, saya kata, dalam hal di atas, si anak kucing bukan membawa masalah kepada dirinya by being curios, tetapi telah menyebabkan emak kucing bermasalah trying to explains things that her baby kitten should not know.

Oh btw, mak kucing nak buat clarification. Sebenarnya objek tadi bukan berwarna merah pun. It's salmon pink. But boys sama juga dengan men, hanya kenal warna primer dan warna sekunder je.


Mother's how do you deal with your childrens curiosity?









Thursday, 27 December 2012

Mengena & Terkena : Dari Banyak 'Mata' ke Harry Potter

Semalam saya temankan Fahmi makan sambil layan dia berborak. Cik Yaya tak mau makan. Tapi sibuk melilau ke depan ke belakang. Naik rimas dibuatnya. Saya suruh dia duduk depan tapi tau apa dia buat?
Entah bila masanya dia menyusup ke belakang saya, kononnya nak sergah saya dari belakang lah. Saya terasa ada orang kat belakang, terus saya hulur tangan ke atas bahu dan tangkap kepala dia. Apa lagi, tergelak besar lah Fahmi. Mujur tak tersedak nasi.

Cik Yaya tak puas hati. Sebab dia selalu nak sergah saya terutama masa saya sibuk masak kat dapur tapi tak pernah menjadi. Selalunya dia yang terkejut, sebab belum sempat dia buat apa-apa saya dah sergah dia dulu. Lalu, bersoal jawablah dia dengan saya sehingga Fahmi pun menyampuk sama.

Yaya : Mana mama tau adik ada kat belakang?
Mama : Mama tau. Mama ada mata kat belakang.
Fahmi : Iya ke?
Mama : Ibu-ibu ni kalau abang nak tau,'mata' ada kat depan, kat belakang kat kiri kat kanan. Semua benda dia boleh nampak. Abang nak tau kenapa?
Fahmi : Kenapa?
Mama : Sebab sorang ibu ada anak ramai dan banyak kerja semua nak kena jaga dan buat dalam masa sama. Jadi, kelebihan Allah bagi ibu boleh melihat dan merasa setiap pergerakan sekeliling dia. Tak usahlah nanti tipu Mama, semua Mama tau.

Nanti ada pulak yang kata saya sebarkan ajaran sesat. Maksud saya dengan banyak 'mata adalah 'instinct' atau naluri.

Dahi Fahmi dah berkerut. Yaya dah tarik kerusi duduk sebelah. Wahhh... berminat nampak. Hehe...

Yaya : Tapi mana mama tau adik ada kat belakang mama? Kan kadang-kadang adik jalan perlahan sangat pun mama tau.
Mama : Kita ni kalau berjalan laju ke perlahan ke mesti orang boleh rasa pergerakan kita. Sebab bila kita berjalan, ada geseran dengan angin/udara. 

Makin berkerut dahi budak 2 orang tu. Isyyyy... payah nak explain. 

Mama : Pernah tengok citer harry potter kan? Yang dia pakai selimut halimunan tu
Fahmi & Yaya : (muka blur)

Kakak pulak ikut menyampuk, "Alah yang dia pergi bilik ada cermin ajaib boleh nampak mak ayah dia tu" baru budak berdua tu "Ooohhh..."

Mama : Kan harry potter pakai selimut halimunan, dia terserempak dengan professor sniper.
Fahmi : Ok...
Mama : Walaupun dia pakai selimut halimunan tapi kenapa professor sniper tu masih boleh terasa macam ada orang lalu?
Fahmi & Yaya : Entah...
Mama : Sebab ada geseran pergerakan kita dengan udara macam yang Mama cakap tadi lah... tak nampak tapi kita boleh rasa.

Barulah terangguk-angguk budak berdua tu. Entah ke faham atau tidak.

Fahmi : Ok, kalau Mama kata Mama banyak mata boleh rasa... mesti Mama boleh rasa apa yang Aiman tengah buat sekarang kat rumah dia. Dia tengah berjalan ke berlari?

Errrrkkkkkkk!!!!!!!


Mama : Ehhhhhh.... kalau Mama tau apa yang Aiman tengah buat kat rumah dia, itu bukan boleh rasa lagi dah. Itu ilmu sihir namanya!!!!!


Aduiiiiiiii lahhhh melampau betul anak saya yang sorang ni tau. Dia ingat Mama dia ni ada bela hantu raya ke apa. Penat-penat cari pembayang untuk explain kat dia, sudahnya dia suruh kita tilik apa yang kawan dia buat kat rumah pulak dah. Itu kena tanya Wak Jawa (sinar.fm) lah sebab dia je yang ada geluk jampi. Mak takde dik non! Kekadang fed-up bercakap dengan diaorang, kita jugak yang terkena. Kikikikiki...



Monday, 5 November 2012

Jangan Cuti Sampai Tak Ingat Dunia!

Sekarang ni nampak benar sibuknya ye? Seminggu sekali baru ada 1 entry. Ada yang tinggalkan komen pun lepas berhari-hari baru saya jejaki. Maaf banyak-banyak, kelewatan bukan disengajakan!

Sesuatu yang saya perasan, sejak bertukar profesion menjadi suri di rumahtangga sendiri, saya lebih jarang punya masa untuk mengadap PC, nak ON lappy jauh sekali. Maka, entry baru juga sudah tidak selebat dulu. Aneh kan? Dulu masa berkerjaya sepenuh masa dan menjadi isteri/ibu separuh masa ada pula MASA untuk bikin entry kadang selang sehari... dan berurut-turut hari pun ada! Ada-ada saja idea nak bercerita. Ada-ada saja masa nak berlipurlara.

Adakah ia petanda menjadi suri membosankan? Atau petanda jiwa lebih tenang? Maka kurang merapu meraban? Ahakssss... Eh... jangan ingat jadi suri duduk rumah goyang kaki. Kadang sibuknya lebih hebat dari CEO big 5 companies!

Sekejap tadi cik Yaya baru menyuarakan rasa hati. Mengingatkan saya supaya telefon cik pembantu rumah di kampung sana - jangan lupa balik esok. Bukan saya tidak betah menggalas tugas Home Manager. Saja saya mengusik Yaya kalau... kalaulah takde pembantu pun, Mama kan ada? Terkejut saya bila cik Yaya menjerit kecil. TAK MAU kata dia. Ehhh... sebenarnya siapa yang menentukan dan siapa yang perlukan pembantu sebenarnya?

Apa kisah udang disebalik mee ni? Rupa-rupanya cik Yaya sudah tidak sanggup andai terpaksa melalui satu lagi hari yang tidak dijangkakan bila Mama dia jatuh sakit dan tak larat bangun masak! Sabo jelah... baru 1 hari minggu lepas saya tak mampu bangun masak, TRAUMAnya sampai dia berpesan-pesan suruh cik pembantu balik segera, dengan mesej bercilinya - "JANGAN CUTI SAMPAI TAK INGAT DUNIA". Amboiiii.... Mama dia yang hari-hari kena layan kerenah dia 2 beradik yang macam-macam, dia pulak yang 'over' sentap semata-mata 1 hari saya tak bangun. Oh by the way, mesej itu tidak sampai pun ke telinga pembantu... sudah saya tapis siap dengan smash bertubi-tubi ke cik Yaya.

Memang saya sakit. Bukan 1 hari tapi 2 hari berturut-turut minggu lepas. Cuma hari kedua tu teruk lebih dari hari pertama sampai tak larat nak bangun siapkan makanan. Tapi bukannya sampai semua orang kebuluran pun. Mr Hubby dah jalankan tugas rescue bawa balik tapau food tengahari itu. Dan malamnya mr hubby jadi rescue ranger sekali lagi masakkan kuey tiaw goreng untuk mereka bertiga (saya tak lalu makan). Cik Yaya kata kuey tiaw 'kurang rasa'. Daddy dia smash balik "Sejak tengok masterchef ni banyak songeh lah. Komen macam-macam!".  Nak buat lagu mana, 5 tahun sekali pegang sudip, adatlah kalau terkurang sana sini. Tapi mek kecik sorang ni memang komen takde kesian, macam Chef Joe jugak. Saya ketawa dalam hati. Ada ke yang terkena badi Masterchef macam kami? hahahaha...

Kita tengoklah cik pembantu tiba tepat pada harinya atau tidak. Saya tak sanggup kalau ada budak kecik yang meraung nanti.

Cuti sekolah sudah hampir tiba. Masa saya berkerjaya sepenuh masa dulu, waktu-waktu begini adalah waktu paling lengang di ofis. Mood kerja separuh body. Ramai yang ambil cuti panjang bawa anak bercuti. Tapi jangan cuti sampai tak ingat dunia ye? Zaman makan gaji dulu walau tuan bos besar tak keluarkan statement bercili macam cik Yaya cakap tu tapi jelingan mata dia waktu sign borang cuti sudah cukup jelas untuk ditafsirkan. Faham-faham sendiri - Jangan cuti sampai tak ingat kerja ye? Handphone harus 24hours reachable. Kalau ada yang tiba-tiba tukar mode: unreachable tu sendiri mau ingatlah kalau terkantoi balik kerja nanti siaplah kome tadah (bernanah) telinga sebesar piring astro tu ye.

Sekarang? Nak cuti tak payah apply dah. Gumbiranya rasa bila boleh suka-suka je book tiket promo AA tanpa rasa cuak segala. Orang dah berzaman merasmikan seat tambang murah. Awak dah kepam baru dapat. Tak apa, pepatah Jerman kata 'Slowly but Surely...' Ahakssss.

Selamat merancang percutian keluarga. ;-)


Thursday, 25 October 2012

Anekdot : Mak Dia Perempuan

Err... ada ke Mak lelaki?

Minggu lepas saya ada siapkan tempahan cupcakes bertemakan winnie the pooh & the gang.
Sebaik siap saya anginkan cupcakes di bawah kipas di ruang tamu. It was a wet day, raining sepanjang petang. Fondant mudah lembap dan cair bila cuaca sejuk. Kebetulan cik Yaya pun baru balik dari kelas agama. Terus dia dok mengadap cupcakes tu sambil dok ber "uuhhhh..."  "wahhh..." "cantiknya..."

Then she pointed her finger kepada satu karektor ni and asked, "Ni apa ni Mama?"



Entah. Saya pun tak tau. Bukannya saya kenal pun karektor tu semua. Winnie dan Tigger je yang saya tau. Saya buat je karektor ni ikut sample gambar di internet, saya tak sempat tengok gambar penuh pun. Setakat tengok muka je sebab memang nak buat muka je pun kan. 

"Tikus kot, dik?" Pandai-pandai je saya belasah. Dah mukanya pun kecik, telinga besar macam Jerry.

"Tikus? Mana ada tikus dalam winnie"

"Entah, manalah Mama tau, Mama belasah je"

Kami sama-sama diam sekejap.

Kemudian, dengan terujanya Yaya menjerit, "Hah... ni kanggaru! Anak kanggaru yang Mak dia perempuan tu!"

Errkkk!!!
Saya dah pandang dia pelik.






"Dik, Mak memanglah perempuan. Mana ada Mak lelaki"

Meletus ketawa kakak yang dok pasang telinga. Cik Yaya pun dah tersengih-sengih malu.
Kemudian kami berpandangan with a knowing look on each others face dan sama-sama cakap, "Ada..."

... saling nak mengenakan satu sama lain, saya pintas cepat-cepat

"... Mak Nyah!!!" wakakakaka.