Tuesday 22 March 2011

Yaya's Collection

Sejak Yaya mula attend kelas agama right after her pre school class tamat, sejak itu juga saya mula masukkan tudung dan baju kurung dalam list shopping saya. Kadang-kadang walau takde intention nak beli tudung pun tapi bila dah ternampak tudung size kanak-kanak mesti saya beli juga untuk dia. Sebabnya bukan senang nak jumpa tudung size budak terutama nak cari yang warna sepadan dengan baju. Ingat lagi tudung coklat yang Yaya pakai masa parade maulidur rasul tu? Yang mismatch dengan warna baju kurungnya tu... yang itupun sebenarnya dah ketat pada bahagian leher.

Few weeks ago kebetulan saya terpaksa singgah giant shah alam. Barang dapur dah terputus bekalan sebab incik hubby balik lewat jadi tak sempat nak pergi night market, saya lah kena take over. Terjumpa satu kiosk yang ada terselit tudung kanak-kanak. Yang saya cari ni bukan jenis tudung budak yang beropol-ropol tu tau, tak minat macam tu nampak berserabut. Saya nak tudung yang macam orang dewasa pakai. Dapat 3 helai pelbagai warna. Tapi dua helai warna biru dan merah tu saya terpaksa kecilkan bahagian muka. Hmm setakat jahit bodoh je bolehlah.

Bolehlah Yaya pakai padankan dengan koleksi baju kurung dia yang saya baru beli dan tempah. Yang hijau dan biru tu saya beli ready made... itupun saki baki baju jualan raya saiz pun dah tak berjenis kena alter kain sebab panjang berjela boleh buat selimut. Yang kurung cotton warna tanah berbunga rose dan putih berbunga kecil tu saya tempah dengan wife kawan hubby. Jadi sekarang ni takdelah Yaya dok humban pakai baju yang sama je tiap hari. Semalam saya berehat je di rumah, ambil cuti. Jadi dapatlah saya buat pertama kali sambut kepulangan my daughter dari sekolah dengan baju kurung dan tudung masih tersarung di badan. Aduii comelnya! :-)