Pagi ini sejuk dan agak berkabus. Barangkali sebab malam tadi hujan renyai-renyai. Since lauk pauk dah saya masak malam tadi, jadi bangun pagi ini cuma tanak nasi beriani saja dan panaskan lauk. Bangun pun dah agak lewat menghampiri jam 7 pagi. Macam lipas kudunglah saya bersiap mandi nak pergi solat sunat raya di surau.
Si comel saya dengan tudung kontotnya menemankan saya berjalan ke surau. Ramai sungguh jemaah wanita sampai tak muat ruang solat. Kesiankan yaya yang terhimpit di celah-celah orang ramai sambil mencari tempat solat kanak-kanak yang sesuai, maka saya tarik tangan dia tempatkan di sebelah saya. Mujur dia ni dah saya biasakan solat berjemaah dan behave bila di surau, jadi dia tertib solat tak main-main atau buat bising. Agak mengejutkan saya bila dia mampu ikut tertib solat sunat raya dengan baik walaupun saya tak sempat nak brief dia pagi tadi. Syukur...
Balik dari surau kami menjamu selera. Saya siapkan hidangan ala kadar - nasi beriani, ayam masak merah, pulut kuning dan rendang ayam. Sempat juga saya buat kek coklat lapis cheese mengenangkan Fahmi selalu merungut saya asyik buat kek untuk orang tapi tidak untuk dia. Selepas menjamu selera hubby kembali semula ke surau, nak melapah lembu korban 8 ekor. Murah sungguh rezeki orang-orang alam budiman.Saya dan anak-anak pula off to my officemate's house di seksyen 6 shah alam. Kami dijemput meraikan rumah baru dia. Masya Allah cantik sungguh... bukan rumahnya yang buat saya teruja tetapi halaman rumahnya yang lapang dan tanah bukit bertingkat dalam halamanya. Bertuah sungguh dia dapat tanah seluas ini. Harganya jangan cakaplah, kalau tak berjuta-juta bukan shah alam prime area namanya!
Ini bukan view dari rumah dia tetapi view daripada gazebo atas bukit rumahnya. Bukit tepi rumah kawan saya ini bertingkat 2, setiap aras dibina gazebo. Gazebo yang tempat saya melepak ni diperbuat daripada kayu sementara gazebo lebih besar di aras tengah bukit yang berbumbung oren dibelakang yaya tu diperbuat daripada konkrit. Saya tumpang lepak sambil menikmati pemandangan (sambil berangan alangkah bestnya kalau laman rumah saya sebegini luas)
Tujuan asal bukan nak ambil pic Fahmi, tapi nak capture view rumah dari gazebo atas bukit. Hihihi kesian fahmi diperalatkan mama dia.Setelah puas menyakitkan hati sendiri sebab tak dapat rumah yang punya halaman seluas dan secantik ini saya ajak anak-anak beransur balik sebab my parents and my sister dah on the way ke rumah kami.