insyaAllah dalam masa kurang lebih 2 minggu lagi seluruh umat Islam akan menempuh bulan mulia bulan ramadhan yang penuh cabaran, nikmat serta rahmat Allah swt. Bila dah dekat bulan ramadhan ni saya tak boleh lari daripada bercakap tentang perancangan saya untuk my 2 kids. My son dah 6 tahun, while his adik 5 tahun. Kalau tahun lepas both hampir berjaya puasa penuh (kalau tak kerana demam for the first 2-3days ramadhan) ramadhan kali ini dah tentu saya nak mereka cuba puasa penuh pula. Didikan awal yang cuba saya tanamkan dalam diri mereka inilah yang saya harap jadi bekalan untuk mereka bila dewasa nanti. Mudah-mudahan perjalanan puasa mereka dipermudahkan Allah swt. Amin…
Maka dalam tempoh kurang lebih 2 minggu lagi akan bermulalah lembaran baru buat saya. Memerah otak mencari idea hidangan bersahur dan berbuka yang menepati selera anak-anak dan suami. Selera suami boleh lagi saya nak kompromi sebab hubby selalunya tidak begitu cerewet di bulan puasa. Hidangan simple pun dia boleh terima asalkan fresh dan masih panas. Pun begitu kena bijak juga tambat hati dia or else nanti dia terasa dilayan 2nd class pulak. ;-)
Nak menambat selera anak-anak yang tricky sikit sebab both punya selera berlainan dan ada kerenah masing-masing. Tak dilayan kesian sangat sebab dah penat berpuasa, at least kena jugak reward mereka dengan hidangan kegemaran. Paling saya risau kan yaya sebab she is such a picky eater nowadays, kalau nak suruh dia makan nasi mesti berlaukkan ayam goring sahaja. Lauk lain dia tak heran, sanggup makan nasi kosong atau paling teruk tak makan langsung. Owhh dia ni memang copycat saya masa kecil! Nah, baru saya tahu macam mana susah mak saya nak pancing selera saya dulu. Apapun, saya tak mau ada yang jatuh sakit sebab tak cukup nutrien. Nanti ada yang kata saya dera anak pulak. :-P
Jadi kalau saya layan betul2 tekak masing2 rasanya I will end up dengan banyak jenis hidangan which saya sangat-sangat nak avoid supaya tiada pembaziran. Yelah kalau dah 1 hidangan cuma appeal pada seorang, katakan yang seorang ni makan tak luak sebab bulan puasa banyak mana sangat perut kita boleh take at one time kan? Dah sahlah air yang akan diburu terlebih dahulu sebab dahaga, bila perut kosong dipenuhi air tentu solid food tak boleh masuk banyak. Tak ke membazir nanti? Jadi cabarannya di bahu saya untuk sediakan juadah yang appeal to all dalam kuantiti yang kecil supaya tiada pembaziran berlaku. Bak kata anak-anak saya yang banyak mulut tu “ustazah kata membazir tu sahabat syaitan”. Cakap ustazah jugak yang diaorang ingat. Yang mama dan daddy dia dok ajar dari kecil diaorang tak ingat. Betullah, budak2 peringkat umur diaorang ni they really look up to their teachers/ustazah.
Itu belum masuk bab sahur lagi. Hubby dah cakap puasa kali ini dia nak the kids bersahur awal sama dengan kami. Kan dulu saya lewatkan mereka bersahur sekitar 7 pagi. I know I cheated tapi diaorang masih berlatih, saya tak mau perut mereka terkejut. Jadi kali ini, perkara pertama yang terlintas kat kepala saya, boleh ke budak berdua ni bangun pukul 5 pagi? Rasa2nya dengan saya sekali miss sahur sebab sibuk dok kejutkan anak2 yang susah bangun sahur. Atau ada juga kemungkinan mereka bersahur sambil tidur! Maknanya mata tak celik tapi mulut je yang mengunyah, dan saya jadi tukang suap.
Perkara kedua, lepas sahur ada potensi lah budak2 ni tak boleh nak tidur balik. Yelah nak bangun pun susah, nak tidur balik lepas perut kenyang tentu lagi susah bila jadual tidur dah terganggu.
Perkara ketiga, yang most affected by this new ruling of yang dipertuan besar rumah ini adalah SAYA. Sebab kena fikir juadah sahur yang sesuai untuk anak2 supaya cukup nutrient dan paling penting cukup menggiurkan mereka. Lepas tu tak dapatlah saya sambung tidur lepas sahur or tak dapatlah saya peluk bantal skip sahur seperti tahun2sebelumnya. Huarrgghhh… pembetulan, bukannya saya tak bangun sahur langsung tapi saya Cuma bangun teguk air je lepas tu tidur balik. Kalau ikut tafsiran sahur yang sebenarnya meliputi beribadah dan zikir dalam waktu sahur, jawabnya memang sahur kering lah saya selama ini. Time to change :-)
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago