Memang boleh jadi nanar sekejap kalau masuk pasar ni, habis semua jenis kuih pun nak beli. Tapi saya fokus kepada mencari kuih muih yang hanya dijual pada bulan ramadhan je iaitu jala mas dan nekbat.
Beginilah rupa nekbat yang telah kembang selepas dimasak dalam air gula. Seronok bila jumpa nekbat, dah setahun saya dok terliur nak makan nekbat. Akhirnya dapat juga 3 ketul yang sudah siap direndam dalam air gula pada harga “se rial”. Kalau bernasib baik jala mas juga boleh didapati di luar bulan ramadhan tapi kena nasib lah. Selain itu, saya beli juga akok untuk dibawa balik ke shah alam. Akok gula putih ni kalau simpan dalam fridge boleh tahan lama berbanding akok manisan. Saya beli juga putu mayam pantai timur yang dimakan dengan kuah santan bergula merah sebagai pemanis mulut iftar saya tempohari. Puas lah hati dapat layan sweet tooth saya. Rasanya kalau lama lagi saya duduk di Terengganu tentu makin naik badan saya sebab hari-hari consume makanan bergula!
Nota: “se amas” atau “samas” adalah bersamaan dengan 50sen. “Se riyal” bukan serial adalah penggunaan istilah matawang arab riyal yang bermaksud seringgit.