Thursday 14 July 2011

Kiasu dan Paranoid? - Mari Belajar Perkataan Baru

Oh ye, kerana sekatan jalanraya Sabtu tu, anak-anak saya telah belajar 2 perkataan baru semasa terperangkap dalam kesesakan di Glenmarie dan Kampung Subang on our futile attempt nak hantar my maid bercuti ke rumah mak cik dia di Ara Damansara. Dua perkataan itu ialah kiasu dan paranoid. Which were among my answers bila Fahmi tanya kenapa jalan jammed? Sebab polis buat sekatan. Dia tanya lagi kenapa polis buat sekatan? Saya kata sebab 'diaorang' kiasu dan paranoid. Both Yaya dan Fahmi tanya apa kiasu dan paranoid tu? Jawapan mudah dan ringkas saya = Takut tak tentu pasal.

Contohnya, adik ada coklat yang tak habis dimakan, abang ada coklat yang sama tapi seperti biasa abang habiskan sekaligus. Adik takut abang minta coklat adik, adik pun cepat-cepat sorok coklat dalam laci stokin adik. Adik terlupa pasal coklat tu after few days baru adik cari, coklat dah cair, dihurung semut dan stokin bersih adik kotor dek stain from the chocolates. Sekian tutorial perkataan baru untuk hari ini.


Nota kaki:
Oh ye, kalau nak tau full meaning of kiasu or paranoid, silalah buka kamus Oxford. Yes, perkataan kiasu ini diiktiraf ye. Untuk yang malas menggoogle, berikut sedikit petikan dari cik wiki=
Kiasu is commonly used to describe behavior where it means to take extreme means to achieve success
[Wikipedia]