tak puas hati dengan hasil cubaan kali pertama, jumaat malam aku buat lagi sekali talam suji. kali ni guna santan perah sendiri, sementara lapisan atas tu aku guna gula merah serbuk sebab kali pertama dulu aku guna gula melaka warnanya agak kurang gelap dan rasa pun tak berapa manis.
sementara talam suji duduk dalam kukusan aku sambung pulak mengadun bahan untuk buat talam pandan. yelah senang dan cepat sangat siap, bila kutengok jam baru pukul 10malam, eh awal lagi sempat buat lagi satu. sementara rajin! dah siap semuanya kubiarkan sejuk. esok pagi nak bawa balik ke rumah my mom ;-)