huhu... rasa nak nangis jer. kaki kiri ni sakitnya datang lagi... berdenyut2 gitu. kat ofis tadi rasa macam nak rest kan kaki atas meja jer. tapi rasa over lah pulak kalau buat gitu.
sebenarnya kaki kiri ni ada sejarah sikit yang berkait dengan my 1st pregnancy. tu sebab agaknya walaupun kedua2 belah kaki injured masa jatuh tangga tapi cuma kaki kiri jer yang agak teruk sakit dia.
kena singkap balik sejarah 4 tahun setengah dulu...
ceritanya begini... masa pregnant kan fahmi dulu bila masuk 7-8 bulan gitu kaki kiri terasa sakit yang amat sangat sampaikan nak berjalan pun susah. padahal pagi2 nak gi kerja memang kena jalan kaki pi umah my friend tumpang kereta dia. sebab dah tak tahan sangat sebab nak bangun dari katil pun took a lot of effort to stand up, finally pergilah scan. the scan proves what i already suspected, that is fahmi's head was resting betul2 atas tulang kaki kiri (sorry i know there's a correct word for it but i'm no doctor). doctor tak boleh buat apa2, dia kasi neurobain & pakai support belt Opporest untuk seimbangkan berat (sebab baby dah senget ke kiri je). the fact that i was sooo huge doesn't help either, i was a walking whale masa pregnant dulu.
i couldn't stand the pain any longer, so pernah lah pergi berurut dengan bidan, dia betulkan kedudukan baby and Alhamdulillah for a brief moment hilang sakit tu. note i mention 'for a brief moment', sebab a couple of weeks after that kepala fahmi beralih semula ke situ, i guess situlah tempat favourite dia berehat.
pagi2 bangun tidur meleleh jugak air mataku menahan kesakitan... apa nak buat, sabar jelah sampai bersalin. salah satu sebab kenapa aku bersalin vacuum assisted was kedudukan kepala fahmi senget, bukan betul2 berada kat pintu rahim.
oh ya, masa pregnant hingga lepas bersalin, abdomen belah kiri agak menonjol sikit. since then, memang kaki kiri ni selalu sakit2. malah masa mula2 dapat tau pregnant kan yaya dulu, salah satu petanda adalah rasa sakit kaki & abdomen belah kiri... masa tu baru tau ada satu lagi nyawa kat dalam rahimku ;-) ... cuma lega sikit bila yaya tak duduk senget ke kiri.
so, sekarang diagnos doktor tak bertauliah (aku lah tu!) mengatakan salah satu sebab kenapa kaki ni masih sakit2 lagi ialah kesan trauma lama. tapi, rasa2nya 'doktor tak bertauliah' ni kena terima juga hakikat bahawa ada possibility lain yang tiada kena mengena dengan trauma lama. masalahnya 'doktor tak bertauliah' ini takut nak jumpa 'doktor bertauliah' sebab... dia takut nak face the truth!
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago