Thursday 17 October 2013

Dua Minggu Menanti Pai Tee


Bagai menunggu buah yang tak mau gugur. Macam tu lah 'bercinta' menantikan acuan pai tee. Pasal pai tee ni tak payah cerita dah kot, semua orang pun kenal. Al maklum, sejak chicken rice shop masukkan pai tee dalam menu depa, sudah terkenal hidangan snek ini seantero Malaya. Saya tak pernah makan pai tee yang dijual di restoran itu. Kalau nak cari kat kedai-kedai makan memang confirm takkan jumpa. Ini sejenis hidangan snek yang kalau terasa nak makan, haruslah buat sendiri.


Pertama kali saya kenal pai tee rasanya di zaman kanak-kanak sewaktu sering temankan my mom ke majlis-majlis anjuran PERKEP (persatuan keluarga polis). Kemudian masa saya di tingkatan 3 ke 4 gitu kalau tak silap, berpeluang belajar buat kulit pai tee dengan guru pembimbing persatuan puteri Islam. Saya ambil tugas menggoreng kulit pai tee tu. Wahhh boleh naik syeikh juga mencelup acuan pai tee dalam adunan tepung kemudian goyang-goyang dalam minyak panas. Enjoy sehh!





Tiba-tiba after 20 years macam tu datang pula teringin nak makan pai tee. Masalahnya bukan setakat teringin. Ni teringin nak makan siap teringin nak 'buat sendiri'. Tang 'nak buat sendiri' tu yang payah. Sebab kena pi cari acuan pai tee. Kena pulak time nak beli acuan time tulah semua kedai takde stok. Menyampah sungguh. Last-last saya sms Enda Zizah (mak sedara) di Bukit Beruntung, Rawang. Dia ada kedai barang-barang baking. Kebetulan Enda memang nak bawa masuk acuan tu sebab dah ramai customer yang tanya. Walaupun terasa hampa sebab tak dapat acuan time tu jugak tapi sedang eloklah saya place order sekali. Nak harap pencarian di kedai-kedai lain memang agak malap.


Tapi rupa-rupanya memang kesabaran saya nak diuji juga. Supplier yang patut hantar acuan tu ke kedai Enda tiba-tiba dengan dia sekali habis stok. Hambik engkau! Grrrrrr... bertabahlah midah. Sudahnya tunggu punya tunggu, masuk 2 minggu menunggu bagai buah tak mau gugur. Akhirnya hari Jumaat minggu lepas barulah dapat. Dengan ihsan my mak sedara jugak. Adusss bertuah punya anak sedara!


Dah dapat pai tee jomlah kita buat. Apa tunggu lagi, takkan nak peram acuan tu sampai berkarat? Saya adaptasi resipi kulit pai tee daripada resipi asal foodblogger terkenal Malaya, Che Mat Gebu. Sebab acuan kali pertama pakai agak mencabar kesabaran juga. Berpeluh-peluh mak mengerjakan 4-5 attempt baru berjaya menghasilkan kulit yang lekang dari acuan. Itupun saya kena improvise resipi supaya lebih cair dan tambah minyak sedikit supaya mudah lekang. Memasak ni begitulah kaedahnya, kena suaipadan ikut keselesaan tukang masak dan selera tekak masing-masing.


Kulit Pai Tee
Credit to Che Mat Gebu http://www.tiffinbiru.com

180gm tepung beras ~ saya buat 90gm
50 gm tepung gandum ~ saya guna 25gm 
50gm tepung jagung ~ saya guna 25gm
350ml air ~ saya guna 125ml
1 biji telur
secubit garam
* saya tambah 1/2 sudu kecil minyak masak 

Gaul semua bahan hingga sebati dan tapis untuk lebih halus. Biarkan sekejap. Sementara itu panaskan minyak dalam periuk untuk goreng tenggelam. Acuan mesti dipanaskan sebelum dicelup ke dalam bancuhan tepung, kalau tak nanti tepung melekat tak boleh tanggal dari acuan. Kalau acuan belum pecah dara lagilah payah lekang. Stresssss!!! Maafkan perumpamaan terlampau tu ye.


P/S: Saya buat separuh adunan dapat lebih kurang 40 bakul pai tee.


Untuk inti saya bantai resipi sendiri je ikut selera.
Inti

1 biji sengkuang - potong panjang macam batang mancis
1 batang lobak merah - potong sebesar batang mancis
1/2 batang timun - potong sebesar batang mancis
1/4 cawan udang basah saiz kecil dicincang
1 biji bawang besar ~ dadu
2 ulas bawang putih ~ cincang
1 sudu besar udang kering direbus ~ cincang
secubit kiub ikan bilis
secubit garam


Hiasan

Bawang goreng
Kacang goreng tumbuk kasar - jika suka
Sos cili Thai

Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang kering dan udang basah. Agak udang basah separuh masak, masukkan sengkuas dan lobak merah berserta kiub ikan bilis. Gaul sebati. Akhir sekali sebelum padamkan api baru masukkan timun. Boleh tambah garam jika suka tapi rasa masin dari udang kering dan kuib bilis tadi pun dah cukup. Sejukkan inti sebelum dihidang.






Kulit pai tee ni memang rangup. Batter (adunan) yang pekat akan hasilkan kulit yang bukan saja rangup tetapi keras. A slightly thin batter would have been perfect. But once kita letak inti dan tuang sos cili tu kulit akan jadi lembut. So kena makan segera. Baki kulit pai tee boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Ada pelbagai versi kulit pai tee di internet. Google dan cubalah mana satu yang menepati selera anda. Saya ada terjumpa satu resipi yang agak panjang senarai bahannya - hanya untuk membuat kulit!!! But I'm pretty sure the result must be yummms too. Cuma tempohari rasa tak kuasa pulak sebab baru kali pertama mencuba after 20 years! Jangan ditanya pasal resipi yang pernah saya belajar dulu. Entah dah ditongsampahkan agaknya nota resipi saya dulu.