Showing posts with label garden. Show all posts
Showing posts with label garden. Show all posts

Friday, 10 February 2012

Mati Hidup Semula

Pernah kan tak lama dulu saya post entry gambar pokok bunga telang yang punyalah bercinta saya mencari akhirnya dapat juga dengan harga RM18 sepokok
Mahal kan? Tapi cinta punya pasal saya sebat jelah
dah lah susah nak dapat, ikut hati memang tak mau beli
sebab pokok ni hidup melata kadang ada dalam semak
tapi saya pejam mata je terbang RM18, asal tidur malamku lena!

Tau tak sebenarnya pokok bunga telang saya tu dah mati dalam lepas raya tahun lepas
tak tau kenapa... cesss jawapan orang bersalah yang buat-buat tak salah
dah pokok tu tak terbela mana dia tak merajuk, pokok pun ada hati dan perasaan
kalau tak dibaja, tak dibelai lama-lama kecut hati dia
daun-daunnya jadi kuning, batang pokok jadi kering sangat
mula-mula saya ingat akarnya dimakan semut, tapi tidak
sebab saya terlalu sibuk nak ambil tahu maka pokok telang itu menamatkan riwayatnya mengikut hukum alam

Bila pokok dah mati rasa ralat pulak kan
beli dengan harga mahal tapi dibiarkan macam tu saja
saya usaha juga nak selamatkan, tapi dah too late
pasang life support machine pun dia tak mau dah
merajuk dengan saya kot, maka sejak itu wujudlah 'beribu sesalan' di hati
dah mati baru ko nak menyesal kan? biasalah manusia
Aduhaiii sayangnya pokok telang tu dah mati, tak sempat lagi saya nak gunakan bunganya sebagai pewarna nasi kerabu dan kuih nyonya pulut tai tai
Terbiarlah pasu kosong begitu saja, saya tak kasi alih pokok lain ke situ
dalam hati masih mengharap manalah tau di masa akan datang saya terjumpa lagi anak pokok telang boleh tanam semula

Lepas tu kan dalam awal bulan 12 tempohari tiba-tiba saya dikejutkan suara jeritan kakak
dalam keterujaan dia bagi tau pokok telang tu tumbuh balik!
bukan 1 tapi 2! di tempat yang berlainan!
ajaib!
satu pokok tumbuh dalam pasu yang dibiarkan kosong tu, satu lagi tumbuh atas tanah dan memanjat di pagar rumah
aduhaiii sejuk hati saya macam ada salji yang turun masa tu
seronoknya! :-)

Tapi macam mana pokok ni boleh tumbuh semula?
setahu saya pokok telang ni cuma boleh tumbuh dari biji benih (biji kacang) dan batang pokok je
saya kira mesti kekacangnya di bawa angin lalu jatuh atas tanah di tepi pagar
dan the same thing juga berlaku dengan pokok yang tumbuh dalam pasu
TETAPI... ada lagi tetapi nya... setahu saya juga biji benihnya hanya boleh tumbuh dalam tempoh 7-14 hari selepas disemai!
pokok tu mati lepas raya which is hujung bulan 9 - awal bulan 10 lah
saya perasan pokok tumbuh semula dalam awal bulan 12... hmmm ada gap 2 bulan di situ
hmmm... apakah keajaiban yang berlaku di sini?
saya pernah terbaca ada orang tanam pkok telang di rumahnya di Jepun kemudian pokok tu mati masa musim sejuk... tapi hidup semula lepas musim sejuk berakhir!
hmmm... sudah, tak payah fikir lagi, saya dah seronok sangat dapat kembali pokok kesayangan saya
dan alangkah seronok berganda-ganda sebab kali ini ia berbunga lebat!
setiap pagi saya harvest bunganya sebab waktu pagi lah ia berkembang
kalau masuk tengahari ia menguncup balik
bunga yang dipetik saya simpan dalam bekas berisi air dan masukkan dalam fridge
lama-lama makin banyak hasil tuaian saya ... ada dalam 30 kuntum
apalagi, saya mulakanlah operasi nasi kerabu saya untuk kali kedua
kali ini memang 100% guna bunga telang untuk mewarnakan nasi

Bunga telang saya berwarna biru nila, ada spesis yang berwarna violet.

Pokok telang ni dinamakan 'clitoria ternatea' dalam bahasa Latin kerana bentuk bunga ini yang dikatakan menyamai clitoris. Lucah kan? Mentang-mentanglah bunga ni berwarna biru, otak mereka pun biru juga. Mesti lelaki yang bagi nama pokok/bunga ni! Huh!


Kerana jumlahnya yang banyak maka syoklah saya kisar bunga ni dengan grinder tangan, kalau setakat 5 kuntum masuk grinder pun tak cecah mata pengisarnya, sia-sia saja. Punyalah halur saya kisar bila dah jadi lumat tak sangkat ianya adalah puri bunga!


Biru nila warna jusnya. Hoyyehhhh!!! Banyak macam ni baru best nak buat pewarna


Saya tau dah banyak gambar nasi kerabu yang saya post. Tapi yang ni lain, ni nak tunjuk warna nasi kerabu yang menggunakan 100% pewarna semulajadi dari bunga telang. Memang pucat tapi bila makan rasa 'organik' sangat kan? He he he...

Monday, 1 August 2011

Iftar Day 1 - "Lagi Berapa Minit?"

Today's iftar hidangan simple je. Nasi berlaukkan ayam percik dan kerabu ulam campur- pegaga+selom+ulam raja+taugeh. Mil masa duduk dengan kami tempohari pernah komen, macam mana orang duduk bandar pandai makan ulam. Orang kampung pun tak makan ulam. Uikss... saya mengaku saya tak suka makan sayur. Makan ulam ni pun saya baru belajar lepas bersalinkan Fahmi. Lagipun ulam sekarang kan easily available kat pasar malam or pasar tani, tak payah tunggu duduk kampung baru dapat makan ulam. Nak tanam sendiri dalam pasu pun boleh ;-).

Ayam percik dah siap masak semalam, simpan dalam peti sejuk. Hari ni tinggal bakar je. Since menu pun simple ada masa buat onde-onde a.k.a buah melaka. Ada kurma sekotak pemberian teacher aqilah, boleh bertahan sampai 2nd week tak payah beli. Alhamdulillah murah rezeki dan murah juga rezeki teacher aqilah. Dah cukuplah untuk kami anak beranak. Tak perlu hidangan penuh semeja dan tak payah membazir. Cuma saya lihat Fahmi teragak-agak sedikit nak makan masa berbuka. Bukan sebab tak berselera, tapi sebab pilihan sikit sangat kot! Haha. Dia sama dengan daddy dia dah terbiasa bila waktu berbuka makan kuih muih ringan dulu baru makan nasi. Kuih yang ada cuma onde-onde. Sudahnya tortilla ayam baki sahur pun dia bedal!

Kesian kat Fahmi semalam tepat seperti jangkaan saya, dia melepet lembik. Kakak kata dia asyik bertanya "Dah pukul berapa?" berulang-ulang kali. Bila saya balik kerja pun dia tanya "Lama lagi ke mama?" "Dah pukul berapa mama?" "Lagi berapa minit?". Hah part lagi berapa minit tu dia tanya selang 1/2 minit. Lepas tu bila jawapan saya masih tak banyak berubah dia nak marah. Aduhaiii anak teruna kuseorang ni, naik risau pulak bila kenangkan esok dia mula sekolah. Nak berulang ke sekolah pagi dan sekolah agama, jangan sampai meniarap atas jalan sudah!

Kalau tahun yang sudah setiap kali tiba ramadhan mesti saya fikirkan satu tema untuk tahun tersebut. Contohnya tahun lepas kami sepakat nak elakkan pembaziran dan minimise perbelanjaan di bazar ramadhan. This year saya tak terfikir lagi tema apa. Just go with the flow lah agaknya. Dan dah tentu bab elak pembaziran tu masih dikekalkan.

Onde-onde comel ni dihadap dek Yaya sampai habis.


Bunga apakah ini. Comel kecil je. Inilah bunga limau kasturi. Dah setahun lebih saya bela tiba-tiba barulah kini nak ambil gambarnya. Bukan sebab apa, after more than 1 year barulah saya perasan yang bunga limau kasturi ni mengeluarkan bau wangi seakan-akan bau bunga melur!Minggu lepas pokok ni mula berbunga lebat. Dalam tempoh itu juga saya asyik tercium bau wangi setiap kali melintas nak masuk pintu rumah. Mula-mula rasa pelik sebab kami tak tanam bunga melur. Pagi Ahad lepas saya tergerak hati nak cium bunga ni. Misteri bau wangi terjawab sudah ;-). Lah, jakun!

Monday, 18 July 2011

Garden Updates

Tersangatlah ting tong kepala saya dan mata pun terasa sembab sebab malam tadi tak lena tidur. Entah kenapa I was so restless last nite tak boleh tidur, mengantuk sangat tapi asyik terjaga je. Jam 2 pagi terjaga, rasa macam tak tidur langsung, jam 5 pagi terjaga lagi tapi sama je rasa macam tak tidur, mata segar otak pun segar. Saya cuba lelapkan mata pujuk hati suruh tidur tapi sampai alarm berbunyi jam 6.30pagi langsung tak lena! Nah dapatlah mata panda dan kepala terasa berdengung je.

Agaknya saya terlalu anxious sebab pagi ni bertambah tugas kena take over hantar Fahmi ke sekolah since hubby takde this whole week. Lepas hantar Fahmi kena pecut balik rumah ambil Yaya pula hantar dia ke sekolah dan terus straight shoot ke ofis.

Oh well, kalau terus-terusan tidur terganggu begini bila lah nak hilang my panda eyes ni.

Semalam before hubby left to Penang, saya berjaya ajak dia berkebun. Dah lama tertanggung nak salin pasu untuk anak pokok tomato dan capsicum yang berusia 1 bulan. Pokok makin membesar tapi masih duduk dalam pasu semaian kecil. Jadi kenalah beli pasu besar sikit dan tanah yang sesuai. Maka pagi semalam lepas balik jogging kami pergi nursery berhampiran. Beli tanah 5 beg sekaligus. Asalnya nak salin pasu tomato dan capsicum je tapi berjangkit terus ke pokok kari, pokok limau kasturi dan pokok cekur. Incik hubby dah jeling saya bila satu persatu pasu saya bawa keluar. Hehe alang-alang menyeluk pekasam kan, jangan buat sekerat jalan.

Pokok kari pemberian my sister ni akhirnya dapat rumah dan tanah baru selepas berbulan memaksa diri untuk hidup diselaputi tanah liat yang dah mengeras macam batu. Kesian dia tanah tak serap air, pun begitu tinggi lampai macam galah naik pokok ni. Bila dah tukar tanah dan pasu ni harap-harap makin suburlah ye. My sister tangan sejuk juga rupanya, tanaman dia segar bugar dan gemuk-gemuk menjadi.

Yang ini masa bawa balik dari nurseri buahnya lebat dan gemuk-gemuk, tapi lama-lama buahnya makin cinonet sebesar kuku jari kelingking je. Akarnya dah penuh sepasu walhal tanahnya makin susut being washed away.

Pokok selasih (basil)Memang nak tanam tumbuhan herba. Jumpa pokok selasih ni yang dijual pada harga RM5 saya terus grab je.

Cekur ni tanam daripada rhizom, saki baki yang dibeli dan digunakan untuk buat kuah pecal. Beli cekur yang siap peket kat mydin, dalam sepeket tu quite a handfull jugaklah. Daripada kecut simpan dalam fridge baik kutanam, bercambah tak payah beli lagi.

Clock wise (right to left) Pokok pandan beli! Saya dah fed-up bela pokok pandan dah 3 kali mati. Pokok pertama saya ambil dari rumah lama. Yang 2 anak pokok lagi yang mati ihsan my mum. Yang ini last try lah saya beli RM3, saya alih pasu dari belakang rumah bawa ke depan, ganti tanah dan raised the pasu atas bata. Kononnya nak elak hawa panas masuk ke dalam pasu dan juga untuk pengudaraan. Next, pokok tomato, pokok capsicum dan selasih.

Anak pokok tomato. It seems that kebanyakan pokok sayuran ditanam daripada anak pokok kecuali tomato dan capsicum sahaja yang kami semai sendiri daripada benih. Huh! Cheat! Moga-moga hidup suburlah pokok sayur ni. Our first attempt nak tanam sayur. Hope dapat jadi peladang berjaya ;-).

Mil is here with us. Esok giliran saya bawa mil for radiotherapy at HUKM.

Wednesday, 6 July 2011

Ke'tumbuhan' Baru...

Bila saya sudah mula menulis hal-hal lain selain entry emo tangkap sentap itu bermakna emosi saya Alhamdulillah sudah boleh dikatakan back to ground level. Persetankanlah cakap-cakap orang di ofis pasal 'perceraian' saya dan soalan ala-ala melodi terjah tu. Tiap-tiap hari pergi ofis ada je soalan terjah kalau dilayan mau gugur jantung ni. Lantak koranglah buat gosip panas cerita sensasi, tak fikir langsung cakap-cakap korang tu melukakan perasaan orang.

My mil Alhamdulillah like I said before, sudah selamat menjalani pembedahan membuang sel-sel kanser. It was quite big size 6.5cmx5.1cmx3cm, hence it was staged at level 3. Tapi sebenarnya bukanlah semudah mengukur saiz saja boleh tentukan stage kanser. Saiz ketumbuhan itu adalah salah satu kayu pengukur, ada banyak lagi faktor lain i.e. whether the kanser dah spread ke organ-organ lain, how fast the sel multiply and so forth. For now, mil is still recuperating from the operation. After spending a week kat rumah saya, sekarang sudah beralih ke rumah my sil di sg long, cheras. Saya dengar mil dah berura-ura nak balik kampung pulak. Hai siapa pulak nak menjaga dia nanti. I told you my mil is one strong lady, bukan physically sahaja tetapi she is also a strong willed person. I guess hard work dan hard life makes what she is. Takde masa dia nak mengaduh sakit.

I just hope if she really gets her way and goes back to kampung, she will stay away from doing house chores. But knowing her takkannya dia nak duduk saja-saja. Just hope she don't overdo, lagi bagus kalau ada yang tolong uruskan hal rumah and makan minum. While she was here at my home bolehlah saya buat cara saya - sangat strict bab pantang makan minum ni okeh. Bila dah jauh tu, tak taulah.

Oh ya, saya pun ada ke'tumbuhan' baru di rumah. Ini pokok bunga telang atau pokok kacang telang. Dia ada bunga dan ada kacang in pods. Pokok ni dah lama saya idam-idamkan. Memang teringin sangat nak bela pokok ni sebab banyak khasiat. Bunganya boleh digunakan sebagai natural colouring dalam nasi kerabu dan kuih serimuka. The beans boleh buat ubat, cuma tak ingat ubat apa. Tanya je cik google sure dia boleh jawab. Saya dapat cari pokok ni pun secara kebetulan dalam bulan Mei lepas masa saya ambil cuti sakit. Dalam pada demam tu sempat juga pergi servis kereta. Balik dari servis kereta terus singgah nursery di kota damansara (sungai buloh) tu. Budak bangla dan indon yang jaga nursery duk ikut tanya cari apa. Saya cakap pokok bunga telang, haram dia tak kenal tapi boleh pulak dia jawab takde. Tak harap pun dia tahu, tapi dah gatal tanya, saya sebut jelah. Habis satu nursery dia saya keliling dari celah pokok kecil sampi pokok besar. Sampai melekat kat pokok lemon lah pulak. Akhirnya kerana tak putus asa mencari, saya jumpa juga 1 pokok telang ni dalam polibag dicelah-celah pokok bunga lain. Kat depan nursery je, entah macam mana boleh termiss tadi. Hmmph kalau percaya cakap budak bangla tu memang balik kempunan lah.

Sekarang dah transfer dalam pasu. Alhamdulillah daripada daunnya jarang-jarang sekarang makin lush dan tinggi. Bunga pun tak berhenti-henti keluar. Tapi belum pernah lagi saya petik untuk letak dalam masakan. Nantilah bila ada senang.

Monday, 6 June 2011

Jeruk Purut

Orang indon kan tak panggil limau, dipanggilnya jeruk. Masa mula-mula dengar dulu saya terkebil-kebil juga. Contoh, pernah baca alamat di Indonesia which states "Jl. Kebun Jeruk". Wahh saya masa tu ingat hebatnya jeruk di indon sampai diangkat menjadi nama jalan. Sefamous jeruk kat pulau pinang belum ada lagi nama jalan diambil sempena kefamousan jeruk.

Lama-lama saya barulah saya tahu jeruk=limau di indon. Ingat tak entry saya dulu yang ada gambar pokok limau dah berbunga dan berputik? Saya tak pernah update tapi putik limau purut tu didn't make it to the last. Putik-putik buah semuanya gugur macam tu aja. Tak lekat kata orang. Well, memang selalunya begitu, buah pertama susah nak lekat sampai masak ranum. Kena pulak masa berputik tu pokok limau purut saya diserang bugs and grasshopper cukup suka menjamu selera dengan daun-daun limau yang wangi ni. Haaa manusia berebut dengan grasshopper nak makan daun limau. Percaya tak at one time saya susah nak cari daun yang elok sebab semua yang tinggal adalah sisa gigitan grasshopper.

Tapi Alhamdulillah, pokok limau ni tak serik berbuah kali kedua. Dan syukur juga kali ini putiknya lekat.
'Kebun jeruk' di rumah saya. Tapi kebun jeruk saya tak besar, setakat satu pasu je. ;-)

Kali ini ada 3 biji buah limau purut yang menjadi. Harap-harap bertahan lah ia. My mum suruh alih je pokok tanam atas tanah, biar cepat lagi besar sebab jauh sikit akarnya boleh cari makan. Tapi saya rasa biarlah dia membesar dalam pasu ni je, sebab tanah depan rumah tak dalam mana, tak jauh pun akar pokok boleh cari makan.

Wednesday, 27 April 2011

Cinta Sudah Berputik Ye...? (^_*)

Lebih 8 bulan juga saya tunggu pokok heliconia saya ni berbunga. Alhamdulillah 2 minggu lepas putiknya dah mula tumbuh.

Dan minggu ini bunganya sudah berkembang. Hati saya pun berbunga-bunga juga ;-).
Heliconia ni dia ada banyak variant. Yang seperti dalam gambar ni dipanggil heliconia pandula inflorescence. Bunga dia terjurai ke bawah. Ada 2 jenis lagi heliconia kat laman rumah ni. Yang di luar pagar ada heliconia psittacorum dan parrot heliconia. Ada 1 yang ala-ala heliconia tapi tak sure lah same family atau tidak tapi better known as birds of paradise... alah yang macam gambar profile saya tu ;-)

Wednesday, 27 October 2010

Meroyan

Walaupun hujung minggu saya minggu lepas sudahpun berakhir tetapi masih ada sesuatu yang membuatkan saya tak puas hati. Sungguhpun saya sudah berjaya melampiaskan nafsu nak membaking kek lapis tapi masih ada seperkara dua lagi hajat saya yang tak tertunai sepenuhnya. Apa-apa sajalah saya dan hajat (read: kehendak, nafsu nafsi).

Sebenarnya, selain daripada hajat membaking kek lapis (yang sudah tertunai) saya berhajat, uisyyy macam besar benar bila sebut 'hajat' tu baiklah tukar kepada 'ingin' atau 'rancang' saja. Ye, saya teringin nak beli display rack untuk diletakkan di ruang tamu sebab dah lama sangat saya layan pedih mata tengok ruang tamu yang agak togel melainkan diserikan kehadiran set sofa lama kami itu. Gara-gara mata melilau belek dekorasi rumah orang masa beraya tempohari cantik berhias display rack, langsung hati saya tercuit nak juga satu kalau tak dapat dua. Hubby tempelak saya, kata dia banyak ke duit. Hehehe... err bila satu-satu benda dah menguasai minda (read: nafsu) memang susah saya nak lupakan sampaikan duit bukan lagi halangan! Owh saya tidaklah seteruk itu, duit memang ada tapi tak cukup kalau nak beli rack yang mahal beribu-riban. Kalau setakat rack tahap pipit tu, insyaAllah ada fulus secukupnya. Saya pun ukur baju di badan sendiri, tidaklah saya berangan nak beli yang mahal kalau dah fulusnya kecil.

Sayangnya, Sabtu lepas iaitu hari yang saya rancang untuk keluar hunting for display rack telah diambil alih oleh hubby dengan rancangannya pergi kenduri di serting, N9. Maka saya berasa sedikit kecewa sebab rancangan asal tidak menjadi. Sepanjang masa dalam kereta gelisah sungguh lah hati saya sebab terasa benar keinginan saya kali ini tidak kesampaian. Bila kami sampai semula ke shah alam pun hari dah lewat petang, bertambah-tambah lah kehampaan saya. Teruk sungguh lah nafsu saya kali ini. Mengalahkan ibu-ibu mengandung! Eh bukan, dah macam meroyan pun iye. Jadi untuk mengubat sedikit hati yang kecewa, supaya tidur malam saya tidak mengigau-igau saya ajak hubby pergi 'plant hunting' pulak. Umpama bayi yang sedang meraung kelaparan, kalau tak sempat diberikan susu, sumbat puting @ pacifier je dulu pun boleh.

Jadi pacifier saya adalah plant hunting yang memang pun termasuk dalam list 'keinginan' dan 'rancangan' saya minggu lepas. Ni pun kes tak larat layan pedih mata tengok laman dalam rumah lapang melainkan basikal-basikal budak-budak dan bapak budak yang duk beratur tepi dinding.

Saya berkenan tengok pokok heliconia dengan bunganya yang berjurai ke bawah kat rumah jiran belakang rumah. Pokoknya ditanam dalam pasu tempayan besar gedabak, jadi nampak tinggi dan penuh laman rumahnya. Saya berjaya dapat dua beg pokok heliconia, tapi bab pasu tu terpaksa lah saya ambil pasu kecil saja sebab tak muat nak angkut dalam bonet kereta.

Tarraaaa... pokok heliconia (pacifier saya) dalam pasu comel.



anak keladi yang beranak pinak dari ibu pokok

Ada orang janji nak belikan saya pasu besar hari Isnin lepas. Tapi sekarang sudah nak masuk hari Khamis, bayang pasu pun belum nampak. Dia sibuk minggu ini, balik kerja lewat melepasi waktu operasi nursery. Jadi saya kena sumbat pacifier buat sementara waktu. Huwaaaa... tapi saya tau memang lambat lagi saya akan dapat pasu besar tempayan itu sebab hujung minggu ini dia nak ke Melaka lah pula!

Tuesday, 3 August 2010

Bears Fruit

Rasa puas hati when your hard work bears fruit kan? Macam pokok limau purut saya ni. Macamlah kerja susah sangat kan? tapi memang bukan mudah nak membela pokok ni, ada yang tak sampai seminggu dah mati. Ni bila dapat pokok yang mampu berbuah selepas dijaga dipupuk tentulah puas hati walaupun sekarang ni masih lagi putik muda. Rasa happy sangat because mula-mula saya sangka pokok ni barren atau akan ambil masa yang sama untuk berbuah. Maklum jelah pokok pun masih rendah lagi. Berkat rajin tabur baja ikut jadual daun2 nya makin lebat dan akhirnya seminggu lepas saya perasan ada putik bunga halus putih keluar. Sekarang dah banyak putik bunga keluar maknanya more fruits. :-)
putik buah
pokoknya makin lebat
Bila dah berbuah nanti nak buat apa ye dengan buah limau purut ni? Buat cuci kulit kepala heheheh…


p/s: kesian kat pokok mangga jiran sebelah saya. Dah setahun dia tanam tak berbuah lagi. Tapi nak buat macam mana, seketul baja pun dia tak pernah tabur. Pokok macam orang juga, perlu makan, minum & kasih sayang.