Friday 24 May 2013

Sahur Berdua, Berbuka Seorang Nampak Gayanya...


Pagi tadi punyalah rajin. Terbangun sahur jam 5.30 pagi. 14 minit je lagi nak azan Subuh. Tapi demi nak menunaikan hajat cik Yaya berpuasa sunat Rejab saya kejutkan juga cek mek tu bangun. Mudah pula. Badan dia masih suam-suam. Tapi nampak better sikit. Since hari ni last saya puasa sunat untuk minggu ini, sabtu ahad for sure lah tak puasa kan hehe. Layankan aja hajat cik Yaya. At least ada juga peneman saya berpuasa hari ini since mr hubby cuti puasa coz dia banyak keje kat luar today.

Saya panaskan nasi goreng kampung dinner cik Yaya malam tadi yang tak sempat dia makan sebab dah kenyang katanya. Mama dia minum air suam je. Sempat juga bagi Yaya minum ubat demam. Punyalah gigih kan bangun sahur. Lepas sahur dia tidur balik bangun pun lewat. Takpelah biar kurang penat. Tapi tau tak apa jadi tengah hari tadi?

Yaya : Mama adik lapar lah...
Mama : Aikkkk... baru tengahari dah lapar. Emmm... makanlah dik...

Saya saja je pelawa dia makan. Bukan saya maksudkan secara serius pun. Ajak-ajak ayam je. Tup tup saya tengok laju je dia buka peti ais dan terus teguk air oren, minum. Aiyarkkk!!!

Amboiii punyalah gigih bangun sahur, sekali pelawa laju je dia batalkan puasa. Grrrr..... 
Ingatkan berbuka berdua kita ri ni ye? Rupa-rupanya non-ado.

Wednesday 22 May 2013

Ini Sakit Betul


Pagi semalam...



Lepas mandi terus melepet atas daybed kat ruang tamu. Habis diangkut bantal kesayangan. Towel kuning tu bajet buat demah kepala.





Pagi ini...


Dia port kat birai katil Mama dia. Sambil duduk pun boleh berlayar, kalau dah sakit betul memang macam tu lah. Sebenarnya duduk atas kerusi tadi sebab sarapan roti garlic sekeping dengan air teh susu secawan. Habis sarapan terus landing kepala atas bantal. 
Towel berbungkus atas kepala sebab tadi Mama dia 'jaram' kepala dengan air asam jawa. Bajet nak turunkan suhu pakai petua orang lama. Dia bangun pagi mengadu pening. Jam 3 pagi tadi rasa badan dia panas ya Rabbi... tuam dengan tuala basah. Petang semalam dia dah berangan nak pergi sekolah, boring gak duduk rumah. Siap berangan nak follow mama daddy dia puasa sunat rejab. Tapi dia kata "kalau adik sihat lah...". Belum sampai hajat lagi nampak gayanya. 


Alamat second visit ke klinik lah gamaknya jap lagi.

Tuesday 21 May 2013

Ikan Patin Masak Tempoyak

Yaya has been staying at home for two days now.  She is down with on and off high fever. Her temperature goes up in the middle of the night and lasted until mid morning. During the day she seems all ok, dah mula terlompat sana sini tapi toksah lah ngada bagi dia pergi sekolah petang. Kena exposed dengan panas lagi dan silap-silap jangkit kat kawan-kawan. Cuaca sekarang sangat panas dan kering kan? Dengan sekolah dia yang selalu dilitupi jerubu akibat pembakaran terbuka orang-orang kampung yang tak makan saman. Haisyyy... ada anak yang sensitif kepada persekitaran ni kena extra care lah.


Arwah mak (mil) on the last day I met her at the hospital pernah tanya kenapa anak-anak saya mudah sakit. Well, salah satu sebab yang saya pernah cakap ialah both of them ada tonsils yang tidak berfungsi dengan sempurna. But Fahmi is getting stronger sekarang. Kurang kena demam compared to Yaya. I guess that's because he eats more healthily than Yaya. Breakfast, lunch and dinner tak pernah skip. Protein, karbo, veges  dan bijirin cukup. Dia pun suka minum fresh milk. Kalau saya beli fresh milk - flavoured or non-flavoured  untuk diri saya, tak sempat minum dia dah habiskan! Hua hua huarghhh... Dia membesar bagai johan! Whereas cik Yaya is a picky eater. Susah nak tengok dia makan yang betul-betul makan. Kadang lauk dia tak berkenan dia bantai nasi dengan kicap je. Mana nak dapat khasiat sayang oiii? Protein kurang. Veges lagilah harammm. Padahal dia juga pernah cakap belajar sains kat sekolah veges tu untuk ketahanan tubuh melawan penyakit. Abih tu? Belajar saja? Ye, saya positif dia kekurangan zat dari sayur sebab itu ketahanan badannya lemah. Abih tu camna acik nak buek? Ada juga aku lenyekkan brokoli dalam bubur suap ke dia karang. Biar le macam ajar baby makan pun kalau dah itu je kaedahnya yang mampu.


Daddy dia salahkan Mama. Kata menurun pe'el Mama lah ni tak suka makan sayur. Maap ye... zaman mengandungkan anak-anak terutama cik Yaya, saya tersangatlah sukanya makan sayur terutama ulam-ulaman saya ngap begitu saja. Takkanlah menurun juga selera Mama dia zaman bebudak dulu dan zaman sebelum kahwin memang lah tak mengenal apa itu sayur-sayuran. Melampau sangat kalau gitu.


Kahwin dengan mr hubby ni memang banyak jasa dia. Masak untuk dia harus ada protein dan sayur. Jadi perlahan-lahan dan lama-lama saya pun dah boleh adapt gaya makan dia. Dulu tak reti makan nasi lama-lama tak boleh berenti makan nasi! Terus dari melidi jadi segar bugar macam kuih pau. Nasib ketahanan mental den kuat, boleh kontrol balik. Kalau tak confirm ada orang menyesal ajar saya makan nasi... hihihi.


Lepas tu daripada tak pandai makan ikan lama-lama macam-macam ikan dah ku makan. Dulu geli deh nak makan ikan pari. Pegang pun seriau. Sekarang kulambung-lambung aja. Aha... hiperbola sangat! Jadi hari ini kita cuba ikan baru lagi ye. Ikan patin. Ikan banyak lemak. Tengok kuning lemak dia pun takut. Tapi orang kata buat masak tempoyak sedap kan? Jadi saya cubalah ye. Cik Yaya duk menjerit "...busukkkk.... bususkkkk..." Haha tempoyak busuk eh? Dulu saya pun tak boleh bau nak muntah. Sekarang sudah matang sikit, makan pun boleh tapi sikit-sikit lah ambil rasa. Tidaklah bersungguh benar.




Seperkara yang saya belajar masa jaga arwah mak lepas pembedahan buang kanser dulu ialah bukan semua jenis ikan boleh dimakan oleh pesakit kanser. Hanya ikan jenis bersisik saja boleh makan. Ikan berkulit licin tak boleh. Sebabnya ikan berkulit licin macam ikan patin ni dia tinggi kandungan lemak yang menyebabkan kulitnya tampil licin berkilat. Banyak lagi ikan kulit licin lain macam ikan kembung, ikan tongkol, ikan tenggiri... dan lain-lain. Later on I learned that the same applies to penghidap sakit darah tinggi. Pun tak boleh makan ikan berkulit licin. Jadi pandai-pandai lah jaga makan ye.





Monday 20 May 2013

Restoran 'Bumbung Hijau' di Rusila, Marang

Sekarang ini kalau kami balik ke Kuala Terengganu, dalam perjalanan balik ke KL semula, singgah sarapan di 'restoran bumbung hijau' di Rusila, Marang jadi sebahagian agenda wajib. Sebab apa? Sebab nasi dagangnya tersangatlah sedap!

Kali pertama singgah di sini was 2 years ago. Masa percutian kami yang ini. Masa tu kami tak bermalam pun kat rumah arwah atuk saya. Kami bantai lepak hotel di Teluk Ibai je. Kat hotel takde langsung hidangan tradisi Ganu. Selama 2 hari itulah kami jadi kemaruk nak makan nasi dagang. Balik ganu haruslah makan nasi dagang. Kalau tidak, serupa tak balik langsung lah. Pagi akhir di sana, kami check out sekitar jam 10pagi. Itupun sesudah breakfast. Dalam kereta mr hubby masih mengomel, tak puas hati. Dah nak balik sebutir nasi dagang pun tak merasa lagi ni. Dari Teluk Ibai kami pandu kereta perlahan sambil mata mengintai-intai kalau ada tempat makan yang masih beroperasi. Almaklum jam 10pagi tu sudah kira siang benar, banyak menu sarapan pagi yang dah habis. Akhirnya saya ternampak sebuah restoran berbumbung hijau ini. Alhamdulillah dapat nasi dagang 2 pinggan, one for me one for mr hubby. Itu je pun baki yang tinggal. Gulai ikan aye dia masyaAllah... memang world sangat. Hahaha... itu komen orang kemaruk. 


Nasinya sebutir-sebutir tapi lembut.


Kerana masih terimbau-imbau gulai ikan aye yang  world itu, masa balik kenduri kahwin sepupu saya bulam Mac lepas, kami selitkan agenda singgah sarapan di restoran bumbung hijau dalam perjalanan balik. Dek kerana nak sempatkan makan nasi dagang ni, sanggup bersiap terus lepas subuh tu. Bajet nak keluar awal. Takut terlambat nanti habis you! Ha ha ha.

Berbekalkan memori saya semata-mata, sebaik tiba di Teluk Ibai kami mula pandu perlahan menyusuri Rusila. Hati berdebar-debar takut terlepas. Yang saya ingat mesti jumpa 1 traffic light simpang 4, kemudian ada pondok bas diikuti papan tanda sebuah kampung pesisir pantai diperbuat dari tayar lori. Traffic light dah jumpa, pondok bas banyak dah lepas... ehhh tayar lori pun dah 2 kunampak... tapi bumbung hijau belum ketemu. Rasa macam dah jauh je ni. Aduhaiii janganlah terlepas.


Dalam cuak akhirnya tu diaaa...


Alhamdulillah tepat gambaran visual yang terpahat dalam ram memori saya - 'restoran bumbung hijau'. Hanya satu ini saja di Rusila. Di tepi jalan utama, Jalan Pantai Rhu Dua.


Tempat parking kereta cukup luas. Tak susah nak berhenti makan. Restorannya adalah lot kedai bina sendiri 1 tingkat yang dibina di atas tanah persendirian. Berkeluasan yang sangat selesa. Kali kedua ini barulah saya tau, nama sebenar restoran adalah Warung Rusila 2. 




Pemiliknya seorang lelaki dari lesen perniagaan yang terpampang. Menariknya restoran ini dikendalikan oleh pekerja-pekerja 100% wanita. Dari dapur hingga ke depan. Pembancuh air, pelayan dan cashier semuanya perempuan. Muda-muda pulak tu. Berbaju kurung dan bertudung kemas siap berapron. Sangat tertib, sopan tingkah laku dan butir bicara. Pelanggan masuk terus dilayan. Dan pelayan yang sama akan pastikan hidangan tiba lengkap dengan sudu garfu dari nasi, air hingga ke tisu. Takdelah dibiarkan kita cari sendiri sudu garfu dan tisu biarpun semuanya ada di meja sebelah saja. Nampak sangat komited. Hingga mr hubby kata barangkali restoran ini dari owner hingga ke pekerja adalah dari kalangan adik beradik atau ada pertalian saudara. Masing-masing cukup menjaga. Hmmm mungkin ada benarnya teori mr hubby tu. Ada tempat makan yang kita pergi sungguhpun pelayan ramai tapi nak kena lambai berulang kali baru pelayan mampir. Itu belum dapat jenis yang kita duduk dekat 15minit jangankan layan pandang pun buat derk aja. Kat sini pula jangan haraplah nak dengar suara orang menjerit memanggil pelayan, jerit pekik antara pelayan jauh sekali. Aman!

Restoran juga bersih hingga kita rasa tenang dan lapang dada di sini. Bila saya kata bersih bukan bersih pandangan mata kasar saja, bau yang tak menyenangkan pun tiada. Tidak menghairankan kalau restoran ini diberi tahap A untuk kebersihannya!



Air milo ais yang sedap. Pekat dan cukup rasa. Tersenyum senang dapat minum air sejuk di pagi hari!

Makan? Untuk sarapan gaya pantai timur boleh pilih nasi dagang, nasi minyak, nasi kuning ataupun 'nasi kunyit' (istilah pulut kuning bagi pantai timur). Pilihan lauk gulai ikan aye, gulai ayam, kurma ayam atau ayam goreng. Roti canai pun ada. 


Sekian saja review saya. Bukan setakat review makanan, habis dengan pekerja-pekerjanya sekali saya kasi review. Itu tanda hati sudah tangkap pesona... Ha ha ha. 






Tuesday 14 May 2013

Pho' Bo - Vietnamese Beef Noodle Soup


Orang kata, bila kita berkunjung ke tempat orang adalah tidak lengkap kunjungan kita apatah lagi penghayatan kita terhadap budaya sesuatu tempat jika tak mencuba hidangan tradisi atau 'street-food' setempat. Rugi! Kerana pada pandangan peribadi saya, makanan sepertimana pakaian dan cara hidup adalah sebahagian daripada budaya.


Kali pertama berkunjung ke Saigon, Vietnam, saya seperti tipikal orang Malaysia yang lain tetap juga mencari makanan Melayu/Malaysia. Terus terang cakap, minda saya agak kurang terbuka nak mencuba makanan tradisi setempat gara-gara pengalaman yang agak kurang menarik di Bali dulu. Kerana kedua-dua tempat ini (Vietnam dan Bali) bukanlah negara Islam, jadi memang tak boleh expect jumpa halal food dengan mudah. Apatah lagi nak jumpa traditional food yang halal. Jangan salah faham, di Bali bukan tak ada halal food. Ada.  Pilihannya terhad iaitu masakan padang which is bukan traditional food Bali. Kalau sudi boleh cuba makan dari penjaja kereta sorong atau penjaja menjunjung bakul. Tapi tahap kebersihan sukar ditebak.


Di Saigon pula, untungnya saya menginap di hotel yang terletak di sebuah jalan yang didominasi peniaga Islam berketurunan Melayu Champa. Nak makan halal tak susah. Tapi mahal untuk pengunjung berbajet rendah seperti kami. Kali pertama ke sana kami end up makan nasi berlaukkan ayam masak merah dan sayur. Masakan biasa orang Melayu kita. Hanya pada kunjungan kali kedua penghujung April lepas kami berpeluang menikmati kelazatan makanan tradisi masyarakat Vietnam iaitu Pho Bo atau Beef Noodle Soup - Kuetiaw Sup Daging. 




Kekuatan pada Pho Bo ini pada saya terletak pada supnya. Sup yang sedap akan memberi keseluruhan rasa sedap pada hidangan ini. Sekali merasa Pho Bo saya dan mr hubby terus terpesona tahap jatuh cinta gila bayang sama Pho Bo. Lalu saya cuma recreate my own Pho Bo berpandukan resipi Anrea Nguyen, a vietnamese residing in US. I admit, the process of making your own Pho Bo sangat lenghty. But please don't let the lenghty process intimidates you. There's nothing more satisfying than the challenge and succeeding in making your own Pho Bo. Dan maaf, saya tak kuasa nak translate resipi itu... tak larat den! Huhu...



Beef Pho Noodle Soup

Pho Bo by Anrea Nguyen http://vietworldkitchen.typepad.com


Makes 8 satisfying (American-sized) bowls
For the broth:
2 medium yellow onions (about 1 pound total)
4-inch piece ginger (about 4 ounces)
5-6 pounds beef soup bones (marrow and knuckle bones)
5 star anise (40 star points total)
6 whole cloves
3-inch cinnamon stick
1 pound piece of beef chuck, rump, brisket or cross rib roast, cut into 2-by-4-inch pieces (weight after trimming)
1  1/2 tablespoons salt
4 tablespoons fish sauce
1 ounce (1-inch chunk) yellow rock sugar (duong phen; see Note)

For the bowls:
1  1/2-2 pounds small (1/8-inch wide) dried or fresh banh pho noodles ("rice sticks'' or Thaichantaboon)
1/2 pound raw eye of round, sirloin, London broil or tri-tip steak, thinly sliced across the grain (1/16 inch thick; freeze for 15 minutes to make it easier to slice)
1 medium yellow onion, sliced paper-thin, left to soak for 30 minutes in a bowl of cold water
3 or 4 scallions, green part only, cut into thin rings
1/3 cup chopped cilantro (ngo)
Ground black pepper

Optional garnishes arranged on a plate and placed at the table: 
Sprigs of spearmint (hung lui) and Asian/Thai basil (hung que)
Leaves of thorny cilantro (ngo gai)
Bean sprouts (about 1/2 pound)
Red hot chiles (such as Thai bird or dragon), thinly sliced
Lime wedges

Prepare the pho broth:
Char onion and ginger. Use an open flame on grill or gas stove. Place onions and ginger on cooking grate and let skin burn. (If using stove, turn on exhaust fan and open a window.) After about 15 minutes, they will soften and become sweetly fragrant. Use tongs to occasionally rotate them and to grab and discard any flyaway onion skin. You do not have to blacken entire surface, just enough to slightly cook onion and ginger.
Let cool. Under warm water, remove charred onion skin; trim and discard blackened parts of root or stem ends. If ginger skin is puckered and blistered, smash ginger with flat side of knife to loosen flesh from skin. Otherwise, use sharp paring knife to remove skin, running ginger under warm water to wash off blackened bits. Set aside.
Parboil bones. Place bones in stockpot (minimum 12-quart capacity) and cover with cold water. Over high heat, bring to boil. Boil vigorously 2 to 3 minutes to allow impurities to be released. Dump bones and water into sink and rinse bones with warm water. Quickly scrub stockpot to remove any residue. Return bones to pot.
Simmer broth. Add 6 quarts water to pot, bring to boil over high heat, then lower flame to gently simmer. Use ladle to skim any scum that rises to surface. Add remaining broth ingredients and cook, uncovered, for 1 1/2 hours. Boneless meat should be slightly chewy but not tough. When it is cooked to your liking, remove it and place in bowl of cold water for 10 minutes; this prevents the meat from drying up and turning dark as it cools. Drain the meat; cool, then refrigerate. Allow broth to continue cooking; in total, the broth should simmer 3 hours. 
Strain the pho broth through fine strainer. If desired, remove any bits of gelatinous tendon from bones to add to your pho bowl. Store tendon with cooked beef. Discard solids.
Use ladle to skim as much fat from top of the pho broth as you like. (Cool it and refrigerate it overnight to make this task easier; reheat befofe continuing.) Taste and adjust flavor with additional salt, fish sauce and yellow rock sugar. The pho broth should taste slightly too strong because the noodles and other ingredients are not salted. (If you've gone too far, add water to dilute.) Makes about 4 quarts.
Assemble pho bowls:
The key is to be organized and have everything ready to go. Thinly slice cooked meat. For best results, make sure it's cold.
Heat the pho broth and ready the noodles. To ensure good timing, reheat broth over medium flame as you're assembling bowls. If you're using dried noodles, cover with hot tap water and soak 15-20 minutes, until softened and opaque white. Drain in colander. For fresh rice noodles, just untangle and briefly rinse in a colander with cold water.
Blanch noodles. Fill 3- or 4-quart saucepan with water and bring to boil. For each bowl, use long-handle strainer to blanch a portion of noodles. As soon as noodles have collapsed and lost their stiffness (10-20 seconds), pull strainer from water, letting water drain back into saucepan. Empty noodles into bowls. Noodles should occupy 1/4 to 1/3 of bowl; the latter is for noodle lovers, while the former is for those who prize broth.
If desired, after blanching noodles, blanch bean sprouts for 30 seconds in same saucepan. They should slightly wilt but retain some crunch. Drain and add to the garnish plate.
Add other ingredients. Place slices of cooked meat, raw meat and tendon (if using) atop noodles. (If your cooked meat is not at room temperature, blanch slices for few seconds in hot water from above.) Garnish with onion, scallion and chopped cilantro. Finish with black pepper.
Ladle in broth and serve. Bring broth to rolling boil. Check seasoning. Ladle broth into each bowl, distributing hot liquid evenly so as to cook raw beef and warm other ingredients. Serve your pho with with the garnish plate.
Note: Yellow rock sugar (a.k.a. lump sugar) is sold in one-pound boxes at Chinese and Southeast Asian markets. Break up large chunks with hammer.
Variations: If you want to replicate the splendorous options available at pho shops, head to the butcher counter at a Vietnamese or Chinese market. There you'll find white cords of gan(beef tendon) and thin pieces of nam (outside flank, not flank steak). While tendon requires no preparation prior to cooking, nam should be rolled and tied with string for easy handling. Simmer it and the beef tendon in the cooking broth for two hours, or until chewy-tender.
Airy book tripe (sach) is already cooked when you buy it. Before using, wash and gently squeeze it dry. Slice it thinly to make fringe-like pieces to be added to the bowl during assembly. For beef meatballs (bo vien), purchase them in Asian markets in the refrigerator case; they are already precooked. Slice each one in half and drop into broth to heat through. When you're ready to serve, ladle them out with the broth to top each bowl.



Saya kira Pho Bo adalah hidangan 'clear soup'. Warnanya jernih kecoklatan dan tidak keruh kerana sisa darah pada tulang dibuang pada rebusan pertama serta ditapis setelah siap merebus. Sup terbaik dihasilkan daripada rebusan tulang sum sum. Saya diberitahu air rebusan tulang bahagian lain tak sama rasanya dengan rebusan tulang sum sum. Saya rasa ada benarnya. Saya cuma mampu buat rebusan tulang knuckle bersama tulang bahagian lain (campur). Sudah hampir menyamai Pho Bo yang saya makan di Saigon tapi masih terasa kekurangan sesuatu. Kurang richness nya if you understand what I mean. Pho Bo gaya Saigon harus ada keseimbangan rasa masin dan manisnya. Kerana itu penggunaan gula batu kuning sangat penting. Keutiaw yang digunakan untuk hidangan ini juga dari jenis yang halus. Umpama saiz kuetiaw biasa dibahagi 4 gitu. Kalau di Jaya Grocer ada dijual dalam bentuk kering. Cuma perlu rebus sekejap.




Saya kira salah satu sebab kenapa perempuan-perempuan Vietnam langsing terletak pada hidangan mereka yang banyak berasakan sup. Kalau lepak kat Ben Tanh Market tu, pagi tengahari sampai ke petang majoriti mengusung dulang berisi Pho Bo atau nasi bertemankan sup.


Kalau mahu merasa Pho Bo yang paling sedap silalah berkunjung ke kedai Hajah Basiroh Haji Aly yang terletak di Nguyen An Ninh Street, berhadapan dengan hotel Saigon Pink 2 Hotel. Kedai ini sangat popular di kalangan pelancong/peniaga dari Malaysia. Saya tak ingat berapa harga semangkuk Pho Bo tapi rasanya tak lebih dari RM10 dengan portion yang puas makan. Supnya sedap tak terkata. Tapi Pho Bo hanya dijual sebelah petang hingga malam saja di kedai Hajah Basiroh. Kat kedai lain ada juga. Tapi hatta di kedai mewah VN Halal pun tidak dapat tandingi keenakan Pho Bo Hajah Basiroh. Saya berbual dengan seorang makcik dari Malaysia juga. Dia yang sudah mencuba Pho Bo di kedai lain kata Pho Bo Hajah Basiroh juga yang terbaik. Kalau tanya saya pula? Saya yang cuma menumpang rasa Pho Bo milik mr hubby sekali saja memang tak mau pandang Pho Bo orang lain. Sudah jatuh cinta dengan Pho Bo Hajah Basiroh.



Pho Bo di Saigon dimakan berulamkan daun selasih (basil) dan daun ketumbar berduri (thorny cilantro) yang berdaun panjang seperi daun pandan itu tapi bergigi sedikit di tepi-tepi daunnya. Taklah bergigi banyak macam daun mengkuang pula. Mula-mula saya tak berani makan, maklumlah kat Malaysia mana ada. Tapi sudahnya saya petik sedikit dan kunyah. Ehhhh... sedap berangin macam daun pudina tapi lembut sedikit rasa dia. Daun ini di Vietnam dikenali dengan nama ngo' gai. Sebutan mesti kasi sengau ye. Kat Malaysia tak ada kot. Ahh tiba-tiba saya rindu dengan ulam ngo' gai ni!!!

Thursday 9 May 2013

Perjalanan Terakhir

Salam semua

Sesungguhnya saya teringin sekali nak post entry ini lebih awal. Tapi baru taip halfway tiba-tiba datang sebak. Saya berhenti. Bila dah berhenti terus susah nak mari mood menyambung.

Terlalu lama blog ini terabai. Bukan disengajakan. Sejujurnya ada entry yang saya rancang keluar berturut-turut hari sebelum kejadian 20 hari yang lepas. Tapi kerana berlaku kejadian yang tidak dijangkakan maka saya terpaksa padam terus entry-entry tersebut. Rasa 'tak kena' dengan suasana suram yang menyusul.

Sesungguhnya mati itu pasti.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati" - surah Al Imran ayat 185

Itu janji Allah. Kalau sudah sampai masa, tidak cepat walau sesaat, tidak lewat walau sedetik. Dan begitulah kalau sudah tertulis sekian haribulan, sekian jam, sekian detik, di sekian tempat tak kiralah walau sekian cara sudah kita berusaha berubat, berdoa dan sebagainya, bila tiba ajal tidak dapat tidak mengelak. Maka bagi yang hidup terimalah dengan lapang dada. Redha.


Kami redha dengan pemergian ibu mertua menyahut panggilan Ilahi pada tanggal 20 April 2013. Cukup 1 bulan sejak arwah mula sakit kaki hingga tak mampu berjalan. Cukup 1 bulan sejak arwah dimasukkan ke HUKM pada 22 Mac 2013 (arwah mula sakit kaki dari paras lutut ke bawah 1 minggu sebelum dibawa ke HUKM). Pada saat doktor HUKM habis daya untuk memulihkan beliau - untuk membolehkan beliau berjalan semula kerana arwah cuma sakit bahagian kaki sahaja lain-lain ok, sehingga mau discaj begitu saja; kami 'gagal' mengesan atau menebak sesuatu just don't seems right. Should have asked the doctor apa maksud dia mau discaj begitu saja masa pesakit masih belum pulih. But we didn't. Kami masih tak putus harap, kerana arwah mak apart from sakit kaki (in constant pain) she looks ok. Masa tak sakit, arwah bercakap berborak dan makan macam biasa. Bergurau senda macam biasa. Emm... dah tetiba tekak terasa masin (dek air mata).


Kerana tak puas hati, tak sampai hati tengok arwah begitu dan juga kerana kami belum putus usaha sebenarnya, hari Rabu 17 April 2013 kami transferkan arwah ke SDMC (dulu SJMC). Saya carikan pakar reumatologi dan jumpa antara yang terbaik di situ. Tapi saat Dr Raveen sendiri berkata, "... saya belum pernah jumpa kes yang macam ini"... we should have smell something right? Subconciously saya sudah beberapa kali terbayang-bayang tanda-tanda (kematian) itu tapi tidak tergamak memikirkannya. Tambahan arwah bukan terlantar tak sedarkan diri, itu menyebabkan kami tak putus harap juga lagi.


Jumaat 19 April 2013, saya ziarah arwah di SDMC. Gembira saya lihat arwah ceria hari itu. Makan berselera, siap ada sepcial request. Riuh arwah ajak saya berborak hingga saya pula yang rasa penat. Rasa aneh tapi rasa gembira itu mengatasi segalanya. She was in much better state from what i've seen before. Way much better. Her legs doesn't hurt that much except masih tak boleh bengkok atau jalan. Kebetulan doktor baru buat MRI scan untuk cari punca kenapa arwah mak masih tak boleh berjalan after all treatment given, ubat jangan cakaplah. MRI result shows that ada collection of fluid dekat dengan tulang belakang mak. Kata doktor kemungkinan tinggi, kumpulan air itu yang menekan tulang belakang hingga arwah mak tak mampu berjalan mahupun bengkokkan kaki. Wallahu'alam. Sehingga hari ini tidak dapat dipastikan penyebab sebenar dari sudut perubatan, kerana prosedur pembedahan mengeluarkan collection of fluid itu yang dijadualkan dijalankan oleh doktor pakar di Hospital Putrajaya tidak sempat dilaksanakan kerana mak menghembuskan nafas terakhir secara tiba-tiba pada malam 20 April 2013, Sabtu di wad hospital putrajaya.


19 April itulah kali terakhir saya berjumpa arwah. Sudah agak lewat petang masa saya tinggalkan wad iaitu selepas habis berbincang dengan Dr Raveen. Saya tunduk ambil beg di tepi katil mak. Pesanan terakhir arwah mak masa saya minta izin balik buat saya terlepas beg ke lantai, "... balik nanti kirim salam dengan budak-budak ye..." Saya terpegun kejap, pandang kakak ipar. Sebab saya rasa itu kata-kata paling pelik yang pernah saya dengar. Arwah tak pernah berkirim salam pada budak-budak. Saya pulak gelisah tak tau nak respon macam mana, "... erm seronoklah budak-budak nenek kirim salam" was the most awkward response. Lepas tu rasa nak ketuk kepala. Kenapa tak aku iyakan je. A simple 'Ya' will do.


Hari 20 April itu awal-awal pagi mr hubby dah keluar ke hospital. Nak uruskan pemindahan mak ke hospital Putrajaya by ambulance. Operation to remove the fluid dijadualkan Isnin 22 April. Petang tu mr hubby sms bagitau dia tak balik sebab sambung jaga mak (bermalam) since my SIL nak balik berehat. Malam masa saya beri salam solat isyak handphone berbunyi. Saya tak boleh angkatlah kan. Sat lagi telefon rumah pulak berdering-dering. Aihhhhh macam hal penting je. Saya tau siapa yang call sebab nombor telefon baru hanya saya dan mr hubby je yang tau. Bila sayang angkat, "... Yanggg, mak collapsed". Terkejut saya tapi cuba bertenang. Rupa-rupanya masa mr hubby bersendirian menjaga mak sebaik SIL beredar dari hospital secara tiba-tiba mak terkulai. Mr Hubby cuba sedarkan mak. Lama juga katanya digoncang-goncang badan. Kata-kata terakhir arwah "... dah lah... mak nak tidur lama-lama". Ya Tuhan tak dapat saya bayangkan macam mana perasaan hubby waktu itu. Kasihannya dia. Tentu dia tak keruan. Kasihannya.


Enam kali jantung mak berhenti berdegup. Doktor pun dah ambil alih. Pun begitu, hubby masih beriak tenang. Saya dirumah sudah bersiap nak ke hospital. Jam sudah 10 lebih. Lantaklah walau saya tak tau mana letaknya hospital tapi saya tak sampai hati biarkan hubby sendirian hadapi detik cemas. Kemudian masuk sms berbunyi, "... mak dah tak ada". Allahuakbar.


Saya tinggalkan anak-anak dengan maid. Bergegas ke hospital. Subhanallah mudah pula jumpa tak sesat sikit habuk pun dalam gelap malam. Mata saya bukan terang sangat driving waktu malam. Saya berdebar nak jumpa hubby... SIL, abang ipar and his wife dah sampai. Saya tengok mr hubby OK. Sibuk bertelefon dan bersms dengan orang kampung - uruskan pengebumian di kampung sementara kami menunggu ustazah datang untuk mandi dan kafankan jenazah. Hati saya tak senang. Sesekali jenguk mr hubby, asyik sibuk dengan telefon. He looks OK tapi suram. Saya risau. Sebab abang ipar nampak juga berair sesekali dan merah sedikit matanya. Yang ini (hubby) langsung kering. Ahhh sudahhhh. Saya tambah risau. Kenapa? Sebab saya tau dia bukan tak sedih, cuma tak sempat melayan kesedihan. Dia terlalu sibuk uruskan itu ini. Malah dialah yang paling sibuk uruskan banyak perkara sejak dari mak masuk hospital dulu lagi. Beban keputusan banyak dipikul di bahunya. Dia juga antara yang paling rapat menjaga mak dan jagaan serta layanannya yang paling disenangi arwah. Saya risau kerana saya tau orang yang macam ini, bila sudah selesai semuanya nanti, bila orang lain sudah kering mata, barulah dia mula terasa. Apa? ... Kehilangan. Poor him.


Alhamdulillah urusan pengebumi di Batu Anam, Segamat berjalan lancar dan sangat dipermudahkan. AlFatihah buat allahyarham Aminah bt Kosnan, seorang isteri, ibu dan nenek yang menyentuh hati kami dengan caranya tersendiri.