Friday 26 July 2013

17 Ramadhan 1434H - Nuzul Al-Quran & Iftar Bersama Anak-anak Yatim


Seronok cuti ye orang Selangor? Mentang-mentanglah Selangor ambil Nuzul Al-Quran, merasa lah cuti panjang Jumaat hingga Ahad. Confirm ramai yang ambil kesempatan balik kampung berpuasa dan berbuka dengan orang tua masing-masing. Confirm highway jammed je! (*_^)


Pasal ramai orang ambil kesempatan balik kampung agaknya, program iftar perdana bersama anak-anak yatim anjuran surau tempat saya agak lengang sedikit ini kali lah. Kami sendiri memilih untuk tangguh balik kampung ke esok hari sebab nak ikut serta program bersama anak yatim ini. Bukan selalu merasa meraikan anak-anak yatim, cuma setahun sekali aja pun. Program iftar perdana bersama anak-anak yatim ni memang program tahunan. Seingat saya sejak kami duduk kat sini sudah 3 kali dianjurkan. Saya sendiri berkesempatan ikut serta 2 kali cuma, kali pertama hanya suami dan anak-anak yang pergi bawa sedikit kuih-muih juadah berbuka. Kali ini anak-anak yatim dari rumah Desa Fahmi, Meru, Klang diraikan. Sedikit sedih sewaktu anak-anak yatim ini buat persembahan nasyid dan silat pun belum begitu ramai penduduk yang hadir memberi sokongan. Pun begitu saya berpendapat adalah lebih sesuai sekiranya persembahan datangnya daripada pihak penganjur, bukan anak-anak yatim sebagai tetamu. Kerana lazimnya kita meraikan tetamu, biar mereka merasa gembira dan terhibur oleh kita yang menghiburkan. Dan hiburan tak semestinya perlu nyanyian (nasyid) semata. I wonder why the organiser tidak dapatkan persembahan ATV daripada penduduk yang ada peralatan tersebut. Waktu-waktu begini tentu ramai yang sanggup beri sumbangan secara amal tanpa mengenakan bayaran. Tambahan ramai yang pemurah dan suka membantu di sini.




Sudah 2 kali anak-anak yatim dari Subang Bestari diraikan. Tahun ini penganjur beralih angin. Memang elok benarlah supaya sumbangan dapat diagihkan dengan lebih meluas lagi. Penduduk juga digalakkan beri sumbangan peribadi. Alhamdulillah murah rezeki orang-orang sini saban tahun tak pernah kurang jumlah yang diberi. Bukan hanya wang ringgit tetapi barang-barang dan goodies. Beri coklat dan jajan pun apa salahnya. Yang penting beri sesuatu yang menggembirakan hati anak-anak ini. Bukankah itu kesukaan anak-anak.


Daripada Yaya I learned that the orphans goes to the same school dengan anak-anak saya. Memang benarlah kalau begitu sebab setiap pagi saya hantar anak-anak ke sekolah kadang-kadang tersermpak dengan van putih yang turunkan anak-anak yatim ni. She recognised a few of them yang sebaya dengannya and also because she said a couple of them 'nakal'. Amboihhh... mulut minah ni sedap-sedap je kan kata kat orang tak sempat mak nak pekup mulut kau. Pada saya kids are generally nakal. Umpama kata seorang ustaz "budak-budak ni dia kenal warna hijau je, dia tak recognised warna merah. Jadi dia tau jalan je dia tak reti stop...". Lain budak lain roman nakal dia. Saya habaq kat Yaya, anak-anak saya pun nakal juga. Nakal budak yang dia sebut tadi tu barangkali tiada siapa yang menegur, kesian kurang perhatian. Tapi nakal anak Mama ni dah ditegur, ada yang perhatikan dan larang selalu tapi buat juga nak kira macam mana tu? Muncung sedepa lah mulut dia boleh buat gantung hanger!


Saya kagum dan dalam masa yang sama berasa sayu melihat sikap berdikari anak-anak yatim ini. Kagum kerana pada usia yang sebaya dan lebih muda dari anak-anak saya mereka pandai bawa diri dan uruskan diri sendiri. Sayu kerana saya terbayangkan andai anak-anak ini sedih tiada yang memujuk. Menangis dalam tidur tiada yang memeluk. Ye, saya tau mereka punya pengasih di rumah kebajikan itu tapi manakan sama dengan tangan dan dakapan ibu ayah sendiri. To my kids, saya harap mereka sedar dan faham betapa bertuahnya mereka kerana masih punya ibu ayah. 


Saat kamu bukakan mata
Ada wajah ini yang kamu lihat pertama-tama setiap pagi
Ada suara ini yang mengejutkan dari lena mu
Ada dua tangan ini dan dadaku yang memaut mu erat dalam dakapan yang hangat
mengirim semangat memulakan hari-harimu yang indah
Ada tangan ini yang kamu salami setiap pagi
Ada wajah ini yang menyambutmu di depan pintu rumah

Ada telinga ini yang sedia mendengar celoteh mu saban hari
biarpun kisah yang sama kamu sebut berulang-ulang
walau kisahmu meleret-leret panjang ku tak tahu bila berkesudahan!
Ada bahu ini tempat kamu mengadu kesedihan
bila bekalmu dirembat orang
Ada jari jemari ini yang menjahitkan butang baju sekolahmu yang tertanggal
Dengan tangan ini yang menyapu dan mengurut lembut luka di kaki mu kerana kamu terlalu lasak
Dan suara ini yang kamu dengar selang sehari dalam 'tazkirah' yang panjang
bukan kerana onar yang kamu buat
tapi kerana sayang dan kasihnya seorang ibu pada mu
tidak mahu kamu tersasar

Saat kamu ingin melelapkan mata
Ada bibir dan hidung ini yang mengucup pipi dan ubun-ubun mu
meraihmu dalam pelukan yang menenangkan
Bila kamu takut akan gelapnya malam
Ada Mama dan Daddy yang bisa menemankan
Dan esok paginya, Wajah ini akan kembali setia mengejutkanmu dari lena

Betapa bertuahnya kamu dan aku
kerana kita sama-sama punya ibu dan ayah
Betapa kasihannya anak-anak yatim itu tidak kamu sedari
tidur malamnya tidak bertemankan kucupan dan pelukan yang menenangkan
airmatanya, tiada jari yang menyeka dari ia tumpah
bila dia sedih tiada bahu tempat ia melepaskan gelisah
bila dia salah tiada yang betulkan
bila dia benar tiada yang menepuk bahunya tanda 'Syabas!'
tidak sedarkah kamu, betapa cemburunya mereka dengan mu?

Bersyukurlah... dengan apa yang kita ada hari ini.


Hakcipta Terpelihara pemilik laman blog wheelsondbus!!!







Iftar dengan konsep makan secara berjemaah di dalam talam. Nasi beriyani berlaukkan kurma ayam dan gulai kambing serta acar mentah. Alhamdulillah nikmat rezeki hari ini. Satu talam dikongsi 4 orang dewasa. Tapi anak lelaki saya dan kawan-kawannya setalam kongsi ber 3!!! Dan habis licin isi semuanya! Tazkirah in between solat terwih disampaikan oleh ustaz Ali al-Yamani. Dah sedap-sedap kenyang perut makan, terhenyak pula sedas dua dek penangan ustaz. (*_^)