Friday 10 July 2015

20 Ramadhan 1436H - Kenyataan nya...



Dalam entry yang lepas saya ada menyebut tidak banyak perkara-perkara pelik berlaku semasa kami berada di kedua-dua tanah suci. Selain insiden-insiden yang agak lucu tetapi buat saya bermuhasabah diri, ini ada 2 insiden yang tak lucu langsung dan sangat mencuakkan.


Umumnya rombongan jemaah umrah akan bergerak menggunakan bas sebagai land transportation yang lebih sesuai dengan jumlah jemaah yang ramai. Kalau anda sampai sini memang banyak sekali bas-bas persiaran di atas jalan raya saling bersaing dengan kereta milik penduduk tempatan. Di Madinah memang tidak kelihatan langsung motorsikal mahupun basikal. Saya tak pasti adakah kerana penggunaan motorsikal memang tidak digalakkan? Atau penduduk Madinah kaya raya buat apa nak pakai motorsikal kalau mampu beli kereta. Atau bermotorsikal memang bukan budaya orang Arab. Memang takkan jumpa anak-anak muda berdezup sana sini macam anak muda Malaysia. Hanya setiba kami di Makkah saja baru kami nampak kelibat motorsikal. Itupun tak banyak.


Di sini pemanduan adalah di sebelah kiri dengan haluan di sebelah kanan. Saya ambil masa juga nak sesuai kan diri. Bukan sebab saya yang kena memandu! Tapi beberapa kali juga bila nak naik bas saya pergi ke sebelah kiri bas. Lepas tu mula lah macam orang buta tercangak-cangak mencari mana pintu bas? Mana pintu bas? Toksah duk cari lah melainkan kalau anda nak duduk dalam perut bas tempat simpan luggage tu! Bila sampai negara orang baru lah faham apa maksud "macam rusa masuk kampung" ;-P


Janganlah anda merasa pelik bila pemandu asyik tekan hon. Hon sana, hon sini. Itu perkara biasa. Umpama signal mereka nak bagi tahu kepada pemandu lain bahawa mereka nak lalu. Atau mereka nak cepat jadi sila ke tepi. Saya kira kaedah suka menekan hon ini saling tak tumpah dengan gaya pemandu-pemandu di Indonesia dan Vietnam (sekadar menyebut negara yang pernah saya pergi saja). Kaedah pemandu negara Arab rupanya sama saja dengan pemandu negara-negara Asia Tenggara. Huru hara!


Sungguhpun hon adalah alat memberi isyarat yang lebih digemari berbanding lampu 'signal' kiri kanan dan sebagainya. Dan sungguhpun dalam kebanyakan masa saya merasa selamat menaiki bas menelusuri jalanraya di Makkah dan Madinah yang lebar dan luas yang kadangkala bas-bas bersaing rapat sebelah menyebelah macam nak berlaga pun ada tapi amazing nya ia tidak berlaku. Tetapi pemandu Arab sama saja dengan pemandu-pemandu di Malaysia yang kebanyakannya tidak berhemah. Pemandu bas kita mungkin memandu dengan cara yang selamat tetapi kemalangan boleh berlaku disebabkan sikap pentingkan diri sendiri pemandu lain.


Dua kali bas yang kami naiki nyaris bertembung dengan kereta. Kali pertama ketika kami ke Jabal Nur kalau tak silap. Bas terpaksa brek mendadak dengan kadar yang boleh menyebabkan penumpang tercampak dari tempat duduk. I'm not kidding. Hingga mutawwif kami Ustaz Burhan yang sedang berdiri bersandar pada penghadang bas (yang katanya sengaja dipasang di bas-bas persiaran untuk elakkan mutawwif tercampak) pun nyaris tercampak ke tempat duduk pemandu. Saya yang sedang ralit mendengar penerangan beliau hanya mampu menjerit terkejut. Subhanallah! Gara-gara sebuah kereta yang tiba-tiba masuk ke laluan kami. Berdebar dada saya, uniknya Ustaz Burhan boleh buat lawak pula. Padahal dia yang paling berisiko waktu itu. Saya tabik kepandaian beliau buat kami rasa tenang.


Kali kedua ketika kami dalam perjalanan dari Makkah ke Jeddah untuk berangkat pulang. Kali ini bas sudah bertukar, pemandu juga bukan lagi pemandu sama yang bawa kami dari Madinah tempohari. Kami dah kepenatan setelah 10 hari beribadah. Sebaik saja melepasi tanah haram jemaah semua pakat tidur. Saya pun tertidur, letih sangat. Sampai di bandar Jeddah saya terjaga. Bandarnya sangat cantik dan hijauuuuu!!! Walaupun mata masih kelat tapi bila nampak rumput dan pokok-pokok palma menghijau terus jadi segar. Saya tak ingin pejam mata semula dan hilang peluang menikmati keindahan ini! Ustaz Burhan mula beri penerangan tentang next stop kami iaitu sebuah pantai peranginan sambil duduk di kerusinya. Walaupun ketika itu masih ramai jemaah yang lelap.


Sampai di satu roundabout saya seperti biasa memang suka memerhatikan jalan dan pemandangan. Bas kami berada di lorong sebelah kanan dan dari gaya pemanduan saya rasa pemandu bas nak ambil pukul 9. Ada sebuah 4WD saya tak ingat jenis apa yang menyelusuri sebelah kiri bas. Agak berjarak juga. Jalan raya di Jeddah sangat lebar. Bila bas semakin menghampiri laluan yang dipilih, saya rasa sangsi sebab 4WD itu sekejap-kejap macam rapat dengan kami tapi tak berapa rapat kemudiannya. Saya alih pandangan. Dan ketika itulah tiba-tiba pemandu bas tekan brek mengejut hingga saya terpaksa menahan tangan pada seat di hadapan untuk elak daripada tercampak. Saya teringat Yaya di sebelah saya. Dia duduk di tepi laluan penumpang. Di sebelahnya adalah pintu bas. Syukur pintu tertutup. Saya menahan tangan pada badannya. Subhanallah. Saya menjerit lagi. Allahuakbar. Yang ini lebih teruk dari insiden pertama. Saya masih tak percaya kami survived. Alhamdulillah. Mujur Ustaz Burhan dalam keadaan duduk kali ini.


Rupa-rupanya pemandu 4WD itu memecut lintas depan bas untuk mengubah haluannya ke pukul 12. Allahu.... kenapalah kome tak keep to the right je dari awal tadi. Boleh tahan juga kerenah pemandu Arab. Serta merta saya teringatkan kejadian-kejadian kemalangan yang melibatkan bas jemaah-jemaah haji/umrah di masa lalu. Oh kalau beginilah cara pemandu Arab memang tak hairan lah. Mereka gemar menukar arah dalam sekelip mata tanpa beri lampu isyarat mahukan menekan hon seperti yang lebih digemari mereka! I guess tekan hon itu hanya kebiasaan pemandu bas saja! Mengucap panjang saya. Rasa hilang semangat sekejap. 


Saya fikir. Cahaya Islam itu tidak dapat memberi manfaat mengubah manusia menjadi lebih baik kalau kita tidak mengamalkannya. Sad but true :-( . Muhasabah diri.



Monday 6 July 2015

19 Ramadhan 1436H - Selamat Datang 10 Malam Terakhir Ramadhan


Selamat datang ke 10 Malam Akhir Ramadhan.

Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Perkiraan malam bermula dari waktu Maghrib hingga terbit fajar (Subuh) keesokan harinya. Namun ia tidak membataskan pecutan ibadah kita hanya dalam lingkungan waktu tersebut sahaja. Di siang hari jaga amal ibadah kita.

Jaga lidah. Kurangkan bercakap perkara yang sia-sia.
Jaga mata. Sudah-sudahlah menonton tv, melalaikan.
Solat tepat waktu.
Banyakkan berzikir di siang hari.
Dan lipatgandakan sedekah.

Apa yang kita buat sepanjang masa also counts.

Diriwayatkan apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Masa untuk 'hambat' kaum suami dan anak-anak lelaki mu pergi beriktikaf di rumah-rumah Allah. Dan kalau diberi keizinan dan bersesuaian tempatnya kaum wanita juga boleh turut serta, jaga batas.


Nak minta doa apa kalau dapat jumpa malam Lailatulqadar? Nabi saw dah sebut, mintalah keampunan. Sesungguhnya itulah sebaik-baik doa. Kita bukan maksum, dosa macam buih di lautan.

Kemudian minta lah kebaikan dunia dan akhirat.


Untuk sisters yang 'cuti', jangan sedih... boleh saja bangun berzikir bermunajat dan berdoa. Cuti solat dan puasa bukan bererti cuti daripada ingat Tuhan. Paling mudah bangun waktu biasa kita sahur, capai al-Mathurat tu, baca.


Tarbiah madrasah Ramadhan sebenarnya bermula dari bulan Rejab, lanjut ke Syaaban dan puncaknya Ramadhan. Bilamana kita digalakkan menghidupkan amalan solat sunat. Supaya lebih mudah dan telah menjadi terbiasa pula. Kalau 355 malam tidur lena tak pernah bangkit qiam, susah juga serta merta nak kejar 10 malam akhir.


Moga kita menjadi antara mereka yang beroleh rahmat dan keampunan. Amin








Saturday 4 July 2015

17 Ramadhan 1436H - Nuzul al Quran atau Badar al-Kubra?





Salam Nuzul Quran

Hari penurunan al-Quran dari loh Mahfuz ke langit dunia dan kemudiannya turun secara beransur-ansur kepada Rasulullah saw dalam tempoh 23 tahun.

Tahukan? Surah al-Baqarah merupakan surah paling panjang di dalam al-Quran; sebanyak 286 ayat. Dan merupakan surah yang mengambil masa paling panjang untuk lengkap iaitu 23 tahun. Dengan ayat 281 surah al-Baqarah menjadi ayat al-Quran paling akhir turun iaitu 9 hari sebelum kewafatan Rasulullah saw.

Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan.

Allahumma solli 'alaa Muhammadin wa'alaa aa li Muhammad

Pengorbanan mu membolehkan kami hari ini mengenal Islam.


Ada satu lagi peristiwa penting pada tarikh 17 Ramadhan ini. Ianya tarikh berlakunya peperangan Badar di mana 313 tentera Islam diperangi oleh 1000 orang tentera Musyrikin. Dengan keyakinan terhadap janji Allah, tentera Islam pimpinan Rasulullah saw menang. Dalam peristiwa ini juga mencatatkan syahidnya sahabat-sahabat Rasulullah seperti Saiyidina Hamzah yang juga bapa saudara Nabi. Saya masih lagi belum khatam membaca buku 113 orang wira terbilang tetapi buku tersebut banyak membuka mata tentang peristiwa-[eristiwa dan tokoh-tokoh penting dalam sejarah Islam. Sangat mengharukan dan sangat menyentuh hati. InsyaAllah akan saya kongsikan dalam entry di masa akan datang.


Selamat beramal dengan al-Quran. Di akhirat nanti ibadah puasa dan amalan membaca al-Quran merupakan dua benda yang dapat memberi syafaat kepada kita.

Monday 29 June 2015

12 Ramadhan 1436H - Peristiwa Pelik Tapi Lucu Ketika Umrah



Kalau cakap pasal haji dan umrah kebiasaannya ada yang suka nak tau jika ada pengalaman-pengalaman pelik yang dialami oleh jemaah haji/umrah. Dan kita juga biasa baca di akhbar-akhbar atau majalah perkongsian jemaah yang berstatus selebriti. Saya sendiri bila bertemu jiran atau kawan-kawan usai umrah tempohari ditebak dengan soalan, "Ok?" . Soalannya ringkas tapi sarat makna. 


Saya tak menjangkakan soalan seperti "Ok ke?" yang pada saya agak odd. Jadi saya tak reti nak beri respon bagaimana. Most of the time muka saya akan blur terus haha. Sebab selalu kalau saya yang berjumpa kawan-kawan yang baru balik umrah/haji sapaan saya selalunya begini, "Seronoknya orang baru balik umrah" atau "Mesti best kan kat sana?" dan kawan tadi akan terus tersenyum dan macam air sungai mengalir dia bercerita tanpa dipinta dengan muka berseri-seri tentang keseronokan beribadah di sana. Dan saya tanpa sedar akan turut melebar senyum tumpang seronok dengar cerita mereka. Sungguh!


Tapi sekadar nak berkongsi ada beberapa kisah yang tak pasti boleh dikategorikan sebagai pelik atau tidak yang berlaku dalam rombongan kami. Terlebih dahulu ingin saya tegaskan perkongsian ini bukan bertujuan membuka aib sesiapa melainkan untuk kita sama-sama ambil iktibar moga kita menjauhinya. After all tujuan kita ke sana nak beribadah. Any deviation from niat sebenar pasti mengundang masalah kepada diri sendiri juga.


Rombongan saya kiranya agak besar juga. Kira-kira 110 orang. Sejak ketibaan di Madinah lagi kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan menaiki 3 buah bas iaitu bas berasingan A, B & C. Saya dan keluarga ditempatkan dalam bas C, bas terakhir yang tidak penuh hanya kira-kira 23 orang sahaja tidak termasuk pemandu, mutawwif dan pengiring. Lapang dan tenang. Dalam rombongan hanya ada 2 orang kanak-kanak iaitu anak saya. Dan jemaah dalam bas C datang dari merata negeri - Terengganu, majoriti Perak, Kuantan dan kami sendiri dari Selangor dan Negeri Sembilan. Pada hari kami dibawa ziarah ke Jabal Rahmah - lokasi pertemuan semula Nabi Adam as dan Siti Hawa, bas yang kami naiki bertambah penumpang sebanyak 2 orang mak cik dari Sarawak. Mereka asalnya naik bas B tetapi ketinggalan bas sebab lambat turun dari hotel. Tiba di Jabal Rahmah kami diberi taklimat ringkas oleh Ustaz Agus Latif tentang sejarah Jabal Rahmah, keadaan sekitarnya dan juga pesanan yang bersifat amaran :-

1. Jangan sesekali menulis nama atas batu. Kot iye pun sayang cinta pasangan tak perlu tulis nama atas batu 'Kassim love Ani' (contoh je). Kerana ini bersifat vandalisme.
2. Naik ke bukit dari tangga sebelah kanan sahaja dan turun dari sebelah kanan juga. (kalau tak mau sesat sebab keliling bukit ada 3 ke 4 tangga naik ke atas. Silap turun mau keliling sesat tak jumpa bas)
3. Cepat naik dan cepat turun. Diberi masa 30minit saja sebab lepas tu nak pergi bermiqat pula.


Berulang kali Ustaz Agus ulang pesanan di atas. Malah dihujungnya ustaz siap cakap, "Kalau tak naik lagi bagus!" which made me laugh because I knew bukan semua boleh mendengar cakap, sukar nak menjaga rombongan yang besar dan bukan lagi dalam lingkungan usia budak sekolah. Pasal larangan jangan tulis nama atas batu tu, ustaz ada sebut, pernah jemaah sebelum kami degil nak juga tulis nama sampai pinjam pen (tak tau lah jenis apa) dari seorang lelaki Arab. Dia akhirnya turun dengan wajah kesal. Rupa-rupanya pinjam pen saja pun dikenakan bayaran 25riyal! Kata ustaz kalau dah dilarang jangan sesekali cuba buat.


Saya dan keluarga tak naik pun bukit Rahmah. Saya personally tak mau sebab bajet nak simpan tenaga untuk tawaf dan saie pertama saya nanti. By the time kami tiba semula ke hotel untuk meneruskan ibadah umrah nanti dah tengari waktu matahari betul-betul tegak atas kepala. Saya tak mau penatkan diri sebab tak pasti lagi how tough its going to be for me. Jadi kami duduk dibawah sambil layan anak-anak makan aiskrim Arab.


30minit berlalu. Beberapa kerat saja yang dah kembali ke bas. 40minit berlalu. Bas belum dapat bergerak kerana masih ada jemaah yang belum turun. Saya tak perasan rupanya ustaz Agus dan beberapa pengiring sudah tinggalkan check point nya. 45 minit berlalu. Bas kami belum dapat bergerak. Tengok penumpang dalam bas semuanya ada. Eh siapa pulak yang tertinggal ni? Kemudian baru lah nampak kelibat Ustaz Agus berjalan laju sambil pegang bendera kecil (agensi kami) dari arah yang agak jauh dari tangga tempat jemaah kami diarahkan naik/turun tadi. Dan dibelakangnya ialah ... 2 orang mak cik yang ketinggalan bas pagi tadi!!! Tersilap tangga? Dengar omelannya macam 'melontar'? Wallahu'alam.


Saya faham, kadang timbul perasaan "eh... belum tentu lain kali dapat datang lagi" maka keinginan untuk berlama-lama explore sesuatu tempat itu boleh terjadi. Tapi bagi yang mengikuti rombongan umrah dan ziarah ni mudah je peraturannya. Kita kena ikut je arahan mutawwif. Kalau dilarang 'Jangan' mesti bersebab. Mereka cuma prihatin tentang keselamatan kita selain faktor masa yang akan mengganggu keseluruhan program. Sebagai jemaah kita harus ada kesedaran yang tinggi dan elakkan daripada mengganggu program, kena jaga masa. Kalau bas lambat bergerak atau program terganggu kerana onar kita bukankah sudah menyusahkan orang lain? Amalkan sikap sentiasa memudahkan orang. InsyaAllah laluan kita buat ibadah akan dipermudahkan Allah swt. Ini pesan ustaz-ustaz mutawwif berkali-kali sejak dari nak berlepas di tanahair lagi.


 Barangkali Allah swt nak uji saya. Mak cik berdua ini sejak hari itu tak mahu lagi kembali ke bas asal mereka. Asyik naik bas kami je. Kejadian lambat balik ke check point atau naik bas ini bukan sekali dua berlaku kepada 2 orang mak cik ini. Tapi berkali-kali juga. Sangat menguji kesabaran untuk orang yang sukakan disiplin dan ketepatan masa macam saya ni. Annoying tapi kena banyak-banyak sabar. Lain padang, lain belalang. Adat manusia, macam-macam kerenah.


Biasa dengar tak orang tua-tua pesan jangan keterlaluan sangat bila tak suka kan sesuatu? Sebab benda yang kita tak suka tu nanti yang kita dapat? Haaaaa.... dalam flight akhir selama 6 jam dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur saya bertiga dengan anak-anak dapat duduk 1 row di barisan tengah. Row itu ada 4 seat jadi ada 1 lagi seat kosong at the other end. Nak tau siapa teman row kami? Mulanya ada seorang jemaah yang duduk situ tapi kemudiannya mr Hubby yang duduk di barisan lain cuit saya, "... kakak awak..." Saya toleh dan lihat eh ehh dah berubah.... Salah seorang dari mak cik 'tertinggal bas' itu duduk di seat kosong yang tinggal. Hahahaha... what a joke! Kan dah dapat bayaran cash.




Nota:
Melontar = istilah yang ustaz-ustaz guna sebagai ganti 'shopping'
kalau saya sendiri pula suka guna perkataan 'menabur zakat' hehe...



Wednesday 24 June 2015

7 Ramadhan 1436H - Khasiat Laban


Laban ataupun plain yogurt drink ini sangat mudah didapati kedai-kedai runcit di Arab Saudi. Reason being it is a staple drink taken regularly by the Arabs (in hot weather countries). It has cooling effect and helps replenish all the water and salt your body needs in such hot weather. In Saudi Arabia you may find yogurt drink labelled as Lebanese Ayran - ayran is the Turkish word for yogurt (laban). Benda sama nama je berbeza.


I first encountered laban in an Arabic grocery shop operated by the owners of the famous Zam Zam Restaurant in Oasis, Section 9 Shah Alam. A small bottle of 250ml is sold at RM1.40. Very very cheap indeed. Laban is a unflavoured (plain) yogurt drink unlike Lassi (Indian sweet and fruity yogurt drink) yang banyak dijual di pasaran kita, so it might take some time for you to get accustomed to the plain (sometimes a little bit salty) sour taste. I'm OK with it coz I already know that plain undesirable thing is actually packed full with goodness!


Laban in assorted brands produced in Saudi Arabia. Laban jenama Al Safi dan Activia (an international brand) banyak didapati di Makkah. While Nadec brand lebih popular di Madinah. The 500ml is sold at SR2 equivalent to RM2. The small ones are sold at SR1. Cheap huh?


When I break the news about leaving for umrah.... well I didn't exactly make an announcement. Rather a very subtle status update on facebook about how we have to give Fahmi (who sported a tonsilitis induced fever) extra care under the hot weather when we get there. One very sharp lady responded by bidding us 'safe journey' and shared the tips to maintain body fluid and coolness by drinking plain yogurt. Jadi dari permulaan kami jejak kaki di Madinah lagi perkara pertama saya buat ialah cari kedai runcit dan stock up our mini fridge dalam bilik hotel dengan laban! ;-)


Hubby don't really like the taste of it. Tapi dia minum juga sekerap yang boleh untuk kekal sihat. Tapi dia tak boleh beat kekerapan saya melantak minum laban. I think I almost clean up our stock setiap hari. The kids drink them too, only when they were told to. My mum? Ha ha... she's not a fan.


Alhamdulillah dengan cuaca di Madinah yang mencecah 46C, matahari tegak atas kepala tanpa bayang dan udara yang disedut masuk hidung pun berbahang - saya pernah duduk dalam engine room kapal laut yang panas berkuap pun udara nya tak sepanas ini. Yes, di awal ketibaan kami di Madinah we do get lethargic, kering tekak dan sebagainya. Tapi sehingga kami tiba di tanahair kami semua berada dalam kesihatan yang baik, dengan izin Allah. Agak mengujakan kerana kami tidak mengalami batuk-batuk atau selsema seperti kebiasaan jemaah umrah yang baru pulang. Again, praise to Allah yang mengizinkan dengan berkat minum air zam zam umpama rasa nak makan zam zam & laban, minum zam zam & laban, mandi zam zam & laban, bernafas pun zam zam dan laban.


Ni, tengah musim panas di bulan Ramadhan ni kan sesuai sangat minum laban. Why not make a change in your diet. Minum a glass for sahur or even masa berbuka. Give it a try dan rasakan perubahannya. You might even get addicted to it! ;-)


You can actually make your own laban drink you know. All you need is just:

250ml plain yogurt (low fat preferably)
3 cups water
1/4 teaspoon salt


Mix everything together until yogurt dissolve. Keep chill in the fridge before you serve.
Cool, kan?

Sunday 21 June 2015

Ahlan Ya Ramadhan 1436H, Salam Kerinduan Seorang Hamba Allah


Assalamualaikum... wahai 'rumah' yang sudah 6 bulan ditinggalkan!
Kalau rumah kediaman memang afdal sangat dibacakan surah al Baqarah 3 hari berturut-turut kerana terbiar tak berpenghuni. Ni rumah alam maya persinggahan saya, cukuplah saya break the silence dengan post terkini ;-)


Subhanallah, Alhamdulillah... Allahuakbar. Kami sefamily sudah 4 hari pulang ke tanahair dari tanah suci Mekah. Syukur atas nikmat kurniaan Nya. Pemergian yang tak dirancang. Banyak onak dan duri. Dengan izin Allah kun fa yakun. Malas nak bermukadimah, nanti saya ceritakan dalam entry lain tentang perjalanan kami ke Makkah al Mukarramah. Kali ini saya cuma mau berkongsi rasa.


Sebelum ini kerapkali saya baca atau dengar komen jemaah yang pernah menunaikan umrah, betapa rindunya mereka untuk kembali ke sana. Betapa rindu nya mereka akan saat-saat beribadah di sana. Ok ini pengakuan jujur saya. Secara jujurnya saat-saat berada di kedua-dua tanah suci dalam ruang waktu yang singkat iaitu 10 hari, anda mungkin tak dapat bayangkan betapa hectic nya schedule kami. Jika anda tak pernah melaluinya. Saya mulanya fikir 10 hari adalah satu tempoh yang panjang. How am I going to go through 10 days in a foreign country? That was my initial thought. You can. Dengan jadual yang begitu hectic, waktu solat yang berbeza, your main focus hanya ibadah dan kepenatan berulang alik dari hotel penginapan ke masjid setiap hari yang jaraknya 1km atau lebih (pergi balik) sebenarnya buat saya penat. Dengan panas nya Ya Rabbi. Jangan kan tekak, hidung pun kering. Kering dan berdarah sampaikan darahnya tak sempat mengalir, terus kering sendiri dalam hidung. Kadang saya rasa nak surrender pun ada. Ha ha ha...


 Tidur memang takde dalam kamus. Mata panda tu normal. Ada yang after a cuple of days kat sana mata jadi sepet terus. Sembab. To cut it short your hectic schedule don't leave you much time untuk menghitung hari or even feeling homesick. Before you know it, it is time for you to pack your bags and return to homeland.


And that's when the RINDU part begins.


You know, when you sign up for that umrah package they (the travel agency) promise you macam-macam program ziarah - ziarah masjid tinggalan Rasulullah saw, tapak rumah kelahiran Nabi saw, ladang kurma, ladang unta kemudian ada kuliah dan tazkirah percuma di antara selang waktu ibadah and so much more. There's one thing they didn't tell you up front. You'll be feeling sick missing the hectic lifestyle you adopted during your short stay. Gila? Missing all those things I describe above?


Or how PAINFUL it can be. 


It started immediately as I boarded the plane back to homeland. I was too exhausted because of the long journey, badan juga sakit-sakit sebab asyik turun naik kapal terbang heret hand luggage dan transit yang lama sangat tak selesa, so I dismissed it.


Bila dah reach my mum's house dan mula perform prayers di rumah all the subtle feelings became apparent. One by one.Yang paling buat bulu roma saya tegak ialah setiap kali saya sujud di atas sejadah secara tiba-tiba telapak tangan terasa sejuk. Seperti menyentuh lantai Masjidil Haram di ruang solat terbuka menghadap Kaabah. Yang lantainya bare, tidak beralas sedikit pun. Melainkan kalau anda bawa sejadah sendiri. Yang mana bukan habit saya. Kebetulan, lantai rumah mak saya adalah jenis kemasan broken marble yang mirip lantai Masjidil Haram. Dan setiap kali solat saya terasa-rasa seolah-olah sedang solat beramai-ramai. Di sekeliling saya manusia pelbagai rupa dan warna kulit, kecil besar tinggi rendah. Di ruang yang luas dan lapang. Realitinya saya di bilik yang kecil dan sempit cuma.


Waktu berbuka puasa pada hari pertama kami tiba di homeland, juadah penuh meja. Cara adik-adik meraikan kepulangan kami. Saya sangat terharu dengan usaha mereka sebab kalau nak harapkan kami siapkan makan sendiri memang tak mungkin. Kami lebih laparkan tidur! Jetlag, kepenatan 10 hari dan perbezaan zon masa hingga hampir langgar waktu berbuka! Nak angkat badan pun tak larat. Jalan pun dah macam kongkang. The last meal I had was mushroom calzone yang dihidangkan dalam penerbangan Etihad Airways dari Jeddah ke Abu Dhabi. Tak sempat sahur dalam flight ke Kuala Lumpur sebab ruang masa sahur yang terlalu singkat. Subuh dalam flight merentas zon masa juga singkat.


 Patutnya lapar. Pun begitu saat melihat pelbagai pilihan juadah atas meja terasa begitu asing di mata saya. Tak berselera. Sumbat juga masuk mulut tapi terasa hambar. Tekak masih terasa-rasa keenakan roti kebab ayam terakhir yang saya makan pagi sebelum kami tinggalkan hotel. Biarpun sedikit dry untuk selera kebanyakan orang kita, tapi sangat dekat dengan tekak saya. Padahal menu harian kami yang disediakan hotel sebenarnya adalah masakan Melayu. Nasi putih dan lauk-pauk. Cuma sepanjang berada di sana saya kerap skip buffet hotel dan merayau cari kiosk makanan Arab ;-). Bukan nasi Arab tetapi hidangan-hidangan on-the-go nya. Hingga hari ke 4 ini, saya masih rindu kan aroma makanan Arab.


Balik homeland ni rupanya cuaca panas juga. Tapi panasnya kadang lebih perit dari panas di Madinah dan Mekah. Panas di sana tak menggigit kulit. Tapi tau-tau je dahi jendul saya lebih garing dari yang lain ;-). Sidai kain pagi tadi sengaja berlama-lama bawah matahari. Bajet kalau duk lama-lama boleh datang feeling kena pancaran matahari Mekah dan Madinah. Padahal kat sana keluar masjid mesti jalan laju-laju nak cepat sampai hotel :-P. Tapi bukannya boleh laju pun. Manusia punya ramai bumper to bumper. Belum bersaing dengan kenderaan yang berebut jalan dengan kita. Time kita keluar masjid nak balik hotel time tu lah taxi, kereta polis semua berlumba atas jalan dengan kita siap hon suruh bagi laluan. Yelah, tadi dia pun sama solat dengan kita kan.


Pagi tadi waktu sahur saya berkongsi perasaan ini dengan Mr Hubby. Sambil tertawa saya kata, "Gila perasaan ni..."  Sekarang saya faham kenapa orang cakap rindu nak pergi Mekah lagi.



 Anak lelaki saya, berjalan masuk ke Masjidil Haram. Subuh terakhir kami di Makkah al Mukarramah, sambil menyempurnakan tawaf wida' sebelum mengucapkan selamat tinggal buat kali ini.


Despite it's high temperature, saya rindukan matahari Mekah yang memancar tanpa bayang.
Saya rindu berpusu-pusu dengan umat manusia meredah jalan balik ke hotel. 
Saya rindu keliling Masjidil Haram dari tingkat bawah ke tingkat atas mencari ruang kosong. Kadang sesat dari pintu ke pintu yang ada 90 pintu semuanya.
Saya rindu terkial-kial mengecam Penjuru Yamani saat bertawaf. Dah 2 kali buat tawaf baru kenal. Ye, saya memang sangat blur. Excited dan nervous sampai blur dan kena tegur dengan anak.

Paling saya rindu, suatu Subuh yang meriah dengan umat manusia bertawaf sunat saya melawan arus menyusur celah-celah manusia mencari pagar Hijir Ismail. Kami tak digalakkan masuk ke Hijir Ismail. Kerana umat manusia terlalu berpusu-pusu di sini. Untuk orang Melayu yang bersaiz tubuh kecil dan penuh adab sopan memang kurang sesuai.
Peluangnya 50-50 cuma. 
50 tak dapat kalau saya tak yakin dan tak bersungguh-sungguh.
50 lagi confirm dapat kalau yakin dan bersungguh-sungguh.
Kena tolak, kena siku. Saya ditarik masuk juga oleh Mr Hubby.
Penuh manusia kat situ. Ada yang bersolat sunat tak mahu-mahu bangun. Ada yang macam nak kabat panjat Kaabah. Allahu... takde ruang untuk saya bersolat sunat tawaf di situ. Takde saf. Nak rukuk belum tentu lepas. Nak sujud takut kena pijak sebab masih bertolak-tolakkan mereka yang mahu merempuh masuk.
Kuatkan hati. Aku nak solat juga. Aku nak juga. Pasang niat, angkat takbir. Sujud pun kena kaki orang depan. Dalam bising rempuh merempuh itu saya cuma fikir nak sudahkan solat cepat-cepat. Tapi saat sujud terakhir entah kenapa 'rasa' itu datang menyerbu. Kuat. Terhinggut-hinggut bahu dalam tangis yang tenggelam dengan suara-suara rempuhan. Tapi yang ada cuma saya dan DIA. Di hadapan Kaabah Nya ini. Tiba-tiba saya enggan bangun. Meratap doa sepuasnya dalam sujud terakhir depan Kaabah ini. Hingga akhirnya saya mengalah. Saya orang Melayu. Penuh timbang rasa.
Saya bangkit dan sudahi solat.


Sekarang saya menanggung rindu saat-saat itu. Sekarang saya faham kerinduan yang kamu semua alami.
Sepatutnya pakej umrah patut disusuli warning atau disclaimer : Register at your own risk.












Friday 16 January 2015

Nasi Ulam Berlauk


Kalau sebut Nasi Ulam, memang beginilah rupa nasi ulam yang kami bayangkan. Sebab itu masa bercuti ke Kota Bharu tempohari kami kecewa kerana nasi ulam tersohor bersebelahan Kompleks Kraftangan nya adalah nasi putih yang dimakan dengan pelbagai pilihan ulam-ulaman dan pencicah. Oh... kalau yang itu banyak boleh didapati di KL/Selangor saja. 





Nasi Ulam kata orang sangat terkenal di Utara. Ada juga versi Nasi Ulam peranakan (nyonya). Saya tak kisah versi apapun, yang penting mesti mau mewah dengan ulam-ulamannya dan diperisakan dengan baik sebab nasi ulam ni jenis makan begitu saja takde kuah.




Nasi Ulam versi saya:

6 cawan nasi putih suam sejuk (saya guna beras basmathi letak daun pandan kasi wangi)
1/2 cawan udang kering (sangai dan tumbuk halus)
3 ekor ikan kembung (bakar dan tumbuk dengan kelapa parut goreng)
1 1/2 cawan kelapa parut - goreng keperangan
1 sudu teh lada hitam - sangai dan tumbuk halus
3 biji limau kasturi (perah jus nya)
1 sudu besar sos ikan
garam dan gula secukup rasa

*Gaul kesemua 4 bahan diatas

Bahan-bahan Ulam (semuanya dihiris)

1 1/2 inci kunyit hidup
6 ulas bawang merah
2 batang serai
1 tangkai bunga kantan
3 helai daun kaduk
3 helai daun limau purut
1 tangkai daun kunyit
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesum
1 genggam daun selasih (saya tak guna sebab takde)
1 genggam daun selom

*ulam-ulaman boleh tambah daun pegaga kalau suka


Penyediaan:

1. Nasi putih suam digaul dengan bahan-bahan kerisik serta perahan jus limau kasturi. Rasakan garam dan gulanya juga.
2. Gaulkan bahan-bahan ulam dengan nasi. Tambah sos ikan. Boleh tambah garam jika perlu.
Sedia untuk dihidang.









Saya hidang nasi ulam dengan ikan kembung goreng dan udang goreng kunyit dan cili kisar. Kalau suka boleh letak sambal belacan atau budu. Saya tak galakkan penggunaan daun kaduk melebihi 3 helai sebab ianya bersifat panas dan dalam kuantiti yang berlebihan boleh mengganggu rasa keseluruhan hidangan. Daun limau purut juga pilih yang berwarna hijau cerah yang tidak terlalu pucuk ataupun terlalu tua. Kalau daun sudah keras atau berwarna hijau gelap itu dah tua benar. Rasanya juga agak bitter. Kalau tak suka guna lada hitam boleh ganti dengan cili api hiris halus. Saya prefer lada hitam sebab rasa pedasnya yang agak subtle, tidak menyengat tetapi tau-tau je lepas makan badam rasa suam-suam gitu. Lagipun saya makan dengan anak-anak memang hidangan mesti bersifat kid's friendly ;-).


Saya sangat suka hidangan sebegini. Terasa segar dimulut bila mengunyahnya. Dan tambah segar lagi untuk tubuh badan kerana setiap satu ulaman ini mempunyai khasiat tersendiri untuk tubuh. Kunyit misalnya membantu meningkatkan ketahanan tubuh, mengandungi antioksidan dan mampu merawat kanser selain menaikkan seri wajah. Jadi apa lagi? Moh le kita pakat makan ulam saja sampai kambin pun tak tau nak makan apa ;-).

Thursday 15 January 2015

Sambal Sardin Gamit Nostalgia : Tribute Untuk Abah


Hari ini berlaukkan menu ringkas sahaja. Kadang tukang masak pun kehabisan idea. Buka saja pantry. Nah, tin sardin saiz besar sedia menanti. Apa lagi, kita sambal kan saja dia. Nak buat masakan lain dengan sardin ni minta maaf lah, saya memang tak reti. Ada orang buat kari iya tak?


Bukan nak share resipi sambal sardin ni pun. Buat malu seh sebab semua orang pun tau nak masak macam mana. Saya masak style saya. Iaitu kombinasi gaya Ma saya dan citarasa saya sendiri. Versi Ma pedas, tambah banyak cili boh. Versi saya kurang cili boh sebab anak-anak tak berapa boleh terima lagi. Tapi harus tambah beberapa tangkai cili api untuk memuaskan selera Mr Hubby.


Yang utama setiap kali masak sambal sardin ni semestinyalah akan menggamit memori lama zaman kanak-kanak. Pertama, sebab ini antara menu yang kerap terhidang. Almaklum beratus kali dah cakap agaknya, kami bukan orang 'ada-ada'. Time sesak sardin jelah jawabnya. Tapi cukup buat kami berebut.





Kedua, dan paling nostalgik kerana ia mengingatkan saya kepada Abah. Semuanya semata-mata kerana Abah pernah selama 1 bulan ambil alih kerja memasak, mencuci dan menguruskan sekolah kami adik-beradik ketika Ma jatuh sakit teruk tak boleh bangun langsung. Entah apa sakitnya wallahu'alam. Selama 1 bulan itulah kami 4 beradik dihidangkan dengan sambal sardin air tangan Abah. Hebatnya Abah mampu replicate rasa sambal yang sama hingga kami tak terasa perbezaannya dengan sambal sardin Ma. Istimewanya sambal sardin kami ialah mesti diletakkan dengan ubi kentang goreng hiris bulat. Cukup 1 lauk itu aja pun kami dah berselera sangat. Dan Allah sangat permudahkan buat kami tempuhi 1 bulan yang kritikal itu tanpa kami merasa kurang sedikit pun baik dari segi pakaian mahupun makan minum.


Abah bukannya pandai sangat memasak. Tapi saya fikir tugasnya sebagai anggota Polis Hutan (PPH) yang selalu masuk hutan dengan setiap operasi  berbulan lamanya selama hampir 10 tahun sebelum diserap menjadi polis biasa sedikit sebanyak menjadikan Abah seorang lelaki yang tidak segan masuk dapur. Di hutan masak atau panaskan makanan dalam tin sendiri. Masa saya kecil ada masa-masanya Abah goreng nasi style Abah. Ikut sukalah bubuh apa pun. Tapi sedap yang amat walaupun cili boh Abah tumis tak pecah minyak hehe... Hingga kini pun sesekali Abah terasa nak makan ikut selera dia, Abah masuk dapur menggoreng sendiri. Satu karekter yang sukar ditemui dikalangan lelaki.


Saya sangat-sangat terasa Allah kurniakan kami seorang Abah yang hebat. Kerjaya sebagai anggota polis biasa bekerja ikut shift tapi makanan buat kami sentiasa tersedia setiap kali balik sekolah. Baju sekolah 4 beradik pun terjaga. Baru-baru ini barulah saya tahu daripada cerita Ma, yang baju sekolah kami sebenarnya semua digosok oleh Abah. Baik semasa Ma terlantar sakit mahupun sebelumnya. Lumrah tugas sebagai anggota beruniform. Kata Ma, pakaian Abah semua mesti kemas bergosok bukan setakat uniform kerja, seluar slack dan t-shirt berkolar pakaian luar waktu kerja mesti bergosok juga. Iya, Abah saya tak pernah pakai t-shirt round neck. Tak pernah. Sampai sekarang ni pun mesti t-shirt berkolar Crocodile atau John Master tu kegemarannya.  Tapi Ma sentiasa sibuk tempahan jahitannya. Abah jenis tak merungut. Abah gosok sendiri. Dan kalau ada uniform sekolah kami belum bergosok, Abah akan gosok semua. Dan MasyaAllah kemas hasil kerjanya!!



Sambal sardin ini kadang kalau saya tak selera nak makan nasi saya lenyekkan ikannya dan sapu atas roti jadikan sandwich. Dan kalau tak habis boleh campak dalam nasi goreng. Versatile sangat.



Sebab itulah setiap kali saya masak lauk sambal sardin ini saya akan segera teringatkan Abah. Teringatkan detik 1 bulan kritikal di mana Abah tak pernah culas menguruskan kami 4 beradik di samping menjaga Ma terlantar sakit. Setiap kali teringatkan peristiwa itu, setiap kali itu juga tekak saya terasa masin. Masin dengan air mata tak tertumpah. Memang nostalgia sangat. Dan saya juga kerap ulang cerita tentang Sambal Sardin Abah pada anak-anak saya. Saya mahu mereka tahu, mereka punya seorang Atuk yang nampak biasa-biasa tapi ada cerita luar biasa. 

Saya sayang Abah saya. Uhukkk... mata masuk habuk.

Monday 12 January 2015

I Miss Them


The kids have gone back to school for half a day and I already started to miss them. I couldn't believe it I'd miss having them around. But I really do. They were great company during the entire school holidays.
They hardly fight with each other. But when they do... they really drive me nuts haha. They know their Mama is always penat after baking and cooking for them so they always keep their voice down bila saya sedang berehat.

Ia saya akui sangat penat menguruskan jadual mereka sepanjang cuti sekolah kali ini. They have swimming class 2 times a week dengan jadual yang adhoc. Kena standby je sepanjang masa bila-bila swimming master mesej bagitau ada kelas. And chaffeur Yaya around for her taekwondo tournament. Shopping for their school uniform, entertaining them with trips to book shops etc. But yet saya rasa inilah school holiday yang paling tenang. How is that so?

They sleep in, normally after performing Subuh prayer they went back to sleep. So that gives me ample time to clean the house, do laundry, cook breakfast. And they eat whatever I prepared for breakfast. After that they went to do their own activities which is watching tv for Yaya and PS2 for Fahmi. 

There were times when I'm so lazy to go out in the sun kutip pakaian yang dah kering, Fahmi did it for me. Kalau saya rasa penat sangat nak lie down tapi risaukan pakaian yang belum kering sedang cuaca pun dah mulai mendung, saya tak perlu risau sangat coz Fahmi or Yaya akan tolong alihkan ampaian bila hujan. 

Now they've gone back to school saya rasa sunyi pulak. I miss their company so much. At times kami duduk bersantai sambil membaca bersama dan berdiskusi. Dan towards the end of their holidays I make them do some exercise untuk refresh balik pelajaran which they obediently did. Kadang saya rasa tak percay how they have changed so much from last year. I remember past year's school holiday were a disaster for me. Mainly because our maid gone back for good at the beginning of school holiday and it was the first time saya spend masa yang begitu panjang with the kids while I had to run the household chores and baking and what not.

Saya sedar. Anak-anak saya sudah semakin membesar. Mungkin kerana itu mereka juga kurang nakal sekarang dan menjadi lebih memahami. Lebih accomodating. *Sigh*... i'm going to miss their baby years.

Monday 5 January 2015

11 Tahun Dah

Alhamdulillah... genap 11 tahun umurnya hari ini. Paling tua dalam kelasnya kerana paling awal menyambut ulangtahun. Cuma hari ini yang sepatutnya menjadi hari pertama memulakan sesi persekolahan tahun 2015 telah ditangguhkan ke minggu depan. Jadi dia menyambutnya pagi ini dengan hidangan istimewa kegemaran terkini iaitu Roti Titab hasil air tangan Mama dia lah ;-).




Fahmi kata telur titab kali ini yang paling perfect. My dear son, I think Allah made it perfect for you on your birthday. Thank You Allah for everything. Saya menjadi ibu dengan kelahirannya. Dia yang mengajar saya bagaimana menjadi ibu. Dengan izin-Nya. Dalam setiap doa saya mohon pada Allah moga Fahmi menjadi anak yang soleh yang berbakti kepada agama, masyarakat dan Negara. Moga sentiasa dirahmati Allah dan dalam perlindunganNya. Amin.