Monday 1 August 2011

Iftar Day 1 - "Lagi Berapa Minit?"

Today's iftar hidangan simple je. Nasi berlaukkan ayam percik dan kerabu ulam campur- pegaga+selom+ulam raja+taugeh. Mil masa duduk dengan kami tempohari pernah komen, macam mana orang duduk bandar pandai makan ulam. Orang kampung pun tak makan ulam. Uikss... saya mengaku saya tak suka makan sayur. Makan ulam ni pun saya baru belajar lepas bersalinkan Fahmi. Lagipun ulam sekarang kan easily available kat pasar malam or pasar tani, tak payah tunggu duduk kampung baru dapat makan ulam. Nak tanam sendiri dalam pasu pun boleh ;-).

Ayam percik dah siap masak semalam, simpan dalam peti sejuk. Hari ni tinggal bakar je. Since menu pun simple ada masa buat onde-onde a.k.a buah melaka. Ada kurma sekotak pemberian teacher aqilah, boleh bertahan sampai 2nd week tak payah beli. Alhamdulillah murah rezeki dan murah juga rezeki teacher aqilah. Dah cukuplah untuk kami anak beranak. Tak perlu hidangan penuh semeja dan tak payah membazir. Cuma saya lihat Fahmi teragak-agak sedikit nak makan masa berbuka. Bukan sebab tak berselera, tapi sebab pilihan sikit sangat kot! Haha. Dia sama dengan daddy dia dah terbiasa bila waktu berbuka makan kuih muih ringan dulu baru makan nasi. Kuih yang ada cuma onde-onde. Sudahnya tortilla ayam baki sahur pun dia bedal!

Kesian kat Fahmi semalam tepat seperti jangkaan saya, dia melepet lembik. Kakak kata dia asyik bertanya "Dah pukul berapa?" berulang-ulang kali. Bila saya balik kerja pun dia tanya "Lama lagi ke mama?" "Dah pukul berapa mama?" "Lagi berapa minit?". Hah part lagi berapa minit tu dia tanya selang 1/2 minit. Lepas tu bila jawapan saya masih tak banyak berubah dia nak marah. Aduhaiii anak teruna kuseorang ni, naik risau pulak bila kenangkan esok dia mula sekolah. Nak berulang ke sekolah pagi dan sekolah agama, jangan sampai meniarap atas jalan sudah!

Kalau tahun yang sudah setiap kali tiba ramadhan mesti saya fikirkan satu tema untuk tahun tersebut. Contohnya tahun lepas kami sepakat nak elakkan pembaziran dan minimise perbelanjaan di bazar ramadhan. This year saya tak terfikir lagi tema apa. Just go with the flow lah agaknya. Dan dah tentu bab elak pembaziran tu masih dikekalkan.

Onde-onde comel ni dihadap dek Yaya sampai habis.


Bunga apakah ini. Comel kecil je. Inilah bunga limau kasturi. Dah setahun lebih saya bela tiba-tiba barulah kini nak ambil gambarnya. Bukan sebab apa, after more than 1 year barulah saya perasan yang bunga limau kasturi ni mengeluarkan bau wangi seakan-akan bau bunga melur!Minggu lepas pokok ni mula berbunga lebat. Dalam tempoh itu juga saya asyik tercium bau wangi setiap kali melintas nak masuk pintu rumah. Mula-mula rasa pelik sebab kami tak tanam bunga melur. Pagi Ahad lepas saya tergerak hati nak cium bunga ni. Misteri bau wangi terjawab sudah ;-). Lah, jakun!

1 Ramadhan 1432H

Alhamdulillah syukur kerana masih diberi usia untuk bertemu Ramadhan sekali lagi. Malam tadi lepas menunaikan solat terawih bersendirian di rumah, saya dan Yaya keluar nak isi minyak dan beli roti. Nyaris accident dengan sebiji kereta avanza dari arah puncak alam - bertentangan yang sedang memotong di double line menuruni bukit (saya naik bukit. Saya tergamam dan confused seketika dalam kegelapan malam. Jalan menghala ke puncak alam selepas persimpangan meru tu memang gelap gelita tak ada lampu jalan walaupun laluan di sini semakin sibuk, kerajaan terlepas pandang agaknya? Masa sedang naik bukit saya nampak dua biji kereta bersaing dari arah bertentangan. Saya jadi keliru sekejap sebab bila semakin hampir baru saya tersedar kereta yang 1 biji tu berada di lane saya! Dan tidak kelihatan tanda-tanda urgency nak berganjak atau masuk semula ke lane dia.

Di belakang saya ada 1 biji kereta yang mengekori dalam jarak 2 biji kereta. Saya beri high beam kepada kereta depan, tapi bila tak nampak respons dari si pemandu cepat-cepat saya pastikan jalan sebelah kiri saya kosong, manalah tahu kereta dibelakang saya pun kecut perut tiba-tiba dia memotong ke sebelah kiri terlebih dahulu. Mujur sebelah kiri saya ada jalan yang agak luas maka sempat saya beralih lane sebelum kami bertembung. Kereta saya dan avanza itu berselisih umpama berlaga bahu! But the avanza rilek semacam! Rasa nak curse je the driver. Yaya yang dah mamai mengantuk tak sedar apa yang berlaku. MasyaAllah. Mujur sungguh. Sungguhpun saya punya kegemaran memandu laju tetapi saya tidak memandu dengan cara membahayakan keselamatan orang. Saya laju kena pada tempatnya. Saya juga tidak memotong di sembarangan tempat. Saya tidak memotong di selekoh, saya tidak memotong semasa naik bukit mahupun turun bukit seperti pemandu avanza tersebut! Does he/she has a death wish? Kerana jalan gelap tak dapat saya lihat no keretanya, this avanza must be avoided!

Moving on, Alhamdulillah pagi ini anak-anak mudah bangun bila dikejutkan untuk bersahur. Yang kelat mata nak bangun adalah saya! My alarm dah berbunyi lama, surah An-Nas sudah sampai separuh ayat baru sayup-sayup sampai ke telinga saya. Cepat-cepat saya basuh muka dan gosok gigi, barulah segar sedikit.

Pagi ini juga i make it a point untuk keluar awal sebab kebiasaannya di bulan puasa ramai orang pergi kerja lewat! Kalau keluar macam biasa takut jalan jam. Jadi pagi tadi saya jadi antara yang awal keluar rumah, jalan clear sampai ofis pun awal. Fahmi tak bersekolah hari ini, sekolah dia ambil cuti, ganti aktiviti larian 1Murid tempohari. Petang nanti pun dia tak perlu ke sekolah agama, sekolah cuti juga sempena awal Ramadhan. Saya tak faham mereka ini ikut law mana sebab Selangor tak ambil cuti awal ramadhan. Entahlah sekolah agama dia ni lebih banyak cuti dari belajar/bekerja. Elok juga dia tak sekolah hari pertama berpuasa ni. Saya risau dia lembik pada hari pertama macam tahun lepas. Harap-harap anak mama ni kuat dan sihat untuk teruskan berpuasa. Yaya? Emhh saya tak risau sebab dia tak makan pun tak apa!