Showing posts with label celebrations. Show all posts
Showing posts with label celebrations. Show all posts

Tuesday, 26 January 2010

Housewarming Cum Birthday Party

fahmi's birthday cake yang comot coz mama dah penat banyak kerja. tak kuasa tunggu coklat mengeras sedikit sebelum dipipe atas kek, that's why dia meleleh ke tepi. replica racecar team brawn tu ada rupa ke tak? hehe i know i miss a few small details on the car like it's team logo...

alhamdulillah housewarming sabtu lepas was a success. biarpun badan terasa masih penat sebab organise 2 majlis selama 2 hari berturut2 tapi rasa puas sebab kali ni dapat layan tetamu hampir 100%. . tetamu tersangatlah ramai sabtu petang itu. punyalah sibuk melayan tetamu sampai terlupa nak snap gambar. kalau selalunya aku masih punya masa untuk take pictures kali ni kamera langsung tak lekat kat tanganku.

dan sememangnya hajat ku kali ini nak beramah mesra sepuasnya dengan tetamu yang terdiri daripada jiran lama & baru serta rakan2. nampaknya benar2 kesampaian hajatku ;-) . pun beigtu kalau ada yang aku terlepas pandang tu kususun sepuluh jari mohon berbanyak maaf. harap semua berpuas hati dengan hidangan ringkas yang disediakan.

majlis pertama berlangsung pada sebelah malam hari jumaat. majlis ni memang khas untuk jemaah surau, kami jemput untuk tahlil arwah, bacaan Yasin serta doa kesejahteraan sempena masuk rumah baru. sepatutnya sebelum masuk rumah kita buat semua ni kan? sebenarnya sebelum pindah tempohari aku sendiri dah buat bacaan Yasin dan baca surah2 pelindung rumah, pagar & berkubu. kali ini buat secara berjemaah lah pulak. untuk jemaah surau malam tu aku cuma sediakan hidangan nasi lemak berlaukkan rendang ayam serta nasi putih berlaukkan sambal udang, masak lemak pucuk paku, talam suji, buah oren dan karipap yang dibuat khas mil.

mil sampai jumaat petang masa aku tengah sibuk memasak kat dapur. mujur juga mil & sil ada bleh tambah2 tangan yang menolong. kalau tidak setakat aku berdua je dengan kakak pengsan! ramai jemaah yang datang, budak2 bujang student uitm depan rumah pun datang juga. habis je berkemas rasa nak patah pinggang.

untuk housewarming hi-tea petang sabtu tu pulak aku takdelah masak banyak sangat pun. memang sengaja tak nak memasak sangat sebab tak nak kelam kabut nanti penat tak dapat layan tetamu. so, biarpun nak goreng bihun tu kerja senang tapi aku ambil pendekatan tempah je kat orang heheh. yang disediakan dirumah cuma kari ayam, roti jala, karipap (again, this time aku buat sendiri), sandwich tuna & telur, finger food for the children - mini sausages & nuggets, variety of cakes dan tentunya birthday cake tema racecar yang dibuat khas untuk anak teruna kesayangan. my mum dari seremban bawa serawa durian, bubur kacang hijau serta satay ayam yang ditempah from my uncle. satay ni betul2 buat hidangan lain kecil hati, laris sesangat. atau mungkin mana2 majlis sekalipun kalau dihidangkan satay je orang dah tak pandang benda lain?

nah sekarang cuci mata dengan gambar kek harijadi fahmi. main kek dia tersangat comot. aku dah tak cukup masa nak gubah comel2 sebab rias kek last minit. sekejap rias kek, sekejap lari ke dapur bancuh adunan roti jala, sambung rias kek pastu lari ke dapur ... begitulah aku sampaikan mil pun pening tengok aku. hahaha. apapun aku tersangatlah terhutang budi dengan mil, sil, my family from seremban yang sebaik je sampai terus masuk dapur sampai majlis selesai.
cuppies racing track ni was inspired by ratukek. sengaja kubuat race tracknya bentuk nombor 6 to resemble fahmi's age. tapi nampak senget pulak no. 6 tu ye!



ada terselit pic hani.
thanks to nina & watie yang sempat luangkan masa datang ke rumah tempohari. seronok tengok keletah ayuni...ramah sungguh dia paut tanganku ajak temankan naik tangga ke tingkat atas. ramah ayuni ni ikut siapa ye, nina? ;-)

Sunday, 4 January 2009

Advance Birthday Party

alhamdulillah... fahmi's advance birthday party went well. the kids enjoy the candle blowing, chocolate throwing bit, chasing for balloons and playing and rambling with themselves. while the adults enjoy the food while catching up on each others, exchanging stories/remarks on each others kids, laughing out aloud (and a lot). on other words, everyone enjoy the party in their own way.

as for me, well yeah eventhough planning and seeing thorugh the whole event can be tiresome but it worth it. yup lenguh kaki, sakit sendi sebab berdiri satu hari buat preparation for the food all came afterwards. but i'm glad that i organised this party.

what's with the tongue in the cheek?

the birthday cake... in the end the cake colour theme looks like the american flag with the blue, white and red except it's light blue i'm using. i've lost touch with colours and penat too

we took a lot of this pictures. me and all the ladies who had contributed to the success of this party. the guys were jealous of us coz i made up this ladies only photoshoot, in the end my brother wants to sneak in the pics but i makesure i erased him from all the photos!

i couldn't thank my maid (in purple) & my sister's maid (in green) enough for helping me out and in the kitchen sampai jam 12tgh mlm berkemas!

roast lamb, spaghetti with bolognaise sauce, potato salad to go with, barbequed chicken & prawn and my mum made her signature nasi minyak

the boys having fun in their own way... makan2!

the birthday boy were all smiles. since the birthday theme is 'spiderman' everyone wears spiderman cone hat

no gifts for the children to bring home tapi kutabur spongebob chocolate coin untuk direbut anak2 kecil.

Sunday, 8 April 2007

Aftermath

Finally, we make a go to hold yaya’s dinner party semalam, 7 april. Walaupun pada mulanya rasa agak keberatan, but it’s not fair not to hold her birthday party, especially when fahmi dapat raikan birthday dia besar2an. Although it was not a successful party. For an instance, the birthday girl demam. Tengah malam before her party tiba2 badan dia panas. Dahlah 3 malam berturut2 berjaga malam sebab dia batuk teruk menjelang tengah malam sampai ke pagi.

Secondly, most of the invited guest tiba2 tak dapat datang. My mom balik Terengganu jaga nenek sakit. My dad, I dah agak bila ma takde memang susah nak pujuk abah datang, plus abah don’t drive! Pak Ngah (my bro) pun tak dapat datang, problem transport gak. My best friend dari zaman sekolah (you know who you are) tiba2 ada urusan keluarga. Huhhhu… mana syok gini.


Alhamdulillah kak ya (my sis) and her kids, ebby (my younger bro) and his girlfriend datang jugak. Kalau tidak boring sihhh sedara mara takde, dahlah aku ni sebatang kara kat KL ni.








Seawal jam 4 petang caterer from eden catering dah terpacak depan laman rumah yang so sempit. Bagus diaorang ni, semua diuruskan sendiri takde gangguan langsung, terus we all keluar nak gi collect cake kat tropicana pun tak risau. Tengok tuh birthday cake yang sarat dengan macam2 figurine.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Anyway, alhamdulillah, walaupun siangnya nampak macam mendung nak hujan tapi tak jadi & cerah sampai habis aturcara. Thank you to those who came to make the party lively, js&her football team, watie&co, nad, kak eza yang sporting, acik… geram dengan qistina yang comel. Thank you for the presents.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Uhhh penat walaupun pakai caterer. Penat Berkemas laman rumah sampai kol 1 pagi, pastu penat malam tu me & hubby both tak boleh tido jaga yaya tak sihat & meracau jer sampai lepas subuh baru dia tido nyenyak. Kesian my little princess. Oh ya, to my surprise anak mama dapat patung barbie lah... wink ;) wink ;) ... siaplah lepas ni dia kasik barbie pakai diapers.

So, today sepanjang hari, our main agenda is tido, tido tido!