Friday 16 January 2015

Nasi Ulam Berlauk


Kalau sebut Nasi Ulam, memang beginilah rupa nasi ulam yang kami bayangkan. Sebab itu masa bercuti ke Kota Bharu tempohari kami kecewa kerana nasi ulam tersohor bersebelahan Kompleks Kraftangan nya adalah nasi putih yang dimakan dengan pelbagai pilihan ulam-ulaman dan pencicah. Oh... kalau yang itu banyak boleh didapati di KL/Selangor saja. 





Nasi Ulam kata orang sangat terkenal di Utara. Ada juga versi Nasi Ulam peranakan (nyonya). Saya tak kisah versi apapun, yang penting mesti mau mewah dengan ulam-ulamannya dan diperisakan dengan baik sebab nasi ulam ni jenis makan begitu saja takde kuah.




Nasi Ulam versi saya:

6 cawan nasi putih suam sejuk (saya guna beras basmathi letak daun pandan kasi wangi)
1/2 cawan udang kering (sangai dan tumbuk halus)
3 ekor ikan kembung (bakar dan tumbuk dengan kelapa parut goreng)
1 1/2 cawan kelapa parut - goreng keperangan
1 sudu teh lada hitam - sangai dan tumbuk halus
3 biji limau kasturi (perah jus nya)
1 sudu besar sos ikan
garam dan gula secukup rasa

*Gaul kesemua 4 bahan diatas

Bahan-bahan Ulam (semuanya dihiris)

1 1/2 inci kunyit hidup
6 ulas bawang merah
2 batang serai
1 tangkai bunga kantan
3 helai daun kaduk
3 helai daun limau purut
1 tangkai daun kunyit
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesum
1 genggam daun selasih (saya tak guna sebab takde)
1 genggam daun selom

*ulam-ulaman boleh tambah daun pegaga kalau suka


Penyediaan:

1. Nasi putih suam digaul dengan bahan-bahan kerisik serta perahan jus limau kasturi. Rasakan garam dan gulanya juga.
2. Gaulkan bahan-bahan ulam dengan nasi. Tambah sos ikan. Boleh tambah garam jika perlu.
Sedia untuk dihidang.









Saya hidang nasi ulam dengan ikan kembung goreng dan udang goreng kunyit dan cili kisar. Kalau suka boleh letak sambal belacan atau budu. Saya tak galakkan penggunaan daun kaduk melebihi 3 helai sebab ianya bersifat panas dan dalam kuantiti yang berlebihan boleh mengganggu rasa keseluruhan hidangan. Daun limau purut juga pilih yang berwarna hijau cerah yang tidak terlalu pucuk ataupun terlalu tua. Kalau daun sudah keras atau berwarna hijau gelap itu dah tua benar. Rasanya juga agak bitter. Kalau tak suka guna lada hitam boleh ganti dengan cili api hiris halus. Saya prefer lada hitam sebab rasa pedasnya yang agak subtle, tidak menyengat tetapi tau-tau je lepas makan badam rasa suam-suam gitu. Lagipun saya makan dengan anak-anak memang hidangan mesti bersifat kid's friendly ;-).


Saya sangat suka hidangan sebegini. Terasa segar dimulut bila mengunyahnya. Dan tambah segar lagi untuk tubuh badan kerana setiap satu ulaman ini mempunyai khasiat tersendiri untuk tubuh. Kunyit misalnya membantu meningkatkan ketahanan tubuh, mengandungi antioksidan dan mampu merawat kanser selain menaikkan seri wajah. Jadi apa lagi? Moh le kita pakat makan ulam saja sampai kambin pun tak tau nak makan apa ;-).

Thursday 15 January 2015

Sambal Sardin Gamit Nostalgia : Tribute Untuk Abah


Hari ini berlaukkan menu ringkas sahaja. Kadang tukang masak pun kehabisan idea. Buka saja pantry. Nah, tin sardin saiz besar sedia menanti. Apa lagi, kita sambal kan saja dia. Nak buat masakan lain dengan sardin ni minta maaf lah, saya memang tak reti. Ada orang buat kari iya tak?


Bukan nak share resipi sambal sardin ni pun. Buat malu seh sebab semua orang pun tau nak masak macam mana. Saya masak style saya. Iaitu kombinasi gaya Ma saya dan citarasa saya sendiri. Versi Ma pedas, tambah banyak cili boh. Versi saya kurang cili boh sebab anak-anak tak berapa boleh terima lagi. Tapi harus tambah beberapa tangkai cili api untuk memuaskan selera Mr Hubby.


Yang utama setiap kali masak sambal sardin ni semestinyalah akan menggamit memori lama zaman kanak-kanak. Pertama, sebab ini antara menu yang kerap terhidang. Almaklum beratus kali dah cakap agaknya, kami bukan orang 'ada-ada'. Time sesak sardin jelah jawabnya. Tapi cukup buat kami berebut.





Kedua, dan paling nostalgik kerana ia mengingatkan saya kepada Abah. Semuanya semata-mata kerana Abah pernah selama 1 bulan ambil alih kerja memasak, mencuci dan menguruskan sekolah kami adik-beradik ketika Ma jatuh sakit teruk tak boleh bangun langsung. Entah apa sakitnya wallahu'alam. Selama 1 bulan itulah kami 4 beradik dihidangkan dengan sambal sardin air tangan Abah. Hebatnya Abah mampu replicate rasa sambal yang sama hingga kami tak terasa perbezaannya dengan sambal sardin Ma. Istimewanya sambal sardin kami ialah mesti diletakkan dengan ubi kentang goreng hiris bulat. Cukup 1 lauk itu aja pun kami dah berselera sangat. Dan Allah sangat permudahkan buat kami tempuhi 1 bulan yang kritikal itu tanpa kami merasa kurang sedikit pun baik dari segi pakaian mahupun makan minum.


Abah bukannya pandai sangat memasak. Tapi saya fikir tugasnya sebagai anggota Polis Hutan (PPH) yang selalu masuk hutan dengan setiap operasi  berbulan lamanya selama hampir 10 tahun sebelum diserap menjadi polis biasa sedikit sebanyak menjadikan Abah seorang lelaki yang tidak segan masuk dapur. Di hutan masak atau panaskan makanan dalam tin sendiri. Masa saya kecil ada masa-masanya Abah goreng nasi style Abah. Ikut sukalah bubuh apa pun. Tapi sedap yang amat walaupun cili boh Abah tumis tak pecah minyak hehe... Hingga kini pun sesekali Abah terasa nak makan ikut selera dia, Abah masuk dapur menggoreng sendiri. Satu karekter yang sukar ditemui dikalangan lelaki.


Saya sangat-sangat terasa Allah kurniakan kami seorang Abah yang hebat. Kerjaya sebagai anggota polis biasa bekerja ikut shift tapi makanan buat kami sentiasa tersedia setiap kali balik sekolah. Baju sekolah 4 beradik pun terjaga. Baru-baru ini barulah saya tahu daripada cerita Ma, yang baju sekolah kami sebenarnya semua digosok oleh Abah. Baik semasa Ma terlantar sakit mahupun sebelumnya. Lumrah tugas sebagai anggota beruniform. Kata Ma, pakaian Abah semua mesti kemas bergosok bukan setakat uniform kerja, seluar slack dan t-shirt berkolar pakaian luar waktu kerja mesti bergosok juga. Iya, Abah saya tak pernah pakai t-shirt round neck. Tak pernah. Sampai sekarang ni pun mesti t-shirt berkolar Crocodile atau John Master tu kegemarannya.  Tapi Ma sentiasa sibuk tempahan jahitannya. Abah jenis tak merungut. Abah gosok sendiri. Dan kalau ada uniform sekolah kami belum bergosok, Abah akan gosok semua. Dan MasyaAllah kemas hasil kerjanya!!



Sambal sardin ini kadang kalau saya tak selera nak makan nasi saya lenyekkan ikannya dan sapu atas roti jadikan sandwich. Dan kalau tak habis boleh campak dalam nasi goreng. Versatile sangat.



Sebab itulah setiap kali saya masak lauk sambal sardin ini saya akan segera teringatkan Abah. Teringatkan detik 1 bulan kritikal di mana Abah tak pernah culas menguruskan kami 4 beradik di samping menjaga Ma terlantar sakit. Setiap kali teringatkan peristiwa itu, setiap kali itu juga tekak saya terasa masin. Masin dengan air mata tak tertumpah. Memang nostalgia sangat. Dan saya juga kerap ulang cerita tentang Sambal Sardin Abah pada anak-anak saya. Saya mahu mereka tahu, mereka punya seorang Atuk yang nampak biasa-biasa tapi ada cerita luar biasa. 

Saya sayang Abah saya. Uhukkk... mata masuk habuk.

Monday 12 January 2015

I Miss Them


The kids have gone back to school for half a day and I already started to miss them. I couldn't believe it I'd miss having them around. But I really do. They were great company during the entire school holidays.
They hardly fight with each other. But when they do... they really drive me nuts haha. They know their Mama is always penat after baking and cooking for them so they always keep their voice down bila saya sedang berehat.

Ia saya akui sangat penat menguruskan jadual mereka sepanjang cuti sekolah kali ini. They have swimming class 2 times a week dengan jadual yang adhoc. Kena standby je sepanjang masa bila-bila swimming master mesej bagitau ada kelas. And chaffeur Yaya around for her taekwondo tournament. Shopping for their school uniform, entertaining them with trips to book shops etc. But yet saya rasa inilah school holiday yang paling tenang. How is that so?

They sleep in, normally after performing Subuh prayer they went back to sleep. So that gives me ample time to clean the house, do laundry, cook breakfast. And they eat whatever I prepared for breakfast. After that they went to do their own activities which is watching tv for Yaya and PS2 for Fahmi. 

There were times when I'm so lazy to go out in the sun kutip pakaian yang dah kering, Fahmi did it for me. Kalau saya rasa penat sangat nak lie down tapi risaukan pakaian yang belum kering sedang cuaca pun dah mulai mendung, saya tak perlu risau sangat coz Fahmi or Yaya akan tolong alihkan ampaian bila hujan. 

Now they've gone back to school saya rasa sunyi pulak. I miss their company so much. At times kami duduk bersantai sambil membaca bersama dan berdiskusi. Dan towards the end of their holidays I make them do some exercise untuk refresh balik pelajaran which they obediently did. Kadang saya rasa tak percay how they have changed so much from last year. I remember past year's school holiday were a disaster for me. Mainly because our maid gone back for good at the beginning of school holiday and it was the first time saya spend masa yang begitu panjang with the kids while I had to run the household chores and baking and what not.

Saya sedar. Anak-anak saya sudah semakin membesar. Mungkin kerana itu mereka juga kurang nakal sekarang dan menjadi lebih memahami. Lebih accomodating. *Sigh*... i'm going to miss their baby years.

Monday 5 January 2015

11 Tahun Dah

Alhamdulillah... genap 11 tahun umurnya hari ini. Paling tua dalam kelasnya kerana paling awal menyambut ulangtahun. Cuma hari ini yang sepatutnya menjadi hari pertama memulakan sesi persekolahan tahun 2015 telah ditangguhkan ke minggu depan. Jadi dia menyambutnya pagi ini dengan hidangan istimewa kegemaran terkini iaitu Roti Titab hasil air tangan Mama dia lah ;-).




Fahmi kata telur titab kali ini yang paling perfect. My dear son, I think Allah made it perfect for you on your birthday. Thank You Allah for everything. Saya menjadi ibu dengan kelahirannya. Dia yang mengajar saya bagaimana menjadi ibu. Dengan izin-Nya. Dalam setiap doa saya mohon pada Allah moga Fahmi menjadi anak yang soleh yang berbakti kepada agama, masyarakat dan Negara. Moga sentiasa dirahmati Allah dan dalam perlindunganNya. Amin.