Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Thursday, 6 February 2014

Dessert Table: Rum-free Chocolate 'Icecream' Cake Ball

Hello February!
The shortest month of the year but the most celebrated month by many. Sebab ada hari kekasih kot.
Pada saya bulan February sangat istimewa. Kerana pada tarikh akhir bulan February adalah ulang tahun kelahiran Ma saya. So, we look forward to that day ;-).


Okay, I know haven't been posting enough baking and cooking pics. Tapi itu bukan bermakna I don't bake or cook at all. Editing took times. Dan saya tak suka buat kerja in a rush. So here is, I present you my Rum-free Chocolate 'Icecream' Cake Ball. Note the inverted comma dekat perkataan icecream tu ye ;-).


Wahhh... nama panjang gitu. Macam tamak je. Saya guna formula yang diperturunkan oleh my ex-boss dalam ilmu persuratan masa bekerja dulu. Nama atau subject title harus menggambarkan isi secara jelas. Jangan buat orang pening. Biar baca tajuk je dah tau apa kebenda isi cerita. Ha ha... tapi hat ni mesti mau cerita panjang juga bagi perjelas habis.


Musim panas begini memang sedap tekak makan aiskrim kan? Tapi tunggu dulu. This is not a real icecream. It's a fake icecream, made to look like an icecream. But it's edible. You can eat them ;-).


The main actor of this 'icecream' assemble is the rum-free chocolate ball. I made the chocolate ball my style - the halal version of  germany's popular truffle-like confection rum ball.





A rum ball is actually made of cakes or cookies yang dihancurkan kemudian digaul dengan finely chopped raisins dan melted chocolate untuk mudahkan ia dikepal/dibentuk. Ia dipanggil rum ball kerana the original version memang letak rum sebagai penaik perisa. But yang saya buat ini 100% halal free from alcohol.


Untuk mendapatkan rasa yang tidak lari daripada rum ball asal, saya rendam kismis hitam bersama freshly squeezed lemon juice atau boleh juga ganti dengan jus oren tapi mesti jus dari buah sebenar bukan dari kotak ye puan-puan. Rendam untuk 1 jam. Air perapan jangan dibuang. Sebaliknya saya tambahkan sedikit ke dalam adunan chocolate ball tadi. Jus perapan kismis tadi membangkitkan rasa yang enak pada chocolate ball.





I refrigerated the chocolate ball for about 15mins while I prepare the white chocolate compound sebagai saduran. I tinted them with yellow colouring. White is so boring kan? Wait for the chocolate compound temperature gone to 45C before I dipped those chocolate balls into them. Shake of excess, jangan terlalu tebal just a thin coating cukup untuk mendapat effect bunyi "kruppp..." bila digigit. Celup mini icecream cone ke dalam coklat dan lekatkan chocolate ball ke atasnya. Then pipped some melted milk chocolate and topped with glazed cherry. Let it sit or return to fridge untuk disimpan.
Mudahkan? Turning something yang asalnya biasa-biasa saja kepada sesuatu yang luar biasa ;-).





The kids love them. Siapa yang tak terpesona kalau sudah dibentuk cantik macam mini aiskrim kan?
It works as a perfect dessert table idea. Dan juga as kids's party pack idea. Or perhaps as a perfect surprise for your loved ones.
But be prepared to pay for it. It can be costly ;-).

Tuesday, 1 October 2013

Tiramisu ala Chef Ridz


Hello October!


Tiada mood sebenarnya nak menulis panjang lebar. Tapi tak suka juga blog terbiar tak ber update. Check it out Tiramisu yang saya buat sebagai memenuhi hajat Fahmi. Ada sebungkus penuh Saviordi biscuit atau sponge fingers baki buat tiramisu yang dulu. Fahmi asyik tanya apa gunanya saviordi itu. Bila saya jelaskan ianya untuk buat tiramisu, laju je dia minta saya buatkan. Elok pun saya buat sebab dah menghampiri tarikh luput hujung Oktober nanti!




TIRAMISU ala Chef Ridz

Bahan-bahan:
3 Biji telur
6 sudu teh gula
10 gram serbuk gelatin
40ml air panas
175 gram Keju Mascarpone (Saya guna jenama TATUA buatan New Zealand yang jauh lebih murah hanya RM9.90 untuk 200gm dan yang penting HALAL)
175 gram Krim Keju
250 ml Krim Memasak
Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan)
Jejari biskut Span (Saviordi)
Serbuk Koko
Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla



Cara-cara memasak:
Asingkan kuning telur dan putih telur
Adunan 1:
Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning.
Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).
Adunan 2:
Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar.
Adunan 3:
Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.
Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati.
Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung.
Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya.
Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi.
Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga.
Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam.
Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna.
Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.






Cuma saya nak sebut, kalau anda alah pada Nescafe seperti saya, sila ganti dengan kopi jenis lain. Saya tak boleh minum nescafe hatta dicelup sedikit pun. Kesannya sangat menyeksakan. Tidur malam terganggu. Kejap-kejap tersentak terjaga. Restless gitu. Maklumlah ada caffeine kan. Menyesal tak guna kopi Vietnam sebagai pencelup Saviordi. Dah buat baru teringat kopi Vietnam tu. Kalau guna kopi Vietnam tentu lebih sedap lagi dan yang penting saya tak alah dengan kopi ni. Pun begitu, saya bukan penagih kopi tegar. Minuman pilihan utama saya adalah air kosong ;-).

Monday, 23 September 2013

Cherry Tarte Genoise




Cherry Tarte Genoise = Tart Span Buah Ceri???


Whatever. 
Resipi asal dari buku Tart & Pie oleh chef tersohor, Chef Wan terbitan Marshall & Cavendish, Singapura.
Ada banyak resipi tart atau sweet pie di dalamnya, majority menggunakan buah-buahan segar barat. 
Saya baru mencuba resipi yang satu ini. Itupun saya cuba memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tarte genoise ini. Kerana tiada penerangan diberikan untuk setiap variasi tart, hanya resipi semata-mata. Barangkali berpadananlah dengan harga buku bersaiz nota, RM9.90 ini.
Ia adalah kompilasi resipi semata-mata. Yang terbaik tentunya daripada chef tersohor. 





Saya buat sedikit research tentang tarte genoise. Tetapi tidak mendapat maklumat yang memuaskan. 
Tarte genoise adalah gabungan bahasa Perancis, tarte. Dan bahasa German, genoise = dari sudut masakan ia merujuk kepada sejenis kek span. Munasabah juga telahan saya (jika silap harap diperbetulkan), kerana tekstur filing tart ini lembut serta gebu seperti kek span hasil daripada proses memukul putih telur secara berasingan daripada kuningnya sehingga teksturnya seperti meringue. 
Cuma bezanya kek span ini kaya dengan 'nutty flavour' hasil penggunaan serbuk badam sebagai ganti kepada tepung gandum.


Lega sedikit kerana resipi ini calls for dark pitted cherries in can. Kalau tidak letih juga nak membayar harga buah ceri segar dari ladang Australia (lagipun ceri segar tengah off season sekarang). Tart ini tak begitu manis. Sesuai untuk tekak Melayu asli. (*_*).


I'll update recipe later. 


Wednesday, 31 July 2013

22 Ramadhan 1434H - Cari Apa Tuuu? ... (*_^)



Saya perasan sejak dua menjak seminggu dua ini saya menjejak kesan tapak kaki pengunjung dari serata Malaysia dan luar negara yang singgah di blog hidup segan mati tak mahu saya ini. Dan saya dapati tajuk entry yang menjadi terjahan paling tinggi untuk tahap blogger suam-suam kuku ini (toksah lah compare dgn blog popular lain) adalah "Lapis Melapis - Kek Lapis Cadbury"


Ini screenshot hari ini. Semalam, kelmarin dan minggu lepas tak saya ambil tapi tiap hari memang paling kerap orang search untuk tajuk entry yang ini lah. Lain-lain tu tak sekerap tajuk kek lapis cadbury.

Saya kira bila sudah semakin penghujung Ramadhan ini ramai yang berkira-kira nak buat kek untuk raya barangkali. Itu yang tajuk kek lapis paling popular setakat ini. Saya cuma nak clarify, kalau anda mencari kek lapis untuk dibeli, di sini saya tidak menjual. Memang setiap tahun saya buat, tapi untuk makan sendiri dan agih kepada saudara mara saja. Dan saya buat cuma beberapa jenis saja iaitu top favourite dalam keluarga adalah kek Lapis Cadbury yang kaya dengan coklat cadbury nips nya, kek lapis masam manis dan kek lapis prune sahaja. Lain-lain saya wajib buat ialah kek buah kukus favourite abah saya dan kek kukus prune. Kalaupun ada yang buat special request baru saya buat kek lapis Cadbury tu. Kenapa saya tak buka tempahan? Sebelum apa-apa saya minta maaf dulu harap tidak terguris dengan kata-kata saya. Saya tak buka tempahan untuk kek lapis Cadbury ni sebab saya buat kek lapis jenis premium, yang setiap lapisannya sarat dengan coklat Cadbury nips. Ada 10 lapisan kek yang mana 8 daripadanya dipenuhi Cadbury nips. Setiap lapis ada 30 Cadbury nips jadi kalau 8 lapis bermakna untuk 1 biji kek Lapis Cadbury ini saya gunakan sekurang-kurangnya 240 biji coklat Cadbury nips. Anda boleh rujuk tajuk entry yang saya sebutkan di atas dan lihat sendiri gambarnya. Untuk yang biasa beli kek lapis Cadbury di pasaran anda tentu tahu kek lapis cadbury lain biasanya cuma beberapa puluh ketul saja coklat di dalamnya. Jadi adatlah kalau harga kek lapis Cadbury saya tak sama dengan pasaran. Tambahan saya buat secara homemade. 

Kenapa banyak sangat guna coklat? Jawapan mudah. Sebab saya suka ;-). Begini... kek lapis Cadbury pertama yang saya makan adalah hasil air tangan isteri seorang kawan yang kedua-dua mereka asal dari Sarawak. Kek beliau sangat sedap dan sangat kaya dengan coklat. Harganya memang sedap juga. Tapi berbaloi dengan kualiti yang diberikan. Jadi, saya memilih untuk menjual kek yang terbaik dari segi kualiti sahaja sebagaimana saya pernah makan dulu. Walaupun saya sedar tidak ramai yang akan membelinya. Atas kesedaran itu saya tidak membuka tempahan untuk kek Lapis Cadbury saya. Hanya dengan special request sahaja saya akan buat. Sebab nak buat kek lapis ni penat dan makan masa lama. 

Dan jika anda tekan tajuk entry di atas dengan harapan ada resipi, saya minta maaf kalau anda pulang dengan kekecewaan. Sebab seingat saya, tak pernah saya letakkan resipinya. Tetapi resipi kek lapis cadbury mudah didapati... cuma google saja. Saya combine beberapa resipi dan saya suai padankan dengan selera saya serta saya suai padankan method membakarnya. Inshaa Allah kalau ada kelapangan saya publish nanti. Dan tentunya kredit harus diberikan kepada tuan punya resipi asal. ;-)

Sunday, 21 July 2013

12 Ramadhan 1434H - Pelangi 6 Warna



I made this cake for my niece's - Syed Syahmi Zidane, birthday yesterday.
And it was my first time ever makan rainbow cake. Ini adalah kali ketiga buat kek rainbow tapi sebelum ni tak pernah merasa atau cuba rasa. 







 Other baker/food blogger dah lama been buzzing with this cake - rainbow cake. Tapi saya barulah nak panas enjin. Buat kali pertama dan kedua both untuk customer. Bayangkan saya tak pernah buat kek untuk dijual tanpa merasa terlebih dahulu. Tapi punyalah nak tunjuk yang saya tak suka kek rainbow ni hatta merasa pun saya tak hingin. Dalam hati kata lantak ler udah mike berkehendakkan sangat, kami paksarela buat jelah. Dengan harapan janganlah dia minta buat lagi. Banyak customer yang minta saya buat kek rainbow sebenarnya tapi saya tolak. Sombong mak aihhh! Bukan apa, saya ada prinsip sendiri. Saya tak suka kek yang nampak cantik berwarna-warni tapi rasa hampehhhh! Terus terang cakap, kek rainbow takde rasa apa melainkan rasa manis semata pada kek. Kalau kek butter at least rasa buttery lemak-lemak gitu dan lembut macam pipi ai yang gebooo hahahah muntah darah baca, kek choc moist kaya dengan rasa chocolatey ummm cair di mulut tapi kek rainbow ni made of egg whites semata walau diletak vanila esen sekalipun still takde apa keistimewaannya dari segi rasa. Itu pendapat jujur saya secara peribadi. I used to curse sapalah yang mencipta kek rainbow ni yang indah khabar dari rupa buat menyusahkan saya je sebab baki kuning telur tu kadang bazir begitu saja. Tolonglah cipta benda yang tak melibatkan pembaziran. Sebab itu saya tak suka buat kek rainbow. Kalaulah tak kerana customer yang desak juga mau kek rainbow memang saya tekad sejak awal lagi yang saya takkan buat kek ini.




Dan punyalah nak tunjuk tak suka dengan kek ni, tak pernah tergerak hati nak makan sendiri. Sehinggalah adik ipar saya minta buatkan kek untuk anaknya tapi mau kek rainbow. Dalam hati sudah rasa spoil mood nak buat kek. Ye betul, kalau kita buat benda yang kita tak suka memang rasa berat sangat. Untuk naikkan rasa pada kek saya lapisi dengan cream cheese frosting. Bosan dengan cream cheese semata, all my rainbow cakes mesti ada perisa tambahan. Saya letak filing lemon senipis mungkin di atas lapisan cream cheese. Rasa manis pada kek dan ada rasa masam manis dari filing lemon untuk seimbangkan keseluruhan rasa kek ini.




And you know what? I changed my mind. Rainbow cake punya taste not so bad lah selepas dimekapkan dengan lemon filing tu. In fact, I had 2 helpings!!!!!

Hah... tulahhh kata menyampah sangat kan. Orang tua-tua kata benda yang kita bendi itulah yang kita suka nanti. Hihihi ;-)

Oh ya by the way, kenapa 6 warna? Pelangi kan 7 warna. Saya tak tahu, cikgu saya ajar 6 warna je. Saya anggap warna ketujuh adalah dari lapisan krim di atas kek... hehehe pandai-pandai je. By the way (again), resipi adalah courtesy Puan Martha Stewart. Sila google. Ini resipi fool proof. Saya pernah cuba resipi lain yang mana putih telur dipukul berasingan tapi tak menjadi, kek bantat. Itu satu risiko buat kek yang mana egg whites nya dipukul berasingan. So kalau nak cuba elok guna resipi martha stewart je. 

Wednesday, 10 April 2013

Mini Blackforest Cake

Fikir-fikir apa yang nak diberi pada classmates Yaya sempena her birthday. Biasa kan dari zaman kita kecil dulu ada yang sambut birthday bawa kek sebiji ke sekolah makan dengan kawan-kawan. Pernah classmate sambut birthday masa rombongan lawatan sambil belajar ke Melaka siap usung kotak kek besar gedabak naik bas. Kek haruslah besar gedabak juga sebab nak makan ramai-ramai, ahli rombongan 3 biji bas kalau tak silap. Fuhhh... tapi zaman itu hanya anak orang ada-ada jelah yang mampu. Anak orang serba tak ada macam saya ni mampu tumpang mentekedarah jelah.


Zaman sekarang dah takde had. Ada-ada atau tak berapa nak ada semuanya inshaa Allah boleh je diadakan. Kalau tak kek, pulut kuning. Ada juga yang memilih untuk bekalkan party pack berisi jajan. Jajan kan murah berlambak kat Giant. Paling tidak donat dengan karipap pun layan. Tapi jajan adalah pilihan paling ekonomi.


Sebab kalut sikitkan lately ni macam-macam hal plus badan sengal semacam jadi planning untuk Yaya ni adalah ter overlook. Dah seminggu birthday dia baru teragak nak buat. Saya rasa janggal nak beli barang siap. Apa guna Mama jadi baker tapi tak buat sesuatu dari air tangan sendiri. Sebab itu kena cari waktu yang lapang sedikit baru boleh buat. 



Mini Blackforest cake.



Saya buat blackforest cake in cup. Cup kecil comel je tapi sebiji pun rege dah RM1.40. Tu harga cup semata belum kos isi lagi. Kek pula instead of layer dengan whipped cream biasa tu, saya buat mascarpone cheesy cream. Sirap ceri bersama buah ceri wajib ada dalam setiap lapis kalau tidak tak sah lah nama blackforest cake.




Nak cari buah ceri fresh dah tak musim. Maka sebab itu kek dihiasi buah strawberry saja. Yummmssss juga.



Wednesday, 24 October 2012

Kek Puding Karamel Pelangi

Orang lain dah berkurun buat kek ni, saya barulah nak berjinak-jinak mencuba. 
Tak ada kerajinan. Senang cakap. Nampak macam remeh nak lapiskan kek berbelang-belang. Rupa-rupanya tidak.






Yaya suka makan puding karamel. Pasal tu saya rajinkan juga cuba buat. Bahan-bahan pun tak banyak. Keseluruhan kek dimasak sekali dengan teknik waterbath ... kukus gril panggang dan kukus he he. Sebab ianya kombinasi kek dan puding kemudian di masak dalam oven maka perlu guna teknik waterbath iaitu mengalas loyang kek dengan loyang berisi air panas. Tapi saya tak letak air panas pun, saya letak air biasa saja. Resultnya tetap menjadi.






Tekstur keknya seperti kek chiffon. Malah kaedah membuatnya pun serupa dengan kaedah membuat kek chiffon. Saya suka buat kek ni sebab bahan semua main campak dan gaul sebati je... tak yah nak pukul bagai. Except egg whites tu saja you have to whipped menjadi meringue yang firm. The rest... easy breezy.

Kalau nak cuba sila rujuk resipi dan tips mantops dari blog Hasue. Penerangan yang diberikannya sangat terperinci dan terang lagi bersuluh. Credit kepada Hasue dan Anna Qawinna yang mana resipi kek ini diambil dari blog Anna dan dipopularkan oleh beberapa blogger masakan lain.





Wednesday, 30 May 2012

Kek Lapis Bumi



Okay dah tengok rupa kek nya boleh agak tak kenapa ianya digelar kek lapis bumi?
Saya membuat spekulasi bahawa kek ini dinamakan sedemikian rupa kerana kombinasi warnanya yang menyamai warna wayar bumi - hijau/kuning dalam sistem pendawaian elektrik. Hak coklat tu mewakili warna wayar hidup ye puan-puan sekalian. Aduhaiii jangan ada yang takut nak makan pulak sebab nanti menyala badan ha ha ha.




Saya memang suka kek lapis Sarawak jenis kukus, lebih moist berbanding jenis bakar. Resipi kek lapis bumi ni diambil daripada blog hasue. Memang anak jati Sarawak jadi sudah tentu keknya sedap-sedap. Inilah kek lapis yang paling mudah dan cepat siap yang pernah saya buat. Daripada mengadun sampai mengukus ambil masa 1 jam sahaja menggunakan loyang segiempat 6inx6in sebab setiap lapisan cepat masak dan tak banyak lapis pun. Saya melapis sambil tonton drama Suits kat AXN. Can't miss this one, suka tengok cerita pasal lawyer ni. Dulu stuck dengan Ally McBeal. Suka dengan watak Harvey Specter yang sentiasa cool but I think he has a past, and Mike Ross his young assistant with a past too. Now Suits tinggal 2 episod je lagi.

Ok back to the cake. Bagi penghidap migrain macam saya boleh omit nescafe dan gantikan dengan serbuk koko untuk bahagian 'wayar hidup' tu ye. Sukatan nescafe terlalu banyak, akibatnya kepala saya sakit dan perut mula mengeluarkan gas-gas yang memualkan tekak. Should have follow my instinct and omit the nescafe altogether last night. My mistake.




Other than nescafe yang meninggalkan a non-pleasant effect to my body, the cake is awesome. Sangat sedap dan sangat moist. Love its velvety texture. Do give it a try. Resipi sila jenguk kat link di atas ye.

Thursday, 20 October 2011

Kek Span Pandan Lapis Kastad

Tajuk panjang takpe, biar senang orang faham, baca tajuk je dah tau apa bendanya hehe.
Ni konsep yang kami protege-protege bos dah dilatih untuk pakai bila buat surat-surat rasmi
Sebenarnya konsep bos lah kan, sebab kita belajar buat surat kat sekolah tajuk mesti ringkas, padat dan tepat
Tapi bila keje kat sini sapa yang work closely with him dan biasa ditugaskan buat surat to minister or PM umpamanya macam 'disekolahkan' semula
Tajuk surat kalau tak sampai 4 baris memang bukan suratlah namanya
Kau cubalah buat surat style kau sendiri, jawapannya memang kena "TAK SEKOLAH" or "NO SCHOOL" sebiji
lepas tu tadah telinga lah dengar lecture dia:
- nak tulis surat kat PM tajuk mesti panjang umpamanya macam ringkasan surat kau lah.
- kalau tajuk pendek orang yang baca lambat faham, tajuk panjang orang baca tajuk pun dah tau kau nak apa
- kau ingat PM ada masa nak baca surat kau sampai habis? pasal tu tajuk kena panjang macam ringakas!

Haaa samalah dengan tajuk entry ni kan. Jadi bila orang baca dah boleh agak macam mana rupa kek span pandan lapis kastad tu
tak payah hit around the bushes with fancy names macam kek madu kemenyan... eh tu bukan setakat fancy tapi pelik. Sebut kemenyan dah orang terbayangkan jenazah terbujur pulak, terus jadi ngeri orang nak makan
padahal kek madu kemenyan tu sedap!
Dah, dah back to the story.


Alah kek biasa je, dah banyak orang buat dan dah lama pun orang dok buat
saya memang tak teruja sangat sebab nama pun kek span macam mana nak teruja
kek span ni rasa dia ... kosong je pasal tu boring nak buat
tapi kalau dilapis dengan krim, buah-buahan atau filing fruits puree barulah sedap
asyik dok tengok gambar kek span pandan lapis kastad ni lama-lama datanglah teringin mencuba
ni pun gara-gara pms juga last week tu yang jadi buat, kalau tak kerana pms memang tak heran hehe
saya guna resipi sofinar kat myresipi, memang sedap lembut dan gebu
ada orang bagi review kata kek kering tak cukup lembut
ni saya nak bagitau, kek span memang kering, kadangkala keras on the edges bila baru masak
tapi selepas 1 hari kek span akan jadi lembut, fluffy dan sedap
pendek kata kek span yang sedap adalah kek span yang 1 day old
masa tu the flavours semua dah sebati, if you cut them lepas bake memang dia keras and the crumbs will comes out, kenalah bersabar biar kek rest 1 day, you will be able to appreciate them better
tak percaya? eh cubalah sendiri ;-)



one more thing, I hate spongecake recipe yang guna ovallette or ada sesetengah manufacturer yang label it as spongecake stabiliser or spongecake emulsifier
sebabnya kek span yang pakai ovalette tends to produce kek span yang lebih dry compared to the ones without ovalette
I made my spongecake from scratch, I never use the pre-mixed one
bagi orang yang jual homemade cakes macam saya ni kalau ada sapa-sapa pakai pre-mix for the cakes that they sell, it defeats the meaning of 'HOMEMADE CAKES'
takde maknanya jual homemade cakes tapi pakai pre-mix
Dulu saya buat spongecake letak ovalette, sebab ovalette ni will helps to hold the shape, kalau tak your cake boleh jadi bantat, tak naik
Kemudian saya tukar kepada kek span yang tak letak ovalette langsung, so far it works for me
But this resipi by sweet4ever ni letak ovalette, mula-mula saya rasa cuak, but the next day after kek siap saya tengok keknya elok gebu dan lembap, tak kering langsung
Alhamdulillah, I guess the pandan juice yang dicampurkan dalam adunan provides moisture to the cake
otherwise it will be little bit dry like the rest
So this recipe is definitely a keeper ;-)
nak cuba? check out the recipe here

Thursday, 2 June 2011

Kek Kelapa Parut

My mum masa sekolah dulu ambil aliran ekonomi rumahtangga. Jadi banyaklah koleksi resipi kek, biskut dan kuih muih lain yang tersimpan dalam buku notanya ini. Tengok rupa pun dah tahu buku ni dah lama. Dari tahun 60an kalau tak silap saya. Akhirnya saya minta juga 'khazanah' yang satu ini dari ma. Pada siapa lagi nak di'waris'kan k'khazanah' nya ini kalau tak pada anak tunggal perempuannya yang seorang ni kan?

Dalam ni ada banyak resipi. Tapi sayangnya kerana kesibukan rutin seharian menguruskan rumahtangga, kami 4 beradik yang nakal dan kesibukan menyiapkan tempahan baju (ye, ma saya ambil upah menjahit), maka tak berpeluanglah saya nak merasa kek, biskut dan kuih muih yang pernah ma pelajari dulu.

Pun begitu, bila ada masa lapang sesekali my mum bakes juga. Antara kek ma buat yang menjadi favourite saya ialah Kek Kelapa. Harus diingati, saya ni bukanlah penggemar kelapa – dari air kelapa sampailah ke isinya memang tak pernah jadi kegemaran saya. I think ramai children pun tak gemarkan rasa kelapa.
Tapi kek yang satu ini surprisingly telah berjaya menambat selera saya. Rasanya kelapa parut yang berwarna warni itu yang buat saya as a child back then berani mencuba.

For a few years my mum will bake this cake untuk saya. Saya tak pernah jumpa kek ni kat tempat lain. Istimewanya kek ini dulu dibuat secara tradisional iaitu pukul telur dan gula dengan coil whisker. Pernah jumpa kan coil whisker tu?
Pic courtesy cik google. Inilah coil whisker yang kami selalu pakai dulu. Dulu manalah ada hand mixer or stand mixer. Kalau ada pun tak mampu nak beli.

Telur dan gula kena pukul sampai pucat dan betul-betul kembang ala-ala nak buat bahulu. Kalau tak cukup kembang nanti kek bantat. Kerja memukul telur ni memang bahagian sayalah (dah namanya pun kek kegemaran saya haruslah saya tolong), tapi lenguhnya bahu dan lengan Allah swt saja yang tahu. Nak bakar kek ni pulak atas api dapur macam buat bahulu. Rasanya manis dan berlemak sedikit dengan bahagian atas keknya ber’sako’ (sakar = merujuk kepada kadar gula yang banyak dalam adunan sehingga mengeras dan berkumpul dipermukaan kek).Tapi bila saya dah meningkat dewasa kek ini semakin dilupakan. Saya pun tak tau kenapa, ada ke sebab selera saya bertukar kepada kek-kek di bakery yang lebih sofistikated?

Sehinggalah few years kebelakangan ini secara tiba-tiba timbul semula keinginan nak makan kek kelapa ni, rindu sangat-sangat rasanya yang sedap dan baunya yang wangi. Sayangnya bila saya tanya ma, resipinya dah hilang! And both me & ma langsung tak ingat sukatan adunannya! Huwaaa. Maka terpendam jelah hasrat nak makan kek kelapa tu.

Kek ini lah yang sering saya bawa ke sekolah bila ada potluck party hujung tahun.

Baru-baru ni saya cuba-cuba meng ‘google’ manalah tau kalau ada orang lain yang pernah buat kek yang sama. Oh memang ada! Tapi sayangnya bahan yang digunakan dan kaedah membuatnya langsung tak sama! Yang saya jumpa rata-rata guna kaedah buat kek moden iaitu ‘creaming method’ = memukul mentega bersama gula which does not hasilkan kek ber’sako’ seperti yang ma pernah buat dulu. Lepas tu semua resipi saya jumpa guna kelapa kering/dessicated coconut walhal ma punya pakai kelapa parut fresh. Ohh aku keciwa!

Tapi dek kerana keinginan yang melonjak saya tekadkan azam buat dengan cara sendiri. And voila! Alhamdulillah my first attempt berjaya! Whooaaa. Seronoknya lah bila tengok kek tu masak dengan eloknya dalam oven semalam. Dan kek saya ber’sako’!

Memang tak sangka my trial and error berhasil. Yang saya tekankan telur mesti dipukul dengan gula. Saya tak boleh recall if butter being used at all atau minyak atau mungkin kedua-duanya tak digunakan langsung. Tapi saya letak juga sedikit minyak supaya boleh stimulate kek raised and lebih ringan. Saya guna tepung self raising sebab malas nak agak-agak sukatan serbuk penaik, kot tersilap agak nanti saya juga yang keciwa. Nah pakai self raisin flour senang, dalam hati berdoa moga-moga tepat pilihan saya ni. Saya beli kelapa parut putih sebiji kat kedai depan. Tapi pakai cuma a quarter je itupun dibahagi 3 untuk warna kuning, merah dan hijau just like mum used to do before. Dan pewarna, saya cuba dapatkan pewarna serbuk macam ma pernah guna tapi saya Cuma jumpa warna merah saja. Umm bolehlah. Yang lain saya guna pewarna gel wilton. Nak pakai pewarna liquid star brand tak sesuai sebab ianya basah nanti ubah warna kek pulak. Alhamdulillah… hasilnya memuaskan hati saya. Lepas lah hajat yang terpendam bertahun-tahun ni. ;-)

Marilah cuba resipi kek kelapa hasil godekkan saya ni. Saya ni cuma pandai buat kek dari resipi sedia ada je tapi bukan pakar mencipta kek. Macam tak percaya akak boleh reka resipi, ni semua Allah swt yang menjadikan.


2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh perisa vanilla
1 ½ cawan kelapa parut putih di bahagi 3 dan warnakan ikut suka


Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 40 minit atau hingga penyucuk lidi comes out clean. Kalau dulu ma bakar dalam loyang serupa saya punya cuma lebih besar sebab adunannya banyak. Dibakaratas stove top dan ditutup dengan tutup periuk je. Menjadi juga. Saya tak kuasa lah nak bereksperimen lebih-lebih maka masuk oven jelah. Enjoy!

Tuesday, 31 May 2011

Kek Lapis Prune ... lagi

Tempohari saya buat kek lapis cadbury lagi untuk makan sendiri. Dalam masa 5 hari je sempat duduk dapat fridge, hari ke 5 dah licin. Saya, Yaya dan kakak tukang perabis. Incik hubby sibuk dengan projek kanopi nya jadi dia tak sempat makan. Saya fikir dia tak suka, sebab selalunya saya buat dia tak endah dan pernah juga dia mengomel manis lah, menggemukkan lah. Bila dah dekat 2minggu habis baru dia mencari. Itulah kat mulut asyik mengutuk tapi masuk perut sedap juga kan? Kan dah tercari-cari.

Tapi nak harap saya buat lagi memang lambat sikitlah. Bukan tak kesian tapi bahan-bahannya banyak. Nak kena pergi borong coklat cadbury banyak-banyak. Dah beberapa kedai saya intai, tapi takde stok. Maaf lah ye... takde rezeki :-).

Tapi nasib dia baik juga, minggu lepas datang angin gila baking saya. Tahan juga saya berhibernasi di dapur dalam cuaca panas berjam-jam melapis kek lapis prune. Yang ini bahan tak banyak dan tak perlu cari jauh. Cuma tunggu mood je terus 'on'. Ini kira kali kedua buat kek lapis prune. Alhamdulillah elok menjadi. Yang first time dulu dah sampai 2 lapisan akhir tetiba kantoi. Well we learn from our experience kan.
Abaikanlah burnt marks kat atas kek tu, tak menjejaskan rasa pun. Bukan hangus pun sebenarnya tapi sebab pewarna saya guna agak deep sikit warnanya tu yang cepat gelap.
Malas nak press atas kek kuat-kuat, tu yang lapisannya tebal sikit.
Tinggal 1/4 je lagi dalam fridge. Cepat... jangan ada yang kutip habuk nanti hihi

Friday, 11 March 2011

Wordless Friday

Our dinner pada hari kejadian kereta muntah

Our dessert pada hari kejadian kereta muntah

Sunday, 13 February 2011

My PMS Craving - Mars Bar Cheesecake

Saya tak gemarkan kacang, maka saya tak suka makan snickers chocolate bar atau apa juga coklat berkacang. Sebab itu saya ubah resipi cheesecake ni daripada snickers cheesecake kepada mars bar cheesecake. Resipinya sama je, Cuma saya gantikan snickers kepada mars.

Saya buat separuh adunan sebab itu cheesecake saya leper. Untuk crust base pula saya guna lebihan biskut oreo tak payah nak pergi cari digestive biscuit (padahal dulu pernah beli tapi duk terperam sampai lemau tak buat juga cheesecake).


Ini kes orang tamak topping. Hubby beli Korean strawberry kat mydin, punyalah mahal harga dia kalau beli on weekday RM13.99 sepeket. Tapi masih berbaloi sebab strawberries nya lebih daripada 20 biji dan paling manis yang pernah saya makan sepanjang 2 tahun ni. Untungnya dapat merasa strawberry ranum. Yang bersusun atas kek ni pun saki baki yang terselamat dari terkaman anak-anak.

Thursday, 3 February 2011

Chocolate Ball


Commercially known as cake pop. But it is down right same as chocolate ball cuma bezanya ia disalut chocolate diluarnya. Bila mengeras it's like you are eating chocolate with soft insides sebab dalamnya adalah kek. I used left over cakes yang digaul dengan cream cheese. Dibulat-bulatkan kemudian simpan dalam fridge sekejap. Sambil tu, cairkan coklat secara double boil, celup chocolate ball yang sejuk tu, keringkan atas redai. Sekejap je dah kering sebab chocolate ball tu sejuk it helps to harden the coklat cair. Yang ni saya buat untuk makan sendiri je, comot pun tak kisah :-).

Hubby bawa balik ke kampung sikit untuk jamu anak-anak saudara. Kesian kat diaorang sejak banjir ahad lepas hingga sekarang putus bekalan makanan. Yang ada hanyalah beras. Hari-hari makan nasi tak berlauk. Hubby balik seorang kali ini walaupun asalnya kami memang dah plan nak balik sekeluarga sempana cuti tahun baru cina. Tapi mil kata tak payahlah balik semua, sebab bukan setakat putus bekalan makanan, bekalan elektrik pun belum disambungkan lagi. Tau jelah, bila bawa anak-anak tentu mereka tak selesa. Jadi hubby balik kali ini siap shopping barang dapur banyak-banyak daripada barang kering sampailah barang basah i.e. sayur, ikan, ayam etc. Jokingly hubby kata, ni kalau borong sayur banyak-banyak kat Mydin jual kat kampung tentu licin!

Saturday, 1 January 2011

Kek Kukus Prune



I first tasted this cake last week at a wedding reception in our neighbourhood. Each of us dapat door gift where inside it ada satu kotak empatsegi bersaiz kecil yang biasa digunakan untuk letak telur. Bila dibuka rupa-rupanya inside it was a slice of steamed prune cake. Saya nyaris tak dapat merasa kek tu sebab berebut dengan Yaya. Sudahlah kek prune kakak pun dia sapu, saya punya pun dia nak sapu juga. Sebelum ni memang ada come across resipi kek ni di internet tapi saya tak ambil peduli sangat sebab tak pernah rasa jadi saya kurang yakin kek daripada buah prune will appeal to my taste bud. Tapi sejak saya buat sendiri kek lapis prune berempah, saya dah tak rasa ragu nak rasa kek ni. Bila dah merasa kek kukus prune ni barulah saya tahu, sedap rupanya.

Since minggu ini saya agak lapang (mulalah gatal tangan!), I get my hands on this recipe I got from the internet called Kek Kukus Prune Leen. Thank you leen untuk kek yang sangat sedap ni. Kalau nak cuba sila lawati fotopages rinnchan ye. Ataupun kalau anda google banyak lagi website lain yang post resipi yang sama cuma ada satu version tu yang guna ovallete. Resipi leen yang saya cuba ni tak letak ovalette pun tapi tetap gebu dan ringan.



Nasihat saya, jangan ubah sedikit pun sukatan resipi ini sebab ianya dah cukup perfect! Kalau terlebih gula atau susu pekat nanti kek turns out terlebih manis it undermines rasa prune yang manis-masam-bit bitter. Cuma masa mengukus tu sebaik-baiknya dibiarkan melewati 2 jam baru sedang elok masak sekata dan mesti guna api besar. Apapun anda adjustlah ikut dapur masing-masing ye.

Make Your Own Self Raising Flour

Masa saya buat kek ini malam tadi I was not in the possession of self raising flour. Jadi saya kena buat self raising flour sendiri. Caranya mudah, untuk setiap 1 cawan tepung gandum tambah 1 ½ sudu teh serbuk penaik (baking powder) dan secubit garam (sikit je). Kemudian ayak macam biasa. Pada mulanya saya tak yakin kaedah ni berkesan, tapi after 2 hours kek dikukus saya tengok kek tu naik cantik je dan teksturnya pun sangat gebu dan ringan. Ada banyak kaedah lain nak buat your own self raising flour, ada yang tambah soda bicarbonate. Google je nanti jumpalah macam-macam kaedah, you just pick one yang anda suka. Kaedah yang saya pilih ni adalah yang paling mudah.

Tuesday, 26 October 2010

Lapis Melapis - Kek Lapis Cadbury

Bila gian melapis sudah datang, terus bersambung-sambung saya buat kek lapis. Kek lapis cadbury ini saya buat pada malam hari Khamis yang lepas. Saya teruja selepas berjaya melapis kek prune. Bila dah dapat buat sekali, yang kali kedua tu terasa mudah sedikit sungguhpun resipinya berbeza dan kaedah penyediaannya pun sedikit berlainan.
Kalau kek lapis prune saya mewah dengan prune, yang ini pula saya agak kedekut coklat sebab 4 kotak coklat cadbury mini saya beli tapi masih tak mencukupi!Agaknya my friend buat kek guna 6 kotak coklat cadbury. Patutlah kek lapis cadbury ni dijual RM130 sebiji!

Kalau masa melapis kek prune hati saya risau sentiasa, tapi bila buat kek cadbury ni saya lebih relaks sebab lebih mudah dibakar dan setiap lapisnya elok masak sekata.

kemas pula bahagian luarnya. Dah nampak macam pro kan? :-P perasan sekejap.

A bit fail di situ sebab coklatnya jarang-jarang. If you noticed dua lapisan atas kelihatan agak peroi sebab saya kurangkan sapuan melt butter. Saya sangka sapuan melt butter yang berlebihan akan buat lapisan kek jadi lebam dan lembik macam kek prune. Rupanya untuk kek cadbury ini kaedahnya berlainan. Should have applied more melt butter next time.

Saya guna resipi yang diambil dari blog rozzan. Itupun saya gantikan serbuk santan dengan horlicks dan saya lebihkan susu pekat manis. I should have use another resipi yang lebih mewah sukatan gula dan susu pekatnya sebab resipi yang saya guna kali ini manisnya tak sampai, bergantung semata-mata pada manis coklat. Pasal itu saya rasa kalau nak ikut resipi ini juga memang kena mewahkan coklat baru terasa keknya. Tapi tak sama rasanya dengan kek lapis yang kawan saya buat. Bukan nak salahkan resipi tapi agaknya memang kurang sesuai dengan tekak saya yang dah biasa telan kek lapis sarawak. Nampak gaya kena menuntut resipi dengan orang Sarawak juga. Or next time I should be generous dengan sukatan gula dan susu pekat. Nasihat saya, kalau dapat resipi kek lapis jangan terkejut dengan sukatan gula yang banyak sebab itulah keistimewaan kek lapis Sarawak. Keknya memang manis dan lemak berkrim. Pasal itu kek lapis tahan lama.

Saturday, 23 October 2010

Lapis Melapis - Kek Lapis Prune

Akhirnya tercapai juga hajat saya nak buat kek lapis. Tak tergambar betapa puas dan seronoknya hati bila dapat buat kek lapis hari Rabu baru-baru ini. Tapi disebabkan sibuk saya lewat upload gambar. Dah seronok sangat layan melapis. Bukan satu jenis kek lapis yang saya buat, tapi dua biji selama dua malam berturut-turut saya mengerjakan kek lapis.


Saya guna resipi kek lapis prune yang saya ambil dari blog Rima. Mula-mula cuak juga takut tak menjadi, maklumlah saya dengar banyak cerita tentang rumit dan remeh nya kerja-kerja melapis ini. Malah ada yang kata nak mengadun bancuhan keknya pun banyak pantang larang kalau telur tak dipukul hingga betul-betul kembang nanti tak menjadi. Bimbang juga kalau 15biji kuning telur yang saya gunakan nanti membazir jika kek tak menjadi! Rugi!

Tapi Alhamdulillah sebab kek saya menjadi sungguhpun tidak sesempurna kek lapis orang lain. Tengoklah kek lapis saya agak nipis. Saya masih belum fasih sangat nak mengawal api grill masa membakar. Lagi satu, saya tekan kek terlalu kuat agaknya sebab itu lapisan kek saya terlalu nipis. Sungguhpun rupa dia agak kurang cantik tapi rasa kek lapis prune itu tetap ada. Saya suka sangat rasa dia yang berempah itu, malah keknya pun harum.



tamak punya pasal setepek tebal buah prune saya letak. Maklumlah nak makan sendiri memang mewah :-)

Yang ini pula adalah kek lapis cadbury yang saya beli from my officemate tapi bukan dia yang buat, wife dia yang buat. Dah habis raya baru nak beli? Nak buat macam mana, raya tahun ni wife dia tak buat kek sebab helper tak dapat datang dari Kuching. Jadi terpaksalah saya pendamkan hajat sehingga baru-baru ini saya pujuk juga dia buat seketul kek lapis cadbury untuk saya. Dia ni kalau buat kek lapis untuk raya memang beratus biji. Operasi dapur dia memang tak berhenti. Dan kek lapis dia memang betul-betul sedap, pasal tu saya mesti tempah dengan dia.keknya tebal dan sarat dengan coklat! Sedap sangat yummm...

Tukang buat kek lapis ini memang orang Sarawak. Nak cari kek lapis yang sedap bukan mudah. Kat semenanjung ni ramai kek lapis maker yang claim kek dia sedap. Dan saya juga tahu bisnes kek lapis sarawak ni sekarang dah diceburi oleh non-sarawakian. Tapi kalau saya teringin nak makan kek lapis memang saya tempah dari Sarawakian kek lapis maker, terutama dari wife officemate saya ni. Maaf cakap, bukan nak cakap besar tapi barangkali saya sudah disogokkan dengan bermacam jenis kek lapis sarawak sejak bekerja dengan kompeni sarawak ni. Bos kat kompeni saya ini tiap tahun tempah kek lapis, jadi saya dah biasa jadi tukang rasa sebab bos saya ini sangat perfectionist orangnya. Tambahan pula dia sendiri pandai memasak, jadi dia sangat ambil berat tentang kualiti dan authentication kek lapis. Dia sanggup terbangkan kek lapis dari Sarawak bila tak puas hati dengan kualiti kek lapis kat KL ni. Lama-lama jadi tukang rasa kek lapis, saya dah boleh bezakan kek mana yang sedap, kek mana pakai pure butter, kek mana pakai marjerin, dan siapa tukang buat kek lapis sarawak yang sedap.

Saya pernah order kek lapis dari orang semenanjung, tapi kecewa sedikit sebab keknya nipis, coklatnya jarang-jarang tetapi harganya mahal sedikit berbanding kek yang kawan saya buat. Pun begitu, barangkali ada yang buat lebih sedap dari yang saya pernah rasa. Mungkin saya belum jumpa yang lain-lain. Kalau ada, boleh share dengan saya.

Sunday, 29 August 2010

19 Ramadhan 1431H - Segalanya Pisang

iftar di rumah saya hari ini agak ramai. kami terima kunjungan abang ipar dengan anak-anaknya. pertama kali dalam bulan ramadhan ini kami makan di dining room dengan meja panjang 8 kerusi. kebiasaannya kami hanya makan di dapur sahaja, maklumlah bukannya ramai pun. seronok makan ramai-ramai begini, lebih meriah. daripada tak berselera jadi bertambah selera, apatah lagi bila yang datang tu bawa buah tangan.

saya masak gulai lemak pisang muda dengan ikan pari kering. gulai ini memang favourite saya sejak remaja lagi. dulu-dulu abah selalu beli aja di kedai. pisang ada banyak kat rumah. memang asalnya nak dibuat gulai. tapi hubby terbeli pisang yang dah hampir kekuningan. jadi saya peramkan saja biar dia masak sepenuhnya. the next day, hubby beli lagi sesisir pisang yang betul-betul muda. barulah boleh hendak saya gulaikan. itupun rasa gulai sedikit spoil sebab sesekali tergigit pisang yang sudah agak lembut dan manis rasanya. rupa-rupanya pada sesisir pisang yang baru dibeli juga ada beberapa biji yang dah hampir masak isinya. kalau nak buat gulai pisang muda selalunya saya guna pisang emas atau pisang lemak manis. tak pasti kalau ada jenis lain yang boleh digunapakai.

pisang yang dah masak tu saya guna untuk hasilkan kek pisang. saya buat 3 adunan petang tadi untuk dibawa ke surau.

Thursday, 26 August 2010

16 Ramadhan 1431H - Tharka Dhall & Kek Gula Hangus

selalunya saya selitkan gambar hidangan iftar dalam main entry, tapi sebab entry saya agak panjang macam penglipur lara bercakap sorang jadi saya asingkan hidangan iftar.

setakat ini saya belum merungut ketandusan idea untuk menu berbuka kan? that's because saya dah siapkan list menu untuk 29 hari berpuasa. jangan salah faham, bukannya saya pentingkan makan, tapi sebagai wanita dan ibu berkerjaya kenalah think forward dan plan kerja saya. bagusnya ada list menu yang saya tampal di dinding kabinet dapur bukan untuk kemudahan saya seorang. maid saya boleh rujuk pada list menu untuk siapkan bahan-bahan mentah supaya bila saya balik boleh terus menumis. hubby pula boleh rujuk list menu untuk dapatkan idea bahan mentah apa yang dia perlu beli di pasar malam sebagai bekalan satu minggu. bila kerja dirancang dengan teratur bolehlah saya sebagai tukang masak diraja bekerja dengan lebih efisien di dapur, iye tak?

pun begitu, saya tak nafikan adakala saya tersasar daripada list menu. menu tu tak perfect macam tuan dia juga. macam semalam tiba-tiba saya rasa bosan tengok menu, tambahan masa saya buat list tu saya takde idea hidangan sesuai for the kids. jadi saya decide untuk masak roti canai segera je for them since diaorang pun suka makan roti canai. saya pun suka juga heeee... kalau beli kat kedai mamak tentulah ada kuah dhall yang sedap tu, tapi bila masak roti canai segera kenalah buat kuah sendiri. saya teringin nak makan kuah dhall yang serupa kat kedai mamak. so i made tharka dhall. yang ini memang sebijik sebijon dhall kat kedai. saya look up the recipe kat internet. bila cari resipi saya selalunya search image instead of web sebab nak pastikan rupa makanan tu betul seperti yang saya mahukan. takdelah nanti tersilap resipi, nak resipi dhall mamak tapi dapat resipi dhalca melayu.

tharka dhall. takdelah susah nak membuatnya, jauh lebih mudah daripada dhalca melayu. cuma nak tunggu kacang dhall empuk ambil masa yang lama. rasanya sebab jenis kacang dhall yang ada kat pantry saya agak keras (kacang dhall ada banyak jenis tau). dah rendam 3 jam dan rebus 3 jam pun tak mau lembut apatah lagi hancur. akhirnya saya blend je dhall tu. masa ni saya rasa kalau ada pressure cooker kan bagus.

saya terlebih rajin buat kuih the day before. saya buat kek gula hangus. kek saya tak tinggi jadi tak nampak sangat sarang lebah di dalamnya. ini gara-gara nak kek yang besar so saya pakai loyang lebar. dapatlah kek lebar tapi rendah.

Sunday, 13 June 2010

Bola... coklat!

Dalam kesibukan baking project saya minggu lepas, sempat juga buat chocolate ball untuk makan sendiri. Dah lama nak buat tapi tak ter buat lagi. Kebetulan ada sebiji kek lebihan baking sebab tuan punya kek cancel order last minute. Terpaksa tanggung kos kerugian sebiji kek, bila dikenang2kan rasa cuak juga sebab ini bukan kali pertama saya terkena. Apapun daripada membazir dan terbuang begitu aja elok lah saya buat chocolate ball. At least tercapai juga hajat – ada hikmah di sebalik setiap kejadian tu kan?

Chocolate ball is one of my favourite masa kecil dulu. Dulu-dulu bila balik sekolah je mesti singgah bakery berhampiran tempat saya tunggu bas sekolah nak beli chocolate ball. Masa tu harga sebiji is 60sen aja. Lagi satu seingat saya ia lebih dikenali sebagai rum ball. Masa kecil dulu saya tak tahu pun apa itu rum. Bila saya dah tau rum tu sejenis arak yang sering digunakan sebagai bahan buat kek terus saya berhenti beli dan makan rum ball. Moga Allah swt ampunkan dosa saya. Pun begitu sekarang ni saya tengok rum ball tidak lagi dijual sebagai rum ball tetapi dah diberi identity baru sebagai chocolate ball. Sama ada masih menggunakan rum sebagai salah satu bahan perisa atau tidak itu saya tak tahu sebab apa sekalipun nama dia dah ditukar saya tak teringin lagi dah nak beli, cukuplah saya terkena dulu. Pasal itulah saya rasa lebih baik kita bersusah payah masak dan buat sendiri daripada termakan benda2 yang syubahah. Pasal itu jugalah saya bersungguh-sungguh usahakan projek baking ini.

Oklah berbalik kepada cerita chocolate ball. Tak susah pun nak buat. Hancurkan 200gm left over chocolate cake atau butter cake ke orange cake ke tak kisah apa jenis pun but not spongecake. Panaskan ½ cawan cream dalam sauce pan sampai bubble kecil kelihatan dikeliling pan. Tuangkan ke dalam bekas yang berisi 150gm chocolate with 1 sudu besar mentega dan 1 sudu teh esen vanila. Biar sebentar then kacau sampai semua bahan larut. Sejukkan sedikit sebelum digaul rata bersama cake yang telah dihancurkan. Tutup bekas dengan cling wrap dan simpan dalam fridge selama 30min supaya doh lebih mudah dibentuk. Kemudian bolehlah dibulatkan dengan tangan dan golekkan atas chocolate rice. Simpan chocolate ball dalam fridge. Chocolate ball boleh tahan 1 week dalam fridge itupun kalau anda boleh tahan nafsu tengok aja setiap kali buka fridge hehe. Kat rumah saya dalam masa 2 hari aja licin 30biji sebab chocolate ball inilah my source for instant energy booster sepanjang project baking yang memakan masa 3 hari marathon! Tak sempat makan proper food.



Oh ya, original recipe calls for rum which I omitted for obvious reason. Tak menjejaskan rasa pun!