Monday 22 August 2011

22 Ramadhan 1432H - Mentadak Mentadu

Ingat tak permainan ni masa kecil dulu? Bila ada mentadak mentadu dalam rumah, mak ayah kita bergurau dengan kita "mentadak mentadu macam mana *si polan* tidur?" Lepas tu kononnya mentadak mentadu (flying moth) pun buatlah gaya si polan tidur?

Nak tahu macam mana gaya cik Yaya tidur? I mean her favourite gaya tidur? Meh kita tanya mentadak mentadu. Mentadak mentadu macam mana Yaya tidur?

Yaya tidur macam...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Her favourite style tidur... pesen apa lagi kalau bukan tidur sambil melukis!


Abang dia balik kelas agama abang dia gelak sakan.

Nasib baik lukisannya dah siap. Sekarang ni kalau lukis girl mesti bertudung, lepas tu atas tudung ada pulak terselit clip bunga.

Saya ajak dia berehat kat dalam bilik tapi dia tak mau. Saya suruh dia tidur pun dia tak mahu. Akhirnya beginilah jadinya dia.

Puasa kali ini agak mencabar for the kids. Ogos bulan panas dan kering. Anak-anak cepat penat. A few times juga mereka nak menyerah kalah, tapi saya pujuk. Jangankan anak-anak tak larat, saya pun weekend lepas rasa drained out sangat-sangat. Ya Allah kau permudahkanlah puasa buat anak-anakku!