Hari Jumaat penghulu segala hari
Kalau nak potong kuku potonglah pada hari Jumaat, nescaya Allah swt akan sembuhkan penyakit dan diberi keselamatan – Riwayat Ibnu Masud
Nak masuk rumah pun elok dibuat pada hari Jumaat
Ramai orang berlumba-lumba nak bernikah hari Jumaat, semuanya nak mengejar keberkatan penghulu segala hari
Ramai juga orang yang suka hari Jumaat sebab hari terakhir bekerja untuk minggu itu
Esoknya cuti jadi semangat sungguh datang kerja hari Jumaat ni ~ pada saya takde maknanya sebab biasa kerja hari sabtu ;-P Cuma esok memang off lah sebab 1st Saturday kan saya off
Kalau hari Isnin tengok muka semuanya monyok je, hari Jumaat orang datang kerja dengan seyuman
Tapi tulah dalam hati berbunga riang sebab esok tak perlu turun kerja datang pulak angin berita yang tak berapa nak best ~ tergugat mood nak berehat hujung minggu
Ada sumber-sumber yang menyampaikan ‘edah’ saya akan dilanjutkan
Siap dah buat surat bagai nak lanjutkan ‘edah’ saya
Tersentap hati pagi-pagi… rasa bagai direntap keriangan saya membilang hari-hari terakhir saya di sini
Buat apalah nak dilanjutkan lagi, yang sedia ada ni pun adalah hasil lanjutan yang dipersetujui bersama selepas sesi musyawarah hati ke hati
Patutnya edah 3 bulan je, tapi dah extend sampai 6 bulan
Hati makin cuak, bukan senang mengharung tempoh 6 bulan tu
Macam-macam cerita dan spekulasi yang sampai ke telinga saya, pedih dan menyakitkan
Sesedap mulut orang bercerita dan sesedap rasa orang berkata-kata seolah-olah saya ni tak wujud dan tak berperasaan
Memang saya tak mudah melenting, memang saya kelihatan dari luarannya jenis yang tak kisah
Memang saya nampak rileks, memang saya tak cepat melatah, memang saya senyum je setiap kali orang menyampaikan berita
Tapi itu bukan tiket untuk bercakap sewenang-wenangnya tentang saya
Penat saya menjaga privacy, penat saya menjaga confidentiality, saya fikir saya zip mulut ketat-ketat untuk menjaga air muka orang yang lebih atas dari saya
Tapi rupa-rupanya makin saya menjaga ketat diri saya makin orang bertambah curious nak tahu
Macam-macam provokasi, Tuhan aja yang tahu betapa saya menahan diri daripada memuntahkan lahar yang terpendam dalam hati
Korang ingat senang ke? Ingat seronokkah saya nak melepaskan diri dari tali yang mengikat saya ni
Fikir kenapa saya samakan employment saya ni umpama sebuah perkahwinan?
Fikir kenapa saya samakan hasrat saya melepaskan diri daripada employment ini seperti satu perceraian?
Fikir lagi kenapa saya samakan notice in lieu ini seperti satu tempoh edah?
Fikir dan fikir lagi adakah saya sengaja mempermainkan istilah-istilah ini kalau ianya tidak relevan untuk describe betapa kroniknya hubungan employee-majikan saya ni (sorry ye ini bukan cerita kekasih gelap, saya seorang yang setia dan bebas skandal)
Pernah tengok cerita Pirates of the Carribean? Tahu apa itu the dead’s man chest yang menjadi rebutan?
Peti yang tersimpan hati (nyawa) kapten davy jones si kapten the flying Dutchman who sold his soul untuk menghambakan diri sebagai kapten kapal the flying Dutchman (this is my personal view ok)
Tahu kenapa saya sangat terganggu dengan Pirates of The Carribean : At The World’s End bilamana jantung/nyawa Orlando Bloom (Will Turner) menjadi taruhan sebagai the next kapten of flying Dutchman
Faham kesengsaraan Will Turner yang Cuma dapat menjejak kaki ke darat berjumpa isterinya Elizabeth Swan 1 kali setiap tempoh 10 tahun sahaja?
Saya sangat terganggu melihat kesengsaraan bapa Will Turner yang jasad dan jiwanya sudah menjadi sebahagian daripada rangka kapal flying Dutchman sehingga dia sudah tidak tahu where he and the ship ends
Begitulah saya… melihat dia seperti melihat diri saya sendiri
Saya sudah terlalu jauh terjebak, terlalu jauh terjebak sehingga saya eat, breath and sleep pun untuk dia
Sampai saya sudah tidak kenal diri saya sendiri, saya sudah hilang diri saya, suara saya yang sebenar-benarnya
Takde siapa pun tahu hati saya menangis, makan tak lalu tidur termimpi-mimpi bila saya buat keputusan untuk tamatkan chapter saya di sini
Berapa banyak episode kemurungan yang saya alami
Pergi susah tak pergi pun susah…
Jadi janganlah mereka-mereka itu sewenang-wenangnya bercakap tentang saya
“Oh aku nampak muka kau makin berseri-seri sebab hari dah makin dekat ni”
Yang kau tak nampak wajah ngeri menunggu aku at the end of this… tapi takkan aku nak mengadu susah hati & rahsia hidup aku kan? Murah sangat cerita aku jadinya
Hentikanlah cakap-cakap yang mengguris hati tu, saya ni luaran je nampak keras, tapi alangkan batu kalau setiap hari dititis air pun boleh lekuk inikan pula hati saya kalau setiap hari diasak kata-kata yang mengguris perasaan
Please have some pity on me
Saya sangat bertuah sebab ada kekasih dan kawan yang sangat memahami
dalam hati saya dihambat gelisah kata-kata dia sangat menyejukkan hati
insyaAllah akan saya tunaikan solat istikharah, barangkali benar seperti kata-kata dia sebelum saya dibenarkan oleh Nya untuk tinggalkan tempat ini mungkin ada sesuatu yang harus saya lakukan terlebih dahulu
saya sangat tidak mahu dan tidak rela ada hati yang terguris kerana saya nak tinggalkan tempat ini
tapi saya juga tidak mampu menahan hati daripada terguris dan tercalar kerana semua ini
Ya Allah berilah saya petunjuk...amin999x
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago