Dah banyak kari yang saya makan.
Tapi tak sesedap kari ayam ibu mertua ku.
Memang mak mentua saya pandai masak, itu tak boleh dinafikan.
Mak mentua saya memang tak berkenan beli makanan kat luar.
Kalau sapa cakap terliur nak makan ayam goreng kfc, she will rebuff
Her ayam goreng berempah lagi sedap dari ayam kfc
Sapa berani bantah?
Ada berani? ;-)
Nak beli roti canai as sarapan? Kirim salam jelah.
She makes her own roti jewer
Berebut anak cucu makan roti jewer cicah leftover kari ayam or sambal tumis
Sampai 3 pagi raya berturut-turut she had to make roti jewer!
Pernah sekali saya cuba masak kari ikut resipi mak mentua,
prepare sendiri rempah ratusnya tapi tak sama rasa dia
adalah tu sukatan yang terlebih atau terkurang
mind you she pounded all the rempah ratus by herself, takde main kisar masuk blender
pakai lesung batu lagi sedap
My sister in law bila mak mentua takde kat dapur dia campak je semua bahan dalam blender... hihi
Cuba kalau mak mentua ada... tak berani ko
Jadi balik raya baru-baru ni saya perhatikan semula bahan-bahan yang digunakannya
Cuma kali ini she made it the simplest way
Yelah dah tak larat nak duduk tumbuk rempah from scratch lama-lama
Nak tunggu menantu dia tolong tumbuk, buat kerja slow sangat agaknya
Jadi hari ini saya persembahkan Kari Ayam Mentua
Urghh memang marvelous. Saya buat 1/2 ekor ayam je dipotong kecil sebab bajet nak makan dengan roti jala.
Untuk korang yang baru kahwin tak reti masak macam saya dulu, cubalah resipi kari ayam mentua ni ye.
Sure cik abang happy.
Kari Ayam Mentua
Bahan A
9 ulas bawang merah (yang kecil tu ye)
3 ulas bawang putih
1cm halia
1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu besar ketumbar (rendam)
1 sudu kecil jintan manis (rendam)
2 sudu besar cili boh atau 6 tangkai cili kering (rebus/rendam air panas)
Bahan B
rempah 3 sekawan - kayu manis/bunga lawang/buah pelaga
1 tangkai daun kari - must have kalau takde tu mulalah tanam pokok kari dalam pasu ye
2 sudu besar rempah kari (mil pakai Baba's sahaja!)
1/2 ekor ayam (setakat nak makan berdua cukup sampai malam hehe)
1 sudu besar asam jawa - ramas dengan 1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat/santan kotak
1 cawan air
3/4 sudu teh garam (boleh adjust ikut selera - kalau lebih nak kahwin lagilah tu!)
Penyediaan:
1. Blend bahan A sampai lumat.
2. Tumis Bahan B sekaligus hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan A hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempari kari. Tumis sekejap hingga wangi.
4. Masukkan ayam. Gaul rata dengan rempah tumis. Biar sekejap hingga kering air ayam. Masa ni boleh masukkan garam.
Kacau sesekali supaya rempah tak hangus. Guna api sederhana-perlahan. Tak perlu tambah air sebab air ayam tadi sebenarnya dah cukup untuk empukkan daging ayam.
5. Bila air ayam dah kering baru masukkan air asam jawa. Diikuti dengan santan pekat yang dicairkan dengan 1 cawan air. Biarkan mendidih kemudian renihkan dengan api perlahan sehingga semua bahan sebati. Rasakan cukup garamnya.
6. Bila dah pekat sikit dah pecah minyak bolehlah hidang.
Ketumbar dan jintan adalah rahsia yang membuatkan kari ayam ni rasanya berbeza dengan kari biasa.
Kadang kita tengok kenapa lauk orang tua-tua mesti cantik pecah minyaknya.
Itu sebab orang tua-tua kita masak ada banyak sabar.
Tunggu bahan tumis sampai betul-betul pecah minyak baru dia proceed to next step. Barulah perisa dari rempah ratus semua keluar. Tapi kita orang muda masak nak cepat, kejar masa.
Maklumlah balik kerja dah malam, nak masak lagi. Main campak je segala bahan, pastu bila tak sedap ko salahkan rempah tu tak best rempah ni tak best. Sebenarnya ko yang kurenggg. ;-)
Ni pesen yang saya gelar - masak takde perasaan. No passion. Not passionate enough.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago