I warn you this is one long rambling. Let me begin with a conversation between myself and Fahmi dalam kereta malam Sabtu lepas while we were on our way to my mum's house.
Fahmi: Bila abang ada anak nanti, kalau anak abang minta mainan abang beli 1 je lepas tu abang tak nak beli dah.
Errkkk terkezut sedikit bila dia sebut part 'ada anak' tu. Hmm... menarik juga topik yang Fahmi tiba-tiba je brought up ni. Boleh saya ambil kesempatan untuk bring him to see my point of view about toys and why we (me & hubby) selalu tolak permintaan dia for more toys.Walaupun saya cuak sikit bila dia sebut "bila abang ada anak nanti" aduhai kecik lagi anak aku ni dah fikir pasal anak.
Saya: Kenapa pulak (pura-pura innocent)
Fahmi: Yelah, sebab abang tak nak habiskan duit beli mainan. Abang kasi dia 1 je cukup.
Haaa sudah sampai chance baik nak cucuk jarum ni.
Saya: Haaa pandai pun abang, pasal tu lah mama tak kasi kalau abang nak beli mainan sebab bukan mama tak suka ke tak sayang abang tapi mama tak nak habiskan duit untuk benda yang cepat rosak. Abang dah banyak mainan cukuplah, duit kena simpan untuk abang nak belajar nanti.
Fahmi dah terus terdiam. Tak taulah saya sama ada sebab dia agree dengan saya atau dia sebenarnya baru tersedar implikasi kata-kata dia tadi. But whatever it is Fahmi memang selalu beri saya kejutan dengan cara dia berfikir. "Bila abang ada anak nanti..." Amboi jauhnya dia fikir. Teringat saya kat diri sendiri. I was around his age bila satu hari tu saya minta my mum latih saya buat sommersault atas lantai... alah bukan sommersault apa yang berguling kepala atas lantai tu. I failed miserably to do that at school during PJ class when all my classmates berjaya buat sekelip mata je. Tu yang kena balik berlatih kat rumah. Bila dah distress saya menangis, my mum marah saya kenapa nak seksa diri, sambil menangis saya cakap "kalau dah buat ni pun orang(kata ganti diri yang saya) tak boleh, macam mana nak masuk universiti". My mum kata jawapan saya tu buat dia tergamam... kecik lagi dah cakap pasal universiti. Hahaha... saya tak taulah kalau karekter boleh diwarisi, tapi si Fahmi ni ada sikit karekter saya.
Enough lah panjang kisah terkenang semasa dulu. It is never too late to wish all mothers happy mother's day.
Bukan semalam atau hari ini saja mothers should be celebrated tetapi setiap hari. Kalau dekat bolehlah cium tangan ibu setiap hari, kalau jauh kenanglah mereka dalam doa kita. Itupun salah satu cara kita meraikan mereka, sama ada masih hidup atau sudah pergi. Biasakanlah anak-anak mendoakan ibubapa mereka, paling mudah ajak mereka bersolat bersama-sama sebab masa itulah kita boleh latih mereka mendoakan ibubapa. Tak kisahlah walaupun anak-anak tu masih kecil di bawah umur 7 tahun, tak salah mulakan dari awal, biarpun mereka belum faham tapi perlahan-lahan kita terangkan. InsyaAllah cepat juga mereka faham. Jangan sampai nanti bila anak-anak dah besar mereka tak tau mendoakan kita sebab kita tak pernah ajar. Itu silap kita, jangan menyesal kemudian hari.
Jangan pula kita kata "Eleh aku dulu pun mak ayah tak pernah ajar doa, tapi bila dah besar pandai sendiri juga". Kalau pandai sendiri tu Alhamdulillah baguslah sebab anda berjaya guna akal dengan baik, itupun barangkali berkat doa ibubapa juga iye tak? Barangkali ibubapa kita dulu bukan tak nak ajar tapi tak sempat nak ajar sebab sibuk cari duit untuk besarkan kita dan beri pendidikan. Jadi walaupun kita belajar cara solat atau berdoa dari ustzah dan bukan diajar direct oleh ibubapa kita harus ingat who makes it possible untuk kita belajar dari orang lain? Itu semua adalah hasil usaha ibubapa juga. Sebab kalau tak kerana usaha mereka cari duit siang malam untuk beri pendidikan secukupnya, kita pun tak dapat nak kutip ilmu dari cikgu or ustazah.
Tapi memang seronok kalau kita diraikan. Tak perlu buat keraian yang besar-besar, tak perlu makan di hotel, tak perlu keluar duit pun masih boleh meraikan ibu. Setakat kad buatan tangan yang comel macam ni pun cukup buat hati kita flutters kan?
Memang tak perfect macam kad kat kedai tu, tapi sebab anak kita buat sendiri pun kita dah rasa puas hati. Walaupun selepas bagi kad ini, dia yang ambil balik gelang tu pakai sendiri... hehe. Kita ibu-ibu ni kalau dengan anak memang cair dan bias kan?
I'm glad I didn't listen to Yaya's request nak beli kad mother's day kat memory lane 2 minggu lepas. Tapi ada ke patut dia nak beli kad dekat kedai je? Pulak tu saya yang membayar nye untuk diri saya sendiri, isyy mana best. Pulak tu dia suruh saya pergi jauh-jauh sebab tak nak kasi saya nampak kad mana dia pilih. As if I wouldn't find out masa nak bayar nanti haha Yaya oh Yaya.
Saya tak terfikir apa nak diberi pada ma for mother's day. Nak masak for her, ma saya ni pun cerewet makan macam saya. Nak ajak gi makan kat hotel, hmmm so typical. Saya rembatlah beg tangan sebiji untuk ma, sebab rasanya dah lama beg tangan ma tak berganti. Ehhh... untuk mak mentua tak beli apa-apa lagi. Hmm idea yang bagus juga belikan beg tangan untuk hadiah raya nanti ye. Selalu sangat bagi baju raya kan abang kan? ;-)
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago