Friday 28 November 2008

Spiderweb Cuppies for Farewell

tomorrow will be fahmi's last day at his tutorial class at smart reader. i decided to bake some cuppies for the farewell.



Monday 24 November 2008

Spiderman Cake

i was practising with rolled fondant yesterday. i spent 2 1/2 hours decorating this cake with a spiderman theme as a preparation towards fahmi's birthday. not that we'll be having a big birthday party but i just feel like wanting to present him with a nicely decorated home made birthday cake for his 5th birthday in january next year. well, maybe if the timing is right he'll be able to celebrate his birthday with his classmates. so i have to practice to perfection with his cake.

ada banyak kesan retak pada fondant but it is not so obvious, ha ha. i should go out and learn the correct way of preparing rolled fondant. i would have cause disgrace to whoever yang invent rolled fondant kalau dia nampak betapa buruknya fondant ku! but you can't strike me out for my effort.

now, yaya also wants me to decorate her cake... she wants princesses theme for her birthday... that is so sissy. i would rather she stick to dora rather than princesses with ruffless and all. ;-P


half done


tadaaa...

i prepared the fondant paste 3 days ahead... sakit tangan nak uli fondant. now i know kenapa fondant cake so priceyyy ;-)

Sunday 23 November 2008

Hunting & House Inspection

yang hilang dah tentu hilang, kalau dikenang2 sangat pun tak jadi kerja sudahnya. life must go on.

jumaat malam yang lepas kuhantar hubby collect kereta kawan dia; sewa untuk buat pergi kerja sebulan dua ni. kereta iswara lama tapi okaylah asalkan boleh jalan and boleh bawa pergi kerja, daripada takde langsung payah juga. tulah dulu ada motor dijual... betullah kata hubby, kami ni kalau pernah at one time ada banyak kereta & motor (ni bukan statement nak berlagak ye), ada kancil, ada honda civic, ada beemer merah tu & ada motor. lepas tu kami jual kancil, maintain civic & beemer & motor je. setahun lepas jual pulak civic sebab masa tu nak kurangkan hutang coz nak commit loan rumah. ambiklah myvi tu & jual jugak motor honda hubby. tinggal kereta je dua biji. dah elok2 macam tu datang pulak kereta perdana lama hubby yang dah 4 tahun kami jual (tak tukar nama)sebab pembeli tu tak settlekan hutang bank. jenuh juga nak jual balik perdana tu coz dah teruk dikerjakan pembeli; aku tak sampai hati tengok rupa kereta tu yang satu masa dulu pernah berjasa. akhirnya terjual jugak. sekarang ni terfikir, kalau tak jual pun ada juga manfaatnya... hehe dah lah tak payah fikir2 lagi.

life must go on kan? so does my passion for decorating cakes yang masih lagi membara walaupun for the past few weeks agak suam2 kuku gitu. dek kerana dah bosan asyik berulang alik ke bake with yen & bagus in search for icing nozzle tapi semuanya hampeh, akhirnya i decided to go to International Centre of Cake Artistry kat seksyen 14 pj yang jadi pengedar for all wilton products. Rasa amazed sangat2 tengok barang2 dia semuanya wilton! macam alice in wonderland kejap aku. tapi sebab pergi dengan hubby (aku manalah tau jalan area PJ ni) maka aku cuma diberi masa 30mins jer untuk bershopping. macam lipas kudunglah aku... akhirnya dapatlah aku beli set icing nozzle 29pieces ni. mahal sehh... tapi dah suka punya pasal rembat jelah, kalau tak nanti ada pulak orang yang tak lena tidur!





sebelum keluar ke pj tu sempat siapkan mee kari for lunch. ni hidangan orang kurang rajin aka rajin dah beralih ke tempat lain.



lepas ke pj, kami terus ke alam budiman for house inspection. ermmm ada jugaklah defect kat rumah tu. kesan crack sikit, tiles pecah, simen melekat kat cermin tingkap, parquet dented hatta dented pada dinding nun sayup kat tingkat loteng pun aku suruh dia repair (yang ni seriously orang tak nampak kalau tak dongak ke atas. harap maaf ye incik maintenance, dengan shl (developer) ni memang aku takkan kasi chance sikit pun, marah lagi tau.

pic rumah? nanti2 lah ye ;-)

Thursday 20 November 2008

Di mana Kan KuCari Ganti...

aku cuba stay cool... (as if one can be cool about losing one's hard-earned car), tapi apakan daya setiap kali aku terpandangkan tempat parking myvi ku yang kosong tu aku rasa air muka kuberubah & menggeletar satu badan. sedih sebab kehilangan harta yang aku sayang dalam masa yang sama takut & phobia pulak. sebenarnya kejadian hilang kereta bukanlah yang pertama dalam hidup aku & hubby sejak kami kawin.

masa aku baru pregnant kan fahmi kereta wira merah cili kesayangan hubby pun dirembat orang. kami masa tu baru je nak mulakan hidup berkeluarga, manalah ada duit simpanan sangat. akibatnya dekat 6 bulan jugaklah kami terpaksa pinjam kereta proton saga daif abah aku. aku rasa kalau kereta tu tak hilang mungkin sampai sekarang kami akan pakai. sejak hilang kereta wira tu boleh kata saban tahunlah kami bertukar2 kereta(semuanya 2nd hand & kereta kecik je sebab tak mampu seh)semuanya sebab nak sesuaikan dengan keadaan kewangan kami.

cuma 2 tahun lepas je ada duit lebih sikit tukar pakai honda civic 1.7 yang dah dijual jugak tahun lepas. myvi ni adalah satu2nya kereta baru yang pernah kami pakai. dah hilang ni takde modal aku nak beli kereta lagi... plus phobia nak beli kereta takut kalau sejarah berulang lagi. tensionnya akuuuu!!! kang aku pakai lorry kang.

semalam hubby tanya "abang nak pergi keje pakai apa pulak lepas ni" aku kata "tak payahlah beli kereta lagi, pakai je basikal" kena wrestling aku time tu jugak. cuak lah... kalau sapa yang kena macam aku ni tentu cuak juga.

itulah kata orang, hidup ni umpama roda... kejap di atas kejap di bawah, ada senang ada susah. iskkk!!!

untuk semua kawan2 yang tinggalkan mesej kat sini, terima kasih sebab sudi mendengar keluhan hati aku ni.

Wednesday 19 November 2008

Nightmare IV

Mesti orang yang read all my previous entry kata apalah dia sorang ni tak sudah2 dengan nightmare nya, dah jadi macam thriller series: nightmare on the elm street pulak except takde freddie kruger (oh ooh just saying his name pun dah rasa spooky) dalam my real life nightmare ni. My fourth nightmare happens on the SP2/7 street, sekitar jam 11malam sehingga 6.40pagi tadi. The real life freddie kruger taklah spooky mcm the one dalam NOTES tapi who ever did it, are not less cruel than kruger. Mangsa kali ini adalah kereta myvi akuuu!!!

Kejam sungguh pencuri tu, sampai hati dia bawa lari kereta myvi aku yang tinggal sebulan je lagi nak cukup 1 tahun. Aduhaiii remuk redam hati aku. Itulah satu2nya dan kereta pertama yang aku beli seumur hidup aku. Sudahlah aku ni masuk 5 tahun kerja barulah dapat merasa beli kereta, ni tak puas lagi bermesra dengan kereta tu dah dikebas orang.

Malam tadi sebelum naik tidur kat tingkat atas, seperti biasa aku mesti selak langsir intai keluar. Lampu kat tempat parking dalam pagar memang sentiasa kami on sebab jiran kiri kanan ni tak pernah on lampu aku jadi risau sikit kalau keliling semua gelap gulita. Masa tu nampak kereta myvi tu masih elok parking kat luar pagar rumah.Tidurlah kami dengan lenanya. Subuh tadi seperti biasa aku bangun jam 6.40pagi untuk solat subuh… Nak ke bilik air ambil wuduk, dah jadi rtabiat aku mesti selak langsir tingkap jenguk ke luar. Eh… kali ni aku Nampak seberang jalan terang (lapang) semacam je, selalunya mesti nampak kelabu (myvi aku kaler kelabu)… tapi mengenangkan kekurangan diri sendiri yang memang dah sedia rabun ni apatah lagi tak pakai cermin mata jadi aku pun abaikan jelah perasaan aku tadi.

Hubby siap2 mandi terus turun bawah, sarung stoking dan kasut sambil pegang kunci kereta berjalan nak keluar pagar (aku masa ni dah kat dalam bilik air). Dalam hati kata dia, dia tertanya2 sendiri jugak kenapa lapang je depan rumah, siapa pulak yang alih kereta (myvi tu memang hubby yang bawa pergi kerja hari2, aku pakai the other one) Time tu barulah dia tersedar yang myvi kami dah lesap! Terus dia ketuk pintu bilik air bagitau “Yangg… kereta abang dah hilang”. Adehhh rasa berat atas batu jemala patik ni tapi aku teruskan mandi… laju pulak aku siap kali ni selalunya makan masa jugaklah.

Separuh hari ku today spend kat atas jalan pergi buat report polis kat balai kg baru subang, pastu diaorang refer to balai sungai buloh… masalahnya kat mana ceruk balai sg buloh pun kami tak tau seksanya nak mencari. Bila dah jumpa rasa daif sungguh balai polis ni sedih pulak aku nak wat report kat situ.

Kenapalah malang datang bertimpa2 ye. Tak, aku bukan nak merungut, tapi tulah lepas satu, satu lagi perkara lain datang. Aku pun tak taulah… apapun sebagai hambanya aku redha jelah, apa nak buat benda dah nak hilang, walau dalam hati aku rasa nak meraung… dalam hati menangis tak berair mata aku. Sayang tau kat kereta tu walau hubby yang pakai full time, tapi sebab itulah hasil penat lelah aku bekerja.
I feel devastated sangat2.
Kepada pemilik2 myvi, berhati2lah ye sebabnya walau pintu kereta myvi ku dipecahkan cerminnya (we presumed so sebab ada serpihan kaca bertaburan) tapi alarm tak berbunyi langsung! I’m a light sleeper okay… dalam tidur kalau bunyi lipas terbang pun aku boleh sedar. Dan aku nak pesan berhati2 bila hantar servis, check balik kenderaan anda. I was told by hubby yang myvi ada i-mob, tapi macam mana i-mob or alarm tak berfungsi… bukan nak tuduh tapi aku rasa ada yang tak kena.

aku sedih… gambar kenangan pun aku takde!!!

note: earlier i wrote i-knob instead of i-mob, hubby email bagitau aku dah silap type, he asked me to quickly change them, buat malu orang kata dia. heheh a note of thank you to him, nasib ada die hard fan macam dia ;-P

Sunday 16 November 2008

Roasted Chicken Again

3-4 hari lepas hubby teringin nak makan roasted chicken kenny rogers. tapi kan aku malas betul nak makan kat kedai. rasa macam membazir pulak lebih2 lagi time ekonomi nak gawat ni kan. so aku cakap kat hubby tak payah lah pegi makan kat kenny rogers, i'll bring home kenny rogers roasted chicken... heheh ;-)

patutnya aku buat roasted chicken ni for lunch. tapi aku teringat 3 weeks ago aku janji dengan ma nak bawa ma pergi beli kain langsir kat jakel seremban. kebetulan jakel start sale semalam 15 nov. rasa ralat pulak kalau tak jadi sebab semalam ma telefon tanya jadi balik ke tak. ralat punya pasal, aku minta izin dengan hubby nak ke seremban kejap and postpone roasted chicken untuk dinner. boleh gitu?


roasted chicken, mushroom sauce, mashed potato, salad & spiral pasta. spiral pasta tu hidangan untuk kanak2 tapi orang dewasa teringin jugak... tu yang penuh sepinggan



patut pakai rotisserie function masa panggang barulah even golden dia

semalam aku & hubby pergi homedec exhibition kat kl convention centre tu. rasa macam tak percaya je boleh tawaf habis semua 5 hall tanpa rasa penat. tapi tapak kaki aku cramp pulak. dua2 serentak!!! aduiii sakit sehhh takleh berjalan aku.

tapi kan aku rasa sale yang dibuat kat homedec tu tak jujur lah... harga mark up jauh daripada harga asal yang boleh kita dapat kalau pergi showroom or kedai biasa. ingat bolehlah beli hob & hood tapi tak jadi... orang kata barang jual kat ikea agak mahal kan? tapi mahal lagi yang depa jual kat homedec!!! aku cuma beli ready made curtain jer untuk rumah baru, plus comforter set silk untuk hadiah kawin my friend. murah beb!

***********************************************************************************

Herbed Roasted Chicken

1 bird chicken
4 leaves sage
4 cloves garlic
2 quarter lemon
2 tbs butter (lembutkan)
white pepper powder
salt

Rub salt & white pepper all over the chicken. Leave them while you prepare lemon butter & herb marinate. Crushed garlic & sage with a mortar. Squeeze juice from 1 quarter lemon, mix with sage mixture & butter.
Lumurkan all over the chicken and put some under the skin (you'll need to cut skit inner skin to insert the mixture). Another quarter of lemon sumbat dalam chicken cavity, together with lebihan marinate. Kalau suka makan hati ayam also can go in. Marinate for 10mins klu skip pun ok. Panggang in the oven for 30mins at 200C covered loosely with aluminium foil. After 30mins, sapukan lebihan lemon butter and panggang for another 40mins without cover.

Scrapped juices from the tin, transfer to saucepan, tumis cendawan (or skip pun boleh)letak 2 sudu makan tepung gandum, kacau rata sampai berbuih, masukkan 1 cawan air panas. Gaul & let it simmer & agak pekat. Owh don't forget letak garam.

Friday 14 November 2008

Horrayyy!!!

hari ni aku rasa nak gelak sampai terguling2 jer... gelihati dengan gelagat sendiri & puas hati at the same time.

pagi tadi sampai ofis aku terus menaip surat to lawyer (pasal rumah). but before that aku call dulu pejabat lawyer, tapi macam biasalah mesti dia keluar. apapun aku bercakap ler dengan assistant dia. tau jelah kan lahar gunung berapi dah meluap2 ni tak tertahan2 lagi nak explode, nak tak nak assistant dia jadi mangsa pertama aku. dah berdas2 laser aku bagi kat dia aku pun sambung taip surat. aku tak boleh terima betul jawapan2 yang agak kurang munasabah like "saya tak pasti lah nanti saya check dulu"... helloooo surat developer tu ada cc dekat ko ye so janganlah buat2 tak tau... itu saja je nak tambah hangin aku.

aku ni kan dulu seketari... so kerja2 buat surat ni memang kegemaran (terpaksa sebenarnya) aku. ambik ko meletup2 surat aku... cukup sinis cukup lada bagai. aku tak peduli lah kalau ada orang menangis baca surat aku tu.

kesian pulak dengan seketari aku hari ni... pagi2 lagi dah tengok muka aku yang mencuka. nasib dia pandai buat diam je tak kacau aku, kalau tak kena tempias dia. by the way, aku bukanlah jenis orang yang suka melampiaskan marah pada orang lain tak tentu arah. cuma time aku tengah tensen janganlah tanya aku benda2 remeh.

lepas solat jumaat hubby pulak pergi attack bank. hubby cakap terkulat2 officer tu tengok surat developer. well, at least hubby's visit tak sia2 sebab sekurang2nya kami dapat indication yang ada something tak kena dengan developer's statement tu.

at the same time, barulah lawyer yang handle rumah aku call. suara dia macam malu2 alang gitu. sorrylah cik lawyer, aku pun malu nak explode dalam surat tapi aku dah tensen. aku cakap kat dia, itu responsibility dialah untuk settlekan masalah aku. dia cakap dia pun tak pernah dapat surat dari bank or sesiapa. aku taruk balik kat dia, kalau tak dapat surat takkanlah ko tak minta langsung... bila bank or developer tak hantar surat kat ko jadi ko pun ambil jalan mudahlah tak update aku apa2 pun. aku pulak nak kena update ko... abih tu aku bayar ko buat apa? sejak sign loan agreement sapa hapa surat pun aku tak pernah dapat dari ko.

petangnya bila aku dah habis interview & meeting bagai, lawyer call semula. hahaha aku rasa nak gelak dengar nada suara dia yang macam orang baru abis marathon. tercungap2 dia bagitau aku sebenarnya developer silap keluarkan statement... yang interest rm7k tu tak wujud sebenarnya!

manalah aku tak rasa nak gelak guling2. terus aku call hubby menjerit horayy kat dia sampai seketari aku jeling2 tengok aku.sure dia pelik sebab satu hari aku mencuka tetiba ketawa... gila apo?

aduhaiii lega rasa... naik balik jantung aku yang nak luruh ni... heheh. Alhamdulillah syukur sangat2 selesai satu masalah. apapun monday depan aku nak shoot satu surat kat developer suruh dia withdraw statement salah dia tu. ada ke patut dia nak suruh aku ignore je statement semalam tu... abis tu esok2 kalau system dia corrupt ke apa ke keluar balik figure rm7k tu sapa yang susah? cukuplah nightmare yang dia bagi kat aku...

patut ke aku buat surat tu? lava gunung berapi aku masih bersisa... aku masih rasa cuak dengan kesilapan dia. takleh bagi muka kan?

Thursday 13 November 2008

Nightmare III

is there no stop to my nightmares?
it seems like within the span of seminggu dua ni terlalu banyak sangat incident2 yang betul2 mencabar kewarasan aku.
pertama, the incident where my ms bonnie & mr clyde hilang sekejap tempohari. diikuti dengan incident roof tiles roboh yang hampir2 buat aku kehilangan mr clyde.
ni yang ketiga & terkini today bila aku terima surat delivery vacant possession *(wahhh yang ni berita menggembirakan) berserta surat interest advice berjumlah RM7,551 for late payment of progress billing!!! arghhhhhh yang ni buat aku rasa nak explode je!
timing memang tak kena betul. sudahlah hari ni hari yang paling kacau kat ofis... sampai mood aku betul2 down, rasa lembik lutut dah. ingat balik rumah bolehlah aku tenang2kan fikiran.

sampai je kat muka pintu, aku disambut dengan khabar kena interest yang melampau2 dari hubby. adehhh tak larat dah nak layan. rasa nak explode tu aku tahan jer. aku cuma mampu renung je surat dari developer tu, takleh nak digest dah. rasa gembira sebab rumah dah siap tadi serta merta hilang. hubby dah membebel2 tak berhenti... adehhh rasa sesak betul otak aku. bila masuk bilik barulah aku lepas geram... uarghhh! **&^%)#@$!~@^%$^&*(&!!!!! boleh jadi incredible hulk aku kejap.

yang aku tak faham tu macam mana developer boleh claim that progress payment lewat sampai 7 bulan! giler hapa... ni yang buat aku nak mengamuk kat bank ni, kalau tak silap tempohari bank officer tu cakap loan dah disburse since april lagi dah. tapi yang tak bestnya tu langsung takde black and white to proof pasal disbursement. hampeh tak bank ni? aku dah banyak uruskan loan untuk bos aku so far bila disburse mesti ada surat dari bank to confirm disbursement. tapi bank cap rimau belang ni setakat ni paling hampeh sekali bab surat menyurat... kot ye pun cost saving janganlah sampai effect efficiency. dah jadi susah aku nak buat cross check.

lawyer aku pun satu hal... nak kena ketuk baru berjalan. takpe esok dua2 (lawyer & bank) aku pulun. siapa yang kenal aku taulah aku ni memang tak banyak cakap (depan oranglah) tapi kalau aku dah naik minyak minta ampun bebanyak lah mulut aku memang laser habis. bila aku dah meletup nanti masing2 nak jumpa muka pun dah malu, tak guna dah.

uwarghh tensennnn... hilang mood nak pergi homedec exhibition kat kl convention centre sabtu ni. adehhh punah harapan... rabak ler poketku!

Wednesday 12 November 2008

Black Pepper Crab

hubby pergi pasar malam and brought back with him 4 ekor ketam yang masih fresh. tak taulah baru tangkap ke apa tapi masih segar. dah lama tak makan ketam, so lepas solat maghrib tadi terus kumasak untuk hidangan dinner walaupun sebenarnya kakak dah buat asam pedas ikan kerisi. tamak kan?



kalau teringin nak bikin begini caranya...

4 ekor ketam (bersihkan, buang kaki except sepit & belah 2)
2 camca besar bawang besar kisar
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 batang serai diketuk
2 camca besar cili boh
2 camca besar sos lada hitam
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 cawan air
1 biji telur dipukul
garam secukup rasa

mula2 goreng ketam dengan minyak yang sedikit, bila siap ketepikan.
tumis bawang putih, bawang besar kisar & cili boh sampai pecah minyak. masukkan serai, biar wangi pastu masukkan semua bahan sos. kacau rata dan masukkan air. letak garam dan biarkan mendidih sampai mesra ketam & sos nya. bila kuah hampir pekat, curahkan telur sedikit demi sedikit. siap!

Tuesday 11 November 2008

I'm Back

malam ni rasa tired sesangat... penat semalam tak hilang lagi. bertolak ke t'ganu awal2 pagi, balik touch down klia dekat jam 11mlm. sampai kat rumah pun dah dekat 12 tengah malam, lepas mandi & solat isyak terus tidur. pagi tadi pergi keje lewat sikit... sikit jer... 1/2 jam lewat gitu. padahal aku bangun seperti biasa, tapi hubby pulak cakap tidurlah lama sikit, pergi kerja lewat since dah balik pun lewat semalam. aku kan isteri mithali, so dengan taatnya aku pun sambung tidur.

tapikan hati tak tenteram teringatkan ofis yang kutinggalkan seharian semalam. tak sedap hati tambah pulak dengan tak sedap perut, memulas lah pulak. sudahnya memang aku pergi kerja lewat, bukan sebab tidur lama tapi sebab memerut dalam bilik termenung.

rupanya schedule trip ke t'ganu kali ni kurang sesuai sebab terengganu endurance baru je tamat hari ahad. so mat2 salleh and pak arabs dengan kuda2 mereka tengah sibuk nak berangkat balik. airport sultan mahmud penuh sesak.

we (me & colleagues) completed our mission pun agak lewat sekitar jam 7.30pm. terus berkejar ke airport to catch 9.10pm flight sebab 3 orang lagi my colleague masih waitlist status. nasib baik my return ticket dah confirm, pagi2 masa check in nak depart from kl terus mas counter issue my boarding pass! yang lain2 terpaksa queue panjang. pity them... terpaksa gilir2 beratur sebab tak dinner lagi masa tu... masing-masing kelaparan so take turn makan.

mas system problem pulak tak boleh print boarding pass. giler hapa time2 sesak macam ni buat hal pulak... tak pasal2 flight aku delay. adehhh panasnya hati dengan rombongan endurance, depa punya pasal aku terperam dalam cabin dekat 40mins... udahlah aku ni penat, nak tidur pun tak boleh bila pak cik kat sebelah beriya2 berborak sampai bergoyang2 seat... adehhh bengkaknya hati.

for those yang bercadang nak makan angin ke pantai timur, this is not a good time unless you plan to go for a honeymoon coz there's a very slim chance you get to see the sunrise or sunset apatah lagi nak sightseeing. tulah aku cakap kalau honeymooners sukalah kot duk memerap jer dalam selimut hehehe sejuk seh. monsoon dah tiba... it rains from the moment aku touch down kat airport sultan mahmud sehinggalah malam nak balik. oh but i love it sebab aku tak suka panas2 apatah lagi bila ke project site yang betul2 tepi laut... dengan cuaca yang redup and windy gitu tawaf satu project site pun aku sanggup... tak yah tepek sunblock hehehe

sorry no pic taken sebab nanti anak2 buah kata buang tebiat ke apa bos diaorang nih heheh

Sunday 9 November 2008

Rendang Ayam & Pulut Kuning




walaupun masih dalam trauma tapi masak tetap kena masak juga. tapi aku sebenarnya jadi blank tak tau nak masak apa. petang semalam niat di hati nak sambung membaking untuk hilangkan rasa risau dan ngeri yang masih bersisa tapi aku abandon niat tu.

ni untu lunch today pun tak tau nak masak apa... takde mood & takde idea bernas. kenangkan beras pulut yang masih banyak maka aku pun buatlah pulut kuning. sukalah cik bonnie dapat makan pulut, batuk2 dia pun dah hilang so aku layan je selera dia.

pulut kuning nak makan dengan apa? rendang ayam je jawabnya. aku ni memang tak pandai masak rendang, tak sesedap yang kat kedai. rendang ayam ni pun first time buat, tapi dah pass quality check... tukang rasa diraja cakap sedap & dia cakap lagi lain kali kalau tak balik kampung for raya haji pun tak ralat sebab masih dapat makan rendang. ermmm ... aku kata bukan takat tak balik raya haji, kalau ditakdirkan duduk oversea pun dah tak ralat dah... kuang2. uwekkk nak muntah! perasan! hehe sapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri?

ughhh esok nak kena bangun awal pagi to catch a flight to KT. balik amik last flight sampai malam... nasib tak kena overnight, tak sanggup seh nak berenggang dengan bonnie & clyde tuh.

Saturday 8 November 2008

Nightmare II

Belum pun hilang debar & rasa nak luruh jantung dek kejadian cik bonnie & en clyde hilang kat parkson, subang parade malam sabtu lepas, tiba2 tengah malam tadi kami dikejutkan lagi dengan kejadian yang hampir2 menyebabkan aku kehilangan en clyde sekali lagi. Nauzubillah hi min zalik... minta dijauhkan.

Kejadian yang berlaku jam 3.30pagi tadi left me shaken... trauma betul. Seperti biasa tiap malam aku & hubby akan temankan budak berdua ni tidur atas tilam mereka (they still share the same room with us). Selalunya dalam half an hour lepas diaorang lelap kami akan beralih ke katil. Tapi malam tadi dek kerana penat sebab masuk tidur pun lewat, aku Cuma terjaga sekitar jam 2.30pagi. Terus kejutkan hubby naik tidur atas katil kami.

I was in a very deep sleep. Tetiba telinga aku menangkap bunyi dentuman kaca yang teramat kuat sampai aku terus terbangun and sat up straight. Rupa2nya hubby pun terbangun serentak denganku. Serentak tu juga kami dengar suara fahmi menangis kuat. Aku yang masih tergamam & terpinga2 terus menjerit kat hubby suruh tengok fahmi. Bayangkan dalam gelap gelita tu dahlah dengan aku yang rabun tak tau apa sebenarnya berlaku tapi naluri aku kata jeritan fahmi ada kaitan dengan bunyi dentuman tu. At first dalam gelap tu I thought that kaca tingkap bilik tidur kami pecah dan serpihannya kena fahmi. Tapi bila aku switch on the light tambah menjerit aku bila nampak siling & roof tiles bertaburan dekat lantai sebelah fahmi.

Fahmi masih menangis kuat, kami belek2 badan dia sambil hubby alihkan roof tiles yang pecah bertaburan atas tilam. Takde pulak nampak kecederaan fahmi, tapi bila aku selak baju dan seluar dia barulah nampak rupanya punggung dan bahagian pinggang dia luka sikit. Mungkin kesan tiles pecah terkena dia tu calar punggung dia. Cepat2 kubersihkan habuk2 pada badan dia, angkat ke atas katil dan dalam masih disoriented tu nanar pulak aku mencari minyak gamat. Yang jumpa cuma krim gamat je so cepat2 sapukan kat luka dia, lepas tu aku peluk dan cuba tenangkan fahmi padahal jantung aku sendiri masih berdegup kencang. Both me & hubby masih blur, disoriented... aku pandang hubby, hubby pandang siling� pelik & confused tak tau apa sebenarnya yang berlaku.

Serius cakap aku terrified habis sebenarnya. Nak keluar dari bilik pun aku takut, sebab aku sangkakan ada orang nak pecah masuk rumah kami. Hubby jenguk2 ke lubang siling yang pecah tu tak pulak Nampak langit, yelah kalau roof tiles jatuh mesti nampak langit kan tapi bila diperiksa elok je intact semua.

Lepas kemas2 bilik kami 4 beranak baring semula, kali ni terpaksalah share satu katil. Dalam pada kami terkejut dengan bunyi dentuman tu percaya tak yang yaya masih boleh tidur lena. Aku tak boleh tidur sebab takut sesangat. Pertama, kalau betul orang nak pecah masuk rumah kami aku takut orang tu datang balik. Kedua, kalau roof tiles tu sebenarnya roof tiles lama yang tertinggal masa orang buat rumah, aku takut entah kat mana lagi yang diaorang tertinggal, takut kalau aku tidur nanti ada lagi yang jatuh timpa kami 4 beranak.

Back to fahmi, syukur doctor dah confirmkan dia takde kecederaan dalaman. Dan syukur sesangat tiles tu tak jatuh atas kepala dia. Hubby sangat2 bernasib baik sebab siling & roof tiles tu jatuh betul2 setentang dengan tempat hubby baring next to fahmi. Kalaulah aku tak terjaga 1 hour before kejadian, rasanya ... tak taulah apa nasib hubby. Thank God semua orang selamat.

Two nightmares in a span of a week are too much for me to take. I still feel shaken and terrified living in this house. Aku rasa sekarang ni hubby pun dah tak sabar nak pindah rumah baru kami. Kejap tadi baru je dia sebut2 pasal rumah baru, pasal alarm system and the security measures for our new house. Semua orang trauma. Aku rasa macam separuh gila malam tadi.


lompong kat siling akibat dihempap roof tiles yang jatuh


debris from the roof tiles yang pecah. selalunya kami susun 2 keping tilam rapat ke dinding setentang dengan siling yang roboh malam tadi



3 keping roof tiles seberat 1/2 kg each... tak dapat bayangkan kalau ia menghempap fahmi... aduhaiii ngeri!



bilalah nak dapat kunci rumah baru ni?

Wednesday 5 November 2008

Salmon Mayo Sandwich



malam ni for dinner buat salmon mayo sandwich je. simple tapi yummy. biasalah kalau hubby takde memang tak kuasa nak masak macam2. just a simple meal macam ni pun dah fine for me.

pan grill kan salmon, pastu hancur2kan dan gaul dengan mayonis. letak mustard sauce sikit for the tangy taste. susun salad, sliced momotaro tomato, salmon dan cili sauce... dah siap.

Tuesday 4 November 2008

Hubby's New Hobby

someone's got a new hobby... an expensive one yang comes with the $$$ tag.yeah it doesn't look as fancy as Nad's mr big's dream bike... it is a used bike but still it is pricey. and no itu bukan lantai rumah aku yang berkulat, ni pic contoh jer... hubby's bike warna putih, yang dalam pic ni dia terlepas beli sebab aku dok membebel tak kasi beli. mana taknya we should be saving for our new house.

which prompt me to ask this question, can't one have a cheap hobby?
he told me jangan nak merungut, coz he says bila dia put on weight aku juga yang bising
and salah siapa when he puts on weight? salah aku juga sebab dia kata aku masak sedap2
so now, he hopes with this new hobby bukan aja dia boleh keep fit tapi berharap dalam masa yang sama boleh trim down his body (read: his belly)
errr... somehow i doubt this can be achieved with cycling
so i've been telling him kalau nak flat stomach senang jer selain daripada watch your food intake, buatlah senaman bangkit tubi... cheap. you don't need to buy a treadmill ke, dumbell ke... no cost at all
then he said he's not as disciplined as i am
so i told him, discipline tu datang dari dalam diri, bukan dari bike tu
then he said, since nobody bother to buy him a birthday gift can't he buy himself a gift?
so that's it, i rest my case.
he has been cycling every saturdays and sundays since he bought the bike, which was 2 weeks ago. i told him i'll be counting the day when he will gradually cut down his cycling trip and eventually gantung basikal tu. he takes it as a challenge and has not fret one bit since. hmmm kita tunggu dan lihat jelah.
as a result of his newly develop hobby, my bonnie & clyde pun tiap petang nak berbasikal. nasib kat flat depan rumah ada parking space yang luas boleh tumpang berbasikal. satu pagi tu mr clyde even bangun awal panggil nak catch hubby yang tengah bersiap2 nak pergi cycling. so he end up cycling kat depan rumah je instead of his usual route kat subang bestari sampai ke monterez. my ms bonnie pulak dapat basikal baru... tak tahan tengok budak berdua tu berebut basikal yang cuma sebiji je. ambik kau dapat basikal merah... lajulah pulak budak berdua ni membesit.