Bun sosej ini dibuat menggunakan resipi 'blossom sausage bun' milik Cik Mat Gebu.
kali ni malas nak buat bentuk kelopak bunga, maka doh roti saya balutkan aja pada sosej yang telah direbus sekejap
cuma kali ini instead of meletakkan bread improver dan bread softener seperti di dalam resipi asal, saya gantikan dengan 'water roux'
saja mencuba 'water roux'
water roux selalu digunakan dalam pembuatan roti sebagai pengganti kepada bread improver/softerner
it makes roti lembut dan 'springy', bila ditekan permukaan roti dengan jari roti akan menganjal balik macam spring
kebetulan bread improver kat rumah dah melepasi its expiry date
that gives me a good excuse untuk bereksperimen dengan water roux
saya ikut resipi water roux Ros jintanmanis.com
Abaikan permukaan roti yang sedikit 'geseng' (hangus kata orang jawa), roti tetap kekal lembut tidak berkerak walaupun nampak burnt
Saya cuma buat 6 biji bun sosej, baki adunan saya buat 2 biji bun berintikan sambal tempe+kentang (tak pasal-pasal lauk dinner kena sebat) dan 2 biji lagi berintikan kaya
Lembut dan gebu. Roti-roti ni semua saya buat untuk bekal anak-anak ke sekolah
Orang kata "alahai setakat bun sosej buang masa je nak menguli"
Nak beli memang senang, pergi je ke kedai dan beli
tapi buat sendiri lagi puas hati
saya kan an Advocate of Home Cooked Meal
sedaya upaya segala benda saya akan cuba buat sendiri di rumah
secara tak langsung kita tau apa yang kita makan, apa bahan-bahan yang digunakan dalam satu-satu makanan
anggaplah ia sebagai pertambahan ilmu
saya tak pernah merasa susah dan menyusahkan setiap kali menyediakan sendiri from scratch hidangan untuk keluarga termasuk bekal anak-anak ke sekolah
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago