






hari ni hari akhir bercuti dari kerja aku masih lagi rasa berat nak masuk dapur. selalunya kalau time cuti2 begini memang takde kerja lain ada je juadah yang aku nak buat. dalam hati masih mogok lagi disebabkan hal semalam - hal satay & jagung rebus tu. ikutkan geram rasa nak je punish the three of them by not preparing any meal today. tapi tak fair jugak coz masing2 dah menyesal & minta maaf. sebelum keluar rumah pagi tadi aku pesan kat kakak suruh masak sambal tempe & tumis brokoli. sampai je rumah tengahari tadi terus je ke dapur siapkan kari udang. dah muak makan ikan & ayam, lagipun rendang ayam bekal mak mentua masih ada. aku tak tau resipi kari udang style melayu, so buat kari mamak jelah tapi how 'mamak' is my curry entahlah hanya mamak yang tahu ;-)
rupa2nya kerajinan aku masuk dapur bila malam baru muncul. tekak rasa teringin sangat nak makan kaya buatan sendiri. bila belek2 resipi nampak mudah, bahan2 pun semuanya available. siap buat kaya sambung masak kurma kambing. hubby pelik tengok aku memasak walhal dah way past dinner time. heheh kurma kambing ni untuk dinner malam esok. kalau ikutkan aku plan nak buat kurma kambing ni for dinner hari khamis or jumaat. tapi since khamis nanti hubby akan pergi outstation lagi dan cuma balik jumaat malam aku tukar plan. kurma ni bila sejuk simpan dalam fridge je tunggu nak dipanaskan dinner esok.