Showing posts with label kids. Show all posts
Showing posts with label kids. Show all posts

Wednesday, 7 June 2017

12 Ramadan 1438H - Matang


Salam Ramadan hari ke 12 1438H.
Enam bulan pertama yang sangat padat dengan urusan anak-anak. Setengah tahun berlalu sekelip mata je. 
Menandakan genap 6 bulan Abang (Fahmi) pergi meneruskan perjuangan menuntut ilmu jauh dari kami.
Bukan jauh sangat pun. Kuala Selangor je. Lima puluh (50) minit perjalanan dari rumah. Tak sempat nak melayan emosi berpisah kali pertama dengan anak sulung. Yang masih saya rasa tak puas peluk cium dan belai rambutnya. 
Tak sempat pun nak feeling2 rindu sangat. Sebab bila dia pergi, kita pula sibuk dengan urusan aktiviti Adik (Yaya) pula yang nak ambil UPSR dan PSRA tahun ni.
Agaknya esok2 bila dua2 dah pergi sekolah jauh baru Mama dia berendam air mata kot.

Alhamdulillah, Ramadan kali ini memang tuah buat anak-anak yang baru masuk Form 1 ke sekolah-sekolah berasrama. 
Merasa mereka sambut puasa dan berpuasa selama 2 minggu dengan family masing-masing.
Abang merasa lah meneruskan tradisi berbuka di surau dengan Daddy dan kawan-kawan nya dan sambung sampai lepas terawih baru dia balik.

Saya macam biasa sejak 3 tahun lepas dah biasakan diri berbuka berdua dengan Adik.
Masak lauk untuk sahur je.
Alhamdulillah juga, antara perubahan ketara ialah Abang sangat tak cerewet bab juadah sahur.
Dia dah pandai biasakan jamah apa saja yang terhidang.
Hasil belajar hidup di asrama agaknya. Makan tak boleh demand. Bedal saja apa yang ada. Janji tak kebulur. Ada tenaga dan boleh teruskan aktiviti.
Pun begitu, dia memang bukan jenis yang cerewet makan. Cuma ada satu dua benda yang dia tak minat. Mee goreng dan nasi tomato Mamak Asyraf yang Adik suka sangat tu tapi dia kurang teruja.
Sekarang kalau Mama sibuk buat tempahan kuih raya terpaksa beli juadah.
Nasi tomato sahur pagi tadi dia bedal je tak merungut.
:Tak apa..." kata dia.

Cuti berbaki beberapa hari lagi. Hai lah... baru nak terbiasa ada dia kat rumah. Dah nak berpisah semula. Belum puas rasa nya.
Kalau lah dia tau betapa goyah nya hati Mama dia...
Tapi depan dia memang kita buat cool je.
Macam-macam ayat penguat semangat kita tabur kat dia.
Bila giliran kita goyah cepat2 ingatkan diri 'ayat-ayat penguat' yang ditabur tadi.

Monday, 12 January 2015

I Miss Them


The kids have gone back to school for half a day and I already started to miss them. I couldn't believe it I'd miss having them around. But I really do. They were great company during the entire school holidays.
They hardly fight with each other. But when they do... they really drive me nuts haha. They know their Mama is always penat after baking and cooking for them so they always keep their voice down bila saya sedang berehat.

Ia saya akui sangat penat menguruskan jadual mereka sepanjang cuti sekolah kali ini. They have swimming class 2 times a week dengan jadual yang adhoc. Kena standby je sepanjang masa bila-bila swimming master mesej bagitau ada kelas. And chaffeur Yaya around for her taekwondo tournament. Shopping for their school uniform, entertaining them with trips to book shops etc. But yet saya rasa inilah school holiday yang paling tenang. How is that so?

They sleep in, normally after performing Subuh prayer they went back to sleep. So that gives me ample time to clean the house, do laundry, cook breakfast. And they eat whatever I prepared for breakfast. After that they went to do their own activities which is watching tv for Yaya and PS2 for Fahmi. 

There were times when I'm so lazy to go out in the sun kutip pakaian yang dah kering, Fahmi did it for me. Kalau saya rasa penat sangat nak lie down tapi risaukan pakaian yang belum kering sedang cuaca pun dah mulai mendung, saya tak perlu risau sangat coz Fahmi or Yaya akan tolong alihkan ampaian bila hujan. 

Now they've gone back to school saya rasa sunyi pulak. I miss their company so much. At times kami duduk bersantai sambil membaca bersama dan berdiskusi. Dan towards the end of their holidays I make them do some exercise untuk refresh balik pelajaran which they obediently did. Kadang saya rasa tak percay how they have changed so much from last year. I remember past year's school holiday were a disaster for me. Mainly because our maid gone back for good at the beginning of school holiday and it was the first time saya spend masa yang begitu panjang with the kids while I had to run the household chores and baking and what not.

Saya sedar. Anak-anak saya sudah semakin membesar. Mungkin kerana itu mereka juga kurang nakal sekarang dan menjadi lebih memahami. Lebih accomodating. *Sigh*... i'm going to miss their baby years.

Wednesday, 10 December 2014

Pertempuran Yaya @5th Koryo National Grand Final


Siapa kata school holiday bermaksud  holiday for mommies must be out of their mind. Yeah i agree that mommies dah tak payah nak sental baju sekolah, kasut sekolah and can strike out ironing school uniforms from their routine list. plus, you can sleep in ! But other than that, life's just as hectic as it was during school days. For me, more in fact!


The kids punya activities seems to double up. Apart from the weekly taekwondo training for both, there's the special training for Yaya every Tuesday night. Kerana dia terpilih untuk dilatih sebagai 'fighter' atau potential atlit taekwondo. Dan kerana itu juga dia diwajibkan untuk sertai mana-mana koryo tournament yang dianjurkan sepanjang tahun. This 5th Koryo National tournament bertempat di Dewan Dato' Ahmad Razali adalah installation terakhir untuk tahun ini. Yaya cheat. She deliberately hide from us the fact that dia wajib sertai pusingan pertama di Sungai Buloh dulu. Kami pun tak tau. Jadi dia missed 3 pusingan termasuk yang diadakan di Johor Bahru in October!!! Dah kena sound dengan Sir (coach) baru dia beritahu saya. So we managed to get her participate in the 4th round di Salak Tinggi in November sebelum yang terakhir ini di Ampang pada 8 Disember lalu. Setidak-tidaknya dia sempat mengutip pengalaman tahun ini.


Ini pengalaman baru buat saya. Saya tak pernah lihat perlawanan taekwondo secara langsung. Jadi saya tak tau apa nak dijangka. Yang pasti saya sungguh tak jangka akan merasa debaran tak terhingga saat kali pertama mengiringi anak masuk gelanggang. Saya mengaku saya rasa lya, mual, butterflies ke berudu ke macam-macam berenang-renang dalam perut. Migrain sudah tentu as my anxiety kicked in. 


Sejujurnya saya tak idamkan anak menjadi atlet taekwondo. Melainkan mengharapkan latihan dan perlawanan yang disertai Yaya dapat membentuk jatidiri yang kuat. Sebagai seorang yang datang dari keluarga ahli sukan saya sangat menyokong penglibatannya. Tapi saya juga mengaku, terkejip-kejip mata melihat anak-anak ini 'bertempur' di gelanggang. Garang dan ganas. Nasiblah kena sepak di kepala kerana point tinggi di situ. Nasib juga kalau sepakan tak mengena, tersasar ke muka sakit jawabnya. Jatuh sendiri itu biasa. Jatuh terhempap atau terpijak dah tentu dua kali ganda sakitnya. Menangis keluar gelanggang tak semestinya bererti kalah. Tak kurang yang menangis itu pemenang sebenarnya. Bukan airmata gembira. Tapi airmata sengsara menahan sakit selepas bersiri-siri tempur dalam gelanggang tadi akhirnya terhambur keluar juga. 


Saya juga belajar. Jangan underestimate lawan yang bertubuh kecil atau lebih rendah dari kita. Jangan juga sangka yang berwajah comel manis ayu itu tumpul taringnya. Kerana saya beberapa kali terkena 'renjatan elektrik' melihat anak-anak gadis comel loteh tahap rasa nak buat menantu tapi bila masuk gelanggang habis kepala lawan selamba dicangkuknya dengan hujung kaki. Ini bukan calon menantu. Jadi kuih lepat anak aku! Kihkihkih.




Saya menggigil pegang kamera ambil gambar Yaya serta rakam video. Daddy tak dapat ikut kerana tuntutan kerja. Rakaman video untuk Daddy. tapi sukarnya merakam sambil bersorak pada anak. Getir.


Tapi saya salute anak-anak ini. Habis lawan berpeluk dan saling bertanya khabar "awak ok ke?". Semangat juang mereka tinggi (bagi yang meneruskan). Saya mengharapkan proses yang dilalui ini juga akan membentuk semangat juang yang tinggi pada anak perempuan saya. Baik di dalam, mahupun diluar gelanggang terutamanya. Kerana hidup ini satu perjuangan. Dia belum melakar kemenangan dalam percubaannya yang masuk kali kedua ini. Pergerakannya masih 'mentah'. She still has a long way to go.


Barangkali Yaya mungkin merasakan dia yang penat dan tertekan kerana terpaksa melalui pengalaman ini. Dia enggan sebenarnya. Dia takut. Tapi saya gembira dia turut serta juga akhirnya. Kerana apa yang dilaluinya ini banyak pengajaran yang saya kutip. Pengalaman dia, pengajaran buat saya.


Pada saya, Menang bukan kerana lawan kita kalah. Tapi menang kerana kita berjaya menjadi yang terbaik dikalangan mereka yang hebat-hebat belaka.

Wednesday, 19 November 2014

Hari Kecemerlangan


Minggu ini di FB rata-rata rakan-rakan sibuk meng'update' status berkisar hari kecemerlangan anak masing-masing. Alhamdulillah, saya tumpang gembira berada di kalangan rakan-rakan yang mempunyai anak-anak yang cemerlang. Moga terus konsisten di masa akan datang. Seronok sebenarnya melihat anak-anak sendiri dan anak rakan-rakan membesar. Suatu ketika dulu ketika anak-anak ini masih kecil mereka pernah bersama dalam satu playgroup. Dihubungkan kerana ibu masing-masing berkongsi rasa dan pendapat dalam satu platform forum. Kini, bila komitmen dan masa tidak mengizinkan lagi hanya FB tempat kami mengikuti perkembangan masing-masing. Dan sejujurnya saya gembira, semuanya berkeadaan baik. Alhamdulillah.


Saya memilih untuk tidak meng'update' sebarang status tentang hari kecemerlangan anak-anak saya di FB. Tidak pernah sebelum ini pun. Saya kurang selesa. Kecuali di ruangan blog ini saja. Entah kenapa blog ini sungguhpun tidak di 'private' kan dan sesiapa saja boleh masuk menjengah menerjah, terasa lebih privasi untuk saya. Mungkin kerana tidak ramai yang masuk ke sini. Atau kerana tak ramai yang mengenali saya di sini.


Alhamdulillah. Saya juga berpeluang menemani anak-anak di hari kecemerlangan mereka. Semalam baru berlalu hari kecemerlangan di sekolah rendah anak-anak saya. Cik Yaya naik pentas. Ada peningkatan dari segi kedudukan dalam kelas dan kedudukan keseluruhan dalam darjah 3. Naik ke no.2. Tahniah buat dia. Dulu dari tiada nombor, beralih ke no.3 di tahun 2. Ye, memang satu peningkatan. Moga terus meningkat dan konsisten. Cabaran tahun 4 sangat berbeza. Saya sudah merasainya bersama Fahmi. Perbezaannya sangat ketara. Kalau tidak bersedia akibatnya ramai yang kecewa. Fahmi telah melalui kekecewaan itu. Dan saya juga sangat merasai betapa kecewanya dia. Tak sampai hati melihat hati nya patah. Kerana dia bermula dengan begitu cemerlang sekali dan membawa kami ke hari kecemerlangan setiap tahun. Tahun ini bukan tahun dia. Moga Allah beri kesembuhan hati buatnya.


Hidup umpama roda. Kalau tidak jatuh takkan merasa naik. Kalau tidak merasa pahit hidup jadi hambar. Semuanya teladan dan pengajaran. Kan hidup tak berhenti belajar?


Jumaat ini hari kecemerlangan sekolah agama pula. Penutup untuk tahun ini. Alhamdulillah, saya bersyukur.

Friday, 19 September 2014

Tolonglah Luangkan Sedikit Masa


Macam mana saya nak mulakan ye? Tanpa mengguris hati mana-mana pihak. Sebab saya akui saya sangat lemah soft skill. Cakap straight forward je. Tapi saya cuba untuk kali ini. Maafkan saya terlebih dahulu.

Bukan nak tuding jari apatah lagi memburukkan mana-mana pihak. Saya juga bimbang, kalau hari ini kita menegur sesuatu yang kita tak berkenan jangan esok lusa kita pula yang buat benda yang kita tak suka. Tapi saya melihat ini sebagai satu isu dalam masyarakat. Yang sangat-sangat boleh diperbaiki. Kebaikannya untuk semua juga. Isu pengabaian kebajikan anak-anak bagi ibubapa yang bekerja. Saya akui, perkataan pengabaian itu sendiri berkonotasi negatif. Tapi itulah sebenar-benar perkataan yang sesuai.


Terus- terang cakap. Saya memang seorang advocate of stay at home mom. Bukan kerana saya sekarang seorang SAHM atau sebenarnya saya seorang WAHM (Work-At-Home-Mom). Impian saya sejak dulu yang tak pernah saya sorokkan daripada mr hubby mahupun seiapa adalah untuk menjadi surirumahtangga yang mendidik sendiri anak-anak. Kerana saya yakin dengan ketetapan dan kejadian serta aturan yang telah Allah swt tentukan. Sebaik-baik tempat untuk seorang isteri dan ibu tak kiralah setinggi mana ilmu beliau adalah di rumah. Sebaik-baik pendidik bagi anak-anak adalah IBU. Sebaik-baik tempat untuk mendidik anak bermula dari RUMAH. Sungguhpun anda seorang isteri dan ibu yang berekrjaya tinggi sekalipun, jagalah sebaik-baiknya RUMAH, hidupkanlah sebaik-baiknya RUMAH. Sebelum anda meninggalkan rumah untuk menjalankan amanah di tempat kerja. Kerana yang anda tinggalkan di rumah juga adalah AMANAH.


Siapkanlah makan minum untuk anak-anak yang anda tinggalkan di rumah. Tak kiralah anak nak makan atau tidak tapi pastikan ada bekalan makanan secukupnya. Saya rasa sangat terkesan bila segelintir kawan anak-anak yang bertandang di rumah untuk sama-sama buat kerja sekolah di waktu tengahari. Mulanya saya terkejut sebab tak biasa terima tetamu kecil di tengahari. Kebiasaan waktu ini semua ada dalam rumah. Matahari terpacak atas kepala. Tambahan ianya menghampiri waktu makan tengahari. Amalan saya sejak kecil dan diperturunkan pada anak-anak jangan bertandang ke rumah orang di awal pagi mahupun waktu tengahari. Bila menghampiri waktu makan tengahari saya cuba merisik kerana kelihatannya si kecil tidak berganjak. Ibu dan ayahnya bekerja itu saya maklum.Dua orang kakak dan adik lelakinya ada di rumah. Rupa-rupanya dia dah biasa tak makan tengahari. Tiada makanan siap masak yang ditinggalkan di rumah. Melainkan snek dan bijirin. Dia biasa bersarapan saja dan menunggu kedua ibubapa pulang untuk makan malam pula. Serta merta jatuh kasihan dan kesal kerana saya sebenarnya tak masak untuk lunch hari itu. Memang dah merancang nak ajak anak-anak makan kat luar. Lewat petang nanti baru masak untuk dinner. Tak sampai hati, saya bawa dia keluar makan dengan kami selepas mendapat keizinan dari ibunya menerusi panggilan telefon. 

Dalam hati saya tertanya, beginikah yang biasa berlaku kepada anak-anak yang kedua ibubapanya bekerja? Bersarapan sekadar nugget atau sesetengahnya tak bersarapan langsung. Ini kah sebabnya ibubapa berkerjaya hari ini mempunya kecenderungan membekalkan duit belanja sekolah yang banyak sehingga RM5-RM10? Sebagai ganti tidak dapat menyiapkan hidangan di rumah? Sejujurnya saya berharap apa yang berlaku pada anak kecil ini hanyalah kes terpencil saja. Malangnya rata-rata yang saya temui di kalangan kawan anak-anak saya beginilah rutin harian mereka.

Sejak saya masih berkerja, menjadi kebiasaan saya membekalkan anak-anak dengan home-cooked meal. Tak kiralah kadang nasi goreng, mee goreng atau pasta yang biasa menjadi kegemaran anak-anak. Iya benar kerana tuntutan kerja saya tak dapat siapkan di awal pagi. Tapi malam sebelum tidur saya masak siap-siap simpan dalam fridge. Keesokan paginya pembantu rumah akan panaskan. Pada hari yang saya tak sempat sangat nak masak sendiri, pembantu rumah akan bekalkan sandwich atau paling tidak roti sapu jem atau mentega tabur gula. Atau paling tak senonoh sekali nugget atau sosej goreng. Itu pilihan terakhir yang saya paling tak suka. Iya benar bugget dan sosej bersepah dijual di kantin. Setidak-tidaknya yang kami bekalkan dari rumah adalah nugget terpilih yang kami tau asal usul pembuatnya. Saya tak pernah beri duit belanja pada anak-anak sehingga tekanan daripada kawan-kawan yang diberi duit belanja menjadi too overwhelming untuk kami tentang dan akhirnya episod bawa bekal ke sekolah berakhir bila Fahmi masuk darjah 3. Sebelum darjah 3, bekal yang di bawa oleh anak-anak saya seringkali menjadi tumpuan kawan-kawan di kantin. Kerap anak-anak mengadu tak sempat makan bekal sebab habis dimakan kawan-kawan. 

Rumusan yang saya sapat, anak-anak ini sebenarnya dahagakan sentuhan dan air tangan dari rumah. Bayangkan kalau bekal cekodok yang anak bawa pun jadi rebutan. Apakah petandanya? Nasi goreng yang sama dibawa anak-anak pun ada dijual di kantin tapi tetapi direbut kawan-kawan. Apa petandanya? Memang benarnya sentuhan dari seorang ibu itu yang sangat didahagakan oleh anak-anak kita. Tolonglah luangkan sedikit masa, sediakan walau sekeping roti tabur mentega dan gula untuk bekalan mereka. Anak-anak ini adalah masa depan kalian semua. Dan nikmat kasih sayang yang mengalir dari jari mu wahai IBU tak terhingga nilainya!


Tolonglah, korbankan masa peribadimu.
Tolonglah luangkan sedikit masa. Untuk 'masa depanmu'.

Wednesday, 17 September 2014

Anekdot : Sujud Syukur Macam Mana?



Tengahari Rabu yang lepas. Sambil dok tunggu anak-anak siap ambil wuduk untuk solat Zuhur, saya duduk di ruang tamu sambil melipat kain. Yaya dah pun mula angkat takbir. Datang Fahmi tergesa-gesa dengan kesan wuduk yang masih basah.

Fahmi : Mama... sujud syukur macam mana, Mama?

Saya terpana lama. Tak pernah-pernah timbul soal ini. Dari mana datangnya soalan ini ye?
Dalam kepala saya dok proses jawapan bagaimana yang harus saya berikan. Tak semudah itu saya nak beri jawapan tanpa mengetahui tujuan. Sebab dari gerak geri Fahmi nampak gaya macam bersungguh benar. Saya bimbang jawapan saya dan hasrat hati nya tak bertepatan. Kena risik dulu.

Mama : Kenapa?

Fahmi : Mama bagitau jelah dulu...

Eh... boleh macam tu? Kang saya silap jawab atau dia silap aplikasi, macam mana?

Mama : Mesti nak tau kenapa.

Dia mengalah.

Fahmi : Tadi... masa Abang tengah ambil wuduk, tiba-tiba Abang perasan ada benda hitam kat kaki... Abang tengok isyyy... lipan!!! Abang pun tepis lah. Nasib baik...


Allahurabbi! Memang nasib baik sungguh dia tergerak hati nak tengok.
Dan sungguhlah hari itu Allah gerakkan hati dia juga untuk pelajari ilmu baru. Sujud syukur.
Subhanallah. Alhamdulillah.

Sujud syukur dilakukan bila kita mendapat nikmat yang besar daripada Allah swt dan juga ketika terlepas daripada bahaya. Sujud syukur juga mesti dibuat bertepatan dengan maksudnya. Benda-benda yang remeh tak dibolehkan. Pun begitu, saya tak mahu lepaskan peluang ajar anak ilmu baru, saya ajarkan juga. Tak susah mana pun. Niat, takbirratulihram, sujud. Dalam sujud dibolehkan bacaan biasa waktu sujud. Boleh juga baca Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar dan salam. Moga ianya satu permulaan kepada amalannya yang lebih baik di masa akan datang.






Friday, 8 August 2014

Anekdot Syawal : Kenapa Puasa Enam Mencabar?


Saya ter delete entry yang sudah saya taip semalam. Maka saya terpaksa menaipnya semula. Malangnya saya sudah hampir lupa apa yang saya tuliskan. Owh jariiiii... kenapa kau tekan butang delete???


Fahmi pulang dari sekolah tengahari semalam, pada hari pertama dia mula berpuasa enam. Hari Selasa. Sahurnya ala kadar saja. Cuma sempat minum air dan makan kurma. Silap saya kerana agak liat bangun. Pun begitu, he looks amazingly more energetic than when he was performing puasa during Ramadan.
A little tired of course. Sebab jadual sekolahnya untuk Isnin dan Selasa lebih padat berbanding hari lain. Maka saya pun bertanyakan bagaimana rasanya berpuasa enam kali pertama.


Fahmi : Abang rasa ok. Tapi kalau mama bagi Abang berbuka, Abang berbuka lah.


Oitttttt. Hahahaha... begitu mudahnya mau mengalah?
No. No. No. Tidak semudah itu saya memberi laluan. Nama pun mak dia ni hati kering. Ala komando punya style. Kesian kesian sangat di awal waktu tak boleh lah. Ye betul memang puasa sunat cuma. Tapi ini peluang melatih. Maka, marilah kita melatih. Adat melatih anak-anak. Harus ada suntikan perangsang. Motivasi. Kalau tak orang dewasa pun lesu.

Maka saya gunakan cara psikologi. Mula-mula mesti terangkan yang kita faham berpuasa di luar bulan Ramadhan ni sangat mencabar kemampuan. Bukan fizikal, tapi lebih kepada mental. Kenapa? Sebab waktu bulan Ramadhan semua orang berpuasa. Kantin sekolah pun tutup. Orang tak puasa pun segan nak makan terang-terangan. Maka menjadi mudah untuk kita. Dan bila kita berpuasa diluar bulan Ramadhan, semua orang makan, secara terbuka. Kecuali kita seorang dalam ratusan pelajar lain. Dan tentu tercabar rasa. Sebenarnya bukan sebab lapar sangat. Tapi tertengok orang makan, mau nya tak terasa nak makan sama?

Mama : Jadi sekarang, Abang faham tak kenapa ganjaran pahala untuk orang yang mampu sempurnakan puasa sunat Syawal (puasa 6) sama seperti orang yang berpuasa setahun?


Fahmi angguk kepala, "...sebab susah"

Iya sayang. Sebab susah. Maka manis sangat di penghujungnya.
Puas bila lihat dia yang mula nya layu dan bersedia untuk menyerah kalah kembali bersemangat.



Update: Alhamdulillah dia berjaya sempurnakan puasa sunat Syawal enam hari untuk kali pertama.

Monday, 16 June 2014

Projek Hari Akhir Cuti Sekolah

 Bukan projek saya. Tapi projek Cik Yaya.
Sebagai meninggalkan 'tanda' bagi cuti persekolahan yang panjang ini (19 hari), and after several attempt at making one akhirnya semalam dia berjaya menyiapkan sehelah tudung untuk anak patung barbie nya.



Ingat felixia yeap je mampu pakai tudung? Barbie cik Yaya pun ado tau ;-)
Baju barbie tu (corak kain batik jawa tu) asalnya baju tidur cik Yaya hadiah daripada our maid dulu yang telah di cannibalised kan dan dijahitnya menjadi baju barbie. Untung juga anak pandai menjahit tak payah beli set baju baru barbie.




Orang kata ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Takkk... bakat menjahit ni bukan bakat saya. Tapi bakat Ma saya turun ke anak saya. Cik Yaya memang rajin bermain dengan jarum, benang, gunting dan kain. Kalau balik rumah nenek dia mesti minta perca kain. Kalau balik rumah atuk Segamat, dia ushar perca kain dari mak Utih (kakak ipar saya). 


Mula-mula dia main jarum dan benang serasa saya dia masih darjah 1. Kemudian saya perasan, cik Yaya jahit sendiri seluar dia yang terkoyak. Agaknya penat mengadu seluar dia koyak kat lutut. Saya pulak malas nak ambil pot sebab koyak kat lutut mana lah cantik bila bertampal. Lagipun tak elok pakai baju koyak jahit bertampal. Macam lah takde seluar lain. Kot koyak celah kangkang ok lagi kan? Boleh je kujahit.


Ada sekali tu dia jahit beg tangan. Minta kain dengan mak Utih. Perca kain gunting sendiri. Dia lipat sendiri dan reka sendiri nak jahit lagu mana. Mula-mula dia tak berapa reti, dijahitnya dari sebelah luar, mencacatkan rupa beg tangan. Lepas tu saya ajar jahit dari sebelah dalam kemudian baru diterbalikkan kain, maka tersorok dan tak nampak lah kesan jahitan. Lebih kemas. Dia kata "Mama ni kreatif lah..." Adehhh muntah hijau Nenek dan mak Utih dengar. Itu bukan kreatif nak oii... memang sejak azali orang jahit benang belah dalam. Kesian kau nak, selama ni mak tak hiraukan minat kau menjahit. Hihihi...


Mak Utih dan Nenek pun terkesima melihat beg tangan jahitan Yaya. Kata mak Utih mana ada budak besar Yaya ni yang sanggup menghadap jarum dan benang. Betul lah kata-kata mak Utih, sebab mak si Yaya ni pun tak kuasa menghadap jarum dan benang. Hatta menjahit semula butang baju yang tertanggal!!! Nama saja anak tukang jahit. Nak potong kaki seluar mr hubby pun usung bagi Ma yang buat huhu...

Tuesday, 14 January 2014

Anekdot : Bantuan Sekolah RM100


Yaya came back from school on Monday and told me that next week parents semua dah boleh datang sekolah collect duit bantuan sekolah RM100. Fahmi yang baru sudah makan tengahari quickly do his maths dan menyampuk.


Fahmi : Kalau seorang RM100, dua orang RM200. Wow! Banyak tu...

Saya diam je. Kemalasan nak komen. Tapi my boy ni sangat teruja tak berhenti lagi mengira. Tak puas hati agaknya I didn't share his excitement.

Fahmi :  Mama, bayangkan kalau Mama ada 20 orang anak... RM100 kali dengan 20... Woww!!! Kaya lah Mama!


Mama : Nak kaya macam mana? Untuk sekolah seorang anak Mama belanja pun dah RM500 seorang, tu belum masuk yuran sekolah agama. Cuba Abang kira RM100 tu tolak dengan belanja seorang... negatif ok?

Owh... dia tetap nampak RM yang masuk tu juga. Kaya katanya. Ha'ah. Ye, kaya sangat kalau kira apa yang masuk (dapat) saja. Belum kira apa yang kena keluar (belanja) dulu sebelum 'mendapat' kansss? 

Lawak betul matematik Fahmi ni. Kalau ikut formula dia memang boleh bisnes buat anak.


Monday, 6 January 2014

His 10th Birthday : Kerana Senyuman Sepet Mata


We used to buy him presents for his birthday. Tapi bukan setiap birthday.
Biasanya benda-benda yang memang dia dah hint dari awal.
One thing about my boy ni, dia sentiasa tahu apa yang dia mahukan.
Dan dia tahu-tahu je bila masa sesuai nakkan idaman hati. Bila dekat-dekat denga ulangtahun dia je mesti dia mula buat siaran ulangan dia suka benda itu, dia suka benda ni. Pandai-pandai lah kau jah nak pick up the cue.


We didn't buy him or his sister anything untuk prestasi yang baik di sekolah last year. Reward mereka dengan percutian seperti tahun-tahun sebelumnya pun tidak. Except tidur semalam di hotel, boleh kira percutian ke tu?
We kind of feel bad. So this year, for his birthday semalam 5 Januari, we obliged to get him mainan idaman hati dia.
Itupun sebab murah yang amat berbelas-belas ringgit je pun each. We bought him 3 untuk tambah koleksi dia. But we kept it a secret.
Dan kami tak pernah lah tengok wajah dia berseri with delight masa kami beri hadiah dia ni. 


Kami bawa the kids pergi makan to celebrate Fahmi's birthday. His present kami sorok dalam bonet kereta.
Masa dia syok makan aiskrim, mr hubby pergi ambil. Bila mr hubby datang bawa hadiah, Fahmi tengah syok makan sambil borak dia tak perasan pun. Dia toleh sekilas kemudian sambung makan. Eh tiba-tiba dia toleh semula. Baru perasan kot! Hahaha... lepas tu apa lagi? Sampai sepet-sepet lah mata dia tersenyum gembira!



Dengan koleksi robot b-daman dia. Maaf lah ahkak pun tak tau nak explain menatang apa b-daman ni. Tapi budak-budak sekarang memang tengak naik syeikh dengan b-daman ni. Murah pulak tu. His first collection he bought with his own pocket money yang dia simpan setiap hari last year. Ada jugak yang dia pau pak Ucu dia masa pergi zoo tempohari. Almaklum, kan anak sedara lelaki favourite :-P.


Kalau nak tau dia delighted atau pun tak, tengok senyuman dia. Kalau senyum sampai tahap nampak gigi semua dan mata sepet... itu tandanya tersangatttttttt suka!!!! Dia memang rajin senyum tapi susah nak tengok dia senyum sampai sepet mata tau!


Lepas celebrate birthday dia, balik tu Yaya pulak buat plan dengan Daddy. Ajak Daddy pergi kedai. Nak beli sekotak lagi b-daman untuk abang dia. Dengan duit simpanan belanja sekolah dia sendiri!!! 
Amboihhh!!! Terkedu Mama dia.
Bukan apa, cik Yaya ni susah nak dapat belanja dari dia. Kadang dia kata takpe adik belanja tapi end up mesti duit kita yang keluar. Tu pasal Mama dia terkejut sangat bila dia kata, "Takpe, adik nak pakai duit adik" dan kemudiannya, "Adik nak buat Abang gembira"
Mama dia rasa hilang nafas sekejap. Mulianya hati adik.


See, Fahmi punya senyuman gembira tahap sepet mata is so infectious. Buat semua orang berlumba-lumba nak buat dia happy lagi. Semata-mata sebab nak tengok dia senyum sepet mata!!!


Thursday, 2 January 2014

Serba Baru


Tahun baru, sesi persekolahan baru bermula hari ini.
Uniform baru, kasut baru, and they also get away with beg sekolah baru... Penat saya psiko mereka suruh pakai beg sekolah lama, akhirnya berjaya mereka mencairkan iman Daddy. 
Mama dia hati macam besi. Tak apalah. Bila saya fikir-fikir balik selepas menunjukkan prestasi yang baik kat sekolah last year, they deserve it. Lagipun bukan beli beg mahal pun.
Jenama apa pun tak kisah tapi saya pentingkan kualiti. Nak cari beg sekolah kalau dapat yang mahal especially kalau yang ada gambar superheroes bagai tu kan memang beratus harganya tapi kalau fabrik jenis jalinan benangnya jauh-jauh atau besar-besar memang tak kuat pakai 2 hari dah terbarai. Kena cari yang fabrik jalinan benangnya rapat-rapat. Faham tak apa saya cakap ni? Hehe.
Pasal tu ahkak memang cerewet bab pilih beg sekolah.
Anak-anak memang serah pilihan ikut taste mama dia. Memang aku belek habis-habis luar dalam sampai jahitan cantuman beg pun ahkak selidik. Dah pernah terkena. Pasal tu beringat.


So merasa serba baru lah anak-anakku dari top to toe. Bukannya boros berbelanja. Macam ada sorang orang berpangkat tu sound parents kat suratkhabar jangan berbelanja berlebihan time buka sekolah sampai semua serba baru. Saya sangat tak setuju dengan kenyataan beliau. Almaklumlah sekarang ni kan sibuk suruh rakyat berjimat cermat. Habis segala media depa guna untuk sebarkan ideologi rakyat harus berjimat cermat. Sampai ke tahap suruh guna je uniform lama, kasut lama dan sebagainya.  Bercakap umpama orang tak berpijak di bumi nyata. Hallo... agak-agak lah kan kadang bukan kita hendak sangat ganti serba baru.
Tapi kalau kena macam saya ni anak dua-dua diangkat jadi pengawas, tak pasal-pasal kena beli uniform biru. Kasut pulak nak kena warna hitam. Yang perempuan kena beli kemeja lengan panjang dengan long skirt. Tak boleh tidak terpaksa juga. Kalau ikut hati mau saja guna kuasa veto withdraw nama anak-anak. Tapi nanti anak-anak pulak jadi de-motivated. Itu belum masuk uniform pi sekolah agama (kafa) lagi. Kafa kain/sampin hijau. Nak kena beli lagi kan? 


Saya bukan nak merungut, tapi in response kepada kenyataan 'orang-orang yang kuasa di tangan mereka' ni kan. Sudahnya kita dicop boros. Kan bagus kalau mereka-mereka ini bantu beri penyelesaian kepada masalah kenaikan kos sara hidup rakyat. Daripada sibuk menekan rakyat suruh jimat itu ini. cakap memang senang. Cuba mereka-mereka yang berkuasa ini semak balik hal-hal berkaitan keperluan persekolahan anak-anak di setiap sekolah. Cari jalan kurangkan tekanan kepada ibubapa waktu naik sekolah. Rimas kadang dengan uniform yang pelbagai warna. Pengawas perpustakaan lain pulak warna. Itu belum uniform pengakap, puteri Islam, pandu puteri segala. Habis segala warna pelangi ada uniform dijual. 
Kalau mak ayah bekerja dan mampu Alhamdulillah boleh ada kan segala keperluan. Tapi anak-anak orang yang kurang berkemampuan macam mana? Sudah tertekan lagi bertambah tertekan kan?


Seingat saya, zaman sekolah dulu selain uniform badan beruniform, uniform sekolah cuma ada 2 warna sahaja iaitu putih untuk murid biasa dan biru untuk pengawas. Zaman sekolah saya pernah juga jadi pengawas perpustakaan. Tapi tak perlu uniform warna lain pun. Kami dibezakan dengan lencana yang berharga paling mahal pun RM3-RM5 sahaja!!!! Jauh bezanya bukan? Sangat bertimbang rasa! Sangat jimat perbelanjaan persekolahan anak. Tak menjejaskan prestasi pembelajaran pun kan?


Dan lagi. Cuba fikir logik sikitlah. 
Kalau budak peringkat menengah mungkin lain cerita. Tapi budak-budak peringkat rendah ni kan tengah membesar. Saiz pinggang, ketinggian dan panjang tapak kaki tu semua cepat berubah. Mana dapat nak ditahan tumbesaran budak-budak ni. Mana dapat nak pakai seluar atau kain saiz yang sama selama 2 tahun (yang tahun lepas bawa ke tahun baru). Kot dapat budak yang tak berubah saiz badan ni dah jadi isu lain plak... isu pemakanan tak seimbang, isu tak cukup zat. Bila tak cukup zat timbul isu tahap intelektual dan kemampuan mencerap ilmu. Haaa... dah masuk isu tu semua kena semak balik lah kertas kajian Prof. Ungku Aziz kan?


Ini yang sepatutnya mereka-mereka yang berkuasa ni unjurkan. Bukan cakap semata. Orang tak berkuasa macam saya ni suara tak didengari. Tak mampu mengubah.

Moving on. Hari ini ada ibu yang tak cam anaknya sendiri kat sekolah. Dalam ramai-ramai tu berbondong turun tangga sekolah ke padang perhimpunan, si ibu melilau cari kelibat anak perempuannya. Tengok dari belakang semuanya sama. Alahaiii...kot anak sendiri pun tak kenal?
Mana tidaknya. Anak dia bertukar imej tahun ni kan.




Cik Yaya dah lama suarakan hasrat nak bertudung. Sejak naik darjah 2 lagi. Tapi saya yang tahan hasrat dia. Don't get me wrong. Saya bukan tak suka anak bertudung, tutup aurat. Saya yakin, mendidik anak mejaga aurat harus dimalukan seawal usia kanak-kanak. Saya punya concern terhadap cara dia menguruskan kebersihan dan kekemasan diri. Kalau masa tak bertudung pun omak eh yang kena ingatkan segala luar dalam. Rambut tak pernah nak kering. Saya mahu dia buat komitmen. Bertudung, bertutup bukan jalan pintas untuk menutup kecelaan diri. Bertudung diluar, biar di dalam kekal wangi dan kemas terjaga. Saya beri dia tempoh sehingga naik darjah 3 untuk dia faham apa yang saya maksudkan. Dan masanya tiba juga. Cuma saya pulak yang tak cam anak sendiri. Lucu pulak rasanya. Dulu senang nak cam anak, yang free hair rambut berikat ekor kuda itulah dia. Atau yang nampak kulit hitam tampuk manggis itulah dia!
Sekarang dari belakang putih bersih sama je semua. Dari depan ambil masa sikit nak biasakan mata ni. Comel pula! Pipi makin bulat. Badannya makin naik. Montel sekarang ni jauh beza dengan kedingnya dulu!



Susah nak percaya anak lelaki saya ini tinggal 3 hari lagi cukup 10 tahun usia dia!!!
Betulkah saya lahirkan anak yang sudah besar ini dulu? *lol





Yaya with her BBFs. Keempat-empat mereka saling bersaing sengit dalam pelajaran di kelas. She and her two friends on her left semua terpilih jadi pengawas Tahap 1. Pengawas Tahap 1 tidak perlu beruniform biru. Cuma yang perempuan kena pakai kemeja lengan panjang dan skirt setiap Isnin. Jaket pengawas dibekalkan. Her friend on far left berkaca mata agak sedih dan terasa sedikit left out kerana tidak tersenarai sebagai pengawas. Oh kalau saya, saya anggap itu sebagai blessing. Boleh fokus pada pelajaran. Harapan saya moga mereka saling menambah nilai-nilai yang baik ke atas diri masing-masing dari persahabatan ini.
Moga Allah melindungi anak-anak ini. I care for them.





Tuesday, 24 December 2013

One Less Helper : Edisi Pencerahan



When I put up this photo of my son dengan tangan kirinya ber anduh with the same caption "One Less Helper" di fb, saya terima pelbagai komen dan variasi respon. Ada yang dapat menangkap my sense of humour dalam komen yang saya letak. Tak kurang juga yang silap faham dan terburu-buru menyalahkan saya sebagai punca tangan my son terpaksa beranduh.
Aduh. Nampak sangat pengomen terburu-buru tidak membaca cerita sebenar terus komen.
Well, I'm not surprised sebab isn't that sounds like typical Malaysian facebooker punya characteristic yang cepat mengomen pada mana-mana artikel tanpa membacanya hingga ke akhir. ;-)


Bila saya menggelarkan anak lelaki saya 'my little helper' atau 'my helper', saya tidak sangka lah ianya membawa konotasi negatif dan memberikan gambaran seolah-olah saya memburuh kasarkan anak saya. Sejak bila pula anak-anak yang dilatih membantu kerja rumah dikira sebagai memeras tenaga mereka? Saya berusaha melatih dan membiasakan anak-anak membuat kerja-kerja rumah ringan seperti membasuh pinggan selepas makan, sidai pakaian, lipat pakaian mereka sendiri, susun dan simpan pakaian sendiri di dalam almari supaya mereka peroleh kemahiran menguruskan diri. Hatta semasa saya masih punya maid lagi saya sudah mulakan sedikit demi sedikit. Saya tidak mahu mereka merasa diri seperti tuan/puan muda di rumah.


To be honest, mereka agak seronok membantu melangsaikan kerja-kerja ringan. Terutamanya bila setiap sumbangan mereka itu saya berikan reward. Ucapan terima kasih. Ataupun kata-kata pujian. Itu yang sampai Fahmi kembang semangkuk dan gelar diri sendiri 'budak lelaki mengalahkan perempuan' bila saya puji keringanan tulang nya.  Dan kalau nak tahu, sepanjang cuti sekolah ini setiap kerja rumah yang mereka bantu diberi reward berbentuk upah wang ringgit. Sebabnya, upah itu untuk membantu mereka membayar balik harga charger PSP yang telah rosak sebab tak dijaga dengan baik.
Saya sebenarnya cuba melatih mereka untuk hargai harta benda. Tidak ada benda percuma dalam dunia ini. If you want it, there's always a price to pay.
Saya grab apa jua peluang yang ada untuk saya gunakan (eksploitasi) sebagai medan memberi pengajaran baru kepada mereka.


So, kalau itupun buat saya kelihatan sebagai ibu yang kejam. Apa yang boleh saya katakan, saya beri diri anda masa sehingga anak-anak anda semakin membesar. I'll trust you'll get there.











Monday, 16 December 2013

One Less Helper



My helper... yang menggelarkan dirinya "Budak Lelaki Mengalahkan Perempuan" 
(bagi kategori kerajinan membantu kerja-kerja rumah) yang paling boleh diharap - tolong cuci pinggan, buang sampah, salin plastik sampah baru, unload kain dari mesin basuh, tolong sidai, tolong tolak mobile ampaian ke tengah panas - dengan rasminya hari ini gantung apron. 
Err... gantung sebelah tangan.





He injured his jari kelingking kiri semalam lepas dia jatuh di tangga papan gelungsur dekat indoor playground Giant Seksyen 13 shah alam, dan badan dia yang dia sendiri gelar umpama 'body builder' menghempap tangan kiri. Yang teruk injured adalah jari kelingkingnya.
Pergi klinik tadi, doctor kata kemungkinan bukan bone fracture tapi muscle/tissue inflammation saja.
But she bandaged his hand anyway, and put it to rest on a sling.
Hopefully his tissues recover in 5 days.
*Sigh* that long?


So, I am now, one less helper.
Sob... sobb... sobbb...

Wednesday, 4 December 2013

PSP Does Not Work For Them, But These Does...



After weeks of bosan mendengar the kids 'berzikir' bosan... bosannn... bosannNNn...
I finally succeed in keeping them in quiet state


With the help of 'some' tools of course...
after giving them back their PSP which does not work at keeping them busy and content
i use another tool...
called 'BOOKS' and 'COMICS'




Balik dari kelas agama terus sambar buku masing-masing yang saya baru beli di mph dengan tersenyum meleret... owh you just had to see the smile on Fahmi's face is so priceless!! Kemudian mereka hilang dalam dunia mereka sendiri.



Jangankan batang hidung, muka pun tak nampak dah terbenam dalam buku!!!

I find that books really works with my kids. Fahmi is currently into adventure/mystery gentre... alah yang koleksi Detik 12 Malam tu. I bought him koleksi 6 cerita dalam 1 buku terus. Cukuplah to keep him busy for the next 6 days. Ha ha ha
While Yaya who is very much into comics, I bought her komik Dear Yayah dua siri terus and another comic sains dan pengembaraan to be shared between them.


Now, I can happily focus on my baking project! Ha ha ha...


Thursday, 21 November 2013

Angkat kening


A snippets of a small family with two young kids while having dinner on a cold Wednesday night.
And no, it was not winter. And no they were not western family, they are Asian. Hence the turn of the conversation cause some raised eyebrows.

Nine-year-old Boy : Mama orang perempuan uzur pakai Kotex kan?

Gulp!!! Terjungkit kening Mama dia. Mana dia tau ni? 
Adakah Mama dia terkantoi di mana-mana?
Berdebar jap.
Tapi masih angguk perlahan.

Nine-year old Boy : Mama masih uzur (period) kan?

Terjungkit kening #2.  Jeling kat Mr Daddy.
Daddy's reaction - masih tunduk makan as if not hearing anything. Ok, fine.
Mrs Mama angguk lagi. Walau sudah mula rasa cuak ni. Takpe bagi dia chance dulu, give him the benefit of the doubt.

Nine-year-old Boy : Habis tu kenapa Mama tak pakai Kotex?

Dah bukan terjungkit kening lagi dah. Terus terbuntang biji mata!!!
Ok, serius saya rasa deja vu sangat-sangat.
Aha!!! Anekdot superman je pakai underwear kat luar dulu.. Tapi belum sempat buka mulut Mr Daddy sudah potong queue.

Mr Daddy : Abang, orang tak pakai Kotex kat luar... macam mana Abang nak nampak!

Si Adik dah ketawa mengekek.


Aiyohhh!!! Ada-ada jelah kejutan dia. Pelik budak lelaki sekarang. Saya tak ingat lah kalau dulu masa adik-adik lelaki saya kecil ada ke tak diaorang tanya macam ni kat my mum. Saya nak marah pun tak boleh sebab dia cuma curious. Dan lebih baik dia tanya direct daripada cari maklumat kat tempat lain.
Plus, I don't find any offence in his questions. Benda yang dia tanya pun is life matter.


I asked him macam mana dia tau pasal Kotex. Bila dia explain saya rasa nak ketawa pun ada. It so happens dalam kelas agama yang di ajar oleh seorang ustaz di sekolah ada sentuh bab larangan dalam ibadah. Timbul bab uzur kot. And there was this one boy dalam kelas dia yang pergi cakap kat ustaz yang dia 'pernah tengok' mak dia pakai Kotex masa uzur. Kalau dengar perkataan 'pernah tengok' tu memang rasa nak luruh jantung lah kan. Tak hairan lah kalau anak lelaki saya cakap ustaz tu macam terkejut. Maunya tak terkejut, mak dia pakai Kotex depan anak kot? Kihkihkih...

Tapi saya yakin apa yang dimaksudkan sebenarnya adalah dia mungkin pernah nampak mak dia beli atau pegang bungkusan Kotex tu. Tapi biasalah budak cakap ringkas je. Dan selepas itu terus ustaz tu tak mau layan lagi budak-budak tu bercakap. Hahaha...


Untung kau nak, mak zaman sekarang open-minded sikit. Agak-agak kalau budak lelaki cakap macam ni depan mak-mak zaman dulu mau kena penampar tak?



Tuesday, 19 November 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2013

At first saya tidak berhajat mahu share gambar-gambar atau buat entry berkenaan ini. Kemudiannya berubah fikiran setelah mempertimbangkan tujuan sebenar saya berblogging adalah nak merakamkan detik-detik penting/indah dalam hidup saya dan anak-anak. Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Meru 2 tahun 2013 sekali lagi melakar satu lagi milestone dalam hidup anak-anak.


Saya tumpang gembira dengan pencapaian mereka. It was the 3rd time/year for Fahmi semenjak dia darjah 1, and the 1st stage appearance for Yaya where she missed her target during her first. Well, that's because she doesn't have one (target)! 



He got 1st place in his class this year. Satu lonjakan dari tempat ke 3 tahun lepas. Well done!
Tahun depan cabaran lebih besar. Terus tingkatkan prestatsi pelajaran dan buktikan tanggungjawab tambahan sebagai pengawas tidak mengganggu tumpuan pada pelajaran.




She bagged the 3rd place award dan pencapaian terbaik dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan.
It was her first time and she was extremely estatic. Baru kini dia tau betapa seronoknya dapat naik pentas!
Dan lebih manis untuk dia bila kedua-dua BFF nya, Adeena and Aqila naik pentas for 1st and 2nd place in class.




Naik pentas kali kedua for pencapaian terbaik subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Dah seasoned sangat bab naik pentas, dia lebih pro posing mengadap kamera. Mudah kerja Daddy snap pics, Yaya punya first pic terpaksa scrap sebab dia tak pandang kamera dan jalan laju menonong tak sempat Daddy snap properly. Kali kedua naik baru dia pause dan pandang kamera itupun lepas Daddy tegur!





Top right : Yaya with her bff Adeena, bottom right: Fahmi with his classmate Elmie. Fahmi dan Elmie rima nama hujung tu jive sungguh! Malah saban tahun saling bertukar kedudukan, last year Elmie grabbed the 1st place award, this year the reverse. Moga terus bersaing untuk kecemerlangan.


Moga terus menjadi anak-anak penyejuk hati kami. Amin.

Saturday, 16 November 2013

School Holidays Officially Begins Today *Sigh*

Ok, school holiday officially begins today!
Hoorayy!! for the kids... urghh for mommies especially WAHM (Working At Home Mothers) like me
I'm scratching my head nak diapakan budak-budak ni
Hantar to nenek's house is a big NO-NO for me... but looking at my baking schedule and with my personal assistant (read: maid) going home for good this monday, I'd probably have to entertain the idea for a couple of days 
Or else they'll drive me nuts with their antics *lol*
Ini pun baru 1st day dah macam-macam ragam *sigh*


I'd like to send my kids to any school holiday programmes... kalau ada kem ke kan bagus. Actually ada, banyak ditawarkan but usia menjadi halangan. Most programmes are for children age 10 and above.
Kalau ada pun yang below 10 years tak boleh lepas juga budak berdua ni yang tak berapa nak independent.
Silap-silap Mama kena masuk kem sekali!!!
Apapun rasa lega sikit... sikit je tau coz kelas agama tambahan akan bermula Disember ini for 3 weeks.
Walaupun cuma untuk two and a half hours daily, cukuplah masa for me to clean the house wash clothes in the morning


On other note, school holiday means Hoorayy juga for Mama - one and a half month tak yah basuh school uniform, less ironing except baju kerja Daddy, kasut tak yah kapur yeayyy!!!
Next year uniform kaler biru akan masuk wardrobe Fahmi - another yeayyy sebab tak sakit lah mata dan tangan nak sental kotoran nanti!
Kadang pelik tengok baju sekolah budak-budak ni kotor yang amat macam ke bendang pun ada!
Kasut hitam for Fahmi - double yeayyyy!!! tak yah kapur! (*_^)
So all his old uniforms and shoes dah boleh stuffed away. Except for one pair bertali yang dia kata nak bagi kat Yaya... ouiii baiknya hati but they probably don't fit Yaya's delicate feet
Kemeja lengan panjang with long skirt for her sebab dia dilantik jadi pengawas pelatih ... another sigh for me
I'm not fond of my kids becoming pengawas because I feel they are too young
to carry extra responsibility. And I'm not sure about being a pengawas boleh membentuk mereka lebih berdisiplin coz I've observed my eldest, I don't see any improvements. Baju masih kotor berkerak... kuku tak potong kalau Mama dia tak bising... how la nak jadi pengawas.
But since the school dah lantik without consulting parents dan budak0budak pun dah kembang dada apa yang mampu saya buat. Nak tolak? Ye boleh saja tapi itu akan buat anak-anak saya upset and that's the last thing I'd want. So, there you go... 2 orang pengawas dalam rumah ini next year.


The least I can do is, make a MoU with them. Nak jadi pengawas boleh but they'll have to pledge :

1. Kekemasan tubuh badan from top to toe- jaga sendiri tak payah tunggu Mama bising
2. Kekemasan pakaian sekolah dan kasut
3. Disiplin - atur masa ikut aktiviti seharian Mama dont need to use luodspeaker
4. Sikap dan minat terhadap pelajaran
5. Kekalkan atau tingkatkan prestasi pelajaran - no slacking is allowed


Break any one of the above Mama is allowed to see the teacher in-charge and serah balik your jacket pengawas. How's that? Keras kan Mama dia?
Kijam ke? Takkkk... This is for their own good.
Saya kenal anak-anak saya. Mereka anak-anak yang baik tetapi too young untuk nilai baik buruk, they have their weaknessess... I am here to help them. I'll take whatever opportunity that come across untuk shape them to become a better person.


All in all 2013 have been a good year for them at school.
Alhamdulillah I'm happy they did well in their exams. Their academic achievement so far so good.
Both of them naik pentas untuk anugerah kecemerlangan pelajaran hari Khamis lalu. The 3rd year for Fahmi, and the 1st one for Yaya. Thumbs up for her for making a leap this year.
Fahmi masih kekal dengan sikap berdaya saingnya. While Yaya perlahan-lahan belajar apa erti berdaya saing. Tempat ke berapa sebenarnya bukan ukuran buat saya tetapi markah yang diperolehi melambangkan pemahaman mereka.
Saya akui kejayaan mereka sebenarnya lebih penting buat saya. Kerana menjadi kayu ukuran kepada decision saya tinggalkan kerjaya menjadi a WAHM.


So, the school holiday begins juga menandakan permulaan hidup baru buat saya tanpa PA.
It is a test for me comes January 2014. Sekarang masih boleh slow and steady lagi.
ok I don't want to get stressed about this
for time being kena belajar teknik kawal jurus pernafasan 


Monday, 11 November 2013

Hijrah...





Pooh dan Ms Turtle pun dah pakai tudung sekarang.
Cik Bear bila lagi???

Tumpang senang hati ramai dah artis yang bertudung sekarang.
Dok ingat-ingat kan diri. Hijrah luaran kena seiring dengan hijrah dalaman.
Hijrah luaran lebih mudah.
Hijrah dalaman nak bersihkan hati, tundukkan nafsu, istiqamah dan lain-lain yang lebih mencabar.
Teringat Prof Muhaya pernah cakap, kalau rasa susah nak berubah jadi baik check balik sekeliling kita.
Kalau dikelilingi orang-orang yang tidak baik, tinggalkan.


Friday, 8 November 2013

Celebrate



The day after Deepavali, we removed all furnitures (except fixtures) and curtains from the kids room and start painting the room in Yaya's favourite colour ~ pink. Typical girls favourite colour kan?

Bukan itu saja, I clean up the dust daripada alang tingkap dan grill yang dah tebal tu, obviously from years and years lack of attention. The kids got really excited tengok Mama dia cleaning up so they want to join. I let them use the vacuum instead. Mr Hubs kata saya 'sayang' sangat kat maid, sepatutnya suruh maid yang buat benda-benda ni semua sejak dulu. Ermm... aku juga yang kena smash. Nak buat macam mana, dah naik lemak, penat mulut berleter. Pandai-pandailah fikir berkat tidak rezeki kalau kerja ala kadar.



The day before, I took the kids with me ke rumah my mum. But we rushed back the same day sebab nak mulakan operasi mengecat ni the next day kan. My mum kata, "Orang dah Deepavali baru nak cat ke?"

Kalau my hubs pulak kata, "Kita (mengecat) celebrate maid nak balik (for good)"
Kuang... kuang... kuang...


Now the room sudah ready for occupation. Katil baru pun dah sampai. 
Tapi bau cat masih terlalu kuat.
Now, Fahmi dah tak sabar nak sambung operasi mengecat bilik dia pulak.
Tapi sabar dulu ye, tunggu 'penyewa' kosongkan bilik tu hujung minggu depan.

Monday, 4 November 2013

Prank






Kecik-kecik dah pandai buat prank.
Baru 8 tahun!
Inilah kerja budak-budak perempuan zaman millenium.
Tulis love-letter.
Tapi bukan dikirim kepada lelaki.
Pi selit dalam letterbox rumah kawan perempuan juga.
Motif???
Balas balik sebab kena prank cara yang sama sebelum ini.

"sampai jantungku jatuh ke tanah dan kukutip semula"
ughhh... perumpamaan apa ni?