Thursday 11 June 2009

Me, Hubby & Our Children

i realised that it has been quite sometime since we (me, hubby & the children) sits together having our dinner at home, except when we eat out. the children had their dinner as early as 6pm. me and hubby would only have our dinner together after maghrib prayer or paling lewat after isya'. but nowadays eversince aku makin kerap balik kerja lewat; adakalanya after isya' baru reach home menyebabkan jadual makan malam bersama hubby has become almost non-existence. hubby usually reaches home around 6.30pm atau paling lewat pun 7pm. it's not fair for me to ask him to wait up for me until i reaches home which aku pun setiap hari tak boleh predict what time i'll be leaving the office.

so, kebelakangan ini we adapt new rules, siapa sampai rumah dulu after work dan terasa lapar, dia makan dulu. dan kebelakangan ini juga aku kerap puasa sunat isnin & khamis. kalau nasib baik balik kerja awal selalunya bila sampai rumah dah masuk waktu maghrib aku terus berbuka tak dapat nak sekadar alas perut tunggu hubby balik masjid untuk makan sama2.

why having dinner together is such a big deal for me? yelah, sebab itulah masanya kami dapat duduk sama2 makan sambil2 tu berselang seli cerita hal masing2 (walaupun kami tahu tak baik makan sambil bercakap!). because waktu2 lain di rumah anak2 akan sibuk meng'interframe' so tak dapat kami nak berborak2 berdua lagi dah. diaorang pun seharian tak jumpa mama & daddy masing2 berebut2lah nak show their antics to us. lainlah kalau anak2 kami jenis yang berdisiplin tinggi masuk tidur awal. budak berdua ni selagi kami tak masuk tidur or selagi diaorang tak tertidur dengan sendirinya jangan haraplah diaorang nak masuk tidur sendiri. dan kalau aku atau hubby temankan diarong tidur, jawabnya tinggilah harapan untuk aku or hubby sama2 terlelap (in hubby's case, dia akan terlelap dulu berbanding anak2!). kalau dah terlelap tu jangan haraplah nak bangun balik sambung bersembang. kirim salam!

seems like kami kena atur semula jadual kami supaya dapat sit together for dinner macam selalu. and it has to start with me coming home early, prepare a yummy dish (since hubby pun dah start mengomel pasal jemu dengan lauk yang sama). the problem is, otak aku tengah jammed tak tau nak masak apa. but this plan to cook and have dinner together kena postpone sehingga next week agaknya. hubby just left to his kampung. mil buat kenduri baca Yasin. bertuah menantu hantu ni sorang kan tak balik. hmm camne aku nak ikut, buat majlis hari bekerja. yaya pulak ada kelas sabtu ni. huwaaaa tak suka bila hubby berpergian begini tau... and he brought fahmi with him this time! lagi aku tak suka. emmm harap2 anak teruna aku tu tak kena buli teruk dengan cousin lelaki dia.

since tinggal aku, yaya & kakak kat rumah sehingga hari ahad nanti nampak gayanya makin tak berasaplah dapur aku. rehat kakak lebih sikitlah kali ni.