Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Friday, 26 December 2014

Yang Wajib Singgah... Yang Tak Berapa Nak Wajib

Dari terengganu dalam perjalanan balik ke KL inilah lokasi-lokasi yang wajib kami singgah.



Kalau nak merasa keropok lekor Terengganu yang super duper sedap, sila lah singgah di gerai Keropok Lekor 008 di Pantai Peranginan Kelulut, Daerah Marang. Terletak bersebalahan dengan stesen minyak caltex kalau tak silap saya. Kalau bukan caltex mungkin Shell. Tapi yang penting bangunan gerai ni senang nak cari sebab warna hijau. Besar tempat memproses keropok di sini keranan bagunannya 3 tingkat dengan 1 tingkat dibawah tanah (lembah). Tak susah mencarinya kerana ia terletak di laluan utama Marang-Kuantan... tak perlu nak masuk kampung cari sana sini. Tepi jalan utama je pun.


Jangan cerita pasal keropok Losong atau BTB (Bukit Tok Beng) lagi dah. Keropok Lekor 008 yang terbaik saya pernah makan kerana kandungan ikannya yang sangat tinggi. Sedap memang terasa ikannya. Bila digoreng ia kekal lembut dan tidak liat langsung. Kata adik lelaki nak potong dengan pisau tapi tak sempat potong dia patah sendiri. Itu bukti keropok lekornya padat isi ikan dan bukan padat dengan tepung sagu semata. Saya mula diperkenalkan dengan keropok lekor Kelulut ini semasa masih bekerja di syarikat lama. Anak buah saya yang beri sebagai hadiah. Terus saya terpaut dengan kelazatan dan keaslian rasanya. Makanya sejak 4 tahun yang lepas hanya keropok lekor 008 ini saja yang saya beli. Dan sejak 4 tahun lepas hingga kini, rasanya masih tidak berubah. Sangat berbeza dengan keropok lekor lain-lain tempat yang bila boom saja jadi popular terus dikurangkan kandungan ikan dan jadi makin liat.




Ingat lagi warung di Kemaman yang sering saya sebut-sebut sebagai tempat persinggahan kami mengalas perut? Ya, warung tu dah makin besar sekarang dan sudah ada banner nama kedai siap nombor telefon lagi. Menunya pun dah bertambah. Cuma bila makin besar kedai ni tempat parking jadi terhad pulak. Saya mula singgah di gerai ini sejak 5 tahun lepas rasanya. Dulu tak banyak pengunjung. Sekarang saya lihat pengunjungnya datang dari merata tempat. Pelancong tempatan dari Utara dan Selatan berdasarkan no. plat kenderaan masing-masing dan loghat yang digunakan. Alhamdulillah... kualiti hidangan tetap sedap seperti dulu. Dan harga tak pernah berubah. Sepinggan atau sebungkus bihun goreng yang tahap kenyang perut masih RM1.00 cuma. Mana nak cari?

Sampai di Geliga, Kemaman cari Masjid Geliga. Ada simpang 3 di masjid, masuk simpang tu. Simpang itu adalah untuk ke Teluk Mak Nik atau Monica Bay. Kalau dari arah Terengganu akan jumpa stesen bas sebelah kiri, kemudian simpang masuk. kalau dari arah Kuantan akan jumpa masjid dulu belah kanan kemudian simpang. Masuk simpang jalan terus tak sampai 500meter akan jumpa warung ni sebelah kiri anda. Hadapan warung ada 2 biji banglo mewah yang cantik. 1 banglo sedang dalam pembinaan ketika kami sampai tempohari. Saya kira sudah detail perincian saya bagi.


Yang dah boleh strike out dari senarai :


Nasi dagang kontroversi kepala ikan suatu ketika dulu. RM3.00 sehidang seorang makan. Harganya lebih 50sen daripada kebanyakan nasi dagang yang dijual di Pantai Timur. Dari KB ke Terengganu rata-rata dijual pada harga RM2.50. Mengikut selera saya sendiri sebenarnya banyak lagi nasi dagang lain yang lebih menepati citarasa saya. Nasi dagang yang saya kenal sejak kecil nasinya lembut mesti digaul dan diperisakan dengan bawang merah hiris halus, rempah halba, halia hiris halus dan di'larung' dengan santan. Sayang sekali nasi nya tidak menepati identiti dan rasa nasi dagang sebenar. Gulai ikannya juga sangat lain rasanya. Tapi tak kisahlah bab gulai tu ikut resipi masing-masing. Cuma menariknya di sini, ikan tongkol dihidangkan siap dibuang tulang. Mudah nak makan walaupun potensi nak tercekik tulang tu agak tipis kerana tulang ikan tongkol agak besar dengan sedikit tulang halus di tengah isi. Saya kurang gemar bila isi ikan dilerai begini kerana portion ikan yang diberi tidak sampai pun 1 potong. Terletak di Chendering. Kalau nak cuba juga cari je Masjid putih Chendering. Gerainya dihadapan rumah sebelum masjid putih tadi.





Tuesday, 12 March 2013

Tobat Tak Mau Pi Pasar Malam Dah!


Hari Ahad tempohari memang siang-siang sudah declare 'hari dapur tak berasap'. Kalau ikutkan logik bila masanya nak perasapkan dapur tu kalau awal pagi sudah keluar deliver tempahan kek. Kemudian memecut balik rumah bersiap angkut anak-anak ke Tanjung Karang pula. Memang sudah sah confirm lunch kami Ahad itu fully catered! Hehe... Malamnya pulak kami sepakat nak tunaikan janji bawa anak-anak memburu di pasar malam di pekan Meru. Nah, pilihlah ikut selera masing-masing.


Sebenarnya kami bukanlah jenis yang suka memburu di pasar malam. Dah bertahun-tahun kot tak jejak pasar malam. Memang tak gemar. Tapi masa raya cina tempohari stok makanan basah memang zero terus sebab saya sibuk baking tak perasan stok makanan dah kering, kedai acheh pun angkat tangan surrender. Jadi untuk pertama kalinya kami beli makanan di pasar malam ajalah. Cik Yaya terigau-igau kan sate, jadi apa salahnya repeat berburu di sana.


Tak lama pun kami pusing. Masing-masing dah dapat apa dihajati terus balik. Itupun mr hubby dah bisik kat saya lain kali tak mau pergi pasar malam lagi. Saya faham, dia tak selesa. Apatah lagi saya. Orang terlalu ramai. Tempohari masa raya cina lengang. Kali ini ramai orang, yang pakai short sleeve masing-masing jalan tak jaga bergesel-gesel. Saya kecilkan badan dan silang tangan depan tubuh sebab tak semua orang 'reverse' tengok cermin belakang, dia masuk gear terus gostan. Itu belum yang tiba-tiba tarik 'handbrake' tengah jalan... naya je langgar bumper to bumper.


Tapi rupa-rupanya kami silap. Kami takkan ke pasar malam lagi bukan sebab di atas. Tapi sebab tidur malam kami terganggu. Jam 3 pagi saya dikejutkan dengan rengekan Yaya mengadu perutnya memulas. Saya pujuk suruh dia memerut, flush out bakteria-bakteria jahat tu. Ehhh dalam pada menemankan dia tiba-tiba perut saya pun memulas juga. Dah macam nak cramp you! Sudahnya mother and daughter marathon memerut berjam-jam hingga ke pagi!!!


Mr hubby thought he has been spared. Rupa-rupanya dia bangun bersiap nak pergi kerja memulas juga sikit. Kemudian saya sangka Fahmi paling beruntung antara kami berempat kerana dia tak mengadu sakit pun. Tengahari semalam jenuh saya tunggu dia balik sekolah. Dah dekat jam 2 petang tak nampak batang hidung. Alih-alih dia balik jalan kaki dari belakang rumah. Alkisahnya dia sakit perut dan diturunkan van sekolah kat sekolah untuk memerut di situ. Alang-alang dah ada kat surau terus lepas memerut dia solat zuhur sekali. Padanlah lambat balik. Yang terharunya, 3 orang kawan dia sanggup turun sekali temankan dia memerut dan sama-sama solat di surau. Alahaiiii... macam itu namanya kawan.


Saya dan Yaya paling teruk cirit-birit. Pun begitu masa jumpa doktor boleh gelak-gelak lagi ketawakan sesama sendiri. Puasa sunat terpaksa tuang sebab nak makan ubat. And who's the culprit (punca cirit birit)? 
Tak tau lah... antara sate dan keropok lekor sebab itu dua benda yang kami berempat makan sama-sama. Keropok lekor? Pelik kan... tapi saya bukan keropok lekor tetapi SOS keropok lekor.

Jadi confirm lah ni tak mau pi pasar malam kat situ lagi dah? Betul tobat ni? Hahaha kang jilat ludah sendiri bau tau...


Ahad itu memang kami terover indulge in food. Tak puas makan cendol yang dihidangkan tuan rumah kami pekena seround lagi. Di Tanjung Karang ini bersepah warung cendol macam tapak pesta juga. Tapi sayang cendol di warung yang kami cuba ni kurang kick. Air gula merah tak terasa. 


Saya pesan cendol pulut. 


Pulutnya lembut tapi kenapa rasa macam minyak tanah? Tengik barangkali. Tak terbangkit nostalgia cendol Telekom, Seremban. Yang itu memang LEGEND!


Pun begitu, lain padang lain belalang... lain orang lain ragam... selera kita tak sama kan. Kalau nak cuba apa salahnya. 





Sunday, 25 September 2011

Hari Ni Saya Tak Kacau Awak...

Siang tadi, me saying "OK, lepas ni abang rehat cukup-cukup, saya tak nak kacau abang... abang pun jangan kacau saya..." receives a big laugh from incik hubby.
He's very quick to catch my underlying messages.
Dia kata sebenarnya awak nak cakap jangan kacau awak sebab awak nak berehat, tapi awak pusing cakap awak tak nak kacau saya! Mulia sangatlah hati bini dia ni! *lol*

Ye, saya kepenatan gila semalam setelah berhempas pulas menganjurkan majlis makan-makan kecil to appreciate his business partners and workers on Saturday.
With the 'sess' at the back of the word partner and worker tu bunyi nya macam lah ramai sangat.
Sebenarnya cuma 3 keluarga, 1 business acquantaince dan 3 orang pekerja saja.
Tapi preparation dan presentationnya macam nak meraikan 100 orang!
Tau jelah saya ni, everything nak tip top. Terutamanya bab makanan, mesti nak hidang yang terbaik.

Plan menjamu hubby's friends ni datang last minute.
Saya dah pernah cakap kat dia, since this year kita tak buat open house why not just buat small jamuan untuk raikan his partners and workers
Entah apa penyakit saya ni suka meraikan tetamu, suka main masak-masak
At the same time saya terima tempahan 2 biji kek jiran satu lorong
Itu yang jadi banyak kerja sikit sebab kek dan jamuan hampir serentak

Kalau takde tower serving dish ni tak sah! :-)

Bagus juga menjamu kawan-kawan bisnes ni, untuk merapatkan silaturrahim, to say thanks to them for their hardwork and trust
Moga-moga persahabatan ini berkekalan
Tambahan pula all the missus pun know each other and our kids pun berkawan, so why not?
Saya dan Sue, wife hubby's partner have known each other from a long long time
We worked at the same place 10 years ago. She was already married at that time, while I was still going single
We were not that close but we talked on daily basis
She took up another job and we never met again until kami jumpa kembali di alam budiman
Since then we have renewed our friendship
Despite living di lorong belakang rumah saya we hardly saw each other, semua orang sibuk, dia pun buat part time business
Jadi, dalam masing-masing sibuk tu tanpa kami jangkakan our hubbies met each other lebih kerap sebab sama-sama aktif persatuan
And before we know it another friendship spin off almost instantly and grows stronger than ours in such a very short time between our hubbies!
Yes, they (hubby & Zali) should pay tribute to their wives sebab menemukan mereka! ;-)
The cakes yang dihidangkan

While hubby's 2nd partner pulak adalah kawan lama sejak zaman sekolah
Saya pun kenal dia dah lama sejak kami berpacaran tapi belum pernah jumpa isterinya, Suzi sehinggalah they moved within the same neighbourhood
Our children sebaya, kerap juga berjumpa sebab Suzi pernah jahit baju kurung Yaya

Incik hubby memang sibuk sangat dengan khemah dia jadi saya kena urus sendiri nak beli barang etc for the jamuan
Dia pun dah berminggu tak cukup rehat, dengan operation buang batu karangnya, outstation lagi, khemah lagi non stop
So I tried my best untuk tidak terlalu menggangu dia... sikit2 tu ada lah juga heheeee

Yang datang cuma in small number tapi saya buat hidangan yang extravaganza - memang tak reti nak simple-simple ni (read: kalau tak menyakitkan badan memang tak puas!)
Saya hidangkan laksa johor, nasi biryani, kurma ayam yang marvelous tu dan lamb curry yang entah kenapa menjadi-jadi sedapnya kelmarin! (sila jangan muntah dengan statement ni ha ha ha!) Rezeki diaorang lah tu
The week before sudah saya bake kek buah, kek lapis prune dan kek lapis cadbury
Jadi tinggal potong dan hidangkan jelah
Dan kerana saya masih hangat dilanda demam macarons maka saya hidangkan juga macarons pelbagai perisa tu
Owh saya memang suka table setting yang nampak cantik dengan warna-warni makanan!
Puas hati dapat meraikan tetamu kali ni dalam suasana santai,
dah penat sangat dah juggling banyak kerja at one time sampai tengahari semalam saya bantai tidur (dah lama tak tidur siang!)
dah boleh dah tutup buku jamuan makan-makan untuk tahun ni he he he

Tuesday, 24 May 2011

Mulut Laser

Bila si pendiam tiba-tiba bersuara memang laser sekali bunyinya. And this only happens bila si mulut becok tiada dalam scene, si pendiam pula yang become so animated. We were on the way back home selepas having dinner di arabian restaurant Al Diafah malam minggu lepas. Bila perut kenyang semua orang happy jadi masing-masing pun seronok berborak dan usik mengusik while the usual mulut becok sudah terlena di seat belakang. When we pass by Endah Parade saya beritahu Fahmi dulu-dulu masa zaman mama & daddy bercinta, daddy pernah bawa mama jalan-jalan kat sini. Incik hubby bermati-matian menafikan yang dia pernah bawa saya ke sini, siap kata kononnya saya tersilap bukan dengan dia tapi dengan lelaki lain. Amboi-amboi bukan main lagi dia nak tuduh saya playgirl lah tu. Eh tak boleh jadi... saya rasa dia yang lupa kot sebab zaman bujang dulu dia lebih ligat lagi keluar dating (sebelum jumpa saya) sampai pernah dating 1 hari dengan 2-3 orang girl. Pagi dengan girl lain, tengahari jumpa girl lain, malam dengan girl lain. Sedang kami duk bertekak manja tu tiba-tiba kami terdiam bila Fahmi selamba bersuara, " Tak pernah saya jumpa lelaki gatal macam ni" ??? Gasp! Hah ambik sebijik, senak perut tahan ketawa.

Anyway, we really enjoy the food and each others company over dinner malam tu. Memang dah lama saya ajak hubby makan kat Al-Diafah, saya ni nama je keturunan Arab tapi sebutir makanan arab pun saya tak pernah jamah. Tapi entah kenapa memang hati melonjak-lonjak betul nak reacquaintance with my origin tak dapat sepenuhnya dapat kenal makanan pun jadilah. Bertahun ajak hubby ke Al-Diafah akhirnya malam minggu lepas kami sefamily pun pergi. I love the decorations, dengan hiasan yang bergemerlapan memang posh sungguh restoran tu. Nak ambil gambar rasa segan pulak. Harga food pun macam hotel ;-, individual set nasi with lauk around RM30 per plate. Tapi berbaloilah sebab the food memang sedap, i like kabsah rice the most. Sambil makan sambil dengar lagu-lagu arab. Saya usik Fahmi, kalau ikut orang arab lepas makan kena menari selagi tak menari tak boleh balik. Marah dia bila saya usik macam tu, tapi makin lama makin melenggok pulak tangan dia.


Cik mulut becok ni tak banyak cakap malam tu sebab demam. Tengok muka pun dah tau kan?

Lepas makan dia terus baring atas settee, larat angkat tangan tanda peace je, lepas tu terus bantai tidur sakan sementara tunggu kami habis makan.

Monday, 4 October 2010

Segalanya Tulang

Selesai lah sudah tugas tukang masak diraja menyediakan banquet untuk majlis ulangtahun si ismet ulam raja. Tukang masak happy sangat sebab walaupun penat nak patah pinggang memasak sampai lewat malam pada Jumaat lepas kemudian bersambung keesokan paginya dengan hanya dibantu oleh maidnya yang baru 10% dapat serap ilmu masak2 tukang masak diraja, dia tetap puas hati sebab minuman istimewa jus lemonade yang dihidangkan mendapat pujian ramai! Cissss... penat-penat bersengkang mata menyediakan 3 jenis menu utama yang berasaskan tulang, 1 menu sampingan berserta dessert, lemonade yang siap dalam 10minit itu juga menjadi pooojaan hati tetamu.

Tukang masak tak sempat nak ambil gambar hidangan di meja buffet sebab seawal jam 11.30 pagi lagi dewan makan (read: car porch) diserang geng-geng basikal incik suami padahal meja buffet belum siap disusun. Mujur tukang masak diraja cekap, sudah siap cooking and baking bagai tepat jam 10.30pagi cuma tak setting table saja. Siapa suruh diaorang habiskan kayuhan awal. Tak sabar-sabar lah tu tapi kesian juga saya lihat mereka. Memang muka kebulur air dan food! Tapi untung sungguh mereka-mereka itu jadi tetamu paling awal sebab tetamu yang kemudian dah tak sempat merasa kari laksa lemak dengan udang besar, rendang rusa serta dessert strawberry dan blueberry crumble yang nyata ramai tak jumpa kat rumah lain.

Eh, cakap menu utama berasaskan tulang kan? Ye, itu idea incik hubby, credit to him for his brilliant idea. Tukang masak diraja umpama berada dalam pertarungan Iron Chef kerana diberi bahan utama tulang lembu semata-mata - tulang rusuk, tulang lutut dan tulang bahagian lain yang tukang masak kenal cuma tulang rusuk dan lutut sahaja. Jadi dengan bahan utamanya tulang lembu tukang masak olah menjadi mee rebus tulang dan sup tulang yang dimakan bersama bihun ataupun nasi impit - bila lengkap dengan condimentsnya i.e. pergedil kentang, sambal kicap jadilah soto nasi. Bahan sekunder yang dicadangkan oleh incik hubby adalah mee iaitu mee kuning dan bihun. Maka selain mee rebus dan bihun sup tukang masak tambah lagi satu menu utama yang tidak menggunakan tulang iaitu kari laksa lemak hidupan laut (seafood lah tu) yang sedap sungguh dimakan dengan bihun sampaikan Mum yang tak heran sangat masakan si tukang masak before this telah berjaya ditangkap mengulang makan sebanyak 3 kali! Walaupun masa tertangkap itu beliau kata baru nak makan kali ke 2. Ok, tak apa mungkin tukang masak sudah pening tersalah kira (sebenarnya tidak), tapi malam lepas tetamu reda Mum yang sedang mengusung bowl berisi bihun membebel sebab tukang masak buang saki baki kuah kari laksa itu. Ooopss sorry... ;-)

Baiklah, saya dah nak tutup entry so let's not talk in riddles anymore. Sebenarnya tukang masak dalam cerita ini obviously adalah ... saya. Ulangtahun si ismet ulam raja yang diwar-warkan sejak entry sebelum ini ... juga adalah... saya. Majlis yang mana tukang masak menyediakan hidangan utama berasaskan tulang, obviously ... bukanlah majlis sambutan ulangtahun saya. Kerana sungguh sadis jika saya perlu memasak for my own birthday party kan kan kan? Sengaja saya mewar-warkan cerita ulangtahun ismet ulam raja untuk sedapkan hati sendiri saja. Majlis pada tengahari Sabtu lepas adalah khusus untuk meraikan geng-geng basssssikal incik hubby seramai 20-25orang tetapi seperti biasa telah blown out of porpotion kerana tidak manis tak menjemput jiran-jiran yang sudah tentu hidung mereka di entice bau-bau masakan sejak malam sebelumnya lagi. Juga ma abah dan adik beradik saya yang telah saya entice dengan cerita rendang rusa menerusi kiriman sms sehingga kakak saya sanggup tinggalkan jamuan hari raya di pejabatnya dan ma juga lari dari tugasan memasak untuk jamuan hari raya rukun tetangga kerana saya telah berjaya menggunakan fahmi sebagai alasan to lure her. Owhh jahat sungguh saya mengeksploitasi kelemahan mereka!

Hanya gambar ini sahaja yang sempat saya snap. Ramai yang pelik barangkali baru kali pertama jumpa blueberry dan strawberry crumble tetapi ke 'pelik' kan itu tidak menghalang mereka melicinkan dessert plate saya serta tanpa segan silunya minta ditambah. Mujur saya buat 3 batches. Crumbles yang di dalam gambar ini sahaja dapat saya selamatkan.




Lemonade sejuk thirst quencher kegemaran kami sekeluarga kini menjadi sebutan jiran-jiran setaman. Kawan-kawan hubby sudah tahu kat mana nak lepak kalau mereka mahukan segelas freshly squeeze lemonade! Kembang serombong hubby kerana dia yang meminjamkan tangannya untuk memerah jus lemon.

Penat lelah si tukang masak berbaloi juga kerana mee rebus tulangnya mendapat pujian bekas chef turned an avid cycler merangkap tokey kedai basikal yang juga kawan incik hubby. Kembang juga hati mendengar pujian chef setelah cik lemonade sejuk stole the glam of the majlis tempohari.

Sunday, 19 October 2008

Allah Selamatkan Kamu...

this morning yaya sang


"Allah selamatkan daddy...
Allah selamatkan daddy... Allah selamatkan daddy kami...
Allah selamatkan daddy..."

... her Islamic version of birthday song for hubby who turns 34 today. May Allah bless you always, hubby darling. as for yaya she is so candid that when she opt to sing the birthday song i didn' expect her to change 'kamu' to 'daddy'. she makes the song personalised and brought smile to hubby's face. she's so sweet... that's the thing about yaya, despite her strong headed nature yang selalu buat kita geram but she knows how to make your heart melt. the star (like her namesake) in our house.


i asked hubby if he wants me to make sup tulang rusuk for his birthday because last week he mentioned about sup tulang rusuk. but he wants nasi beriani and ayam masak merah with kurma daging... again! well, who am i to argue with the birthday boy? his wish is my command. aye aye sir!


initially i wanted to make a bitrhday cake tapi i put off the idea sebab tak sempat nak cari icing nozzle etc. so i made a variety of cakes & pastry instead. and memang saja masak lebih in case ada musafir lalu tumpang berteduh ;-).

brownies, blueberry cheese tart and steamed fruit cake




we took a family photo as memento... geram tengok mulut fahmi comot rupanya, every snaps ada je yang bergaya selekeh ;-P

Full Day

musim2 raya ni kan banyak betul dapat jemputan open house. ada yang buat open house tengahari (most common lah), petang or malam... tak kurang juga yang buat open house waktu pagi, agaknya dah maklum orang lain kebanyakan pilih tengahari, petang or malam tu yang timbul idea open house pagi.

semalam kami dapat 4 jemputan open house. tapi disebabkan kesuntukan masa, we have to be very selective. bukannya tak sudi tapi jarak antara satu tempat ke satu tempat lain tu agak mengambil masa, tambahan tau jelah kl ni traffic heavy sentiasa, 'jammed' kepala. elok2 mood nak beraya hati boleh jadi panas, kan?

first open house we attended yesterday was at fahmi's school. they organise makan2 right after the tutorial class ended at 11am. kami tak sangka pulak yang pupils semua disuruh berbaju raya, fahmi wears his usual attire, jeans dengan t-shirt je, tapi yang berbaju raya pun mostly girls lah. cute je tengok nuha (fahmi's gf) berbaju kurung light brown. bagus juga bila buat makan2 gitu ada kesempatan kami berbual mesra dengan the teachers.

next, we went to my bos's new PA's open house kat puchong. amboii tuan rumah memang murah rezeki, tiap tahun buat open house dalam hujan, you! yang bestnya elok je kami sampai hujan pun turun... kiranya kami ni bawa hujan lah ye? sedap menjamu selera nasi dagang terengganu, yaya pulak kalau dah dapat satay ayam memang tak ingat dunia sampai buncit perut dia. hubby pulak puas melepas rindu kat grilled lamb.

dari puchong kami balik ke rumah dulu, solat zuhur & freshen up sebelum ke rumah seterusnya. yang ni dekat je dengan rumah, kat bukit jelutong. it was a birhtday party for puan sally's 3rd son, ariff bum bum. aku pergi dengan anak2 je ditemani kakak. hubby dah tergolek kat sofa, overdose kambing! sakit kepala & panas katanya. huhuhu tulah... nak tegur malas.

memusing jugak cari rumah puan sally. maklumlah driver terover confident langsung tak bawa map. jangankan map, alamat rumah & no jalan pun tak bother nak check. time2 macam ni kenalah gunakan kekuatan mengingat visual... hehe sib baik tak lama memusing dah jumpa.

we left sally's house around 5pm. i was so full i don't think i can't take anymore food. so basically, what we had at sally's house is considered as my dinner lah. tu yang tak terkejar2 nak balik rumah, we headed to ttdi jaya nak cari icing nozzle set kat bagus. lagipun saja balik lambat sikit so that hubby had enough rest without the hassle of the children yang sure grumpy sebab penat. keciwa betul pegi bagus sebab dia cuma jual loose nozzle... itupun banyak pattern yang takde stok. hmmmm... selagi belum jumpa yang dihajati i wouldn't stop.