Showing posts with label outings. Show all posts
Showing posts with label outings. Show all posts

Tuesday, 25 November 2014

Gelagat di MAHA, Serdang - Yang MAHA Lucu dan MAHA Pelik


Kami ke MAHA hari Isnin (semalam). Plan mengejut. 
Tiba-tiba mr hubby ambil cuti. Saya macam biasa puasa sunat Isnin. Tapi menghormati ajakan mr hubby maka berbuka lah dengan santapan pertama di MAHA iaitu air limau asam boi. Panas terik kot masa kami sampai tu. Harus lah tekak kering. 


Ini kali pertama kami pergi MAHA. Dua tahun lepas ada teringin juga. Tapi masing-masing sibuk. Sebagai orang yang kali pertama menjejak kaki ke MAHA, memang kami tak tau apa nak expect. Pun begitu sebab mr hubby ada buat kerja set up booth exhibitor bagi section haiwan peliharaan (pet) maka dia tau lah sikit-sikit selok belok tempat tu. Ala setakat sampai ke booth yang dia buat tu tau lah ;-). Tapi kalau tanya mana nak tuju, apa yang menarik, sesungguhnya kami blur. Mujur ada pamplet, bolehlah buat rujukan.


Kami masuk dari pintu 2 (belakang). Sah-sah lah tempat di tuju adalah laman ternakan di mana terletaknya pameran kucing. Anak-anak suka yang amat tengok kucing. Almaklum mereka tak diizinkan bela kucing. Atas seba-sebab kesihatan. MasyaAllah kucing yang dipamer tersangatlah besar saiznya. Sungguh saya tak pernah lihat kucing bersaiz sebesar budak umur 4 bulan!! Dah serupa besar anak buah saya!
Saya rasa kucing ni patut disuruh bersenam. Kurangkan berat badan. Dan kawal pemakanan. 


Lepas puas membiarkan anak-anak lepas bebas di kawasan haiwan peliharaan kami beralih ke laman ternakan. Jam sudah beranjak ke pukul 1.20 petang. Banyak aktiviti berhenti rehat. Kami berehat di bawah booth ternakan kambing Dooper. Satu projek kelolaan Felcra (ke Felda? maafkan jika saya tersilap) khusus dijalankan di bawah ECER - Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Satu-satunya tapak pameran yang masih aktif beraktiviti sedang yang lain sunyi sementara waktu. Tercuit hati kami melihat gelagat di sini. Bukan gelagat kambing baka dooper yang buat kami menahan senyum. Tapi gelagat pengunjungnya. 


Pengunjung diberi peluang memegang atau memeluk anak-anak kambing dooper. Maka ramailah yang mahu bergambar sambil memeluk kambing. Ada pengunjung yang sangat riuh teruja memeluk anak kambing tapi barangkali kerana tersalah pegang, anak kambing menggelupur dalam pelukan maka terkena lah libasan lemah si anak kambing. Menjerit-jerit dan menggelupurlah pula si pengunjung. Marah kerana terkena libasan. Kesian kambing tak berakal pula jadi bahan marah. Ada juga kanak-kanak yang riang mengejar anak-anak kambing dalam kandang. Tapi saat anak-anak kambing 'melepas hajat' maka bertempiaran lari lah masing-masing. Tak kurang yang menggelupur kegelian bila terpijak najis kambing. Paling buat saya tak kering gusi, bila ada yang menyangkakan tong berisi air di kandang tersebut sebagai kemudahan membasuh tangan (selepas bermain peluk cium dengan kambing). Maka mahu dicelup kedua-dua tangan di dalamnya. Saya yang memerhati dari jauh sudah mahu terjerit (dalam hati) tapi si pengunjung sempat pause kejap tanya penjaga kandang. Bila diberitahu ianya air minuman kambing, berubahlah wajah dan cepat laju sekali keluar kandang. Pengunjung-pengunjung MAHA barangkali merasakan MAHA tempat mereka berhibur tapi saya rasa MAHA adalah tempat penternak-penternak dan peladang-peladang berhibur melihat gelagat orang bandar yang betul-betul macam rusa masuk kampung! :-)


Saya rasa gelagat di atas sudah cukup lucu. Tapi rupa-rupanya ada yang lebih lucu dan MAHA pelik. Di bawah pondok berseblahan saya ada sepasang suami isteri sedang duduk. Si suami sambil tangan memegang beg plastik. Tersengguk-sengguk menahan kantuk. Tengahari 'buta' (kata Ma saya) memang waktu mata cukup suka lelap. Apatah lagi kalau sudah kepenatan separuh hari berjalan. Dalam tersengguk-sengguk terlelap juga. Saya risau, kerana makin lama beliau makin bongkok ke depan. Sedang di depan beliau adalah meja diperbuat dari simen. Sikittttt lagi nak terhantuk. Patutkah saya mengejutkan beliau?


Si isteri pun sama halnya. Asalnya memangku bayi yang tertidur selepas minum susu. Dengan si ibu sekali tersengguk-sengguk tidur. Kali ini mr hubby pula yang risau. Risaukan anak yang makin melurut dari pangkuan! Apa taknya kalau dah si ibu makin menunduk ke depan macam padi masak. Nahhhh... sekarang nak kami apa kan?


Tersangatlah peliknya gelagat pengunjung MAHA ni. Kalau dah penat, balik-balik lah ke rumah. Kenapa sampai menyeksa diri. Tapi kami buat kesimpulan, barangkali orang datang dari jauh dan sejak awal pagi sudah menjelajah MAHA yang luas itu.


Monday, 25 October 2010

Jalan-Jalan Cari Penat

Asyik cerita pasal makanan saja, kali ini cerita pasal jalan-jalan pula. Bukannya jalan-jalan bercuti tapi jalan-jalan menghadiri wedding sepupu hubby di Felda Lui, Serting, N9. Dah lama saya tak sampai ke Serting yang terletak di bawah daerah Jempol, tak saya duga perjalanannya sangat panjang dan jauh. Masa saya belum kahwin dulu memang kerap juga lalu Serting/Jempol sebab inilah laluan utama setiap kali kami balik ke Terengganu melalui Muadzam. Tapi semenjak saya berkahwin dan menetap di Shah Alam, laluan kami balik ke Terengganu sudah bertukar melalui lebuhraya Karak – LPT pula.

Kerana itulah saya agak terkejut bila mana jalan Bukit Putus, di Ulu Bendul, Kuala Pilah yang asalnya tak ubah seperti ular kena palu sudah berubah jadi jalan lurus macam lebuhraya. Jimat sedikit masa perjalanan tapi kalau ada lori di hadapan ataupun pemandu yang merangkak-rangkak pandu kereta mendaki bukit tetap tak boleh nak laju. Sabar sajalah.

Saya terlupa, kali ini kami mulakan perjalanan dari Shah Alam dan bukan dari Seremban. Jadi saya kurang persediaan mental bila perjalanan memakan masa yang terlalu lama and what’s more the bumpy ride. Kami bergerak dari rumah sekitar jam 10.30 pagi dan tiba di rumah pengantin hampir jam 2.30 petang. Itupun sebab kami berhenti solat Zuhur di masjid Bandar Baru Serting for about half an hour. That makes the journey a total of 3 1/2 hours ride! Kalau balik kampung hubby di Segamat pun paling lama baru 2 1/2 jam!

My children yang duduk di belakang pun bukan main gelisah dan resah sebab tak dapat nak bergerak. Keluar rumah dengan breakfast ala kadar, kami tak bawa bekal makanan ringan pun. Masuk separuh perjalanan masing-masing dah kelaparan tapi tak sampai-sampai juga ke rumah pengantin. Jadi bila dah resah gelisah macam tu, anak-anak saya pun apa lagi, bergurau senda lah kat belakang sampai bingit telinga kami dengar jeritan mereka. Dah penat bergurau diaorang bergaduh pulak sebab masing-masing berebut nak baring dalam kereta. Kalau kami pakai MPV bolehlah ambil seat sorang satu. Ini tidak, cuma kereta biasa je, belum mampu nak pakai MPV. Tak pasal-pasal kena jerkah dengan daddy. Kesian juga kat diaorang sebab kepenatan dan lenguh badan duduk lama dalam kereta. Bila sampai kat rumah pengantin masing-masing makan bertambah 2 pinggan seorang termasuk lah saya! *lol*

kalau dah pergi sekitar kuala pilah dah tentulah pemandangan sawah padi jadi halwa mata. sawah ini saya rasa is part of scenic yang ditawarkan oleh restoran warisan. single storey minangkabau building yang kelihatan itu adalah restoran warisan. besar dan luas restoran ini. saya tak pernah masuk restoran ini. berlatarbelakangkan bukit di belakangnya dan sawah padi terbentang luas sesuai kalau nak buat wedding reception. terletak berhampiran dengan pekan diraja Seri Menanti.
lepas tu mesti tak miss tengok rumah-rumah kampung yang bercirikan senibina minangkabau
kakak (maid saya yang berketurunan minangkabau) dengan yaya bukan main melekat bertepek macam loving sesangat. padahal diaorang ni kalau kat rumah selalu bergaduh. kalau time baik memang baik sangat, tapi bila bergaduh saya pun naik sakit hati. ni diaorang main kamera yang saya tinggalkan sementara saya dan hubby solat zohor di masjid serting.

p/s: sambil update blog sambil ber YM dengan kawan lama di Qatar. kalau tak kerana online malam ni agaknya sampai mati saya ingat dia masih di Perth, rupa-rupanya dah sampai Qatar! saya bila lagi? :-P

Friday, 25 December 2009

Bermesra Dengan Alam II

this is what we did this morning - berjogging

nak tergelak tengok gaya yaya berjogging dengan tangannya dikepit rapat ke ketiak, nampak sangat gaya orang tak pernah berjogging.

pantang jumpa pokok semalu mesti dia nak sentuh, suka sangat dia tengok daun semalu menguncup bila disentuh. teringat gelagat sendiri masa kecik, pun macam tu jugak. yaya & fahmi tak kenal pokok semalu before this. kat luar pagar rumah pun ada serumpun kecil pokok semalu, sejak aku kenalkan diaorang dengan pokok semalu ke mana je diaorang pergi kalau jumpa semalu mesti macam orang gayat lagaknya.

Saturday, 5 May 2007

Carricature of Yaya

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



before anyone get confused let me just tell you that it is a carricature of yaya.
me and hubby both agree that the piece of art doesnt really resemble yaya, tapi mata tu adalah sikit2 macam mata yaya, plus i managed to get her hair tied up exactly macam dalam gambar tu.
cute kan? hehehe.. i'm bias of course. we had the carricature done while having our lunch at sheraton subang tengahari tadi lepas habis kelas tumble tots fahmi... for free.
yes, the they told us it's a complimentary gift for the diners, but we can see that not all diners get their face drawn by the artist. i guess we are just the lucky one... yaya is.

on the way back both fahmi & yaya kena marah dengan daddy. the kids were tired, so masing2 start buat hal. kena marah, kena "shut up"... terus zzZZzzz...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



sampai rumah, mama & daddy pulak zZzZzzzz... a short outing but rasa so exhausted, due to the flu kot.

Thursday, 3 May 2007

Entertaining The Kids Day

it has been quite sometime since my last entry. dah start jadik malas lah tu…hehe
actually a lot of thing happens during those silent time. a cousin (my dad’s side) that I’ve never seen since 20yrs ago passed away on 24apr, drove my parents from seremban to banting to attend the funeral, send them back to seremban and me drove back to subang, all on the same day. fuhhh exhausted. went back to work the next day. and the day after had to faced another office conflict, ughhh *&^%$#@!!?* something I can do without.

come Friday, hubby went on with his trip back to his kampung, alone… what I thought would be a short trip well 2 days the most become an extended trip. he’s been gone for 5days 4 nights altogether. never been without hubby that long, not even during his heavy outstation days masa mula2 kawin dulu. the problem with me is kalau hubby takde I feel like half of me is gone… start lah takde selera makan, tidur pun tak lena, bukan setakat tak lena, tak boleh tidur langsung sebenarnya! so the result of 4 sleepless nights is demam selsema!!! eeiii geram… yaya pun sama demam selsema, I told hubby yaya demam sebab rindu kat daddy, purposely said that to make him feel bad leaving us for sooo long. he’s back anyway, on Tuesday.

so yesterday, was the entertaining the kids day. sebab selalunya weekend we would take the kids for an outing. last weekend hubby not around, mama pun takde mood, fahmi &yaya tak dapat outing. daddy dah balik dapatlah fahmi & yaya pergi jalan2. woke up late Wednesday morning, qada’ balik tak bleh tidur 4 malam. terus siap2 pack beg mickey mouse fahmi with all the necessary stuff i.e. pampers, baby wipes, extra baju, camera, drinking water, at 10.30am we were already heading towards taman jaya putra station. parked our car there, bought two-way tickets to kl sentral.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


fahmi was so excited about taking a train, yaya plak takut sampai menangis2 sebab she heard bunyi lrt tapi cudnt see any, she was a bit confused.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


fahmi had so many question about siapa yang bawa the train, so hubby had to do a lot of explanation to him.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



from kl sentral we had to walk for about 500m to take another train heading towards berjaya times square. aduiii penat berjalan plus hari panas, we should have gone out earlier but yesterday memang panas terik. fahmi pulak asyik tanya daddy “mana car kita?” I guess dia pun tak tahan panas plus penat berjalan kaki. sampai kat imbi station, we all turun, take a short walk coz this station terus sambung masuk ke berjaya times square. huhu malu nak admit, tapi itulah 1st time jejak kaki ke bts.

we went straight to 7th floor, masuk ke cosmo theme park, paid rm62 for 2 adult tickets and 1 child ticket, yaya enter for free coz she is below 3ft height… heheh. so those who have a 2yr old kid tapi tinggi… heheh get ready jelah to pay rm15, dun argue with the girl at the ticket counter. the kids had a fun time despite mama rasa tak sedap badan plus yaya rasa suam2 jer badan dia. we only gets to take 4 rides, every single game ada minimum height, yaya didn’t pass for most of it. walaupun fahmi pass for more than 4 games but he has to be accompanied, when it comes to that hubby plak ter'over' qualified for the max height. ughhh...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

naik train lagi... train ni lalu ke satu tunnel yang gelap. kat dalam tunnel tu everything in white even your shirt will glow. ada spiderweb and big fake spiders kat tepi2 tunnel tu, fahmi was so scared of the spiders.

after we finished our 4th ride, badan yaya makin panas, she must be tired she fall asleep atas bahu hubby.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

so we decided its time to go home… huh sekejap jer kat situ about 1 hr plus. fahmi start throwing tantrums coz he doesn’t want to leave yet. by 2pm we were already out of the place.

penat sebab badan sakit2... uhh tak suka selsema :(

Monday, 12 March 2007

What We Discover

yesterday, hubby got the news that his best buddy sejak kecil warded since last wednesday. he got dengue. so, after asar prayer, all of us went to sjmc. teruk juga kawan dia, blood count very low.

right after the visit we dropped by at subang parade, rumah no. 2 hehehe. makan kat dave's deli... yum yum yum... me & hubby used to dine in kat dave's deli masa zaman berdua je dulu. the day before masa hantar fahmi to his tumble tots class, we had a quick lunch at 2.45pm... well it was a lunch for me coz i didn't had any yesterday even it was only a piece of shepherd's pie that i shared with fahmi. so, hubby pun teringin nak makan pie lagi, but it was out of stock yesterday. me and hubby had this combo pasta meal... ughhh i almost forgot how tasty and yummy the meal was. apparently, fahmi and yaya both can adapt to their parents appetite...

solat maghrib kat subang parade. hubby commented that how come we never discover that subang parade pun ada surau? if it wasn't because we enrolled fahmi to tumble tots classes we would never found the surau... it was facing the tumble tots entrance!

after maghrib prayer, i quickly ushered yaya out. hubby kata buat apa nak balik cepat-cepat. ehh... it really doesn't sound like hubby. he usually nak balik cepat-cepat sampai i nak window shopping pun tak best. i felt like going inside the mph bookstore... i've wanted to buy this book by dr miriam stoppard about children development... well some people may say that isn't it quite too late for me to buy the book since i already have two growing up child. well, isn't that just the right excuse for me to get the book? i'm not an expert, i'm still in the learning stages.

while i was browsing and scanning every books, hubby who was at that time carrying yaya quickly run for me and told me that i've just missed listening to yaya counting satu to sepuluh!!! uhhh i couldn't trust my ear so i ask who? fahmi ke? hubby said no it was yaya yang mengira satu dua tiga. uhhh would love to hear her counting again. been teaching her to count both in english and malay... she had never manage to finish counting and sometimes she would mix the satu, dua, tiga, empat, with five, enam, nine and never got to finish sampai sepuluh pun. but yesterday, hubby said she did it! when we tried to coerce her to count again... she started with satu dua tiga and mix with four five six... and that's all.

what about fahmi? hmmm dah penat ajar... bukan dia tak tau mengira but budak bulat ni jenis berat mulut. i dunno but i think boys are like that (bukan semua lah). so now, with yaya dah pandai mengira i hope that fahmi would feel tercabar skit, dia memang selalu macam tu, kalau yaya dah pandai buat something then only he will start doing it.

rasa-rasanya macam dah kena hantar yaya pegi class je ;)