Showing posts with label lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts

Friday, 16 January 2015

Nasi Ulam Berlauk


Kalau sebut Nasi Ulam, memang beginilah rupa nasi ulam yang kami bayangkan. Sebab itu masa bercuti ke Kota Bharu tempohari kami kecewa kerana nasi ulam tersohor bersebelahan Kompleks Kraftangan nya adalah nasi putih yang dimakan dengan pelbagai pilihan ulam-ulaman dan pencicah. Oh... kalau yang itu banyak boleh didapati di KL/Selangor saja. 





Nasi Ulam kata orang sangat terkenal di Utara. Ada juga versi Nasi Ulam peranakan (nyonya). Saya tak kisah versi apapun, yang penting mesti mau mewah dengan ulam-ulamannya dan diperisakan dengan baik sebab nasi ulam ni jenis makan begitu saja takde kuah.




Nasi Ulam versi saya:

6 cawan nasi putih suam sejuk (saya guna beras basmathi letak daun pandan kasi wangi)
1/2 cawan udang kering (sangai dan tumbuk halus)
3 ekor ikan kembung (bakar dan tumbuk dengan kelapa parut goreng)
1 1/2 cawan kelapa parut - goreng keperangan
1 sudu teh lada hitam - sangai dan tumbuk halus
3 biji limau kasturi (perah jus nya)
1 sudu besar sos ikan
garam dan gula secukup rasa

*Gaul kesemua 4 bahan diatas

Bahan-bahan Ulam (semuanya dihiris)

1 1/2 inci kunyit hidup
6 ulas bawang merah
2 batang serai
1 tangkai bunga kantan
3 helai daun kaduk
3 helai daun limau purut
1 tangkai daun kunyit
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesum
1 genggam daun selasih (saya tak guna sebab takde)
1 genggam daun selom

*ulam-ulaman boleh tambah daun pegaga kalau suka


Penyediaan:

1. Nasi putih suam digaul dengan bahan-bahan kerisik serta perahan jus limau kasturi. Rasakan garam dan gulanya juga.
2. Gaulkan bahan-bahan ulam dengan nasi. Tambah sos ikan. Boleh tambah garam jika perlu.
Sedia untuk dihidang.









Saya hidang nasi ulam dengan ikan kembung goreng dan udang goreng kunyit dan cili kisar. Kalau suka boleh letak sambal belacan atau budu. Saya tak galakkan penggunaan daun kaduk melebihi 3 helai sebab ianya bersifat panas dan dalam kuantiti yang berlebihan boleh mengganggu rasa keseluruhan hidangan. Daun limau purut juga pilih yang berwarna hijau cerah yang tidak terlalu pucuk ataupun terlalu tua. Kalau daun sudah keras atau berwarna hijau gelap itu dah tua benar. Rasanya juga agak bitter. Kalau tak suka guna lada hitam boleh ganti dengan cili api hiris halus. Saya prefer lada hitam sebab rasa pedasnya yang agak subtle, tidak menyengat tetapi tau-tau je lepas makan badam rasa suam-suam gitu. Lagipun saya makan dengan anak-anak memang hidangan mesti bersifat kid's friendly ;-).


Saya sangat suka hidangan sebegini. Terasa segar dimulut bila mengunyahnya. Dan tambah segar lagi untuk tubuh badan kerana setiap satu ulaman ini mempunyai khasiat tersendiri untuk tubuh. Kunyit misalnya membantu meningkatkan ketahanan tubuh, mengandungi antioksidan dan mampu merawat kanser selain menaikkan seri wajah. Jadi apa lagi? Moh le kita pakat makan ulam saja sampai kambin pun tak tau nak makan apa ;-).

Thursday, 15 January 2015

Sambal Sardin Gamit Nostalgia : Tribute Untuk Abah


Hari ini berlaukkan menu ringkas sahaja. Kadang tukang masak pun kehabisan idea. Buka saja pantry. Nah, tin sardin saiz besar sedia menanti. Apa lagi, kita sambal kan saja dia. Nak buat masakan lain dengan sardin ni minta maaf lah, saya memang tak reti. Ada orang buat kari iya tak?


Bukan nak share resipi sambal sardin ni pun. Buat malu seh sebab semua orang pun tau nak masak macam mana. Saya masak style saya. Iaitu kombinasi gaya Ma saya dan citarasa saya sendiri. Versi Ma pedas, tambah banyak cili boh. Versi saya kurang cili boh sebab anak-anak tak berapa boleh terima lagi. Tapi harus tambah beberapa tangkai cili api untuk memuaskan selera Mr Hubby.


Yang utama setiap kali masak sambal sardin ni semestinyalah akan menggamit memori lama zaman kanak-kanak. Pertama, sebab ini antara menu yang kerap terhidang. Almaklum beratus kali dah cakap agaknya, kami bukan orang 'ada-ada'. Time sesak sardin jelah jawabnya. Tapi cukup buat kami berebut.





Kedua, dan paling nostalgik kerana ia mengingatkan saya kepada Abah. Semuanya semata-mata kerana Abah pernah selama 1 bulan ambil alih kerja memasak, mencuci dan menguruskan sekolah kami adik-beradik ketika Ma jatuh sakit teruk tak boleh bangun langsung. Entah apa sakitnya wallahu'alam. Selama 1 bulan itulah kami 4 beradik dihidangkan dengan sambal sardin air tangan Abah. Hebatnya Abah mampu replicate rasa sambal yang sama hingga kami tak terasa perbezaannya dengan sambal sardin Ma. Istimewanya sambal sardin kami ialah mesti diletakkan dengan ubi kentang goreng hiris bulat. Cukup 1 lauk itu aja pun kami dah berselera sangat. Dan Allah sangat permudahkan buat kami tempuhi 1 bulan yang kritikal itu tanpa kami merasa kurang sedikit pun baik dari segi pakaian mahupun makan minum.


Abah bukannya pandai sangat memasak. Tapi saya fikir tugasnya sebagai anggota Polis Hutan (PPH) yang selalu masuk hutan dengan setiap operasi  berbulan lamanya selama hampir 10 tahun sebelum diserap menjadi polis biasa sedikit sebanyak menjadikan Abah seorang lelaki yang tidak segan masuk dapur. Di hutan masak atau panaskan makanan dalam tin sendiri. Masa saya kecil ada masa-masanya Abah goreng nasi style Abah. Ikut sukalah bubuh apa pun. Tapi sedap yang amat walaupun cili boh Abah tumis tak pecah minyak hehe... Hingga kini pun sesekali Abah terasa nak makan ikut selera dia, Abah masuk dapur menggoreng sendiri. Satu karekter yang sukar ditemui dikalangan lelaki.


Saya sangat-sangat terasa Allah kurniakan kami seorang Abah yang hebat. Kerjaya sebagai anggota polis biasa bekerja ikut shift tapi makanan buat kami sentiasa tersedia setiap kali balik sekolah. Baju sekolah 4 beradik pun terjaga. Baru-baru ini barulah saya tahu daripada cerita Ma, yang baju sekolah kami sebenarnya semua digosok oleh Abah. Baik semasa Ma terlantar sakit mahupun sebelumnya. Lumrah tugas sebagai anggota beruniform. Kata Ma, pakaian Abah semua mesti kemas bergosok bukan setakat uniform kerja, seluar slack dan t-shirt berkolar pakaian luar waktu kerja mesti bergosok juga. Iya, Abah saya tak pernah pakai t-shirt round neck. Tak pernah. Sampai sekarang ni pun mesti t-shirt berkolar Crocodile atau John Master tu kegemarannya.  Tapi Ma sentiasa sibuk tempahan jahitannya. Abah jenis tak merungut. Abah gosok sendiri. Dan kalau ada uniform sekolah kami belum bergosok, Abah akan gosok semua. Dan MasyaAllah kemas hasil kerjanya!!



Sambal sardin ini kadang kalau saya tak selera nak makan nasi saya lenyekkan ikannya dan sapu atas roti jadikan sandwich. Dan kalau tak habis boleh campak dalam nasi goreng. Versatile sangat.



Sebab itulah setiap kali saya masak lauk sambal sardin ini saya akan segera teringatkan Abah. Teringatkan detik 1 bulan kritikal di mana Abah tak pernah culas menguruskan kami 4 beradik di samping menjaga Ma terlantar sakit. Setiap kali teringatkan peristiwa itu, setiap kali itu juga tekak saya terasa masin. Masin dengan air mata tak tertumpah. Memang nostalgia sangat. Dan saya juga kerap ulang cerita tentang Sambal Sardin Abah pada anak-anak saya. Saya mahu mereka tahu, mereka punya seorang Atuk yang nampak biasa-biasa tapi ada cerita luar biasa. 

Saya sayang Abah saya. Uhukkk... mata masuk habuk.

Wednesday, 3 December 2014

Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Masak Lomak Cili Api N9


Sebagai seorang yang dibesarkan di Negeri Sembilan selama hampir suku abad, sudah tentu selera saya sedikit sebanyak dipengaruhi gaya masakan orang N9. Malah masakan Minang yang sudah sinonim dalam masyarakat nogori, merupakan masakan yang sangat cocok dengan selera saya. Sungguhpun masa kecil dulu (hingga kini) saya kurang gemar makan pedas, tapi kalau disuakan sambal balado memang saya tak tolak. Kecur liur dan bangkit selera. Kalau makan nasi panas berlaukkan sambal balado pun cukup. 


Kali ini bukan nak cerita pasal sambal balado. Yang itu dah buat dalam entry lepas. Kali ni nak share hidangan masak lomak cili api gaya N9. Sungguhpun lahir sebagai anak pantai timur dan membesar dengan hidangan yang dimasak oleh Ma saya yang juga anak jati pantai timur, tapi kalau bab masak lemak kuning ni sudah semestinya resipi masak lomak cili api N9 yang kami hidangkan. Nak buat masak lomak cili api bukan susah. Dah namo eh pun masak lomak cili api. Bahan-bahan asas eh cuma cili api, kunyit hidup, serai dan santan. Habih cito! Sonang kan? Tapi ghaso eh... fuhhh marvelous.


Selasa lepas saya dan mr hubby ke pasar seksyen 6, Shah Alam. Misi 'stock up' Double Choco Brounies kami. Pergi pun dah petang. Tapi pasar masih 'hidup' kerana ada pasar malam di situ. Ronda punya ronda jumpa cendawan kukur @ kulat sisir. Saya tak pernah masak. Makan pernah... tweet! Bukan makan tapi colek sikit rasa hasil masakan jiran saya di berek polis dulu. itupun mak cik tu buat goreng kering. Mr Hubby pandai lah makan cendawan kukur ni. Maklumlah dia orang kampung yang tak lebih kampung dari saya ;-). Dia teringin nak makan. Saya sanggup aja masakkan. Sesekali masak style kampung kecur selera.






Daging batang pinang salai tempohari ada berbaki. Saya salai sendiri je. Maka saya gandingkan dengan cendawan kukur. Niat asal nak beli pisang muda. Tapi takde dijual. Ganding dengan daging salai pun sedap juga sungguhpun tak pernah dibuat dek orang. takpe kita buat dia, bukan dia buat kita.




Gini rupa cendawan kukur yang dah siap saya rendam, basuh, buang kulit-kulit kayu dan segala kotoran. Kemudia perah dan toskan airnya. Macam rupa tanduk rusa pun ada kan. Comel kan?

Resipi Cendawan Kukur Masak Lomak Cili Api Nismilan (N9)


15 biji cili api kampung
2 inci kunyit hidup
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit
300gm daging salai dihiris nipis
2 keping asam gelugor (kering)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
garam secukup rasa


Cara-cara:

1. Tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
2. Dalam periuk renihkan santan cair bersama cili api tumbuk, serai, daun kunyit dan asam gelugor.
3. Bila mendidih masukkan daging salai dan cendawan yang dah dibersihkan. Biar merenih dengan api perlahan.
4. Masukkan santan pekat dan garam. Biar merenih dalam 5-10 minit lagi. Bolehlah dihidangkan. Lebih sedap kalau biarkan sejam dua supaya perisanya mesra.



Dah siap masak saya tak jamah dulu. Tunggu nak makan sesama dengan mr hubby malam nanti. Phewww penat tahan selera. Geram jer.



Makan dengan nasi panas, MasyaAllah nikmat nyaaaa!!!!
Musim-musim hujan ni kan cendawan kukur memang mudah didapati. Sebab ia hidup dibatang-batang pokok dan pokok mati. Sepeket dijual pada harga RM5. Pergilah cari. Konfem ohsem!!!

Wednesday, 14 May 2014

Pan-Seared Tilapia in Creamy Butter Sauce


Ada kisah disebalik hidangan ikan dan pasta ini. Mari dengar saya bercerita. Lagipun dah lama tak baca celoteh saya kan. Exactly 3 bulan saya tak update status. Agak-agak ada tak orang rasa pelik? Rasa-rasanya ...bukan rasa lagi dah memang confirm TAK ADA!!! ;-). Bukan blog top rating pun kansss?


Ok whatever. Ni nak cerita. Memang banyak perkara berlaku. Tapi apa yang berlaku itu bukan sebab serta-merta saya tak update blog. Saya penat lepas balik bercuti di Terengganu penghujung Januari lalu sebenarnya. Penat itu diikuti sakit bahu yang datang semula. Makanya saya tak dapat nak mengadap PC menaip entry. Sempat buat 1 entry saja di bulan Februari. How I wish saya ada device yang boleh menukarkan percakapan saya ke bentuk tulisan. Maka tak perlulah saya menaip. Memandangkan takde device sedemikian, maka ter 'abandon' lah blog ini. Terr... OK... tak sengaja ;-).


Cuti sekolah bulan Mac kami bawa anak-anak naik puncak gunung Jerai. Balik ingat nak jadikan bahan update status. Tapi nan-ado. Balik bercuti sambung siapkan tempahan kek. Kemudiannya sakit datang semula. Datang April bulan paling mengejutkan dengan ujian bertimpa-timpa. Hanya Allah tempat mengadu dan sumber kekuatan.


Bulan April juga saya dan mr hubby sakit serentak. Saya bukan sakit bahu. Entah tak tau nak kata sakit apa, tiba-tiba saja demam sejuk kejap datang kejap hilang. Diikuti selera makan langsung tiada. Bukan setakat tiada selera, paksa makan pun tak boleh telan. Terasa payah sekali. Menitis airmata bila kunyah tak boleh telan. Bila dah tak boleh makan tu berlanjutanlah sakitnya. Perut kosong masuk angin, gastrik dan segalanya. Badan susut 4kg dalam masa 5 hari. Tak bermaya jangan cakap, suara juga malu-malu keluar. Tidur juga tak lena. Perut kosong boleh kah tidur? Saya terbayangkan anak-anak pelarian di serata dunia. Tidur dalam kelaparan. Beginilah mereka rasakan. Bezanya saya tidak lapar langsung, tiada nafsu makan.


 Dalam masa yang sama mr hubby juga demam panas teramat sangat. Kami dua-dua flat. Dalam waktu kami berdua terlantar sakit di rumah itulah dua malaikat kecil saya menjadi jururawat kami berdua. Ambilkan air, tuamkan kepala dengan tuala basah, urutkan badan, siapkan ubat. Pandai-pandai mereka lah uruskan diri serta makan-minum. Memasak memang  langsung tidak. Sungguh-sungguh saya tersentuh melihat mereka bersabar makan apa saja yang ada hatta roti asal dapat alas perut dan urus segala sendiri.


Hubby's fever turned out symptoms of dengue. Dia kena hospitalised 5 hari after 5 days demam di rumah. Dengan saya yang masih sakit, dia pula di hospital. Saya rasa lega bila dia di hospital setidak-tidaknya berada dalam jagaan dan pantauan doktor. Kalau di rumah dengan saya pun tak mampu bawa diri bagaimana dapat saya menjaga dia sebaik yang saya mahukan. And oh yesss... they took great care of him. Makan minum sangattttttttt terjaga. Bukan setakat terjaga... mewah giler! Haha... dah lama tak masuk hospital, rupa-rupanya sjmc now sdmc punya meal dah revamp macam hidangan ala carte hotel! So yummms, sampai pada suatu hari saya dan Yaya jatuh jealous tengok lunch set hubby iaitu fish and pasta. 


Maka terhasillah hidangan Fillet Ikan Talapia dalam Sos Mentega bersama spaghetti olio ini.



Bila masing-masing dah sihat, selera makan juga dah kembali normal, maka gigihlah saya menggodek youtube belajar buat sos mentega yang lemak berkrim itu. Sos mentega itu adalah sejenis sos Perancis yang sangat versatil. Boleh digunakan dalam apa jua hidangan. So worth it lah the time spent depan pc mengadap youtube. I got rave reviews from the jury's in the house for this dish.





Tilapia fillet tu beli jelah yang frozen punya kat supermarket. Nak fillet sendiri tunggu ahkak belajar skill mem'fillet' dulu ye. Kot dah terer mem'fillet' bolehlah masuk Masterchef Australia ke... US ahkak tak hingin, punyalah cengeng sesama peserta, takde semangat persahabatan langsung!


Kalau nak cuba hidangan ini jom check it out resipi ye. Mulakan dengan menyediakan fillet ikan dan memasaknya terlebih dahulu ye. Sos adalah proses paling akhir.


Pan-fry Tilapia Fillet (dory, lemon sole, sea bass and snapper works fine)

4 pcs tilapia fillet or fillet of your choice- defrost
a pinch of salt
a pinch of pepper
1 cup all purpose flour (for coating)
oil for shallow fry

Method:
1. Rub salt and pepper to the fillet. Let set for 5 mins.
2. Heat just enough oil in a pan for shallow frying the fillet. Bottom side of the fillet should be in the oil while the other side submerge above the oil level.
3. Evenly coat the fillet with flour. Shake of excess and fry until the fillet turn golden. Do not overcooked as you will return the fillet for cooking in the sauce later.
4. Put aside when done.


Garlic Butter Sauce

4 clove garlic - mince
3/4 cup chicken stock - can be substitute with cubed chicken stock dilute in 3/4 cup of boil water
50gm butter cubed at room temperature
3 tbs lemon juice
1/2 cup of cooking cream
2 tsp chopped parsley
salt and pepper to taste

Method:
1. Use the remaining oil from frying the fish to sautee garlic until slightly golden. Add chicken stock, bring to boil.
2. Add butter and whisk non-stop to avoid the butter from separate. Add lemon juice, pepper and cream. Whisk to combine.
3. When sauce thickens, add parsley and salt to taste. At this point I return the fillet into the pan. Broil for a few seconds to coat the fish with sauce. And serve.





You can serve the fish with pasta. I made spaghetti olio here which is very easy to make. Rebus spaghetti dan tos kan airnya. Then I heat some olive oil, fry a heap of crushed garlic and chopped parsley. Heat off. Dump the spaghetti in and add a pinch of salt. I also drizzle some more olive oil for extra flavour.


A lighter version for your dinner will be serving the fish with veges sans the pasta. But heyy I will never do that. Because I love pasta! Ummm... I might so ... one day... if  I'm on diet. I also blanched some baby kailan. And pan-roast some cherry tomatoes. Masa nak makan pasta tu saya tekan tomato ceri yang sudah lembut itu dengan belakang garfu kemudian gaulkan jusnya dengan pasta. Wallahhhh... sedap. Menambah perisa sedia ada.


Give it a try. On a busy day, the most it takes to prepare this dish is 20mins. This is a perfect dinner meal for my family whenever I'm busy with baking.

Thursday, 13 February 2014

Aloo Keema - Taste of India


I like to serve variety of food to my family. Bukan masakan Melayu saja. Sometimes it's Italian, sometimes it's Arabic. At times it's Russian. Most of the time my own campak-campak menu *lol*.


Terlalu banyak variety yang sudah saya hidangkan, sampai anak-anak pun dah pandai, kalau tengok takde rupa Melyu atau Jawa mereka akan bertanya, "Ini masakan negara mana, Mama?" 


Kali ini, saya masak hidangan India. Aloo Keema. Aloo merujuk kepada ubi kentang/potato. Keema merujuk kepada daging cincang/mince meat. Keema is actually a spicy mince meat dish. Quite similar to a curry dish except this one is a dry curry. Often paired with potatoes, Keema can also be paired with green peas. Or both. 




Resipinya mudah. Saya ikut resipi yang tertera di blog foodblogger Soma a pretty Indian lady with great passion for food and photography. Here's the link to her blog and her Aloo Keema recipe. Penatlah nak menaip sebab panjang berjela. But I halved the recipe sebab my mince meat cuma 400gm sahaja. InshaaAllah saya akan cuba ringkaskan resipinya kemudian.





Keema can be eaten with white rice. But for my palate, it is best served with naan. This time around I made garlic naan. I made my Keema with gravy because I like to dip my naan into the gravy. Makan panas-panas untuk berbuka puasa, wallahhhh memang layan. Mr Hubby love this. Fahmi couldn't stop rave about this dish. I kept some leftover in the fridge and the next day I reheated them. Fahmi pushed aside other dish and make another dive for Keema.



Wednesday, 27 November 2013

Cod Confit with Basil Pesto Rice ala Chef Adu


Ok, dah tak payah cakap banyak-banyak kali. But I heart Chef Adu's recipe sangat-sangat!
This recipe of Cod Confit diterbitkan dalam majalah RASA edisi November or Disember last year.
Saya tertarik dengan cara penyediaan confit ikan yang unik.
Confit (pronounce as con fee) is a French word which means preparation of food cooked in oil or fat over very low temparature not exceeding 85 celcius. 
Tapi untuk resipi confit ikan cod ini suhu yang ditetapkan adalah tidak melebihi 50celcius.
Mencabar gitu.


I first saw kaedah memasak ni masa tonton My Kitchen Rules - Australian cooking battle program kat channel DIVA tu kan. This favourite team of mine ni masak duck confit.
Tengok gaya masak macam renyah gitu. Asyik kena check suhu je. Memula fikir boleh masak ke isi itik tu dengan suhu rendah. Biasalah awak selalu masak Melayu api mesti mau sedang-sedang besar gitu.
Tapi rupa-rupanya ia dimasak dengan suhu rendah untuk tempoh yang lama.
Hasilnya daging itik tu masak sempurna dengan rupa yang mulus suci gitu dan dagingnya empuk "melt in your mouth" bak kata Chef Manu Fiedel.







This confit unlike the duck confit prepared over the stove by my favourite team,
dimasak over low temperature dalam oven instead. Ikan kod dimasak terendam dalam larutan minyak zaitun yang diperisakan dengan garam dan lada hitam tumbuk kasar.
Bila dikeluarkan minyak zaitun cuma terasa suam-suam gitu je tak panas pun. Dan isi ikan sejuk sedikit tidak warm langsung. Cuma kata Chef Adu kalau nak hidangkan untuk tekak Melayu kena keluarkan ikan kod dan letak sekejap atas frying pan bagi suam panas sedikit. Sekejap je tak boleh lama sebab akan merubah tekstur isi ikan.





Sesuaikan dengan tekak Melayu, confit ikan kod dihidangkan dengan nasi pesto selasih dan salad daun selom Chef Adu. Rasa fresh sangat kombinasi ikan dengan salad yang rangup.

Rasa ikan tu?
Umm... satu rasa unik dan pengalaman baru untuk saya.
I like it tapi kalau nak suruh buat lagi tak tahu bila.
Renyah ;-) but worth the try.
Kalau anda punya tastebud yang adventurous why not give it a try.

Wednesday, 13 November 2013

Crisp Skin Pan-fry Salmon with Cajun Sauce


Siapa tak suka makan ikan salmon? Beri saya pilihan antara salmon dan daging atau ayam saya akan pilih salmon. Kalau kepingan ikan salmon saya akan masak cara paling mudah dan ringkas. Iaitu digoreng tanpa minyak atau dengan sedikit minyak zaitun sehingga kulitnya agak garing tapi isi ikan masih moist. Selain dari goreng begini isi ikan salmon boleh juga buat pai. Tapi kali ini memang nak makan secara pan-fry aja.





Ikan salmon tu saya tabur sedikit garam dan serbuk lada sulah sebelum digoreng. Sementara sos cajunnya saya ikut resipi Chef Ammar yang diambil dari fb beliau. Tetapi tiada sukatan bahan diberi malah tiada cara-cara menyediakan tertulis di situ. Dan memandangkan saya ni tak pernah sempat nak tengok rancangan beliau, saya main agak-agak saja cara membuatnya. Banyak senarai bahan ditulis tapi tak diasingkan yang mana untuk cous cous, yang mana untuk ikan dan yang mana untuk sos cajun. Saya terasa bagaikan diberi bunjut campuran beras dan rempah Musang Berjanggut pula! Pandai-pandailah asingkan dan masak!





Makan dengan cous cous sebagai ganti nasi. Bila dah siap saya tengok plate terlalu plain, sudahlah tiada ragam warna, semuanya putih kecuali salmon berwarna pink. Cepat-cepat geledah peti sejuk, jumpa baby kailan (kali ini yang betul-betul spesis kailan!), celur sekejap toskan dan letak je dalam pinggan. Ok lengkap ada protein, bijirin dan sayur hijau. Yummmsss! ;-)

Saturday, 2 November 2013

Baby Kailan Ikan Masin tu sebenarnya Pucuk Kobis ye?

Last week mr hubs join kayuhan MTB (mountain bike) di Cameron Highland. It was the same week kejadian tanah runtuh di Ringlet. Laluan MTB tidak membabitkan Ringlet, jadi MTB diteruskan.
Saya dan anak-anak tak ikut serta. Bukan tak diajak tapi kami bosan. 
Masa diperuntukkan sangat singkat, bukannya dapat jalan-jalan pun. Mr hubs cadangkan saya bawa je anak-anak ronda CH sementara dia habiskan kayuhan. Ugh... tak syok lah ronda-ronda bertiga je.


Balik dari CH mr hubs bawa balik sayur-sayuran segar dan sekuntum bunga ros. Erk! Sekuntum jer??? Itupun kata dia auntie yang jual sayur/bunga tu beri percuma suruh bagi kat 'your wife' kata dia. Sabar jelah dapat ros percuma, bukan mr hubs bagi tapi auntie yang bagi!!!
 Takpelah janji selain ros, mr hubs ada bawa balik strawberry kering my favourite tu.
Sayur pulak mr hubs takdelah beli banyak/ Kata dia RM10 untuk 3 jenis sayur. Lalu dia beli 1 peket pucuk kobis (cabbage shoot), 1 peket tomato kecil dan 1 ikat asparagus.
Satu benda kegemaran kami yang dia lupa beli.
Salad Romaine!!!! Salad yang selalu beli kat supermarket tu kan memang datang dari CH, cemana lah dia boleh lupa. Tapi nak buat cemana, wifey dia pun tak reti pesan memesan ni.
Apa je yang di bawa balik saya terima ;-).




Cabbage shoot/baby kailan dari CH ni memang segar dan cantik. Jauh lebih segar dari mana-mana yang dijual di supermarket tu. Maklumlah terbaik dari ladang kans?


Baby Kailan Ikan Masin

1 peket pucuk kobis/cabbage shoot
beberapa batang baby corn dibelah dua
setengah batang lobak merah dihiris
1 batang cili merah dihiris serong
1 biji tomato belah enam
3 ulas bawang putih diketuk
1 keping ikan tenggiri masin jeruk
2 sudu besar sos tiram

Cara-cara:
1. Pucuk kobis dibelah dua dan rendam dalam air garam selama setengah jam. Kemudian bersihkan dibawah air paip dengan menyelak setiap helaian. Pastikan tiada pasir dicelah-celah daun.
2. Didihkan air dengan sedikit minyak (untuk kekalkan warna hijau). Celurkan pucuk kobis/baby kailan tadi selama 2 minit. Toskan. Celurkan baby corn dan lobak merah pula. Toskan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis ikan masin sebentar kemudian masukkan bawang putih, cili merah dan tomato.
4. Bila tomato hampir layu masukkan sos tiram dan sedikit air. 
5. Jika perlu boleh tambah garam. Bila sos agak pekat baru masukkan sayur-sayuran. Kacau rata dan padamkan api. Hidang.

Nota: Kalau menumis sayur berdaun terutama kailan saya lebih suka mencelur terlebih dahulu untuk kekalkan kerangupan sayur. Bila dimakan masih terasa krup krupp dia. Tujuan saya letak tomato diawal menumis supaya jus tomato tadi menjadi sebahagian perisa kepada sos/kuah ikan masin dan juga untuk seimbangkan rasa masin ikan jeruk.



Kalau pergi kebanyakan restoran masakan Cina atau Thai, kita minta sayur baby kailan ikan masin pasti sayur inilah yang dihidangkan kepada kita. 
Tapi sekali tengok memang dah nampak rupa kobis. Cuma untuk orang yang tak pandai makan sayur, saya takdelah banyak soal. Janji sedap. Tapi saya tau sangat, baby kailan yang sebenarnya tidaklah rupa gini. Sebab saya selalu beli dan harganya mahal berbanding cabbage shoot mentah. Baby kailan sebenar rupa dia sebiji rupa kailan cuma dia bahagian pucuk yang lebih lembut. Jadi, saya kira di kalangan operator restoran atau tukang masak terma baby kailan adalah diterima pakai sebagai gantian nama kepada pucuk kobis ini. Barangkali bertujuan untuk menjimatkan kos kerana harga baby kailan sebenar sedikit mahal berbanding cabbage shoot???



Tuesday, 29 October 2013

Moroccan Beef Tagine




The beef tagine that I made last 2 weeks. Putting daging qurban to good use (*_^).
A tagine (tajine) dish is basically a rich meat stew originated from North Africa. It is a dish made popular by the Moroccan people with their style of cooking the dish in a special claypot called tagine/tajine. Safe to say that a tagine is a rich meat stew cooked in a tagine.



This is a tagine (the pot). Made of clay with the bottom part forming a shallow pot comes with cone shaped lid. Pic credit to www.mediterraneandiet.com

But with the absence of a tagine pot, cooking this Moroccan stew made easy with simmering it over heat on the stove or alternatively cooking it in the oven over long period, say 1 1/2 hour to 2 hours until the meat is tender.






Moroccan Beef Tagine
courtesy of Bordbia

Ingredients
  • 1 kg well trimmed shoulder/chuck beef or shoulder of lamb, cubed
  • 1 tablesp. ground ginger
  • 1 teasp. ground black pepper
  • 1 teasp. ground cinnamon
  • 1 tablesp. turmeric
  • 1½ tablesp. paprika
  • ½ teasp. chilli powder
  • 1-2 tablesp. olive oil
  • 2 large onions, diced
  • 3 cloves garlic, chopped
  • 100g dried apricots, chopped - i omit coz i don't have any
  • 50g sultanas or raisins
  • 250ml tomato juice
  • 125ml beef or lamb stock
  • 1 tablsp. honey
  • Juice of ½ lemon
  • Salt to taste

Topping: (optional) 
Mix together:
  • 1-2 tablesp. fresh coriander, chopped 
  • Grated rind of 1 lemon 
  • 50g almonds, chopped 
  • Salt and black pepper

To Cook
Method
Set oven Gas Mark 4, 180ºC (350ºF).
Place the meat in a large bowl.
Mix the spices together and coat the meat with the spices.
Heat half the oil in a large pan and brown the onions well and place in a flameproof casserole, then brown the meat in the remaining hot oil (do this in batches to get the meat a good colour).
Transfer to the casserole with the onions.
Add all remaining ingredients. Stir well, bring to the boil.
Place in the oven for approx. 1½ hours or until the meat is very tender.

Serving Suggestions
Sprinkle on the topping and serve with rice or cous cous.




Cooking this dish reminds me of another meat stew dish popular among the Italian called Osso Buco. They share similiarity in ingredients use except in a tagine spices is added. It is a one pot meal which can be eaten with white rice or cous cous. This is the second time I made cous cous. I bought the instant cous cous a couple of months back but I hesitated making it. Mainly because I've never tried a cous cous before. But now, I can say that I like it. It is very light and fluffy, non-starchy alternative to rice. Its texture is similar to millet because cous cous actually originates from millet!!!  But slightly lighter version. The taste of cous cous is rather bland on its own. You need to add a small pinch of salt or cook them with chicken stock to add flavour. It is packed with protein and fiber. Not only it tastes good, it makes a perfect diet too!!!

Sunday, 27 October 2013

Thai Street Pad Prik Making



I heart this mak cik's pad prik making. 
I've tried making chicken pad prik by improvising the recipes/ instruction given from this video. 
And it tastes much better than the typical Malay pad prik recipes.
Layan sangat tengok video ni (*_^)



Tuesday, 8 October 2013

Pla Neung Manao


Wahhhh sekarang dah pandai speaking Siam kan? (*_^)


I cook Pla Neung Manao for our lunch over the weekend. Ada 2 orang pemakan ikan dan 2 orang yang bukan pemakan ikan dalam rumah ini. Jadi selalunya kalau masak ikan as main dish saya kena standby lauk lain untuk bukan pemakan ikan. Ikan apa jua jenis sekalipun sangat sesuai dengan selera lelaki-lelaki dalam rumah ini. Manakala perempuan-perempuan dalam rumah ini adalah sedikit memilih (read cerewet). Tolak tepi perempuan tukang masak, sebab dia boleh hidup tanpa makan hehe. Tapi budak perempuan kecil itu sangat kasihan kalau tiada lauk kegemaran dia akan kelaparan. Maka, bila saya pilih untuk masak Pla Neung Manao ini selesai masalah, sebab semua orang boleh terima termasuk budak perempuan paling muda itu.


Ok, saya tau anda telah tengok gambar di bawah terlebih dahulu sebelum membaca mukadimah entry ini. You cheat! Jadi anda sudah tau apa itu Pla Neung Manao. Mengikut kamus masak-memasak Thai yang pandai-pandai saya reka (where got such dictionary), Pla = Ikan, Neung = memasak secara kukus dan Manao = Limau/Lemon. Jadi Pla Neung Manao adalah Ikan Kukus Limau ala Thai atau Thai Steamed Fish in Lime Sauce. Ok umum telah mengetahui ini merupakan sejenis hidangan yang sangat terkenal di restoran-restoran masakan Thai. 





Bahan perisa utama dalam menyediakan hidangan ini sudah tentunya buah limau yang memberikan rasa masam pada kuah atau sosnya. Untuk hidangan ini saya guna resipi Chef Shane, seorang chef Australia (lahir di New Zealand) yang banyak menimba pengalaman memasak di negera-negara Asia Tenggara terutamanya Thailand dan Vietnam. Beliau mencurahkan segala pengalaman dan resipi memasak gaya Asia di dalam blognya Chef-A-Gogo. Saya membuat sedikit kelainan pada bahan-bahan yang digunakan tetapi kebanyakkan adalah sama dengan resipi asal beliau. Oh ya, saya guna ikan siakap ye. Orang putih Australia panggil barramundi. Omputih celup dari Asia panggil sea bass. Nak guna ikan kerapu pun boleh, tapi kerapu sebenarnya lebih sesuai untuk masak secara deep-fry. Sementara ikan merah pula kena pastikan betul-betul segar dan kena masak terus jangan simpan-simpan, hilang keenakannya. Ada sejenis ikan lagi adik beradik ikan merah, nama dia ikan delah pun sesuai masak kukus. Ini semua jenis ikan yang isinya lembut. Kalau ikan isi padat dan kenyal tu kau goreng jelah dik non. Tak stim masak stim ;-).



Pla Neung Manao recipe by Chef Shane via http://chef-a-gogo.com

1  whole fish 700g-1kg, scaled & gutted (sea bass, barramundi, grouper, red snapper, coral trout)
 
Sauce
120ml Freshly squeezed lime juice 1/2 cup (saya campur perahan limau nipis dan lemon)
60ml   Fish sauce 3 tbsp
40g    Garlic 2 tbsp (saya guna 10 ulas bawang putih yang dicincang halus)
25g    Chilli 1-2 tbsp (saya guna cili padi 5 biji untuk kurang pedas)
250ml Chicken stock 1 cup (saya guna kiub ikan bilis dilute dalam 1 cawan air panas)
15g    Coriander sprigs + 15g root(1/2 cup + 2 tbsp root)
 
2ea    Fresh green seedless limes
1-2ea Lemongrass sticks (bruised, then twisted) (saya mayang halus 1 batang serai)

*Tambahan ~ garam secukup rasa dan gula dalam 4 sudu besar atau boleh guna sirap gula melaka dalam 2 sudu besar. Ini bertujuan untuk seimbangkan rasa masa perahan limau/lemon.
 
Method
  1. Slash the fish several times on each side so the meat cooks evenly (Kelar penting pada bahagian paling tebal isi. Saya kelar secara menyerong membentuk kelaran 'U' supaya mudah ambil isinya bila masak nanti)
  2. Slice the 2 limes
  3. Stuff fish belly cavity with lemongrass, half the coriander root and some lime slices * Saya lumur sedikit garam pada ikan.
  4. Top fish with some lime slices, and rest on a couple more lime slices in the steamer
  5. Steam for 7-12 minutes or until fish is cooked through at the thickest part.
  6. While the fish is steaming, make the sauce 
Sauce Method
  1. Chop the fresh garlic, cleaned coriander root and the chillies (chillies to taste. depending on their heat & your tolerance)
  2. Mix chilli, garlic & coriander root with the fresh lime juice and the fish sauce.
  3. Heat chicken stock, but do not boil.
  4. Add to the lime juice & chilli mix.
  5. Taste and adjust to be sour and spicy with a hint of saltiness.
  6. Remove fish from the steamer when cooked, put into fish dish, pour the sauce over, and garnish with fresh coriander sprigs.

*Jika bimbang ikan yang anda gunakan agak kurang segar, buang air yang bertakung dalam bekas kukusan anda sebelum curah sos limau untuk dihidangkan. It helps membuang rasa hanyir. Tapi yang terbaik semestinya guna ikan segar ;-).





Masak hidangan Thai kalau tak letak sos ikan memang tak sah lah kan. Apa hidangan pun mesti letak sikit, baik kari massaman hingga ke kerabu som tam. Daun ketumbar (coriander) dan akarnya tu nasihat saya jangan skip sebab ia memberi lapisan rasa tambahan, lain daripada hidangan ikan kukus limau yang biasa kita makan. Saya buat sedikit survey di blog-blog hidangan Thai oleh orang-orang Thai sendiri, memang majoritinya akan guna daun ini sebagai penambah rasa hidangan.

Makan panas-panas dengan nasi panas memang bangkit selera! Kalau yang ini, even cik Yaya can't or won't resist!!!




Wednesday, 11 September 2013

Nasi Kelantan... Gulai Terengganu


Bukan tajuk novel terbaru di pasaran ye - maaf saya tak rajin buat review novel, sebab kalau saya review confirm panjang mukasuratnya hampir separuh novel tersebut! Kihkihkih...
Apa kes saya samakan tajuk entry macam tajuk novel? 
Maklumlah zaman sekarang tajuk novel semua ringkas. Kadang sekali imbas baca macam tajuk komik alih bahasa Korea - komik sains kitar hidup kesukaan anak-anak pun ada. 
Tajuk entry merujuk kepada menu nasi dagang yang saya buat untuk berbuka puasa Khamis lepas.
Memang dah selalu sangat buat nasi dagang. Tapi kali ini rasa diseru-seru pula nak cuba masak nasi dagang style Kelantan. Guna beras merah tu. Tapi gulai ikan aye nya tetap jua mengekalkan gaya masakan Terengganu. Maka terbitlah tajuk entry di atas (*_^)





Saya beli beras nasi dagang dalam kampit jenama Faiza. Silapnya saya rendam tak cukup lama, cuma 3 jam saja sebab itu beras saya memakan masa mengukus yang paling lama dalam sejarah buat nasi dagang. 1 1/2 jam mengukus baru masak. Itupun ada butiran beras yang bega (degil dalam dialek Nogori) tak masak-masak sampai ke sudah. 


Nasi dagang standard lah makan dengan gulai ikan aye. Kalau makan dengan gulai ayam tu tersangatttt lah tak original. Saya celik mata je kenal nasi dagang dengan gulai ikan aye. Tetiba bila dah besar jumpa orang makan nasi dagang dengan gulai ayam. Saya rasa "tok leh gi" sesangat. Sebab gulai ikan aye ni berbeza daripada kari atau gulai ikan lain. Rasa dia complement rasa nasi dagang berherba tu. Rasa gulai/kari ayam tak jive sesangat dengan aroma nasi dagang. 







Selain gulai ikan aye, makan nasi dagang mesti ada acar timun (kalau nasi dagang Kelantan ada tambahan  serunding kelapa). 
Kalau buat acar timun ni mesti lebihkan portion sebab Fahmi suka makan acar. Kalau buat sikit-sikit alamat orang belakang dapat biji lada jelah. Dia bantai makan acar macam omputih makan salad gitu!


Sedap juga makan nasi dagang beras merah ni rupanya. Sekali rasa macam makan bubur pulut hitam gitu, sebab berasnya 'berkulit'.  Nasi dagang saya overcooked, sebab nak bagi beras 'bega' masak. Overcooked punya pasal ada yang terlembik sedikit. Saya makan begitu saja tak payah lauk pun sedap. Janji hirisan bawang merah, halia dan halba tu mesti cukup mewah, baru terbangkit aroma dan rasa.
Ada baki banyak lagi beras nasi dagang merah ni. Inshaa Allah next time boleh buat lagi. Tapi next time tu kena ingat-ingat sendiri lah ye, sila rendam beras 5-6jam untuk menjamin beras masak sekata he he he.

Friday, 30 August 2013

Lemang Kukus, Rendang Ayam Berempah


Saja lepas gian teringin buat lemang sendiri. Tapi sungguh saya memang teringin benar nak bakar lemang gaya tradisional, yang dalam buluh tu. Teringin nak merasa cara-cara buat lemang sebenar. Teringin nak jaga api. Padahal bau asap orang membakar lemang sikit pun tak tahan... ha ha ha. Tapi setakat tinggal teringin jelah. Nak membakar lemang di rumah mak saya, tanah dah habis disimen letak jubin segala. Kau jangan buat pasal hitam jubin kudaputih abah tu nanti. Nak ajak membakar lemang kat rumah mentua, kau jangan nak macam-macam. Merasa sekali merendang daging 5kg pun kau trauma, tiap kali Syawal kau demam parkinson. Te he he...
Melemang lah kat rumah sendiri ye! 





Buat lemang kukus ni rumitnya kurang banyak lah dari bakar lemang sebenar. Tapi tetap banyak prosesnya. Kukus je dulu pulut macam biasa tapi biar 3/4 masak. Saya suka guna pulut susu, ia lebih berlemak dan mudah lembut. Hasilnya anda akan dapat lemang yang padat dan sedap.


Bila pulut dah 3/4 masak kita sediakan aluminium foil yang dialas dengan sehelai daun pisang muda yang sudah dilayur. Pulut yang 3/4 masak tadi saya gaulkan dengan sedikit santan yang sedia masin - ini untuk mudahkan proses memasak seterusnya, kalau tak nak letak pun takpe. Kemudian letakkan pulut di atasnya dan balut kemas-kemas membentuk seperti roll. Saya selalunya lipat satu hujung foil, kemudian tegakkan lemang dan hentak-hentak sedikit bagi lemang padat kemudian baru lipat hujung foil satu lagi. Bila dah siap membungkus, panaskan air dalam periuk kukus dan bolehlah kukus semula sehingga betul-betul masak.


Sementara lemang siap dikukus, panaskan oven ke 180 darjah. Setelah keluarkan lemang dari periuk kukus terus pindahkan ke dalam oven selama 20-30minit. tujuannya untuk keringkan lemang dan beri effect sedikit garing di tepi-tepi lemang. Biar sejuk dulu baru potong. Kalau potong tengah panas alamat lemang penyek dowh... baik buat pulut impit je terus!




Makan lemang mesti ada rendang kan? Saya lepaskan hajat cik Yaya yang teringin nak makan rendang ayam. Saya buat 1/2 ekor ayam saja. Cukuplah bukannya ramai pun orang dalam rumah ni. Rendang saya guna resipi campak-campak. Tapi mesti letak ketumbar dan jintan manis serta jintan halus yang disangai dan kisar halus. Itu rempah penyedap yang wajib saya guna bila buat rendang. Sebab buat rendang main campak-campak jadi bila nak tulis resipi terasa payah. Sebenarnya pada saya buat rendang ni takde lah rigid sangat undang-undang dia. Wahhh siap pakai undang-undang you! Bahan asas seperti bawang, serai, cili dan santan. Lain-lain seperti halia, lengkuas, kunyit, kerisik dan lain-lain rempah tu boleh tambah tolak darab bahagi ikut suka. Sebab kalau tengok resipi yang bertebaran di majalah atau internet ada pelbagai versi rendang. Ada orang letak lengkuas, ada yang tidak. Tapi bawang, serai, cili dan santan wajib ada. Lain-lain tu ikut kaedah masing-masing.


Rendang Ayam Berempah kaedah saya:

1/2 ekor ayam
7 biji bawang merah - kisar
3 biji bawang putih - kisar
5 batang serai dihiris putihnya saja - kisar
10 tangkai cili kering - rebus/rendam air panas - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci lengkuas - kisar
1 inci kunyit - kisar
2 keping asam gelugor
kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
1 sudu besar ketumbar - sangai dan kisar halus
1 sudu besar jintan manis - sangai dan kisar halus
1 sudu kecil jintan halus - sangai dan kisar halus
2 cawan santan/ 2x200ml santan kotak
1 helai daun kunyit - hiris halus
3 helai daun limau purut - koyak2 je
3 sudu besar gula melaka diracik
garam


Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan bahan-bahan kisar kecuali rempah kering. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan rempah kering dan gaul rata. Masukkan ayam yang dah dibersihkan berserta santan, sedikit garam dan asam gelugor. Biarkan merenih hingga ayam empuk dan kuahnya separuh kering. Tambahkan garam jika perlu dan gula melaka. Masukkan juga daun kunyit serta daun limau purut. Bila kuah rendang 3/4 kering dan cantik pecah minyak bolehlah padamkan api. Kalau mau kering lagi boleh teruskan hingga tercapai hajat di hati... (*_^). Saya suka rendang ayam yang agak basah. Kalau suka boleh tambah kerisik masa letak gula melaka tadi. Saya kalau ada kerisik saya guna, kalau takde tak jadi hal.


Seperkara lagi, bila buat rendang ayam saya gemar goreng dulu ayam tu separuh masak. Tujuannya supaya isi ayam tak mudah hancur kalau terlama sangat masak. Pada saya dapat juga elakkan rendang ayam saya daripada cepat basi. Tapi kalau ayam dah digoreng separuh masak, kita renihkan santan bersama bahan tumisan hingga separuh pekat baru masukkan ayam ye. Kalau masukkan ayam dari awal alamat lunyai ayam tu. 


Ada macam-macam kaedah masak rendang ni. Ada kaedah yang tak perlu tumis dan tak pakai minyak pun. Cuma dump everything sekaligus dalam kuali dan biarkan sampai masak. Dah tak payah pening-pening nak fikir eh lepas ni letak apa? 
Entah ikutlah selera dan kaedah masing-masing. Janji rasa rendang. 
Kalau masak rendang terasa mee bandung tu memang benda ajaib. Meh sini ahkak pun nak gak try resipi tu... ;-)