Wednesday 30 October 2013

Mengidam Yang Terpendam



Bukan mengidam makan. Kalau makanan boleh dicari atau dibuat.
Tapi buku ini. Terbaru dalam koleksi (*_^)




Bukan nak riak atau apa. Takde apanya nak riak, bukan saya beli banglo bertingkek-tingkek ke kan.
Tapi saya nak berkongsi cerita.
Alkisahnya begini. 
Di surau tempat saya sebulan sekali (hari-hari lain dipenuhi oleh penceramah lain pula) ada kuliah Bulughul Maram yang disampaikan oleh seorang ustaz hadis yang terkenal di sekitar Lembah Klang. Ustaz Abdullah Iraqi nama beliau. Gaya penyampaian beliau santai, mudah difahami, bersahaja, mesra dan sesekali diselitkan lawak jenaka membuatkan setiap kali kuliah beliau berlangsung pasti dipenuhi jemaah. Saya anggap ini satu kelebihan yang tidak semua pendakwah miliki. Secara tidak langsung menjadi tarikan untuk mendalami sunnah Rasulullah saw.


  Setiap kali sampaikan kuliah kupasan hadis dan sunnah Nabi saw beliau mesti rujuk kitab. Rupanya ramai jemaah lain yang sudah memiliki kitab tersebut. Saya fikir kalau nak belajar tanpa kitab (rujukan) pun tak boleh juga. Belajar dari buku tanpa guru juga boleh sesat jalan. Saya dah lama berkeinginan untuk memiliknya. Pergi cari kat kedai-kedai buku. Tapi susahnya nak jumpa. 
Last-last jumpa hak kaler merah tu, beli jelah. Tapi hati kurang puas sebab tiada penjelasan hadis.





Semalam, ajak Yaya pergi kuliah ini lagi. Dalam hati sudah berkira-kira, tak boleh jadi ni... kena minta tolong dengan ustaz juga kat mana nak dapat kitab yang sama dengan beliau walaupun rasa segan ya Rabbi. Dalam beg telekung pun dah siap-siap standby duit RM60.


Habis saja kuliah, tau tak apa ustaz cakap?
"Sesiapa yang nak beli buku ini (sambil angkat kita Bulughul Maram kaler hijau pink tu) boleh dapatkan dari ustaz. Harga asal RM45, beli dengan ustaz bayar RM35 saja. Tapi kalau ustaz dah keluar dari surau ni harga balik asal RM45", saja dia melawak.
Subhanallah Maha Suci Allah... rasa macam terjawab hajat hati saya. Bukan macam... memang betul-betul terjadi! Sungguh-sungguh lah tak tau nak cakap macam mana.
Jadi malam tadi balik tersenyum-senyum lah orang itu.
Hak kaler hijau-pink itu lebih mudah difahami, ada penjelasan hadis dan diterangkan juga method pemilihan hadis. Untuk orang yang zero tentang ilmu ini, saya rasa sesuai sangat.
Ikut kuliah ni bukan sebab nak tunjuk pandai selepas itu, tapi lebih kepada keperluan diri sendiri untuk lebih memahami, memperbaiki amal ibadat. Sebab terasa sangat diri ni Islam turun temurun, dok ikut saja hak setakat mana kita belajar kat sekolah dulu. Fahamnya belum tentu.