Tuesday 1 December 2009

Kapal Karam & Crew nya & Kawan Lama

rumahku bagai kapal karam sekarang. kekotak kecil besar ada dimana2, bawah tangga, dalam bilik, diruang tamu sampaikan nak bergerak pun kena mengelak kekotak. dalam bilik komputer ni aku duduk menaip this entry dengan dikelilingi kekotak. yang dah masuk dalam kotak tu oklah jugak sebab nampak kemas, tapi yang masih bertebaran tu menyakitkan mata.

our washer setiap hari entah berapa kali dikerah bekerja mencuci langsir, sarung sofa dan pakaian2 lama. dengan hujan lebat setiap hari ni entah bila jemuran nak kering, pun begitu kakak tetap setia tekan button on pada washer.

most of my bajus dah masuk kotak. nothing left in my cupboard, pakaian harian elok tersusun dalam beg travel hohoho macam bersemangat sungguh nak pindah padahal dalam hati Allah swt aja yang tahu. aku sebenarnya cuba memujuk hati to think positive and try to put semua masalah berkenaan renovation rumah yang tak siap2 behind. makin aku fikirkan makin sakit jiwa ku ini. hati yang remuk redam tak usah dikira lagi. ikutkan hati memang mati jiwa ku ini. apa lagi yang boleh kubuat, nak marah dah tak lalu lagi dah... i am beyond marah stage dah ni. setiap hari dengar berita renovation yang sentiasa bermasalah lidah aku jadi kelu sendiri. sudahnya aku terdiam, diam sebab takde kata2 yang dapat kudescribe betapa remuk renyuknya hati ini. cuma satu yang dapat kusimpulkan biarpun kutahu statement ini dah berjuta kali disebut dan walau aku malu nak sebut statement ini - jangan ambil kontraktor melayu!

beginilah jadinya kalau kail panjang sejengkal tapi lautan luas hendak diduga atau another malay proverb mengatakan "ukur baju di badan sendiri" in this case i should say kegagalan kontraktor melayu mengukur baju di badan sendiri. semata2 nak outsted kontraktor bangsa asing sanggup terima tempahan banyak2, sanggup beat harga tapi tenaga kerja tak cukup strong. end up satu projek yang mudah ambil masa 3 bulan nak disiapkan walhal takde major renovation sekadar plaster ceiling, kitchen cabinet, wardrobe dan divider. until today hanya plaster ceiling dan wardrobe yang siap, kitchen cabinet akan dipasang tanpa pintu sebab ada kesilapan corak pintu dan divider belum buat. tenaga kerja tak cukup tapi job banyak maka banyak job yang dimulakan terpaksa ditangguh2 sambil2 kontraktor lari buat kerja rumah orang lain.

hmm sudahlah setiap kali sebut hal ini rasa kering jiwa aku. baik cerita pasal kawan lama setempat kerja yang kini menetap di perth. kami dah lost contact agak lama sejak dia bertukar kerja 4 tahun lepas. tup tup petang tadi sebaik pulang ke ofis dari mesyuarat luar aku terima mesej berserta nombor telefon. agak ragu2 juga nak return call sebab nama yang tertera tak familiar bagiku. owh rupa2nya si receptionist tersilap eja nama. nah after 4 yeras barulah dapat dengar suara dia. kebetulan dia balik bercuti dari mengikut hubby yang posting kerja di perth. ceria sungguh suara dia. sebelum mengakhiri bicara sempat dia menyuruh aku buka akaun facebook sebab katanya dia pernah search aku di facebook tapi tak ada. owh aku kata jangan dicari aku di facebook, memang takkan ketemu. tapi kurasa terharu sebab ada juga yang mencari2 aku rupanya... masih ada yang rindu padaku hihi.

sempat tadi kujengah facebook nya tapi kalau nak view must be invited guess ya? barulah kutahu. maaf aku memang buta facebook. fikirku cukup di blogspot ni aja aku masih selesa di sini. aku kan konservatif! hah! dapat juga glimpse gambar dia dan dua orang puterinya. seronoknya dia dapat ke perth. kami pernah satu masa dulu berkawan rapat. tapi entahlah aku pun tak tahu anasir mana yang cemburu keakraban kami lantas persahabatan itu lama2 jadi renggang. kutahu siapa dalangnya pun begitu aku tetap juga aku tak suka berebut kerana pada aku buat apalah mendedahkan keburukan orang lain biarlah satu hari nanti masing2 tahu sendiri. biarpun aku sebenarnya kecewa tapi kerana tak mahu buruk sangka aku biarkan si belang menunjukkan taringnya. kadangkala aku sendiri rasa prinsip yang kupegang ini tidak adil buat diriku sendiri... tapi bila difikir2kan balik biarlah hidup kat dunia ni sementara buat apa mencari musuh, lambat laun yang benar terserlah juga.

sungguh melankolik sekali entry ku kali ini. barangkali ini netry ku yang terakhir sebelum komputer direhatkan sementara atau sehingga streamyx dapat di connect semula di lokasi baru. owh ya semenjak fahmi mula bercuti panjang ini dia nampaknya sungguh ringan tulang mengajar adiknya mengeja... saban malam dia akan mengeja sebelum tidur. celik aja mata pagi tadi masing2 terus sambar buku ejaan. dalam kereta pun asyik mengeja. inilah yang aku maksudkan, segala ilmu yang fahmi perolehi secara tak langsung akan tertumpah juga pada yaya. terima kasih fahmi sebab buat hati mama senang ;-)