Wednesday 14 April 2010

Nak Urut Dik?!

Dua hari lepas seharian saya jalan mengangkang, tapi takdelah buruk benar macam pak mat kengkang sebab saya dah control habis cara jalan sungguhpun sakit urat2 dalam badan menahan gaya @ control ayu. Nak duduk pun sakit pinggang, nak berjalan lagilah seksa. Itu belum kisah saya tak tidur semalaman pada malam isnin lepas sebab sakit badan. Serius, bila saya baring atas tilam bisa sungguh badan macam patah2 tulang saya dibuatnya. Itulah bahana berjogging sakan padahal dah berbulan tinggal jogging.

Jadi dua malam lepas, saya buat muka kesian merayu dengan hubby minta urutkan kaki dengan minyak gamat panas. Sambil mengurut sambil dia mengomel marahkan saya sebab gagahkan diri berjogging sampai 3 pusingan keliling tasik. Lah, banyak sangat ke 3 pusingan tu? banyak kot untuk orang yang keras otot macam saya ni. Hubby mengomel lagi kat saya, katanya saya tak buat senaman stretch up dulu. Eh, kan saya dah buat before berjogging, siap fahmi ikut sekali senaman saya tu.

Apapun, lepas diurut saya tidur lena amat. Keesokan paginya badan saya dah segar sikit. jalan pun dah boleh gaya kucing. Tak tahulah berkat urutan tangan hubby atau minyak gamat panas tu ye? Tapi hubby memang pandai mengurut, tak boleh nak saya nafikan kalau tak lain kali dia tak nak tolong saya lagi ;-) ;-)