Tangan saya gatal nak buat kek walaupun asalnya saya cakap kat hubby yang minggu ni saya nak berehat dari baking. Penat bergelumang dengan tepung, gula icing dan fondant dan letih tidur lewat buat persiapan kenduri sampai bahu dan tengkuk saya sakit, stiff semacam until today. Nak toleh kebelakang pun susah, muscle semua tense kot belum relax lagi. Jadi seharusnyalah saya berehat, manjakan badan,kesian kat badan ni kena kerahan tenaga. Lama lagi nak pakai badan ni, nanti tua sebelum waktu. Pun begitu setiap hari balik kerja bila tak meluru ke dapur buat projek baking hari saya terasa kosong dan janggal. Bosan, kosong, hambar. Saya jadi mati kutu tak tau nak buat apa, macam orang dungu. Padahal boleh aja saya manfaatkan masa untuk update my blogs (this one and the other).
Sudahnya seketul cream cheese yang akan expired next week beri saya idea untuk buat brownie cheese. Lagipun kaedahnya mudah amat, tak perlu berlama-lama di dapur. Hubby tersenyum bila tengok saya membancuh adunan sambil sindir saya “I told you…” kata dia berulang-ulang. Wakakaka… nak buat macam mana, sungguhpun mulut dok kata badan letih dan sakit sebab membaking tak henti tapi kalau dah suka tu tetap suka juga.
Resipi saya guna resipi marble cheese cake maklang. Just share with you, minta halal ye tuan punya resipi. Tapi saya alter a few thing like adding esen vanila ke dalam campuran cheese dan masak both lapisan serentak instead of masak berasingan seperti resipi asal.
Lapisan bawah
120gm mentega
150gm semi-sweet coklat
2 sudu besar golden syrup (mklg letak gula pasir je 1sb)-sayapun letak gula pasir
2 biji telur size A (dipukul)
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek or self raising flour
1/2 sudu teh serbuk penaik
Lapisan Cheese
250gm cream cheese
100gm gula halus
1 biji telur
Cairkan coklat dan mentega.Biarkan sejuk.
Pukul telur hingga kembang dan sedikit demi sedikit tambah golden syrup dan campuran coklat mentega serta esen vanila tadi.
Kemudian tuang campuran tepung dan serbuk penaik.
Tuang lapisan brownie. Save sesudu besar masukkan dalam piping bag untuk corak. Tuang lapisan keju perlahan-lahan dan ratakan.
Tuangkan campuran yg lebih itu keatas inti keju dan bentukkan corak marble.
Bakar pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga masak. Lapisan keju mungkin agak lembik sedikit tapi bila sejuk dia akan firm.
Saya letak both campuran ke dalam loyang dan bakar sekali selama 25minit. Jimat masa gitu dan masak sekata! Nasihat saya kepada tuan-tuan dan puan-puan yang nak mencubanya eloklah guna unsalted butter bukan salted butter. Kalau jenis buttercup tu memang dah sah lah salted, brand anchor dia ada tulis unsalted kaler biru. Sebabnya kalau pakai jenis salted tu lapisan brownie di bawahnya terasa masin sungguh, brownie kan sepatutnya manis. Saya terpakai salted butter, bukan terpakai sebenarnya tapi sayang nak guna unsalted yang masih belum berusik, yang salted ni dah luak jadi saya habiskan aja.
Andainya tiada pilihan, eloklah tambahkan dalam 2 sudu besar gula pasir halus atau caster sugar ke dalam adunan brownie. Barulah sesuaiii rasa manis brownie tu.
Kek ni masa baru masak brownie dia soft macam kek biasa. Bila dibiarkan semalaman barulah teksturnya berubah jadi padat dan chewy sedikit itupun sebab saya simpan dalam fridge kot. Apapun this marble brownie is not my favourite sebab saya lebih sukakan brownie yang chewy, fudgy dan a little bit crusty. Bila-bila datang rajin nak cuba lagi resipi lain ;-). For the time being jemputlah cuci mata.
Siang tadi saya telan 2 biji pil pain relief untuk sakit belakang dan tengkuk yang doctor bagi masa saya mengadu sakit tengkuk last month. Saja cuba kalau-kalau sakit tengkuk dan bahu saya mau hilang. Setakat ni masih lagi terasa sakit tiap kali menoleh. Ermm ada potensi menabur zakat kat klinik an-nisa malam ni. Lepas tu saya nak tidur awal, mata saya dah serupa mata panda sebab asyik tidur lewat. Tempek uncang teh pun dah tak mau hilang lagi. Lupakanlah hajat nak ber night cap with novels… tidur awal, tidur awal, tidur awal!
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago