Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Saturday, 16 August 2014

Laksa Peranakan (Seafood) ala Chef Wan


Masih di bulan Syawal ni kan mood masak bulan puasa tempohari masih hangat lagi. Kerajinan memasak tu kira di tahap optimum lah ;-). Selera makan pun boleh tahan! Ndak pulak bila ternampak Chef Wan masak Laksa Peranakan dalam rancangan Best Wan! di channel AFC.


Macam renyah. Tapi macam best je. Bahan-bahan pun banyak yang ada dalam fridge. Cuma tambah beli udang dan ulam-ulaman sikit. Couple of months dulu saya ada buat stok (air rebusan) makanan laut yang di frozen kan. Sengaja frozen sebab masa tu bajet nak buat Bouillabaise (sejenis sup makanan laut Perancis). Tapi terperam lama. Sedang eloklah manfaatkan stok tu untuk buat kuah laksa peranakan ni.




Kuah laksa hampir sama dengan laksa lemak yang pernah saya buat lama dulu. Bahan-bahan kuah sangat berperisa terdiri daripada udang kering, bawang, cili, serai dan buah keras untuk tambah umph rasa lemak tu.




Ulam-ulam mentah seperti timun yang dipotong lidi, bawang, taugeh, bunga kantan dan daun ketumbar.
Kalau kebiasaannya saya gemar menggantikan santan segar dengan santan kotak yang rendah lemak tapi untuk rasa yang lebih lemak manis kali ini saya guna santan segar.





Kalau lah ada sambal cili tentu lebih sedap lagi. Siapa ada resipi sambal cili yang sedap dimakan dengan laksa lemak? Meh sini share please ;-)

Tuesday, 5 August 2014

Anekdot Syawal : Umpan Sudah Mengena!



Cuti raya yang panjang, (iye surirumah pun dapat cuti raya) saya dapat merehatkan fikiran dan fizikal. Bila dah rehat minda pun kembali segar. Jadi saya lebih mudah fokus bila berbual dengan anak-anak. Faham-faham sajalah, masa bulan puasa waktu petang bila anak-anak berehat lepas balik dari kelas agama saya pula sibuk di dapur. Malam pula kita dengar tazkirah dan balik berterawih masing-masing pun dah penat. Masa untuk saya melayan mereka berbicara serta meniupkan semangat atau motivasi agak terhad.


Saya suka bila minda dan badan dah segar semula, petang-petang duduk di ruang tamu melayan Fahmi dan Yaya berbual. Entah macam mana di petang Isnin (semalam), perbualan kami terjurus ke arah puasa sunat syawal atau puasa enam (6). Ohhh... ia bermula bila Fahmi beritahu seorang teman sekelasnya yang baru berpindah masuk awal tahun ini sudah mula berpuasa. Fahmi kelihatan seperti mahukan komen saya. Alhamdulillah, walaupun mata saya sedang ligat mengadap rancangan tv kegemaran My Kitchen Rules, tapi saya bagaikan mendapat ilham untuk tiupkan motivasi baru. Takpe, mommies kan very good in multitasking? Hehehe.
Niat saya ingin menarik perhatian Fahmi kepada 'sesuatu' yang tersimpan rapi di rak buku kami di tingkat atas. Saya berharap this conversation will get us 'there'


Saya : Bagus kawan Abang tu puasa. Abang tau tak amalan berpuasa sunat tu amalan Nabi saw. Dan amalan orang-orang bijak pandai?

Fahmi diam. Peluang untuk saya masuk lagi.

Saya : ... Abang tau tak pelajar terbaik SPM tahun 2008, Nik Nur Madihah... dia dapat 20A. Salah satu amalan dia sejak di sekolah rendah adalah berpuasa sunat.


Bulat mata Fahmi. 20A!!!

Saya jelaskan lagi kepada Fahmi, kejayaan seseorang dalam hidup dan apa jua bidang sebenarnya bergantung kepada keredhaan dan rahmat Allah. Kalau kita bijak macam mana sekali pun tapi amalan kita tak pernah pun kita ingat Allah, tak pernah pun kita cari redha Allah dan tak pernah pun kita niatkan satu-satu pekerjaan kerana Allah... belum tentu kita berjaya.


Ya. Barangkali benar juga kalau anda kata kerana kemiskinan memudahkan seseorang berpuasa. Sebab dah biasa kurang makan. Berbanding orang senang macam kita, makanan sentiasa menjadi godaan melemahkan iman tambah lagi musim raya ni kan? ;-). Tapi istimewanya menjadi orang kurang berada ini memudahkan dia mendekatkan diri dengan Allah.


Akhirnya teruja dengan cerita saya tentang rahsia kejayaan Nik Nur Madihah membuatkan Fahmi tertanya-tanya mana saya tahu semua cerita ni. Tu diaaaaa.... umpan sudah mengena. Dan tanpa bersembunyi lagi saya katakan, saya tahu kerana saya sudah baca buku rahsia kejayaan Nik Nur Madihah. Cerah biji mata Fahmi.


Fahmi : Mana buku tu? Ada ke?


Sekejap.
Kadang saya macam tak percaya mudah nak memancing minat dia. Kadang saya rasa ruginya entah berapa banyak peluang yang saya terlepas semata-mata kerana sibuk dengan hal lain. Dan waktu-waktu beginilah saya rasa betapa bersyukurnya saya kerana Allah menggerakkan hati saya untuk berhenti kerja dan didik anak sendiri. Kalaulah saya masih berkerja dah tentu saya tak punya masa untuk terap ilmu pada anak, apatah lagi ke dalam diri saya sendiri.

Saya : Ada. Ada kat atas.

Fahmi : Bagi sini Abang nak baca.

Giliran saya pula terpesona dengan permintaan dia. Sungguh umpan sudah mengena!

Saya: Abang nak baca???

Fahmi angguk.

Saya : Ok kejap mama ambil. Abang bacalah, buku dia tak tebal pun. Ada gambar lagi. Mesti Abang suka. Mama harap banyak inspirasi yang Abang dapat dari buku ni.


Dan saya tak perlu tunggu lama. Sebaik buku bertukar tangan dia terus mula membaca.
Dan saya tak perlu tunggu lama untuk lihat kesan dari membaca buku itu.
Kerana selepas dia sampai ke bab 2, terus Fahmi menghampiri saya di dapur dan berkata,

"Mama, esok Abang nak puasa sunat enam lah..."


Saya rasa darah pantas menyerbu naik ke muka.
Ok. This is very unexpected.


Niat saya mahu dia meminjam sedikit inspirasi daripada kejayaan Nik Nur Madihah. Niat saya mahu dia lebih bersemangat memburu kejayaan. Kalau seorang gadis dari keluarga kurang berkemampuan boleh melakukannya, saya mahu Fahmi fikir dia punya segala kemampuan untuk meraih kejayaan yang sama.
Saya tidak menjangkakan Fahmi akan mahu berpuasa enam.
Saya hanya mampu berkata "Terima kasih ya Allah" di dalam hati.



Monday, 4 August 2014

Keindahan Syawal 1435H - Jejak Kasih


Alhamdulillah... I would say this Syawal was probably the best Syawal I had. Kenapa? Sila baca hingga hujung entry... kisahnya sengaja saya simpan hingga penamat ;-). Walaupun terasa kepenatan kerana terburu-buru mengemas rumah saat akhir sebelum kami pulang ke kampung, I was able to enjoy the raya. We dropped by at my mum's house and stayed there overnight sebelum meneruskan perjalanan ke kampung mr hubby sehari sebelum raya. Dapat jumpa dulu my sister and brothers sebelum masing-masing juga mengambil haluan pulang ke rumah mentua. My sister and youngest brother - both being government servants berkhidmat dalam bidang penguatkuasaan had to work pada 1 Syawal. Alah bisa tegal biasa.
Still, I was happy to have met them before we parted ways.


Tiba di kampung mr hubby, ia merupakan tahun kedua kami beraya tanpa mil. Memandangkan tahun ini kami menyambut Syawal di sini, maka saya terlibat sama dengan ipar duai yang lain untuk menyediakan juadah pagi raya. My sis in law awal-awal dah serah tugas buat kuah kacang. I'm flattered and flabbergasted. Saya bukan biasa pun mengemudi dapur di kampung. Setakat tolong siapkan bahan selalunya. Tambahan ada kakak-kakak ipar yang lebih senior. Ini buat saya teringat permintaan arwah mil yang juga pernah serahkan tugas buat kuah kacang kepada saya di malam raya. Nampaknya, kenangan permintaan mil itu tidak terlepas dari ingatan kakak ipar. Maka bekerjasama lah kami di dapur ( saya dan 2 orang kakak ipar berserta 2 orang biras) dengan sesekali pecah hilai tawa dan tak sunyi dari gurau senda. Kemudian, biras yang paling tua berpesan "... dulu arwah mak wasiatkan kat akak untuk masak bila mak dah takde. Ini, akak wasiatkan kat kau untuk masak bila akak dah takde...". Ehhh??? Saya tak taulah dia bergurau ke apa but we were in jovial mood walau letih and in front of the rest bercakap demikian. Saya segera sanggah. Siapa saya untuk kemudi dapur sedang yang lebih tua dan lebih mahir masih ramai. Saya pun cuma menantu saja di rumah ini.


Saya akui, bila sesekali berkumpul ramai-ramai begini kita dapat melihat perubahan usia dalam diri masing-masing. Anak-anak saudara yang dulu remaja kebanyakannya sudah berkahwin dan punya anak kecil. Menjadikan status saya naik satu takuk - nenek saudara! Aduhaiii... sudah bercucu rupanya saya. Dan anak-anak saya yang masih kanak-kanak lagi juga sudah naik taraf menjadi mak dan pak sedara!!! Iya, bila berkumpul dalam keluarga besar mr hubby ini saya mula terasa jauh berusia dari umur fizikal saya. Walhal anak-anak saudara mr hubby yang sudah berkeluarga hanya berjarak usia antara 2-3 tahun saja dengan saya! Serius saya masih canggung dipanggil makcik atau auntie. Saya canggung nak berlagak bagai orang tua. Kerana jiwa saya masih kental muda! Ahah!!! :-P
Makanya bila saya duduk berbual-bual dengan anak-anak dara kakak ipar yang masih menuntut di universiti (lingkungan usia mereka 20an), saya rasa senang sekali. 


Hinggakan Yaya datang kepada kami dan berkata, "Mama ni adik tengok macam budak remaja je borak-borak (dengan anak-anak saudara mr hubby)..." Hah kau! Bernanah telinga mr hubby kalau dengar ni kihkihkih


Kembali ke Seremban, saya sangat gembira dan bersyukur kerana misi pencarian saya membuahkan hasil. Sepanjang Ramadhan saya berdoa kepada Allah semoga saya dipertemukan dengan bekas guru kelas saya dulu, Cikgu Hamid. Kali terakhir menziarahi beliau di hari raya entah tahun bila tapi seingat saya cik Yaya masih kecil lagi. Barangkali usia setahun. Bererti sudah 7-8 tahun saya tidak mengunjungi beliau. Astagfirullahhal'azim. Macam mana saya boleh lalai dengan hambatan kerja dan dunia hingga saya lupa? Sudahlah saya tak punya no telefon beliau. Makanya tidak dapat saya menghubungi beliau terlebih dahulu.


Syukur pada Allah, misi peribadi saya ini tidak sia-sia. Allah permudahkan. Sangat mudah. Berbekalkan sedikit buah tangan, saya, suami dan anak-anak terus saja menuju ke rumah beliau. Masya Allah sungguh sudah berubah perumahan itu. Saya sudah tak kenal lagi rumah beliau. Maka mundar mandir lah kami mencari orang untuk bertanya hingga dipertemukan dengan seorang pakcik yang kebetulan mengenali cikgu saya. Iya, saya tak fikir di taman perumahan kecil dan seudah lama tegak ini tidak ada orang yang tak mengenali jirannya. Nama pun Taman Guru Melayu, semestinya bekas-bekas guru semua berkumpul di sini.


Hampir saya kecewa bila loceng yang ditekan berulang kali tidak bersahut. Kali ketiga, saya sudah hampir pasti beliau tiada di rumah. It was raya ke 4, he was probably out berjalan raya. Tapi salah satu sebab lagi yang meyakinkan saya untuk mencari beliau di raya ke 4 itu adalah kerana saya fasih sangat disiplin beliau yang tak tinggal puasa enam di awal Syawal. 


Saya sudah mula tarik tangan cik Yaya untuk pergi. Bila tiba-tiba cik Yaya menjerit, "Ada orang lah Mama... ada orang". Rasa bagai bunga ros yang menguncup kembang semula. I couldn't hide my grin! Alhamdulillah...Alhamdulillah... Subhanallah...



Bersama cikgu hamid dan isteri yang sangat mesra dan ramah melayan anak-anak saya. Saya kelihatan lebih berisi mengenakan tunic dari fabrik sbline ini... urghh


Gambar ini saya sengaja post kan di fb saya. Walhal saya jarang post gambar diri sendiri. Selalu gambar kek saja sampai anak sedara pun mengomel takde gambar saya. Sengaja saya post gambar ini supaya kawan-kawan sekelas dulu 'terbakar' dan pergi menjejaki cikgu hamid. Dari perbualan kami, ternyata sudah bertahun-tahun beliau dilupakan anak-anak didiknya. Sob... sob... sob... sungguh rasa berdosa!
Alhamdulillah... selepas saya 'bakar' kawan-kawan dengan gambar ini saya dengar berdudyun-duyun (hiperbola sungguh!) teman sekelas buat rombongan cik kiah ke rumah pak hamid (gelaran mesra kami). Alhamdulillah... misi saya membuahkan hasil.




Friday, 30 August 2013

Lemang Kukus, Rendang Ayam Berempah


Saja lepas gian teringin buat lemang sendiri. Tapi sungguh saya memang teringin benar nak bakar lemang gaya tradisional, yang dalam buluh tu. Teringin nak merasa cara-cara buat lemang sebenar. Teringin nak jaga api. Padahal bau asap orang membakar lemang sikit pun tak tahan... ha ha ha. Tapi setakat tinggal teringin jelah. Nak membakar lemang di rumah mak saya, tanah dah habis disimen letak jubin segala. Kau jangan buat pasal hitam jubin kudaputih abah tu nanti. Nak ajak membakar lemang kat rumah mentua, kau jangan nak macam-macam. Merasa sekali merendang daging 5kg pun kau trauma, tiap kali Syawal kau demam parkinson. Te he he...
Melemang lah kat rumah sendiri ye! 





Buat lemang kukus ni rumitnya kurang banyak lah dari bakar lemang sebenar. Tapi tetap banyak prosesnya. Kukus je dulu pulut macam biasa tapi biar 3/4 masak. Saya suka guna pulut susu, ia lebih berlemak dan mudah lembut. Hasilnya anda akan dapat lemang yang padat dan sedap.


Bila pulut dah 3/4 masak kita sediakan aluminium foil yang dialas dengan sehelai daun pisang muda yang sudah dilayur. Pulut yang 3/4 masak tadi saya gaulkan dengan sedikit santan yang sedia masin - ini untuk mudahkan proses memasak seterusnya, kalau tak nak letak pun takpe. Kemudian letakkan pulut di atasnya dan balut kemas-kemas membentuk seperti roll. Saya selalunya lipat satu hujung foil, kemudian tegakkan lemang dan hentak-hentak sedikit bagi lemang padat kemudian baru lipat hujung foil satu lagi. Bila dah siap membungkus, panaskan air dalam periuk kukus dan bolehlah kukus semula sehingga betul-betul masak.


Sementara lemang siap dikukus, panaskan oven ke 180 darjah. Setelah keluarkan lemang dari periuk kukus terus pindahkan ke dalam oven selama 20-30minit. tujuannya untuk keringkan lemang dan beri effect sedikit garing di tepi-tepi lemang. Biar sejuk dulu baru potong. Kalau potong tengah panas alamat lemang penyek dowh... baik buat pulut impit je terus!




Makan lemang mesti ada rendang kan? Saya lepaskan hajat cik Yaya yang teringin nak makan rendang ayam. Saya buat 1/2 ekor ayam saja. Cukuplah bukannya ramai pun orang dalam rumah ni. Rendang saya guna resipi campak-campak. Tapi mesti letak ketumbar dan jintan manis serta jintan halus yang disangai dan kisar halus. Itu rempah penyedap yang wajib saya guna bila buat rendang. Sebab buat rendang main campak-campak jadi bila nak tulis resipi terasa payah. Sebenarnya pada saya buat rendang ni takde lah rigid sangat undang-undang dia. Wahhh siap pakai undang-undang you! Bahan asas seperti bawang, serai, cili dan santan. Lain-lain seperti halia, lengkuas, kunyit, kerisik dan lain-lain rempah tu boleh tambah tolak darab bahagi ikut suka. Sebab kalau tengok resipi yang bertebaran di majalah atau internet ada pelbagai versi rendang. Ada orang letak lengkuas, ada yang tidak. Tapi bawang, serai, cili dan santan wajib ada. Lain-lain tu ikut kaedah masing-masing.


Rendang Ayam Berempah kaedah saya:

1/2 ekor ayam
7 biji bawang merah - kisar
3 biji bawang putih - kisar
5 batang serai dihiris putihnya saja - kisar
10 tangkai cili kering - rebus/rendam air panas - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci lengkuas - kisar
1 inci kunyit - kisar
2 keping asam gelugor
kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
1 sudu besar ketumbar - sangai dan kisar halus
1 sudu besar jintan manis - sangai dan kisar halus
1 sudu kecil jintan halus - sangai dan kisar halus
2 cawan santan/ 2x200ml santan kotak
1 helai daun kunyit - hiris halus
3 helai daun limau purut - koyak2 je
3 sudu besar gula melaka diracik
garam


Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan bahan-bahan kisar kecuali rempah kering. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan rempah kering dan gaul rata. Masukkan ayam yang dah dibersihkan berserta santan, sedikit garam dan asam gelugor. Biarkan merenih hingga ayam empuk dan kuahnya separuh kering. Tambahkan garam jika perlu dan gula melaka. Masukkan juga daun kunyit serta daun limau purut. Bila kuah rendang 3/4 kering dan cantik pecah minyak bolehlah padamkan api. Kalau mau kering lagi boleh teruskan hingga tercapai hajat di hati... (*_^). Saya suka rendang ayam yang agak basah. Kalau suka boleh tambah kerisik masa letak gula melaka tadi. Saya kalau ada kerisik saya guna, kalau takde tak jadi hal.


Seperkara lagi, bila buat rendang ayam saya gemar goreng dulu ayam tu separuh masak. Tujuannya supaya isi ayam tak mudah hancur kalau terlama sangat masak. Pada saya dapat juga elakkan rendang ayam saya daripada cepat basi. Tapi kalau ayam dah digoreng separuh masak, kita renihkan santan bersama bahan tumisan hingga separuh pekat baru masukkan ayam ye. Kalau masukkan ayam dari awal alamat lunyai ayam tu. 


Ada macam-macam kaedah masak rendang ni. Ada kaedah yang tak perlu tumis dan tak pakai minyak pun. Cuma dump everything sekaligus dalam kuali dan biarkan sampai masak. Dah tak payah pening-pening nak fikir eh lepas ni letak apa? 
Entah ikutlah selera dan kaedah masing-masing. Janji rasa rendang. 
Kalau masak rendang terasa mee bandung tu memang benda ajaib. Meh sini ahkak pun nak gak try resipi tu... ;-)








Monday, 26 August 2013

Anekdot Syawal Lagi : Raya Pun Ada Mainan?!


Sebelum habis musim raya ni eloklah saya post anekdot ini. Kalau tak kena tunggu raya tahun depan pulak baru boleh post he he he.


A couple of days before raya saya hantar maid saya bercuti di rumah mak cik dia, tak jauh dari ofis lama saya di Saujana Resort dulu. Jangan salah baca. Ofis lama saya di saujana resort. Bukan rumah mak cik dia di saujana resort. Dalam perjalanan ditemani anak-anak saya, dalam tekak yang perit dan suara yang serak dengan memakai face mask saya layan Fahmi berborak.


Fahmi : Mama, kenapa mama tak belikan kitaorang hadiah raya? Bagilah kitaorang hadiah...

Erkk!!! Raya pun ada hadiah? Sudahhh... ni fahaman apa ni?

Eh... kejap. Perhatikan di situ, dia guna ganti diri plural - 'kitaorang', bukan singular ye puan-puan. Padahal adik dia langsung tak ambil port pun hal hadiah-hadiah ni. Itu bermakna dia tau soalan dia tu agak kurang masuk akal tapi tetap nak cuba try test Mama dia jugak. Jadi kalau backlash nanti bukan dia sorang kena tempias. Atau kemungkinan dia cuba memancing adiknya untuk turut sama mendesak saya belikan hadiah. Malangnya adik dia buat tak heran!


Mama : Abang, kita ni bukannya raya krismas nak bagi-bagi hadiah. Kita nak sambut Aidilfitri, hari kemenangan umat Islam menahan hawa nafsu. 

Fahmi : Yelah, belikanlah mainan raya kat Abang, sebab Abang puasa penuh kan...

Mama : Mainan? Mama bagi duit raya jelah , macam biasa... tak yah mainan-mainan lah Abang bukannya budak kecik

Fahmi : Alahhh... tak bestlah macam ni...

Mama : Err? Tak nak? Tak nak lagi bagus

Fahmi : Alahhh belikanlah mainan...

Hmmm... he sounds so persistent ni mesti ada lah apa-apa mainan yang dia idamkan sangat ni. Bukan boleh dilayan sangat. Nak kena tackle betul-betul kalau tak alamatnya selagi tak dapat selagi itu dia mengharuk. Kang tak dapat dengan saya dia haruk kat Daddy dia pulak.

Mama : Mainan ye? 

Muka dia dah bercahaya.

Mama : Ok. Bunga api dan mercun.

Fahmi : Alahhhh... itu bukan mainan. Abang nak mainan...

Mama : Yelah, mainan lah tu. Tau sebab apa Mama kata bunga api tu mainan? Sebab bunga api kita main kan? Bukan makan atau pakai kan? Jadilah ia mainan.  

Tengok Fahmi dah layu semula. Ini lah masa nak nail it habis-habis supaya dia tak bersuara lagi.

Mama : Lagi satu, tau sebab apa bunga api dan mercun tu jadi Mainan Raya? Sebab orang tak main bunga api musim lain. Orang main bunga api time raya or dekat nak raya je. Lagipun daripada dulu Abang dok minta nak sangat main bunga api dengan mercun tapi Daddy tak bagi. Sampaikan awak nak main mercun pop-pop tu pun Mama tak berani beli. Tengok tahun ni, jangankan Mama, awak berdua pun langsung tak berani buka mulut nak mercun pop-pop. Tiba-tiba Daddy bawa balik bunga api dan mercun bagi awak main. Tak sempat awak minta. Hah! akhirnya dah dapat kan? Hadiah Mainan Raya!!!


Maid saya kat belakang dah mengekek ketawa. Cik Yaya selamba je baca komik dia macam tak terkesan langsung dengan perbualan kami. Fahmi? Monyok!

Fahmi : ... ok. Kalau macam tu bagilah mainan puasa pulak.


Ehhhh pulak... tak habis lagi? Panjang akal.
Ni betul nak kena ni.


Mama : Mainan Puasa? Mainan puasa pun Mama dah bagi dah...

Fahmi : Mana ada?.

Mama : Ada. Cuba Abang ingat balik. Yang tiap-tiap malam waktu Mama dengar tazkirah (ramadhan) lepas solat Isyak kat surau tu, yang Abang duk bantai main kat luar dengan kawan-kawan sementara tunggu terawih, sampai lencun basah satu badan tu... Ingat tak?

Fahmi angguk-angguk kepala.

Mama : ... itulah M.A.I.N.A.N puasa Abang!

Monyok. Terkena kau Jang!

Mama : Tau kenapa itu mainan puasa?

Fahmi tak bereaksi. Lantak, Mama nak bagi tazkirah cukup-cukup.

Mama : Sebab, benda tu (bermain) Abang tak dapat waktu lain. Abang cuma dapat tiap kali bulan puasa je. Tiap-tiap malam bulan puasa Abang dapat main dengan kawan-kawan sampai puas. Mainan Puasa lah namanya tu!!!!!


Ngeh...ngehh...ngehhh. 
Sambil buat gaya sapu kedua-dua belah tangan, bayangkan dalam minda je sebab in reality tangan tengah pegang stereng kereta. Dah, selesai!!!
Takde hutang. Kihkihkihkih...




Wednesday, 21 August 2013

Dilema (...bukan Delima) Raya


Balik dari Raya break saya terus pergi market - stock up fresh and dry food. Memandangkan saya berpuasa qada' dan sunat bermula Raya ke 2 jadi saya masih belum berkesempatan indulge juadah-juadah raya seperti rendang, lontong, ketupat, sambal goreng jawa, kuah kacang, nasi minyak, ayam masak merah, kari ayam etc. Masa beraya di rumah pakcik raya pertama tu pun saya tak melantak sangat. Makan ala-ala je. Hatta nasi minyak dan ayam merah air tangan my mum pun saya tak sempat jamah. Sebulan awak berpuasa tiba-tiba raya terus nak bulldoze semua adalah satu tindakan yang kurang bijak. Mau terkejut tali perut yang kuncup tu nanti. Jadi bila stock up fresh food tempohari saya pun belilah mince meat - cadangnya nak masak beef kofta curry makan dengan nasi minyak untuk berbuka, ayam, chicken carcass (rangka ayam) - cadang nak buat soto, saya juga beli kacang tanah - nak buat kuah kacang sebab yang saya masak kat rumah my mum tu pun saya tak merasa!


Tapi... tapi kan... beli punya beli ... sampai lah ke hari ini sudah masuk 18 hari raya, satu hapa pun yang saya sebut kat atas tu saya tak masak pun lagi!!! Ada satu hari tu mr hubby terrrajin buka peti sejuk bahagian freezer tu, dia punya terkejut badak tengok ada mince meat, chicken carcass 2 ekor termasuk lain-lain bahan mentah i.e ikan etc. "Banyak nya daginggggg!!!" kata dia. Dia pelik macam itu punya banyak bahan mentah tapi hari-hari saya masak biasa-biasa je. He he he... macam mana lah saya tak masak biasa-biasa je kalau dah hampir setiap hari lepas raya dia pergi kursus dijamu hidangan enak-enak yang tahap boost cholestrol punya. Lepas tu hujung minggu je tak putus jemputan open house raya. Memang confirm tak henti-henti hidangan daging, rendang, santan etc tu kan? Jadi saya tidak mahu jadi penyumbang kepada kenaikan tahap kolestrol isi rumah ini when you can get them in abundance out there. Saya dok masak ikan dengan sayur saja. Buat sementara waktu ini, biarlah saya peram dulu bahan-bahan tu dalam freezer. Dan biarlah saya pendam dulu hajat nak masak hidangan-hidangan yang saya sebutkan kat atas. 
Kurangkan daging merah dan lemak dalam makanan. At least sehingga musim raya ni habis.


Pilihlah makanan anda dengan betul. Jangan ikut sangat nafsu. Maaf, saya bukan anti-sosial tapi agak kurang mood nak hadiri open house. Sebab takut tak terkawal nafsu. Dah sebulan kita berjaya kawal nafsu kan? Sayang kalau masuk Syawal je terbang semua self-control tu. 

Dan dah jadi kebiasaan segelintir orang kita, kalau tak buat open house time raya ni depa tak mau mai beraya. Kalau buat open house baru datang. Pada saya kalau nak mai berziarah time raya ni tak perlu tunggu open house. Mai sajalah bila-bila masa. Inshaa Allah tak lapar perut balik dari rumah saya. Malah saya lebih suka entertain tetamu dalam kumpulan kecil. Datang berdua pun tak apa. Lagi seronok, saya beri kebebasan pilih hidangan apa yang nak sangat saya masakkan, saya sudi! Nak 3 course, 5 course pun boleh. Sambil makan kita sembang. Lepas tu pekena kopi vietnam kaw kaw punya. Lebih intim begitu kan? 


Tuesday, 20 August 2013

Kahwin Raya


Kahwin Raya = Kahwin musim raya.
Sebut pasal kahwin raya ni teringat my ex-bos dulu, pernah terima kad jemputan kahwin musim raya dia mengomel. Bukan tak suka orang mendirikan masjid, itu kan sunnah. Tapi kurang berkenan kan pilihan tarikh. Musim raya kan orang sibuk berjalan raya. Well, everyone is entitled to have their personal opinion kan.


Dulu-dulu kalau nak buat kenduri kahwin, orang selalu pilih musim cuti sekolah kan? Sebab nak mudahkan berkumpul saudara-mara, senang berjalan time cuti sekolah sebagai menghormati mereka yang ada anak-anak bersekolah. Tapi laa ni orang nak kahwin dah tak kira cuti sekolah ke, sabtu pertama keempat ke hapa, hujung minggu ke... hari Isnin pun orang belasah buat kenduri kahwin. Mana nak dapat buat time cuti sekolah dah, berebut-rebut orang pilih tarikh sama. Kalau tarikh cuti sekolah dewan semua dah fully booked. Hujung minggu pun khemah sold out. Tok kadi pun tak menang tangan nak henjut tangan pengantin lelaki dik non! 


Saya berpendapat kenduri kahwin musim raya ni ada down side nya. Kalau dah nak buat kenduri time raya tu memang automatik lah mood raya semua terbang kan? You tend to look forward to the wedding itself daripada menghayati kehadiran Syawal. 


On-site assembling the 2 tier wedding cake for hubby's nephew last Sunday. Buat kek is not always a piece-of-cake kind of thing. Ada masanya stress juga, lenguh tangan. Tapi saya rasa saya tak boleh tidak buat kek. Menggigil badan. It's my passion. My flame. I found happiness in baking and decorating. And the fact that my cakes brought smile and happiness to others, the feeling is indescribable!


It was very hectic, we just got back from celebrating our Raya with hubby's dad in Segamat the week before and had to come back again for this wedding. But since I've made a promise to the groom's mother to make a wedding cake, tak boleh miss lah kena balik juga. She squeaked with happiness upon looking at my cakes.  So pleased with how the cakes look like. I did to. So the tiring journey paid off.




This girl, she just love weddings! Bukan setakat gazing at the bride and groom je. Dia akan jalan sana sini observe the whole majlis. Macam mandur. Bukan reti penat. 


Saya dulu kahwin sebulan sebelum puasa. Jadi kain hantaran raya sempat dibuat baju raya. Itu untungnya kahwin sebelum musim raya atau dekat-dekat musim raya. Baju nikah pun boleh buat melaram raya. Jimat belanja he he. Maklum poket pun dah kering. Tapi kalau kahwin lepas raya alamat 5 tahun lagi pun belum tentu dapat sarung balik baju tu kot. Tambahan kalau kilang produce setahun satu! Te he he... 
Ikutlah masing-masing. Tiada halangan. ;-)


Thursday, 15 August 2013

Jalan Raya... Bukan Jalanraya


I've never had so much fun celebrating Syawal like the one we had this year around. Sungguhpun saya demam selsema. Sungguhpun Mr Hubby were missing during the hype of Syawal eve. Sungguhpun dia cuma join kami semula pagi nak bersolat sunat hari raya bersama due to his work commitment. Sugguhpun tayar kereta saya pancit dalam kekalutan hari akhir Ramadhan. But all in all I had a blast hari raya.


Raya has always been a quiet celebration for me and family. Sejak kecil lagi our Raya celebration was a low key one. Saya tak pernah merasa balik kampung for Raya. Tak pernah merasa berkumpul beramai-ramai kerana my family tinggal jauh dari keluarga besar my mum di Terengganu. Nak balik beraya di kampung makan belanja besar, nak berebut book tiket bas lagi. Diluar kemampuan kami. Bila dah dewasa dan berkerja sendiri barulah merasa bawa my parents balik beraya kat sana sekali dua. Tapi sejak Mok dan Bak (grandpa and grandpa) meninggal, takde lagi dah berkumpul ramai-ramai raya di sana.


But this year thanks to my uncle dari Kelantan yang decided to celebrate Syawal with us in Seremban and another uncle yang dah balik dari Shanghai dan menetap di Seremban 2 tak jauh dari rumah my parents, merasa juga menyambut Syawal dengan lebih meriah. Saya tak jangka pun sebenarnya. Bila balik je rumah my mum tengok dah ada my uncle with his family. Ok, my mum nak buat surprise lah tu. Lebih meriah lagi kali ini my sister and dua adik lelaki saya dapat beraya bersama. Bukan senang nak dapat berkumpul adik beradik begini. Padahal kami bukan ramai pun, cuma 4 beradik je. Tapi komitmen kerja my sister dan my youngest brother yang kerja ikut shift buat kami sukar nak berkumpul serentak waktu raya. Memang Allah nak bagi berkumpul, both of them dapat cuti raya. Bukan cuti sekejap, lama pulak tu. Sesuatu yang jarang berlaku.




Berjalan Raya @ Beraya adalah satu tradisi yang masih diamalkan sehingga kini. For me, beraya bersama kaum kerabat sebelah my mum tidak pernah membosankan. Ada saja gelagat mereka hingga tak kering gusi dibuatnya. Dulu masa baru kahwin, Mr Hubby berasa canggung dan kadang tercengang juga dengan gelagat 'gila-gila' my paks and maks sedara. Sekarang, dia pun sama!





Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri sudah menjadi satu kemestian. Apalah ertinya raya tanpa solat sunat, kan? Syawal tidak lengkap tanpa nya.



 Alhamdulillah syukur. Saya rasa senang sekali lihat wajah my mum berseri sikit. Penat memasak untuk jumlah yang bertambah bagai tak terasa. Tambah seronok bila anak-anak dan menantu berebut ambil giliran memasak juadah Raya.  My mum wajib masak her rendang daging, kari ayam, ayam merah dan nasi minyak. Bukanlah masak seorang, dengan bantuan saya dan isteri pak cik of course. Wife adik-adik saya memasak di rumah masing-masing. Alah diaorang pun duduk dekat-dekat dengan my mum, kang kejap-kejap mari menjenguk. Tak cukup bahan saling pinjam meminjam. Isteri adik yang tengah dah chop masak her signature rendang hijau. Isteri adik yang bongsu masak kuah lodeh dan rebus ketupat segera. Memang sesuai benarlah dengan dia sebab kuah lodeh memang hidangan wajib orang Johor. Saya sendiri tak mau ketinggalan. My mum minta masakkan nasi minyak guna beras basmathi - tiba-tiba my abah berhajat nak makan beras basmathi pulak kali ini. Saya juga berjaya potong jalan adik ipar - masak kuah kacang singature saya. Mula-mula dia yang nak buat, tapi sebab saya balik berbekalkan kacang tanah siap bergoreng dan semua bahan i.e serai, udang kering etc jadi dia pun surrender lah. Ha ha ha... masak pun berebut!
Mana tak seronok?


And my sister? Dia memang kurang pegang sudip. Bukan tak pandai or malas masak tapi selalunya dia berada di rumah dalam keadaan penat baru habis shift malam tak sempat berehat, tidur apatah lagi. Dia ambil bahagian kupas mengupas saja dan dia juga dipertanggungjawabkan untuk pergi ke kedai top up bahan basah dan kering yang kehabisan. Adil bukan? Yang lelaki? Sila mind your children ye (*_^).


Usai menunaikan solat sunat Aidilfitri di surau berdekatan, kami pulang ke rumah untuk sesi bermaaf-maafan pula. Gamat sungguh kali ini dengan gelagat cucu-cucu yang ramai. Maklumlah kali pertama benar-benar dapat berkumpul kesemuanya. Bila dah selesai sesi bermaafan barulah mula merencanakan aktiviti Jalan Raya. Rumah yang wajib diserang semestinya rumah my pak sedara sebelah Abah.





Hidangan wajib untuk tetamu ini adalah hasil air tangan my pak sedara sebelah Abah saya anak beranak. Memang superb! Dia sekeluarga memang suka menjamu tetamu dengan hidangan yang enak-enak belaka sampaikan tak sempat berjalan raya. Dan memang menjadi kemestian untuk kami berkunjung ke rumah mereka pada hari raya pertama.





Peminat sate No.1!




Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut sukahati!
Panjang umur jumpa lagi...



Wednesday, 14 August 2013

Anekdot Syawal : Borak


Anak buah Mr Hubby memang ramai. Him being the 3rd last in the family means dia ada ramai older abangs and kakaks with grown up children with a few of them married and have young children of their own. Oh wow! Now only I realised saya bukan setakat mak sedara lagi dah, tapi dah tahap nenek sedara!!! Uarghhh... oh takpe, nenek sedara yang vogue gitu :-P. Ada anak sedara yang hampir sebaya saya itu bukanlah sesuatu yang pelik dalam keluarga sebesar ini. Malah kalau hampir tidak mengenali mereka juga bukanlah sesuatu yang pelik. Dan tidak pelik juga kalau saya lebih tahu siapa abang dan siapa adik di kalangan mereka, siapa bersekolah di mana berbanding Mr Hubby sendiri kerana Mr Hubby pun confused dengan keluarga besar dia. Ngeh ngehh ngehhhh... Mereka sendiri sebenarnya tidaklah begitu rapat dengan anak-anak sedara, nak tengok mereka berborak dengan anak-anak sedara pun susah apatah lagi bergurau senda. Memang lain sikit cara pergaulan antara mak dan pak sedara dengan anak-anak sedara dalam family Mr Hubby ni. Ada protokol yang tidak disedari, mewujudkan satu gap. Lega hal ini tidak wujud sama sekali dalam keluarga sebelah saya!


Dalam ramai-ramai anak sedara Mr Hubby, ada 3 beradik lelaki ini yang bukan hanya fizikal mereka sangat berlainan dengan yang lain kerana mak mereka berketurunan Pakistan Kelantan (while Pak mereka (abang Mr Hubby) tak perlu dicanang lagi memang confim JaWorld). Unlike Mr Hubby's other nieces and nephews, these 3 mewarisi their mother's features with dark skinned and very long and sharp nose. Nama pun pakistan kan. Mereka juga sangat jarang saya jumpa 10 tahun yang lalu kerana mereka tinggal jauh - mengikut Pak mereka yang kerja dalam bidang perladangan menyebabkan mereka sering berpindah randah dan sering tercampak ke kawasan pedalaman. Saya tidak ingat ever seeing them as a kid. Kalaupun jumpa hanya mak pak mereka saja sebab balik kampung tak bawa anak. Except for the eldest saja yang saya jumpa itupun bila dah habis sekolah. The youngest lagilah saya tak pernah tahu macam mana rupa dia, hanya raya baru ini saja dapat bersua muka. Jangan cakap pasal rupalah... nama betul pun tak tahu, tahu Along Angah dan Adik saja.


And these 3 are very quite. Kalau nak kata segan dengan kami sebab jarang berjumpa dan berborak tu understandble lah. Tapi mereka juga very quite among themselves!!! Susah nak tengok mereka bertiga bercakap sesama sendiri. They are close with each other, I assume lah coz the 3 of them can share the same tilam. Bukan senang nak jumpa lelaki yang mau tidur bertepek 3 beradik bila dah besar panjang dan tahap boleh menikah dah! They are very well behaved, they make no fuss about everything - be it sleeping arrangement, food, mak pak ajak ke kiri depa ke kiri, no fuss. Senyap je. Sampai saya pulak naik hairan.


So, one day while we were in the car heading towards my distant uncle's house selepas ketiga-tiga anak sedara hubby dan mak paknya berangkat balik, saya voiced out perkara ini kepada Mr Hubby. Of course, while we were having this conversation, cik Yaya dan Fahmi ada di belakang.


Me : Pelik betul dengan anak-anak Abang El. Saya tak pernah tengok diaorang berborak. Berborak bertiga pun tidak. Diam je.

Mr Hubby : Tulah... Abang pun pelik.

We didn't realised our subject of conversation caught Yaya's attention. I know she has a soft spot for the eldest one sebab adalah sekali Along mengusik dia. So she can't resist to interrupt.

Yaya : Ada lah... Baru je tadi adik dengar diaorang berborak.


Me : Ye ke? Cakap apa?


Myself thinking "Wahhh... menarik ni." Tapi rasa macam tak percaya pun ada. Maklumlah 2 hari duduk kat kampung tak pernah dengar pun!
Cuping telinga dah kembang macam piring astro ni.


Tau apa jawapan Yaya? Apa yang mereka bertiga borak kan?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Yaya : "Angkat beg"



Owh.
Masa nak balik tadi lah tu.
So much for a conversation ye?




Saya pandang Mr Hubby. Mr Hubby pandang saya. Tak tau nak gelak ke nak menangis. Kami pandang cik Yaya kat belakang.
Raya pun sempat awak pekena mak pak awak. 



Kuncup semula cuping telinga mak.


Tuesday, 13 August 2013

Memburu Hujan Meteor


We stayed up until late last night. Hoping to catch the glimpse of the Meteor Shower di ruang angkasa Malaysia. I was on fb when I stumble upon the news that we will be able to glimpse the meteor shower starting from 11pm last night until the early hours of  this morning. So I told Mr Hubby and the kids and they were very excited about it. It was almost 11pm when I break the news and none of them were sleepy after having a blast bermain bunga api dan mercun depan rumah. Jadi kami pun terus bersiap dan keluar rumah. 


Kalau nak tengok hujan meteor Perseid itu, kita dinasihatkan pergi jauh dari perbandaran, find a dark place, dengan langit yang cerah dan pandanglah ke arah timur laut, one would be able to catch a glimpse of debu-debu komet Swift-Tuttle yang memasuki atmosfera bumi menghasilkan pancuran cahaya.


Heading to somewhere dark, jauh dari perumahan. Tapi tak tau nak ke mana. Fahmi tak berhenti-henti bertanya macam mana rupa hujan meteor itu. He wanted to be sure of what he was going to see, manalah tau kalau-kalau dia ternampak. Kenalah tahu bezakan antara lampu kapal terbang yang berkelip-kelip tu kan ha ha ha.We went as far as Puncak Alam only. It was neither a dark nor a quite place. Mr Hubby was reluctant to drove farther. We shifted from one place to another. The last one we ended up dekat kawasan lapang berhampiran masjid Kg. Budiman. The clock ticked 1am. Katanya itulah peak time untuk melihat pancuran hujan meteor. Tapi sayang we didn't see any. Rasanya, we were at the wrong place last night. The kids were tired of waiting. They had fallen asleep. Yaya woke up for sahur (dia nak join kami puasa 6) bertanyakan kalau kami ada ternampak hujan meteor masa dia tertidur. Poor them. Mereka nak sangat lihat hujan meteor.


Should I show them this photos taken by Mr Hubby? Untuk mengubat kekecewaan mereka tak dapat melihat meteor shower secara live?



They look convincing enough to pass as meteor shower te he he...



But they are not. Ini bukan percikan debu-debu komet Swift-Tuttle. Tetapi snapshots of percikan mercun yang diambil oleh Mr Hubby. Kalau dah tak dapat tengok rupa hujan meteor sebenar, bayangkan sajalah rupanya seakan-akan ini. Kuang3x...


Monday, 12 August 2013

5 Syawal 1434H - Feel Good


Saya nak jerit 2 perkara.


Pertama

Phewww!!! It feels so good coming back home again.

Walau ke mana pun saya pergi, hatta bercuti ke tempat yang menarik sekalipun sampai rasa tak nak balik,  nothings beats rasa lega dapat balik ke sarang sendiri. Home sweet home. I didn't realised how much I miss my home until I came back petang tadi. Terus rasa nak depangkan tangan dan peluk rumah ketat-ketat. Boleh? Hihihi


Kedua

Yeayyy!!! Malam ini alam budiman kami yang punya!

Perumahan ini masih sunyi. Rupa-rupanya kami antara orang yang awal balik semula ke rumah lepas cuti raya. Jiran belah kiri dan belakang rumah masih bergelap rumah mereka. Harapkan rumah Wong, Daniel dan Diana ajalah terang benderang. Jadi kami cuba gamatkan suasana dengan bermain bunga api dan mercun. Sunyi... sebab takde orang nak ajak berlawan bunga api. Huhu... still, I am so relieved to be coming home.


Okay got to go now. Nak pi tengok Hujan Meteor. Yeayyy!







Wednesday, 5 September 2012

Viennese Fingers

Dah raya baru sibuk nak buat biskut raya. Haru sungguh lah cik kak sorang ni
Nak buat lagu mana, memang dah pesen tak berapa gemar buat cookies
Time bulan puasa orang berlumba-lumba buat kuih raya, kita buat selamba je
Tiba hari raya, mai lah anak-anak jiran dan kawan-kawan anak saya beraya
Tengok atas meja lapang terang benderang tak dak apa nak jamu
melainkan kek-kek lapis dan kek kukus berbagai
Barulah mai rasa maluuuuu... hihihi


Choc chip cookies pun dah habis
Maka saya pun buatlah cookies ni
Senang je pun nak buat, kalau hak susah jangan haraplah
cheq memang tak gemar menggentel kuih kenit-kenit ni
kalau bagi kek sebiji tu biar berjam-jam pun cheq lalu lagi nak kerjakan


Viennese fingers atau saya suka bagi nama manja dia butter cookies je
pasal bahan utama dia mestilah butter
nak buat dia mau ada 3 bahan utama
whoaaaa sikitnya bahan
pukul mentega dengan gula aising lepas tu gaulkan tepung
masuk acuan picitkan... bakar...
dan taraaaaaaaaaaaaa




Rasa dia... very de buttery gitu
memang sedap lemak berkrim manis sikit saja
nak bagi lawa sikit bagi pakai baju lah - salut coklat cair dan tabur manik warna warni... dah siap




Mau resipi ka? Jenguk sini ye
Saya suka sebab author dia banyak bagi tips
Earlier saya cuba resipi dalam majalah tapi tak menjadi pun
sukatan macam tak betul gitu, method pun tak jelas
macam tak ikhlas je... ahaks
Pasal tu lebih suka resipi-resipi posted by international blogger
mereka lebih ikhlas berkongsi ;-)










Thursday, 30 August 2012

Raya @ School

Zaman saya bersekolah dulu kalau buat sambutan Raya di sekolah biasa-biasa saja.
Pakaian pun masih seragam sekolah.
Tapi meriahnya sambutan Raya di sekolah anak-anak.
Mereka dibenarkan berbaju raya dan dapat balik awal.


Ambil gambar pagi-pagi buta, masih gelap. Skema warna baru pun gelap, the fact that tuan punya badan juga tak berapa nak cerah buat saya terpaksa edit gambar bagi terang sikit barulah nampak muka ;-)



Kat rumah memang takde raya cookies sangat sebab saya tak gemar nak buat.
Saya penuhkan bekas dengan kek-kek raya - kek lapis cadbury, kek lapis masam manis, kek kukus prune dan kek buah. Yang dalam plastik tu jelah raya cookies - choc chip cookies.
Kek-kek lapis tu baru je buat 2 hari lepas. Hajat nak bagi kat kawan tapi jadi rezeki anak-anak dan kawan-kawan kat sekolah. Takpelah nanti rajin buat lagi.



Berwana-warni sekolah hari ini. Macam-macam fesyen ada.



Saya rasa cikgu disiplin pun confuse. Sebab ada anak-anak yang saiz badan sama besar dengan cikgu, berbaju biasa agak susah nak cam.

Seronoknya!!!

Hari ini I won't be cooking for lunch or iftar. Makan lauk recycle jelah. Stuffed burger pun tunggu dibakar je untuk iftar petang nanti. I will be on a super busy mode nak siapkan kek birthday 2 tingkat tempahan jiran.
Kalau ada kesempatan mau juga penuhi hajat seorang kawan yang buat kenduri doa selamat anak gadisnya nak terbang ke India buat degree in dentistry. InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan saya hari ni.

Jemputan open house raya pun dah berbaris menunggu weekend ini. Mana yang sempat insyaAllah cuba penuhi.

Tuesday, 28 August 2012

11 Hari Menghilang

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Chewahhh dah 5 tahun berblogging jarang bertanya khabar tiba-meniba lah pulak hikhik
Bukan apa terlalu lama sangat tak berblogging rasanya kali ini. Rindu.
Hope you had a blast Raya like mine! ;-)

Sesungguhnya memang kali ini saya beraya sakan. Cuti Raya pun lama sangat.
Bila dikira-kira balik dengan jari tak cukup jari tangan pakai jari kaki – cheh over!
It has been 11 days since my last and final entry in Ramadhan.
Whoaaa!!! It has been the longest ever and record breaking Raya holiday I’ve ever taken – except that this year saya tak perlu apply cuti hehe.
But I heard the office (ehemm ex-office) pun was closed for the whole week last week. Hebat.

After my last entry 29 Ramadhan 1433H memang tak berkesempatan nak blogging
Bukanlah sibuk sangat pun, sibuk tu ada hari-hari tertentu like Raya eve I was busy helping my mom di dapur memandangkan hanya saya saja yang ada kat rumah full time
My sis in law yang duduk selang sebuah rumah dengan my mom last minute decided balik beraya di segamat juga bawa anak kecil dia tumpang kereta adik dia sebab adik lelaki saya bertugas tak dapat cuti raya
My own sis pun kena bertugas – macam tu lah kalau ada 2 orang dalam keluarga yang kerja dengan gomen and ikut shift
Sis in law seorang lagi masih dalam pantang so dia berehat lah kat rumah dia yang cuma 1 minutes drive dari rumah my mom.


Adegan waktu sahur terakhir tempohari. Alahaiiii mesra sungguh sepupu sepapat ni dalam tidur pun berpelukan!
Bila dah berkumpul ramai-ramai yang budak-budak suka tidur berjemaah di ruang tamu.
Pagi-pagi Sabtu pergi ziarah pusara arwah papa Farah (arwah abang ipar saya). Itu jelah pusara yang paling dekat dengan kami sebab sedara-mara lain jauh nun di Terengganu.
Balik dari ziarah pusara mula rewang untuk juadah pagi raya.
Letih juga rewang berdua dengan my mom, mujur ada chef-chef cilik yang rajin menolong.



Ini bukan kerahan tenaga, tapi sukarela ye puan-puan. Depa dah bosan main masak-masak olok-olok depa pi kacau my mom yang tengah potong daging.
My mom hambat depa suruh “Pergi tolong mummy kupas bawang tu”
Sudaahhh, saya pulak kena bagi kerja kat mereka. Tak mau bagi depa main pisau saya suruh mereka kupas kulit bawang putih guna jari – tak pasal-pasal dapat skil baru
Jamie Oliver pun malas kupas kulit bawang putih tau.
Sebakul bawang putih berjaya dikupas – untung nenek 3 hari tak payah kupas bawang hikhikhik.

There’s something about pagi raya yang selalu menyentuh hati saya. Antara kesedihan ditinggalkan Ramadhan dan kegembiraan menyambut Syawal dengan semua ahli keluarga.
Suasana pagi raya pun lain. Dengan bunyi takbir dari surau yang dekat sangat dengan rumah. Kejutkan anak-anak bersiap untuk solat raya. Jalan ramai-ramai ke surau, jumpa balik makcik-makcik yang pernah lihat saya membesar depan mata diorang.


Atuk dan nenek lah paling seronok sebab 9 daripada 10orang cucu ada bersama.


Muka orang melecur jari sebab sengaja pegang seterika di hari raya. Sengaja you! Nak rasa panas ke tidak... ambik ko melalak tak henti-henti. Terpaksa saya pujuk mekapkan muka dia sambil baring. Tujuan nak divert daripada dia duk fikir rasa sakit tu. Last-last mata start kuyu mengantuk. Siap mekap terus tidur. Berjaya mak psiko dia! Ngeh3x

Dekat rumah my mom broadband coverage asyik drop every minute, so tak dapat nak online. Bila balik kampong hubby lagilah teruk.
So, itu juga salah satu sebab kenapa takde entry langsung sepanjang last week.
Cuti Raya = Cuti Blogging.

Tapi saya paling seronok raya kali ini. Sebab paling banyak dan paling jauh berjalan after many many years. Kalau dulu balik raya Terengganu paling banyak berjalan rumah sedara.

Kali ini raya saya agak berlainan. Silaturrahim yang terputus disambung semula, silaturrahim sedia ada dieratkan dan silaturrahim baru terjalin dengan kunjung- mengunjung.

1. Raya kedua saya dikunjungi sahabat-sahabat lama di tingkatan 6 yang dah 15 tahun tak berjumpa! Happening sangat, sempat saya ikut mereka beraya di rumah seorang lagi kawan kami. Memang tuah saya kali ini dapat lepas rindu. InsyaAllah a reunion will follow suit.

2. Akhirnya dapat juga saya langsaikan niat nak jenguk semula berek polis tempat saya tinggal dulu. Bawa anak-anak dan anak sedara sekali. Let them see for themselves the place where their Mama and Abah grew up. Tempat kami main pondok-pondok etc. Nanti-nantilah buat entry pasal ni.

3. Rombongan Raya dengan adik beradik hubby ke rumah abang dia di Bahau. Kali pertama dan terakhir saya ke sana was 10 years ago – tahun pertama kami kawin dan beraya bersama. Itupun setakat berkumpul di restoran dia, kali ni dapat masuk rumah. Dari Bahau kami jelajah rumah pak sedara hubby di Felda Lui Muda, Serting pulak. Phewwww, fenattt! Saya beraya sambil puasa 6. Orang lain makan malam, saya berbuka. Alhamdulillah.

Camwhoring sementara tunggu masuk waktu berbuka hehe

4. Raya ke-5 we left mil’s house menuju ke Masai, JB. Ini misi kill 2 birds with 1 stone. Pergi kenduri kahwin anak bekas teman sekerja saya. Lepas tu singgah bermalam di rumah adik hubby. Dapatlah bawa balik oven gergasi yang hubby beli dari adik dia after almost setahun tangguh pergi ambil. Kalau tak kerana saya pujuk ajak pergi kenduri alamatnya jadi tukun jelah oven tu.

5. Raya ke-5 juga sebelum teruskan perjalanan ke JB sempat singgah rumah kawan baru from my social network di FB. Dulu hajat nak berjumpa di tempat yang nun jauh di Terengganu tapi tak kesampaian. Akhirnya dapat juga jumpa di rumahnya. Alhamdulillah satu lagi silaturrahim terjalin.


Tapi paling best dapat pergi JB lah… sebab saya dah lama nak ronda-ronda JB, merasa ronda waktu malam pun kira oklah dah.

Sekarang ni dah balik rumah sendiri. Sambung puasa sunat 6 yang terhenti sekejap sebab jelajah raya jauh tempohari. Sebenarnya saya ok je kalau puasa pun. Niat nak ziarah. Gembira juga sebab setakat ini tak over indulge dengan raya food. Maybe sebab saya start puasa 6 mulai raya ke 2 jadi nafsu makan tu terkawal.


So that was my raya. Paling enjoy sebab kepala tak terbeban dengan hal kerja seperti raya yang lepas-lepas. Mood selalu spoilt sebab pagi raya dah dapat mesej-mesej hal kerja. Alhamdulillah Ramadhan pun banyak perbezaan. Dapat khatam al-Quran sebagaimana yang saya inginkan. Syukur.

So, how was your raya?

Monday, 5 September 2011

Rumah Sakit Raya

Orang Malaysia raya sebulan kan? Jadi kiranya masing-masing masih dalam mood raya lah. Pasal tu ofis pun lengang today.
Saya ni rajin kerja (konon!), anak-anak buah masih syok sambung cuti tapi saya dah start keje and found myself very much in the mood for work.
Entah tenaga apa yang saya dapat sejak kena sengatan lipan tempohari, I feel sangat-sangat re-charged, segar dan on-the-go.
Unfortunately, I have to admit yang saya tidak boleh bekerja sendirian.
Hence, banyak benda yang terpaksa dibiarkan tersadai sementara menunggu anak-anak buah start kerja.
Arghhh... bosan bila pergerakan kita being held up sebab orang lain.
Have to bear with it for another couple of days or another week for certain cases.
Mampuss ... benar-benar mencabar kesabaran ni.

So, how was your raya?
You know mine ;-). Very very low key with a bit of drama here and there.
Dua hari sebelum raya ada drama swasta kat rumah my parents. I'd rather not mention it kerana ianya sangat emotionally disturbing dan sangat personal.
Hilang mood beraya coz I get really distracted by what happened.
Nasib baiklah my sisters in law semua decided untuk balik beraya rumah mil.
So I was spared the sufference of bersilat alone di dapur. Kalau hati sudah gundah gulana macam manalah nak focus memasak.
Nanti lauk semua jadi tawar setawar jiwa ragaku. Memang mak cik emo gila.
Agaknya lipan yang gigit saya tu pun memang sengaja kot pilih orang yang paling emo dalam rumah tu untuk digigit pada raya pertama.
Selagi tak kena gigit asyik terkenang drama swasta tu je. Padan muka sendiri, ko dah malas sangat nak masuk dapur kan, hah ambik ko dia bagi sebiji terus tak boleh jalan. Good enough reason tak masuk dapur kan kan kan?
Pandai ko lipan pilih mangsa.
Saya kena gigit lipan on first raya, incik hubby pulak masuk emergency room on 4th raya.
Siang tadi dapat news incik hubby kena minor operation buang batu karang.
Orang lain sibuk beraya rumah sedara mara. We both sibuk beraya di hospital.
Terasa lucu dan serba tak kena raya kali ni.
Tapi syukur Alhamdulillah, setiap sakit itu datang dari Allah swt untuk menyuci dosa-dosa.
Orang alim zaman dulu menangis kalau tak ditimpa sakit. Inikan pula orang Islam tahap 'awam' macam kita.

On the other hand semalam kami dah mula menghadiri jemputan open house.
Jiran lama jemput sempena meraikan anak perempuannya yang bernikah semalam. Nikah je dulu sebab kedua-dua wife/husband nak kena fly balik ke Jepun khamis ni habiskan study.
Untung sesiapa yang mak bapak kahwinkan. Saya adik beradik siap kena warning, bukan tak kasi kahwin muda.
Tapi kalau nak kahwin siapkan duit belanja hantaran/kenduri sendiri.
Kalau yang lelaki duit ada setakat lepas buat mas kahwin je, maka nikah jelah korang tak yah kenduri bagai.
Sebut pasal nikah kahwin ni, bertepatanlah dengan masa sebab lagi 2 hari genaplah 9 tahun saya membina rumahtangga dengan incik hubby.

Tarikh anniversary kali ni jatuh dalam kehangatan orang menyambut raya, walaupun ingat tapi sesekali lupa. Ni pun nyaris lupa lagi sebab incik hubby nak kena operate.
Semalam masa kami shopping decorative lamp pun boleh dapat jemputan kenduri kahwin dari one of the customer.
Asalnya dia menegur si Yaya, agaknya terhibur tengok mulut murai Yaya kot.
Saya pun tegur dia semula, yelah kita buat tak dengar atau nak buat sombong pun bukan ada faedah.
Eh ramahlah pula akak tu, terus dia tulis alamat rumah pada resit saya.
Hah! Dah cakap sombong takde faedah, tengok bila ramah terus orang ajak makan.
Siap jemput saya datang kenduri kahwin anak dia di sunway kayangan. Dekat dah tu dengan rumah, insyaAllah hajat di hati memang nak pergi.
Orang berat mulut muka serius macam saya ni memang susah mesra dengan orang.
Tanya lah kat ma saya sendiri, dia tau lah anak perempuan dia ni memang susah bercakap dengan orang kalau dah dia tak hendak. Dengan family sendiri pun kalau ditanya sepatah jawab sepatah.
Sekali tengok memang orang kata sombong. Saya sendiri pun tak faham dengan perangai sendiri!
Tapi bila sesekali buka mulut boleh pula buat kawan!

Tuesday, 14 September 2010

Pil Chee Kit Teck Aun Turut Beraya

5 syawal saya sudah kembali bekerja. Ofis masih lengang, jalanraya apatah lagi. Saya keluar rumah jam 8.10minit pagi tadi, tetapi masih boleh reach office before 8.30am, which pada hari-hari biasa perkara ini sangat impossible untuk berlaku! Dalam hujan lebat pula tu. Yup, pagi tadi hujan turun selebat-lebatnya sejak jam 7 pagi. Alangkah bestnya bergulung dalam selimut tebal ... kalau tak kerja. Cemburu tengok anak-anak masih lena sebab sekolah mereka masih tutup. Paling untung is fahmi because he will only be going back to school next week. Yaya tentu tarik muncung panjang esok bila dia perlu bersiap ke sekolah.

how was your raya? musim raya begini dok berjalan dari rumah ke rumah pasti tak lepas dari menikmati juadah raya i.e. rendang, kuah kacang, ketupat dan sebagainya kan? lumrah di musim raya terutama di awal raya pasti ramai yang mengadu sakit perut dan cirit birit bukan? Maka dalam sibuk beraya, laku jugalah pil chee kit teck aun yang berharga seringgit lebih sebotol itu.

saya tidak terlepas daripada terkena bahang sakit perut. cuma tidak seteruk hubby yang had diarrhea berpanjangan sejak raya pertama sehingga malam tadi. sakit perut saya cuma sekali dua saja. itupun saya hampir pasti ianya berpunca daripada air berkarbonat yang saya minum masa beraya di rumah kawan hubby tempohari. sebab sejak raya saya masih lagi mampu mengawal makan, tidak makan sembarangan, secukup rasa saja. berat badan sepanjang puasa pun masih kekal (untuk sementara waktu ini ;-)). cuma perut agak kalah dengan air berkarbonat sebab dah bertahun lamanya saya tak amal minum air berkarbonat. tambahan kita baru saja rehatkan perut selama sebulan, bila tiba-tiba perut diterjah air bergas tentu cepat saja tindakbalasnya kan. after a few days dok sakit perut dan berulang ke tandas, akhirnya semalam hubby minta dibelikan pil chee kit teck aun.

cakap pasal air berkarbonat ni, saya perhatikan rata-rata orang johor memang suka hidangkan air bergas kepada tetamu di musim raya. masa mula-mula beraya dengan family hubby saya agak terkejut. pertama sebab kebiasaan di tempat saya tuan rumah akan bancuh sendiri minuman kordial. kedua, sebab bukankah air berkarbonat lebih mahal harganya berbanding kordial. agaknya berapa carton air berkarbonat setiap rumah di johor beli ye? terus membawa saya kepada rumusan berikut: jangan ingat orang kampung tak ada duit ye. lagi mewah daripada orang bandar tempat saya dibesarkan. rumusan seterusnya, kalau semua rumah hidangkan air berkarbonat no wonderlah lepas raya badan boleh naik. kaya dengan gula, bisa potong kaki ni! :-)

pesanan penaja, lepas ni mesti dapat banyak jemputan open house. jadi makan mesti cerewet juga ye, biar orang kata memilih, biar orang perli kata diet ke? jangan hentam semua atas alasan balas dendam. makanan boleh dicari, kesihatan tak boleh dibeli, penyakit tak datang sendiri, bila dah terkena jangan disesali. itu sendiri bikin punya masalah. jangan nanti sambil beraya pil chee kit teck aun tak lepas dari handbag or poket sudahlah. dan jangan lupa bersenam :-)

dah habis puasa ni, tasik di sekitar sri tilia dalam kawasan kediaman saya akan kembali dikunjungi 3 beranak yang paling setia memecah kesunyian pagi hari mengukur tasik setiap pagi ahad dan sabtu (jika off day).

Friday, 10 September 2010

1 Syawal 1431H - Erti Sebenarnya Syawal

Hati yang memberontak menolak cara orang kita menyambut Syawal, terubat bila mendengar khutbah hari raya di surau pagi tadi.

Kata ustaz, awal ramadhan penuh kasih sayang
di pertengahannya ada maghfirah
dan di penghujungnya adalah pembebasan daripada api neraka

maka bila tiba syawal ianya adalah bulan keampunan yang mana bagi orang-orang yang telah berjaya melawan hawa nasfu dan membuat kebaikan sepanjang ramadhan, tibalah masanya untuk mereka meraikannya dengan penuh kegembiraan. Justeru, saya fikir sebaik-baiknya kita raikan syawal dengan cara yang sederhana dan penuh keinsafan. Kalau bulan ramadhan kita jaga solat, lepas raya teruskanlah. Kalau sepanjang ramadhan kita kawal nafsu supaya tak membazir, masa raya janganlah pulak kita berbelanja sakan. Ini peringatan buat diri saya sendiri juga.

Alhamdulillah, raya kali ini walaupun saya tak kisah sangat dapat berkumpul dengan adik beradik atau tidak sebab peluang kami nak berkumpul di luar hari raya lebih tinggi sebenarnya, tetapi ketentuan Allah swt kami 4 beradik semuanya berjumpa di rumah my parents sejak malam tadi. Gembira walau tidak mengharap.
potret keluarga bertemakan biru firus for the guys, no studio photo for us this time around.
me & my sister, tak sama kan kami berdua sebab berlainan acuan!