Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Friday, 26 December 2014

Yang Wajib Singgah... Yang Tak Berapa Nak Wajib

Dari terengganu dalam perjalanan balik ke KL inilah lokasi-lokasi yang wajib kami singgah.



Kalau nak merasa keropok lekor Terengganu yang super duper sedap, sila lah singgah di gerai Keropok Lekor 008 di Pantai Peranginan Kelulut, Daerah Marang. Terletak bersebalahan dengan stesen minyak caltex kalau tak silap saya. Kalau bukan caltex mungkin Shell. Tapi yang penting bangunan gerai ni senang nak cari sebab warna hijau. Besar tempat memproses keropok di sini keranan bagunannya 3 tingkat dengan 1 tingkat dibawah tanah (lembah). Tak susah mencarinya kerana ia terletak di laluan utama Marang-Kuantan... tak perlu nak masuk kampung cari sana sini. Tepi jalan utama je pun.


Jangan cerita pasal keropok Losong atau BTB (Bukit Tok Beng) lagi dah. Keropok Lekor 008 yang terbaik saya pernah makan kerana kandungan ikannya yang sangat tinggi. Sedap memang terasa ikannya. Bila digoreng ia kekal lembut dan tidak liat langsung. Kata adik lelaki nak potong dengan pisau tapi tak sempat potong dia patah sendiri. Itu bukti keropok lekornya padat isi ikan dan bukan padat dengan tepung sagu semata. Saya mula diperkenalkan dengan keropok lekor Kelulut ini semasa masih bekerja di syarikat lama. Anak buah saya yang beri sebagai hadiah. Terus saya terpaut dengan kelazatan dan keaslian rasanya. Makanya sejak 4 tahun yang lepas hanya keropok lekor 008 ini saja yang saya beli. Dan sejak 4 tahun lepas hingga kini, rasanya masih tidak berubah. Sangat berbeza dengan keropok lekor lain-lain tempat yang bila boom saja jadi popular terus dikurangkan kandungan ikan dan jadi makin liat.




Ingat lagi warung di Kemaman yang sering saya sebut-sebut sebagai tempat persinggahan kami mengalas perut? Ya, warung tu dah makin besar sekarang dan sudah ada banner nama kedai siap nombor telefon lagi. Menunya pun dah bertambah. Cuma bila makin besar kedai ni tempat parking jadi terhad pulak. Saya mula singgah di gerai ini sejak 5 tahun lepas rasanya. Dulu tak banyak pengunjung. Sekarang saya lihat pengunjungnya datang dari merata tempat. Pelancong tempatan dari Utara dan Selatan berdasarkan no. plat kenderaan masing-masing dan loghat yang digunakan. Alhamdulillah... kualiti hidangan tetap sedap seperti dulu. Dan harga tak pernah berubah. Sepinggan atau sebungkus bihun goreng yang tahap kenyang perut masih RM1.00 cuma. Mana nak cari?

Sampai di Geliga, Kemaman cari Masjid Geliga. Ada simpang 3 di masjid, masuk simpang tu. Simpang itu adalah untuk ke Teluk Mak Nik atau Monica Bay. Kalau dari arah Terengganu akan jumpa stesen bas sebelah kiri, kemudian simpang masuk. kalau dari arah Kuantan akan jumpa masjid dulu belah kanan kemudian simpang. Masuk simpang jalan terus tak sampai 500meter akan jumpa warung ni sebelah kiri anda. Hadapan warung ada 2 biji banglo mewah yang cantik. 1 banglo sedang dalam pembinaan ketika kami sampai tempohari. Saya kira sudah detail perincian saya bagi.


Yang dah boleh strike out dari senarai :


Nasi dagang kontroversi kepala ikan suatu ketika dulu. RM3.00 sehidang seorang makan. Harganya lebih 50sen daripada kebanyakan nasi dagang yang dijual di Pantai Timur. Dari KB ke Terengganu rata-rata dijual pada harga RM2.50. Mengikut selera saya sendiri sebenarnya banyak lagi nasi dagang lain yang lebih menepati citarasa saya. Nasi dagang yang saya kenal sejak kecil nasinya lembut mesti digaul dan diperisakan dengan bawang merah hiris halus, rempah halba, halia hiris halus dan di'larung' dengan santan. Sayang sekali nasi nya tidak menepati identiti dan rasa nasi dagang sebenar. Gulai ikannya juga sangat lain rasanya. Tapi tak kisahlah bab gulai tu ikut resipi masing-masing. Cuma menariknya di sini, ikan tongkol dihidangkan siap dibuang tulang. Mudah nak makan walaupun potensi nak tercekik tulang tu agak tipis kerana tulang ikan tongkol agak besar dengan sedikit tulang halus di tengah isi. Saya kurang gemar bila isi ikan dilerai begini kerana portion ikan yang diberi tidak sampai pun 1 potong. Terletak di Chendering. Kalau nak cuba juga cari je Masjid putih Chendering. Gerainya dihadapan rumah sebelum masjid putih tadi.





Friday, 19 December 2014

Cuti-Cuti Pantai Timur ~ Menjejak Masjid Tok Guru, KB ke Terengganu


Kami check out dari Hotel Ridel selepas kembali dari menikmati sarapan di Kopitiam Kita untuk kali kedua. Masa check out jam sudahpun menghampiri pukul 12 tengahari. Sebelum kami tinggalkan bandar KB ini masih ada satu lagi tempat tujuan yang perlu kami jelajahi. Masjid Tok Guru di Kampung Pulau Melaka! Kami sepakat, setidak-tidaknya mesti ke sini walaupun sekali cuma asal dapat tunaikan solat berjemaah di masjid tersebut. Kalau ada tuah barangkali terserempak dengan Tok Guru Datuk Nik Aziz sendiri.


Berpandu kan waze kami jelajahi mencari destinasi. Ambil masa juga, tak tahulah kerana jaraknya atau kerana kami tak familiar dengan tempat ini maka teragak-agak memandu. Kami tiba sebelum masuk waktu Zohor. Tekak kering kerana hari agak panas Khamis itu. Diluar simpang masuk masjid Tok Guru ada sebuah kedai makan yang menarik perhatian kami, Awana Ice Blended nama kedainya. Tapi ia bukan sekadar menjual air. Ada pelbagai menu di kedai ni. Kesemua menunya sangat menambat selera saya. Ketika itu pekerja-pekerja yang saya kira terdiri daripada ahli keluarga (ibu/ayah/anak2) sedang sibuk di kaunter penyediaan hidangan masing-masing. Anak-anak lelaki sibuk di kaunter minuman. Ada ice blended pelbagai perisa termasuk ABC dan cendol. Ada kaunter nasi ayam, mee celup, mee kari dan lain-lain hidangan panas seperti padprik belut. Tapi sayangnya mereka hanya beroperasi sekitar jam 2 petang.*Sigh*. Lepas minum kami pun terus tuju ke masjid. Tokey kedai pun dah siap-siap berjubah putih pi masjid juga.

Memang bukan rezeki kami hari tu, tak dapat terserempak dengan Tok Guru. Besar harapan nak jumpa orang alim ni. Ada juga yang datang bawa anak kecil. Hajat nak minta Tok Guru tahnik kan. Masa saya hadiri konvensyen Fiqh Sunnah anjuran K-Fiqh (team mursyid dan Telaga Biru) bulan Oktober tempohari sepatutnya ada slot forum bersama Tok Guru. Sayangnya beliau sedang uzur ketika itu tak dapat bersama kami.


Kami tinggalkan Masjid Tok Guru dan kenangan persinggahan singkat di banda KB sewaktu jam menginjak pukul 2 petang. Terus ke destinasi seterusnya ke Kuala Terengganu melalui Bachok-Setiu-Kuala Terengganu. Ini adalah laluan utama yang menghubungkan KB dengan Terengganu. Jalan pantai kata orang. Sebab sepanjang perjalanan kita dapat lihat pemandangan pantai yang tak putus-putus. Berselang seli dengan pemandangan perkampungan nelayan. What a bliss! Pemandangan ini tak pernah mengecewakan saya.


Kalau ikut jalan pantai ni memang takkan terlepas dari melalui Pantai Rhu Sepuluh, Setiu atau lebih dikenali sebagai Pantai Penarik. Penarik sangat menarik. Bukan sahaja kerana pantainya yang cantik dan bersih. Tapi juga kerana ICT nya. Ikan Celup Tepung. Kami berhenti mengisi perut di sebuah gerai. Sayangnya saya tak ambil gambar. Maka terpaksa pinjam ihsan google.


Exactly the same warung yang kami singgah. Apa nama warung ni tidaklah saya ambil pot. Tapi kalau anda ke sana, boleh cari gerai ini yang terletak tepi pantai di hadapan gerai ini ketika itu sedang dibina replika berbentuk udang dan sotong yang lengkap dengan tentakel nya sekali. Saya rasa by now sudah siap replika itu.

Makanan laut celup tepung di Penarik sangat rangup dan tidak berminyak. Sama seperti seafood celup tepung yang kami makan di PCB. Semuanya tidak berminyak kerana telah ditoskan dengan baik. Saya puji bab itu. Tapi kalau makan seafood celup tepung di kawasan lain di Terengganu... Allahu.... minyak 'berladung'. Buat saya jadi mual pula. Berbeza sangat sebab rata-rata peniaga celup tepung di Terengganu tak tos minyak betul-betul. Angkat panas-panas dari kuali terus hidang. Di Kelantan mereka goreng siap-siap dan tos kan kemudian susun cantik-cantik di display kaunter. Bila customer pilih mereka akan panaskan sekejap dalam minyak yang betul-betul panas.



Gambar ihsan google juga. 
Duduk di warung boleh nampak lauk terus. Ada jalan bertar untuk laluan kenderaan. Lebih kurang macam di Taman Bandar Awam pulak. Fahmi dah merayu-rayu minta nak main layang-layang sekejap. Memang angin tengah bertiup pun tapi panas terik. Tak dapat kami tunaikan hajatnya sebab panas terik dan masih belum sampai destinasi lagi.


Kami tinggalkan Pantai Penarik selepas kenyang alas perut. Entah kenapa, bila berjalan ni perut saya mudah kenyang. Makan sikit pun dah rasa penuh sangat. Itu sebab bila bercuti saya tak perlu sangat makan nasi atau makanan berat. Cukup dengan 'snacking' saja.


Di Terengganu kami check in bilik deluxe di Hotel prinzpark. Again.
Yeah I know... so boring asyik hotel sama. Tapi apa nak buat sebab hotel-hotel lain semuanya penuh. Prima Inn pun penuh. Hotel TH kat Seberang Takir juga penuh. Primula pulak on the high side for me. Asalnya saya nak book Paddock Inn kat Terengganu Equestarian Resort saja. Murah sesangat RM80 semalam. Sesuai untuk percutian bajet kami. Tapi Paddock Inn pun kena block untuk family day PERKESO. No choice. Terpaksa guna membership premier with Prinzpark juga. Dapatlah rate yang sangat berbaloi RM140 + surcharge RM30 = RM170. Rate asal RM210. Ok ada jugak gunanya membership card yang saya beli masa kali pertama kami menginap kat sini dulu. Dulu beli membership pun sebab nak dapat penginapan percuma yang sangat berbaloi harganya berbanding kalau book under rate biasa.



Gambar recycle. Deluxe room memang gini lah rupa dia.

Kali ini kami dapat bilik kat tingkat 1. Still kena naik lif juga. Kalau nak naik tangga kena ikut emergency punya staircase kat hujung bangunan. Haizzz... Budak-budak tak kisah duduk hotel apa pun janji boleh terjun dalam swimming pool. Ye saya akui hotel ini tiada swimming pool sendiri. kena mandi kat swimming pool di clubhouse milik TER. Ramai pengunjung yang merungut. Tapi tak menjadi masalah sebab clubhouse just within walking distance je... betul-betul tercongok depan hotel. Agak kalau swimming pool dalam hotel pun korang kena menapak juga kan? Dan sebagai penginap Prinzpark kami cuma perlu ambil kupon di kaunter reception hotel untuk guna facilities clubhouse secara percuma. 

Kali ini saya ambil extra bed. RM50 tapi yang bestnya extra bed dia betul-betul berupa katil with frame semua tau. Kalau kat Ridel kami dapat tilam je. So nice the bed. Saya tidur dengan lenanya malam itu. Tak perlu keluarkan toto yang kami bawa. Hehehe...



Thursday, 18 December 2014

Cuti-Cuti Pantai Timur ~ Kota Bharu Part 4 ~ Pantai Cahaya Bulan & Maggi Ketam Rabak Poket


As I said in yesterday's post, we were supposed to leave KB after 1 night stay. Tapi kerana mr hubby masih kepenatan, maka selepas ronda-ronda muzium kami balik hotel dan baring-baring sahaja. Atau lebih tepatnya melakukan aktiviti 'recharge'. Yelah ingat handphone je ke nak ke charge energy? Kot smartphones tu ok lagi ada powerbank... ni manusia dik oiiii mana ada powerbank. 


Selesai 'recharge' dan solat Asar kami keluar. Destinasi dituju adalah Pantai Cahaya Bulan. Kawan-kawan mr hubby ada yang nasihat tak payah lah pergi PCB, dah tercemar kata mereka. Kalau nak pergi pantai carilah pantai yang kat kampung-kampung. Tapi masalahnya mereka tak nak pulak be specific by naming the beaches. Cakaplah Pantai Bisikan Bayu ke, Pantai Irama di Bachok ke, tak pun Pantai Tok Bali yang famous tu kan. Senang sikit nak tuju atau tenyeh kat waze. Dah tak kuasa nak tercari-cari, kita pergi PCB je yang tak jauh pun dari KB.


Bila orang kata PCB dah tercemar saya gambarkan pantai yang kotor atau banyak pemandangan yang kurang manis. Ohhh rupa-rupanya sebab PCB ni pantainya sudah terhakis dan terpaksa ditambak serta dibina benteng pemecah ombak atau lebih mudah saya sebut dalam bahasa mat salih nya 'breakwater'. Ini untuk mengelakkan hakisan yang lebih teruk lagi. Saya tak pasti bagaimana rupa asal pantai ini. Tapi melihatkan binaan 'breakwater' nya yang menggunakan armour rock bersaiz besar berserta unjuran breakwater ke tengah laut hampir setiap 10meter serta panjangnya breakwater ini hingga sayup mata memandang; saya rasa hakisannya tentu sangat  teruk.


Ombak juga tinggi dan ganas ketika kunjungan kami. Waktu ini banjir gelombang pertama sudahpun reda dan cuaca sangat cerah. Pun begitu, ombaknya masih tinggi dan kuat menghempas ke breakwater. Terjerit-jerit suka pengunjung yang terkena percikan air hempasan ombak. Sambil-sambil kami merenung jauh mengamati sifat ombak, sempat saya bercerita kat anak-anak sambil imbas balik pasal teknologi pembinaan breakwater hasil ilmu yang saya sedut masa bekerja dengan syarikat kejuruteraan marin dulu. Bina breakwater dan tambak laut ni memang ruji bagi kami. Fahmi kelihatannya sangat berminat dengan setiap butir bicara saya dan mr hubby.



Fahmi sangat asyik merenung ombak. Lama dia begitu dari berdiri sampai duduk. Entah apa yang dia fikirkan sampai letak tangan atas kepala. Kalau tengok gambar no.2 dari atas belah kanan tu dah macam pasangan kekasih bermasalah je huhu ;-)




My favourite pic. Suka tengok layang-layang berwarna-warni ni. Pic taken by mr hubby.

Anak-anak dah lama minta belikan layang-layang. Sejak mereka melihat orang lain bermain dengannya di Terengganu 3 tahun dulu!!! Akhirnya kini mereka mendapat apa yang mereka cita-citakan!
Angin memang kuat bertiup. Memang sesuai sangat terbangkan layang-layang. Layang-layang Fahmi berbentuk burung helang, agak unik sikit bentuknya. Dan agak payah nak dikawal bila ia terbang di langit. Sangat sukar diramal kerana ada masanya 'dia' terbang macam orang mabuk ketum!!! Tak sesuai untuk orang yang punya kesabaran tipis :-P




Another favourite pic taken by myself, of course. Cuba klik dan besarkan gambar ni. Saya suka langit dalam  gambar ni kerana ia mengingatkan saya kepada hasil lukisan cat air  - satu teknik di mana air disapu pada permukaan kertas lukisan dan cat air warna biru dicalit dengan berus sedikit demi sedikit kemudian kita pegang kertas lukisan secara menegak untuk menghasilkan corak langit dan awan yang lebih semulajadi. Satu teknik yang saya pelajari hasil pengamatan melihat seorang rakan sekelas berbangsa Tionghua bernama Liew Tze Hong melakukannya. Oh my... saya masih ingat nama dia!


Keseronokan bermain layang-layang terpaksa kami hentikan. Hari makin petang. Perut bergelora minta diisi kerana skip lunch tengahari tadi. Tak sangka saya berasa begitu lapar. Berhasil juga godaan daripada deretan warung di PCB. Goreng-gorengannya seperti melambai-lambai.



Maggi ketam perisa tom yam. Ketamnya memang besar penuh mangkuk. Tapi bersedia ajalah untuk membayar harga RM25 semangkuk. Memang terasa kena ketuk. Ini harga untuk ketam laut. Biasanya orang buat maggi ketam guna ketam nipah. Entah lah. Tapi saya difahamkan kalau makan maggi ketam di sekitar PCB atau KB memang lebih kurang RM23-25 harganya. Kalau nak maggi ketam nipah yang murah dengan ketam nipahnya 2 ekor semangkuk lebih baik cari warung di Cherang Ruku, Pasir Puteh atau sekitar Pantai Tok Bali. Jauh lebih murah dan berbaloi dengan rasanya.


Kami tinggalkan PCB setelah jam menghampiri pukul 7 petang. Sebaik menghampiri hotel, azan maghrib sudah berkumandang. Kami singgah berjemaah lagi di Masjid Muhammadiah sebelum balik ke hotel. Alhamdulillah perut sudah kenyang. Mata pun berat je. Rasa macam nak tidur awal malam ni. ;-)



Wednesday, 17 December 2014

Cuti-cuti pantai timur ~ Kota Bharu Part 3


Asal perancangan kami cuma mahu bermalam 1 malam saja di KB. Esok pagi terus check out. Jujur cakap kami pun tak tau apa yang menarik untuk dikunjungi. Nak ke Pasar Besar Siti Khadijah, saya bukanlah kaki shopping. Orang kata pergilah Rantau Panjang. Jawapannya sama, saya bukan kaki shopping. Saya tak reti nak beli apa. Lagipun takde keperluan untuk itu semua. Tapi memandangkan masa berjalan kaki balik ke hotel selepas bersolat maghrib di Masjib Muhammadiah kelmarin, kami dapati kawasan sekitar hotel ada banyak muzium dan pusat kebudayaan, maka kami decide untuk menjengah beberapa muzium. Anak-anak pun sejak sekian lama mau ke muzium. Baik muzium di KL yang tak pernah kami hairan nak bawa mereka pergi, hingga jauh nun di Kelantan ni baru mendapat hajat mereka.


Lepas bersarapan di Kopitiam Kita, balik hotel dan extend penginapan untuk 1 malam lagi. Kami empat beranak berjalan kaki je. Semua lokasi nak dituju are within walking distance. jadi tak payah nak poyo sangat naik kenderaan. Buat malu dengan tourist warga asing yang senang on foot aja.



Istana Batu @ Muzium DiRaja. 

Tiket masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Ok untuk orang lain mungkin mereka kata pergi muzium "so boringggg". Saya jenis orang yang hargai dan lebih suka menghayati sejarah dan budaya tempat saya lawati maka tiada istilah "so boring" pada saya. Lagipun, it is a good lesson untuk anak-anak saya. Muzium yang asalnya merupakan istana lama ini tidak begitu besar dan tiada pengunjung pun hanya kami 4 beranak. Di sini menyimpan sejarah dan salasilah keturunan Raja-raja Kelantan dari yang pertama hingga Sultan sekarang. Agak menarik menyusuri susur galur kerabat ini. Keturunannya boleh dijejak hingga bertemu dengan Rasulullah saw.




Muzium Kraftangan berbelahan dengan Restoran Nasi Ulam Cikgu yang sangat tersohor di KB.

Saya tak masuk pun muzium ni sebab masih menjelajah sekitar kawasan berdua dengan Yaya. tapi mr hubby ada snap few pictures. sangat cantik lanskap nya.




Lanskap sekitar Muzium Kraftangan. Cantik dan mendamaikan, bukan? Saya terpesona dan teringin kalau dapat buat lanskap sebegini di banglo idaman saya suatu hari nanti mungkin? :-P




Istana Jahar @ Muzium Istiadat.



Perahu berbentuk burung Petalawati.

Saya dapati banyak sekali perahu berbentuk burung atau dihiasi kepala burung petalawati ditemui di sini. Rasanya nama burung ini hanya akan kita temui dalam hikayat-hikayat lama. Rupa-rupanya perahu-perahu bercirikan burung petalawati kebanyakannya adalah hadiah daripada kerajaan Siam. maklum, kerajaan lama Kelantan hingga hari ini mempunyai tautan yang kuat dengan kerajaan Siam.


Cantik kan ukiran pintu belakang muzium ini? Boleh saya abadikan untuk rumah idaman saya? ;-) ;-)




Sempatlah anak teruna seorang ni panjat naik atas carriage yang menghiasi pintu masuk istana. Carriage masih berkeadaan baik.


Habis melawat muzium sekitarnya kami tuju Restoran Nasi Ulam Cikgu. tapi kami decide untuk tak makan di situ kerana hidangannya tidak seperti kami jangkakan. Kami yang tersilap jangka. Ingatkan ada lah nasi ulam pesen nasi kerabu ke. Rupa-rupanya memang susunan berpuluh jenis ulam dan pencicah seluruh Malaysia yang dimakan dengan beberapa jenis lauk seperti ikan patin tempoyak, ikan goreng dan beberapa lauk ayam ringkas. Since anak-anak pun masih kenyang hasil membalun roti titab kami ambil keputusan untuk balik berehat di hotel saja. Mr hubby pun nak melepas lelah memandu semalam. Tapi sebelum itu kami singgah di Pasar Siti Khadijah untuk beli beberapa jenis kuih manis kesukaan saya. Boleh buat kudapan di bilik! ;-)




Tuesday, 16 December 2014

Cuti-Cuti Pantai Timur ~ Kota Bharu Part 2 ~ Roti Titab


Hampir kesemua hidangan di Kelantan boleh ditemui di kampung halaman saya Terengganu. Tidak banyak beza nya dari hidangan pelbagai jenis nasi hingga ke kuih muih. Tapi ada sesuatu yang tak boleh dijumpai di tempat-tempat biasa.




Roti Titab @ Kopitiam Kita


Rupanya Mr Hubby tau satu tempat yang ada kelainan hidangan sarapan pagi. Pagi hari ke 2 kami di KB, dengan bantuan waze kami temui Kopitiam Kita. Masa kami check in di Hotel Ridel pun bila ditanya kepada reception, kami disarankan pergi makan di kopitiam-kopitiam saja. Masa tu saya terangkat kening. Apa??? Datang jauh-jauh ni di suruh pergi kopitiam je? Kat KL dan Selangor pun berlambak dan bukanlah satu fenomena lagi. Tambahan lepak-lepak di kopitiam bukanlah menjadi minat saya kerana status halal hidangan di kopitiam di sebelah pantai barat dan selatan sangat meragukan. Tapi melihatkan betapa banyaknya bilangan kopitiam di KB saya rasa kegilaan makan/minum di kopitiam adalah suatu fenomena yang agak baru di sini.


Menghormati ajakan mr hubby di kopitiam Kita kami bersarapan. Kopitiam ini berbeza dari kopitiam-kopitiam di KL/Selangor. Konsepnya macam warung biasa saja tetapi sangat luar biasa luasnya dan padat pelanggan sepanjang pagi hingga jam menginjak ke pukul 11 lebih juga masih tak berhenti kunjungan. Selain dari meja dan bangku yang bercirikan etnik cina, hidangan yang ditawarkan di sini tersangatlah Melayu nya. Konsepnya menarik. Kopitiam hanya menyediakan minuman dan Roti Titab atau lain-lain roti bakar sementara hidangan sarapan pagi yang popular di Kelantan seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi tumpang, nasi lemak, makaroni bakar dan kuih muih semuanya di datangkan daripada peniaga-peniaga sekitar KB dan juga Tumpat. 





Fahmi makan 2 keping Roti Titab. Iaitu roti bakar dengan telur separuh masak berserta kaya di atasnya. Saya tak tau apa rasanya makan roti sebegitu tapi Fahmi kata sedap. Saya sebenarnya sangat tertarik dengan tekstur telur separuh masak yang sekata masak separuhnya. Bukan mudah nak dapatkan hasil sebegini. Bukan sesuatu yang boleh anda hasilkan di dapur sendiri melainkan setelah anda asah skil. ini kerana kuning telur mudah untuk menjadi keras terlebih dahulu berbanding bahagian putih telur. Anda boleh cuba di rumah tapi hasilnya tak sama dengan ini. Kerana di sini mereka rebus telur menggunakan mesin khas seperti yang boleh didapati di dapur-dapur hotel.

Pun begitu, saya sangat terpesona dengan ketangkasan seorang gadis bertudung menyiapkan roti titab ini. Dia cukup cekap bekerja, sambil bercakap pun tetap tekun dan kerjanya tak pernah culas. Saya yakin dia pasti seorang pekerja yang sangat disayangi tokey. Dek kerana terpesonanya saya melihat dia  bekerja saya terkantoi bila dia tersedar saya asyik memerhatikannya. Dia hanya melemparkan senyuman. Agaknya saya seorang saja yang jakun di situ.


Saya pernah melihat telur separuh masak sekata sebegini dalam rancangan Masterchef Australia dan My Kitchen Rules (Australia). Mereka masak guna cara konvensional di dapur. Ianya dipanggil teknik 60degrees atau 62degrees egg. Bukan mudah caranya. Boleh google mata anda akan terbuntang luas! Saya sudah cuba. Tapi bukan hasil terbaik kerana kena banyak eksperimen. Nanti saya share di entry akan datang.



Nasi Dagang KYO dari Tumpat


Saya sendiri selesa menjamah nasi dagang Kelantan dengan beras berwarna merah. Nasi Dagang KYO dari Tumpat ini tersangat sedap. Sayang sekali kuahnya sejemput saja saya terpaksa berjimat. Pagi kedua di KB saya masih pilih nasi dagang yang sama kerana nak betul-betul hadam kan kesedapannya. Cuma RM2.50 sebungkus. Cukup kenyang untuk perut saiz saya ;-)

Monday, 15 December 2014

Cuti-Cuti Pantai Timur ~ Kota Bharu Part 1


Ini kali kedua saya menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang selepas 22 tahun. Kali pertama masa saya berusia 14 tahun, bersama-sama rombongan keluarga besar saya dari Terengganu berkunjung ke rumah Ayahda saya di Bachok dan kemudian di bawa berjalan ke KB dalam tempoh lawatan 1 hari cuma. Apalah yang saya ingat sangat pun untuk tempoh sesingkat itu?


Kunjungan kali ini bersama mr hubby dan anak-anak. Plan asal cuma nak bercuti di Terengganu saja. Anak-anak memang cukup suka dapat makan minum ikut selera mereka serta main tepi pantai. Tapi mr hubby rasa bosan pula. Jadi saya ajak singkatkan stay di Terengganu dan lajak ke KB untuk lihat pemandangan yang berbeza. Akhirnya kami decide untuk tuju ke KB dulu, kemudian baru turun ke Terengganu. Boleh aja. Jadinya perjalanan kami kali ini akan menempuh satu laluan yang asing bagi kami. Jalan Lipis-Gua Musang untuk ke KB. Kami mulakan perjalanan dengan solat musafir 2 rakaat, moga sentiasa dilindungi Allah swt dan mengharap ada keberkatan dari kembara kami kali ini. InsyaAllah.


Alhamdulillah perjalanan lancar. Kawan-kawan mr hubby titipkan pesanan bawa bekal makanan secukupnya kerana di laluan yang kami pilih tiada perhentian melainkan bila tiba di Gua Musang cuma. Jadi kami isi perut di Petronas Genting Sempah dan beli makanan secukupnya untuk snacking time. Jalan tak berapa cantik. Benarlah apa yang dikata, pembangunan laluan masuk ke Kelantan sangat dipinggirkan. Ketibaan kami di jajahan Gua Musang disambut dengan pemandangan sebuah bukit yang ditarah teruk. Sangat mengejutkan saya kerana bukit tersebut bukan dikawasan tersorok malah di kawasan penempatan. Seolah-olah sebiji kek yang dipotong separuh! Tak sempat pula saya ambil gambar. Rakus sungguh manusia!


Dah sampai Gua Musang kami rasa lega. Ingatkan dah makin dekat, rupanya it takes another 2 hours before we reach KB. Aduhaiii penatnya kembara kali ini. Lagi penat mr driver. Dah masuk KB khidmat waze dihidupkan semula. Mencari laluan ke hotel. Tak susah mencari Hotel Ridel yang menghadap Sungai Kelantan. Bangunan hotel bercantum dengan Pelangi Mall dan bersebelahan dengan Tambatan DiRaja serta Bangunan Kastam DiRaja Malaysia. Harga bilik agak murah untuk sebuah bilik deluxe katil kelamin RM129.00 bersih dengan complimentary breakfast untuk 2 orang. Cuma bilik sangat sempit untuk kami 4 beranak. Bagusnya bilik kami menghadap Sungai Kelantan. Tak lah cantik mana. Keruh sungguh airnya. Tapi waktu malam boleh lihat aktiviti santai penduduk tempatan smabil menghirup udara malam.


Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Kami sudah solat jamak di Gua Musang tadi, maka tiba masa meronda kawasan berdekatan sambil mencari makan malam. Mr Hubby dan Fahmi teringin makan nasi kerabu Kelantan authentic. Kami diberitahu boleh jumpa nasi kerabu di pasar malam. Berbekalkan map bandar KB kami berjalan kaki melusuri Muzium Istiadat - Pasar Buluh Kubu - Pasar Siti Khadijah hingga ke pasaraya Mydin. Tak juga ketemu. Silap jalan rasanya. Tanya penjaja jalanan baru ketemu. Oh... pasar malam nya kecil amat. Tak ramai peniaga. Dan terletak di kawasan tanah lapang yang sangat kotor persekitarannya. Tapi dek kerana nak melepaskan hajat merasa nasi kerabu kami pejam mata. Cik Yaya dan saya pula cukup beralas perut dengan sate ikan.


Selesai isi perut kami berjalan pulang ke hotel mengambil laluan yang sama, Pasar Siti Khadijah - Pasar Buluh Kubu - Muzium Istiadat. Jam Hampir pukul 7.00petang. Saat menghampiri Muzium Istiadat, satu rombongan beberapa biji kenderaan diiringi motorsikal polis melintasi kami laju. serentak itu azan maghrib berkumandang. Kami kemudiannya sedar kenderaan yang melintasi kami tadi membawa Yang Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menuju ke Masjid Muhammadiah bersebelahan dengan muzium. Langsung saya ajak mr hubby dan anak-anak singgah solat maghrib di masjid aja mengenangkan bilik kami yang sempit dan perlu bergilir untuk bersolat. Alhamdulillah, kami berpeluang berjemaah bersama Sultan dan Sahibus samahah Dato' Mufti Kelantan. Rupanya malam itu ada sambutan ulangtahun penubuhan Majlis Agama Islam Kelantan yang diikuti dengan solat hajat dan bacaan Yasin. Alhamdulillah.




Tuesday, 24 June 2014

Cuti-Cuti Terengganu - Prinz Park Hotel


Ini adalah entry tertangguh - 4 bulan!!! We were in Kuala Terengganu during the Chinese New Year holiday. The fact that it was a festive season and long holiday made it almost impossible for us to get a hotel room.
I know, we could always stay at rumah pusaka arwah Atok or my aunt's house but whenever we went to KT without the whole family (mum and the rest) and not because of family function, we'd like to think of ourselves as tourist. So, let's act like a tourist. And stay at a hotel (*_^).


We would like to stay at TER - Terengganu Equestarian Resort. The kids like it there too. Unfortunately the place was fully booked. Yup, bukannya banyak rooms pun and they were having a family day or something during that period. So, our next choice is Prima Inn which is about 5km drive from TER. Kami tak mau duduk hotel kat tengah bandar, susah parking nanti. But Prima Inn was fully booked too. We don't want to stay at Primula. Kami suka pantai di sekitar TER. So it has to be somewhere nearby. We have no choice but to consider the new hotel within TER viccinity which is Prinz Park hotel. Okay I think everbody already know that TER and Prinz Park belongs to the Terengganu royal family. If you don't then I've just told you ;-). The first time we stayed at TER, the Prinz Park was still under construction. It located at a small I don't know whether it is a man-made lake or natural lake, but there's a lake. Dulu-dulu kami rasa it is such a waste tak utilised the lake. They should have boats, canoing activities or any other water activities. I think they do have telepathy power and read our mind coz now they do have all those activities on offer.


Prinz Park hotel was fully booked too. But that does not stop me from getting a room. I found there's a way of securing a room. Even if I have to take a superior deluxe room and pay a little extra money than I intend to. I became a member and immediately redeemed my 2 nights-free stay!!! I initially wanted the cheapest room but by getting myslef a membership status I could get the superior deluxe room at far cheaper rate! Wohooo...




The view from our room at 5th floor. Bangunan yang kelihatan adalah Pejabat Kebudayaan Negeri. Yes we can see the sea from here but the hotel don't have direct access to the shore. Kalau nak main air kenalah pergi ke Taman Bandar Awam which is about 10mins walk from the hotel... errrr itu kalau ikut my pace of walking lah which is quite fast. Saya memang jenis yang tak reti jalan slow. Menonong je. Only Yaya can keep up with me hehehe. Di depan hotel adalah clubhouse. It is the same clubhouse we frequented before. Ada swimming pool, bowling alley, gym etc.




Tadaaaa!!! Our room. It was an extremely spacious room. Kalau nak main bowling pun boleh dalam bilik ni. Rasanya if you're a family of 2 adults and 4 kids, you should not have any worry about comfort. Bentang je toto kat bawah tu tak menggangu laluan langsung! Another single bed pun boleh masuk lagi. Serius!!!
Sungguhpun hotel ini mendabik dada sebagai hotel 4 bintang tetapi janganlah mengharapkan layanan 4 bintang. Dari segi servis ianya sedikit atas daripada mediocre. Dekorasinya juga sangat hambar.
Owh... jangan nanti kalau anda check in bilik mengharapkan 2 biji bantal kecil merah purple tu pulak ye. Itu harta peribadi penghuni hehe...




Main pasir di pantai Taman Bandar Awam is a must for them. Ini pun yang diaorang dok plan sepanjang perjalanan. Sampai je hotel terus haruk nak main pantai. Memandangkan waktu itu cuti umum maka padat lah kawasan ini dengan pengunjung. Luar waktu cuti umum sedikit quiet.




Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung yang dekat di hati. Dulu pernah solat Isyak berjemaah di sini diikuti solat sunat gerhana matahari dan mendengar tazkirah ringkas. Sedikit kecewa gambar yang saya ambil ini tidak bebas daripada bayang manusia. Nak buat macam mana, peak time. Lepas snap yang ini lagilah penuh manusia lalu lalang. 

Friday, 31 January 2014

Bukit Tinggi, Bentong - Part IV Colmar Tropicale "Le Food & Night Life"


Le Food at Colmar Tropicale? Brace yourself for overpriced meals and bad, bad service. The reviews that I have read before we took this trip, are almost 100% true. We had a late check-in because our room are not ready. The front-desk officer promised to give us a call when our room is ready but never did made that call.


 While waiting for that call, we went for our late lunch. It's already 3.00 something in the afternoon and kids were very hungry. Ada beberapa restoran di tingkat bawah setiap bangunan penginapan. We picked Le Poulet Roti yang menghidangkan ayam panggang berserta salad. Masa mula-mula tengok harga pada buku menu rasa nak terjojol biji mata. Nak makan kat luar memang tiada tempat makan berdekatan. So kita hentam saja. The quarter chicken meal sangat mengecewakan. We were expecting something like Kenny Rogers punya quarter meal tapi yang dapat adalah ayam panggang yang sangat kering dan saiz hidangan juga kecil. Dari segi rasa pun jauh lebih sedap ayam panggang saya buat kat rumah. Le Poulet Roti memang overpriced dan tak setanding harga.


Selepas 1 jam baru dapat check in. Itupun Mr Hubby yang pergi sendiri check dekat kaunter. The Girl cakap dia cuba call tapi tak dapat. Owh tak payah lah menipu, signal was very good... no missed call pun. Our room terletak di bangunan at the far end of Colmar Tropicale village. Memang jauh juga berjalan. Room was nicely decorated sama seperti yang dilihat dalam website mereka. We got the village street view tapi disebabkan bangunan kami paling belakang jadi terlindung daripada hustle bustle. Sunyi at the far end. Cuma dapat intai menara pandang di sebelah bangunan kami saja. But that's ok.


Kami berehat je dalam bilik while waiting for dinner time.
Siang tadi dah ikut selera anak-anak makan ayam panggang. Kali ini ikut selera saya pula. Mahu makan pasta. Ada sebuah restoran Itali di sini yang menghidangkan pizza dan pasta. It's called La Flamme.
Sampai kat restoran sungguhpun sudah agak lewat jam 9.00 malam tapi restoran masih penuh. I guess that's because semua orang pun makan kat sini. Ada beberapa restoran lain - La Cigogne, La Blason dan La Vin tapi saya rasa ramai yang takut nak masuk La Cigogne dan La Blason kerana harga makanan yang lebih mahal ala fine dining. 


Fahmi nak makan pizza. Tapi malam itu mesin pembancuh doh pizza mereka rosak. Jadi huru-hara crew restoran semua. Hinggakan crew yang bertugas ambil order pun sibuk masuk dapur sekali. So many customers were left unattended. Mr Hubby pergi panggil seorang crew tapi dengan kasar crew tadi suruh kami tunggu je hingga mereka datang. Bila Mr Hubby kata dah lama tunggu, dengan kurang ajarnya dia menjawab "... orang lain pun lama jugak tunggu". Saya tak sangka crew berbangsa Melayu ini yang bekerja di sebuah resort milik konglomerat terkenal dan menjadi tumpuan ramai pelancong asing boleh bersikap sangat tidak profesional. Pada saya adalah sangat tidak profesional untuk membiarkan pelanggan yang masuk ke restoran anda menunggu hampir 15-20minit unattended. Dan juga sangat tidak profesionalnya untuk hilang fokus dan kawalan dalam apa jua keadaan. I guess he was just trying to be a hero malam itu tinggalkan ruang kerja dan masuk dapur.


Ok, despite the heated argument the food was delicious. Err... mungkin saya agak baik malam itu kerana perut terlalu lapar maka saya willing ketepikan rasa sos seafood carbonara yang terlebih garam sedikit.




The kid's beef lasagne - delicious. Lepas rasa sikit lasagne anak-anak, saya buat kesimpulan memang hidangan di La Flamme sedikit terlebih garam. Tapi still edible lagi.


Breakfast spread di La Blason was very very delicious. Banyak pilihan. Most of the dishes catered for local  and international palate with the usual nasi goreng, bihun goreng, porridge, soup and bread, fruits, ada banyak salad and cold cuts and egg counter. Roti jala dan kari ayam pun ada! Mula-mula saya cuba rasa kuah karinya tetapi terasa tawar sangat memang takde garam. Hati dah terasa kecewa. Tapi bila saya makan sedikit roti jala terasa masin. Dan saya gabungkan kedua-dua nya... wallah! Bijak juga cara mereka hidangkan roti jala. Menarik.




Saya asyik mengulang ambil pineapple crumble ini. Sangat sedap dimakan walaupun di waktu pagi!!! I'm a dessert first person (*_^).


Night life at Colmar Tropicale? There's no disco here tapi ada satu bar di sebelah bangunan penginapan kami.

After dinner bolehlah take a stroll menikmati keindahan cahaya malam.
Saya tak pasti dengan malam-malam lain tapi kebetulan kami pergi tu 2 hari sebelum krismas. So ada kumpulan menyanyikan christmas carol.



The entertainers are Philipinos. Sejak siang hari mereka ke sana ke mari menyanyi diiringi petikan gitar. Lagu Inggeris, lagu Melayu, lagu Arab pun mereka boleh! 



Ada giant christmas tree di tengah-tengah village square. Bidak berdua ni lepas bebas je ke mana-mana mereka suka sementara saya dan Mr Hubby duduk di restoran. Takde masalah dari segi keselamatan sebab restoran semua di luar jadi kami boleh pantau dengan mudah. Saya pantau dari lensa nikon D7000 kami je (*_^).




Di bawah bangunan penginapan berhadapan bilik kami inilah terletaknya restoran La Vin. La Vin  menyajikan hidangan oriental more suited our palate seperti Laksa Sarawak, Vietnamese Pho Bo dan beberapa jenis hidangan berasaskan mee berkuah yang lain. Tapi sayangnya kedudukan restoran ini terlalu jauh di belakang tak ramai yang tahu. Semangkuk Pho Bo dan lain-lain hidangan berharga di bawah RM20. Sayangnya saya sendiri tak berkesempatan mencuba.




Ikut arah anak panah merah tu. Yang tingkapnya bertutup kemas itu lah bilik kami. Comel!
Kat tingkat bawah bangunan kami di sebelah kanan yang terang benderang tu ada bilik bermain pool atau snooker atau billiard. Sebelah kiri yang lampunya malap sikit tu adalah bar. So itulah night life bagi yang berkenaan. 




Paling suka gambar ini. Me and my boy berjalan sambil Fahmi memeluk pinggang saya dan saya memeluk dia. Spontan saja dia paut pinggang saya. Rasa macam berjalan dengan boyfriend kecil saya (*_^).


So, that's it. It was a short trip. Just one night. Tapi duit keluar macam air paip. Because of the food price.
Dan kalau anda bawa anak-anak sebaya anak-anak saya, be prepared untuk keluarkan lebih banyak duit lagi. Sebab ada games arcade. Kat sini 1 token = RM2, sekali ganda lebih mahal. Setiap games pulak requires 2 token. So memang cepat kehabisan token.


Colmar Tropicale is a nice place for relaxation. But the rest are overrated.
Most important, we enjoyed our time there with the children. 






Thursday, 30 January 2014

Bukit Tinggi, Bentong - Part III Colmar Tropicale "Architectural"

Apa yang menarik tentang Colmar Tropicale sebenarnya?
Pada saya, jika anda pencinta senibina dan suka nak menikmati persekitaran yang sedikit asing dari kebiasaan tetapi tak punya ongkos yang banyak untuk menikmati versi yang original, ye barangkali Colmar Tropicale adalah untuk anda.
Kerana selain itu, tidak ada apa yang menarik sangat untuk anda tergesa-gesa ke sini.





The bridge yang membawa anda ke Alsace inspired village.




Dari pintu gerbang pemandangan terus ke village quarters. Sedikit lengang kerana masih pagi.
Kalau masuk tengahari hingga petang memang penuh dengan manusia. Itupun hanya berlaku di musim cuti sekolah sahaja ;-).




Swan pond di bawah jambatan ini terbahagi kepada 2. Kolam swan putih di sebelah kiri yang penuh dengan pengunjung berpusu-pusu nak bermesra dengan swan putih. While black swan pond terletak di sebelah kanan yang hanya dipisahkan dengan pagar jaring sahaja.
Kesian swan hitam ini tidak begitu menarik minat pengunjung. Hitam itu elegan dan menawan bukan?




They are black. And they are beautiful. They are also camera-shy. Bila kita nak snap je dia cepat-cepat tunduk or pandang ke arah lain.





View dari sini kelihatannya bangunan-bangunan penginapan seakan bertindih antara satu sama lain. Realitinya tidak. Kesemua bangunan itu tidak bercantum sama sekali.




Clock Tower di pintu gerbang.




Kami duduk menikmati sarapan pagi yang enak di restoran La Blason yang terletak di tingkat bawah bangunan ini. Jari saya tidak henti-henti snap gambar-gambar bangunan yang memberi saya 'feel' berada di negara orang.



Loteng kecil bertingkap putih itu adalah bilik penginapan. Tiada ruang yang terbiar atau dibina untuk tujuan kecantikan senibina semata-mata. Semuanya berfungsi.




Sama juga seperti loteng-loteng kecil di atas bangunan ini. Semuanya adalah bilik.




This battery-operated buble gun is a hit di sini. Tak ada orang yang tak beli atau main bubble gun. Siang atau malam. Belasah je.




Friday, 24 January 2014

Bukit Tinggi, Bentong - Part II "Japanese Garden"


From the Botanical Garden, we moved to the Japanese Garden. It situated next to the Botanical Garden tapi kena jalan patah balik the simpang utama yang berpecah kepada Botanical Garden sebelah kanan dan Japanese Garden sebelah kiri. Mula-mula tu fikir "owh... another garden?" tapi tengok landscape taman rimbanya berlainan sekali kami decided untuk masuk juga. Apatah lagi bila mr hubby cakap "Jom..."



You wouldn't find this famous lamp that becomes Japanese landmark until you walk further into the garden. This "Japanese Garden" is full of surprise. I would rather call it a "mini Japanese villlage" because of the size of this place.



Rumput seakan-akan lumut yang menutup permukaan tanah di laluan masuk ke taman jepun ini buat saya tambah tertarik nak tengok apa ada di sebalik pokok-pokok hutan. The setting was quite nice. Dari laluan utama tak nampak pun lagi rupa garden nya. Macam tersembunyi gitu. Laluannya cukup lega untuk seorang berjalan dikelilingi pokok-pokok hutan yang tumbuh jarang-jarang. Rasa macam di hutan Wonderland lah pulak ;-). Best.


After a good few minutes walks barulah jumpa pintu gerbang ala-ala japanese house tu. Dan benda pertama yang kami dengar pastinya kocakan halus air di kolam.



A Japanese garden is not a Japanese garden without a Koi pond. And it is a big pond tempat laluan sungai kecil bertemu.





This feature wall just caught my attention. See, the pond is just so big, ini cuma half of it. Rasa macam nak berenang kat dalam tu. Tapi sejukkkk.



Finally, we found a small Japanese hut. Up the hill sets amidst bongkah-bongkah batu besar dan batu-batu kerikil dalam sungai kecil yang mengalir tenang. Rasa macam best je kalau duduk kat persekitaran macam ni. Sejuk. Damai. Tenang.


Kami berjalan di laluan mendaki sepanjang bibir sungai. Bila sampai di atas barulah kami sedar, the Japanese hut tadi tu sebenarnya adalah Japanese Tea House. Ada orang kat dalam tu. Mereka memakai kimono. Mula-mula saya rasa pelik kenapa tak ada orang masuk ke rumah ini. Rupa-rupanya rumah ini khas untuk mereka yang mahu bergambar sambil berpakaian tradisional Jepun atau merasa pengalaman sesi membuat teh jepun. Dan hanya mereka yang mahu mencuba pakaian tradisi Jepun sahaja dibenarkan masuk. With a fee!!! Patutlah takde orang berani masuk, padan jenguk-jenguk saja dari luar. Mati-mati lah ingat macam rumah-rumah tradisi kat mini Malaysia tu. 




My two ninja warrior without the ninja's costume. Act saja lebih... mana ada ninja bertaekwondo sayang oiii...

Haisyy... alang-alang mai sini sekali je seumur hidup kot, kita bayar jelah RM20 seorang untuk pakai kimono. Dah pakai kimono bolehlah bermaharajalela kat dalam rumah ni, kat luar rumah hingga ke pondok seberang sungai sana pun boleh. Silalah buat macam rumah tok nenek moyang sendiri. Lesen besar lah kiranya tu!




He complained that its not the ninja costume as he expected. Dia malu nak pakai men's kimono sebenarnya. Kalau costume ninja tu nampaklah jantan sikit kot? Dalam pada tak suka sempat juga Daddy persuade dia untuk a few snaps. Lepas pada tu dia buat muka toya. Model mogok.




Hat ni saja model mesra alam. Buat gaya pesen apa pun dia layan. Terlebih layan dah macam orang-orang pun ada. Saya sangat jeles dengan kimono merah berbunga-bunga dia ni. Sangat cantik. 
Memang tak rupa anak jepun pun. Memang sah-sah anak Jawa+Melayu Arab Perancis. Ouch...


Landskap kat sini memang menarik. Tapi selain itu memang takde apa lah. Nak duduk-duduk lepak berkelah pun takde tempat. Tapi agak kalau nak buat fotografi perkahwinan memang cun sangatlah. 


Pada saya, kalau anda ke Bukit Tinggi sekadar sight seeing day trip macam tak berbaloi. Only for those who appreciate the landscape and view. Food item (ada japanese restaurant kat botanical garden), light refreshment adalah expensive. Saya dapat tahu mereka yang pergi ke sini untuk day trip dikenakan entrance fee dalam berbelas ringgit juga seorang. While people like us yang booked hotel Colmar memang tak dikenakan apa-apa bayaran tetapi dimestikan tunjuk booking confirmation. 

Next we shall move on to the French village itself.

... to be continue